"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch - Ana Suhana

Feb 22, 2018

"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch


"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch | Assalamualaikum. Malam Tahun Baru Cina yang lepas, Ana sekeluarga tak lepaskan peluang nak "makan besar" juga. Sama saja menyibuk bagi jalan jem dekat Selayang ni. Hehe. Padahal lama dah mengidam nak try KFC Golden Egg Crunch tu. Bagi suggestion dekat En Suami, sekali dia pun on je. Ye lah esok kan cuti nak lah dia melayan. Cuba keje, nan hado.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch

Memandangkan KFC delivery tak cover area rumah Ana (padahal tak sampai 5 minit pun dari cawangan KFC yang terdekat) maka terpaksa rela lah keluar juga. Plan asal nak makan dekat KFC Batu Caves jer, sekali tengok dari luar punyalah ramai orang beratur. Cancel terus. Pikir punya pikir akhirnya teringat dekat Sri Gombak pun ada KFC juga. Hopefully tak ramai lah orang. Hopefully!!!

Sampai je dekat sana, pun sama!!!! Bukan main ramai orang beratur dekat kaunter tu. Bercinta pulak rasanya nak beratur ramai-ramai tu. Ajak makan tempat lain Syafi pula tak nak. Dia yang beria nak makan ayam goreng Mail (suka hati dia je) dekat sini. Bosan makan dekat rumah katanya. Pandai je kata bosan. Macam orang tua. Ana pula kesian tak sampai hati nak hampakan permintaan si kecik (padahal onde dia pun 2x5).  Jadi berjemaah lah En Suami beratur depan kaunter tu.

Sementara En Suami beratur Ana naik ke tingkat atas nak cari port. Banyak je lagi meja kosong atas ni. Maybe ramai yang tapau bawa balik kan. Nak dekat 20 minit juga lah En Suami dengan sabarnya beratur demi memenuhi permintaan 2 ketul manusia ni. Tu kalau tak sayang tak tau lah nak cakap apa lagi. Haha.

Malam tu Ana sorang je yang makan Golden Egg Crunch tu. En Suami tetap setia dengan versi original dari dulu kini selamanya. Eh!! So kami order 1 set of 2 pcs Golden Egg Cruch + Add On 2 vanilla pudding with salted caramel flavor, 1 set dinner plate dan 1 twister.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
Masa ayam tu sampai atas meja perghh bukan main menusuk-nusuk deria bau dengan Golden Egg Crunch tu. Tu baru first impression. Rasa tak tentu lagi kan. Memandangkan ada yang review kata Golden Egg Crunch ni tak berapa nak kick dan power seperti yang ditayang dalam iklan tv tu, jadi Ana tak letak target yang tinggi. Kang bila rasa dia tak seperti yang diidamkan, putus lak selera makan kan. Haha. Kata je putus, makan tetap makan dik non.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
Kini tiba bab rasa. Kali ni Ana dapat ayam satu bahagian dada dan satu lagi bahagian thight. Selalu dapat drumstick tapi takde rezeki kali ni. Bila dah makan, meletup-letup semua rasa dalam satu kunyahan - pedas, lemak masin dan manis. Sedap dan menyelerakan rupanya. Kena sangat dengan selera Ana. Tapi bagi Ana kalau ayam tu digoreng rangup dan rasa manis basil tu di letak nipis  mesti lagi sedap. Ada sesetengah peminat hot and spicy tak boleh terima rasa manis basil tu tapi kalau semua bahan-bahan tu diadun secukupnya, mungkin mereka boleh suka. Maksudnya rasa manis basil tu tak overshadow rasa pedas dari rempah hot and spicy tu.

Ana percaya rasa Golden Egg Crunch tu akan berbeza di setiap outlet. Kalau rezeki korang dapat outlet yang adun semua bahan tu dengan secukupnya, InsyaAllah sedap rasanya. Tapi tu bergantung pada citarasa korang juga akhirnya kan. Rasa sedap setiap orang tu kan berbeza. Macam Ana, antara Golden Egg Crunch ni dengan KFC Chizza x Pizza sebelum ni, definetely Ana akan vote for Golden Egg Crunch. Nak repeat lagi nampaknya.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
Kata makan besar kan. Untuk Ana ada lagi ala carte twister dan vanila pudding. Memang membesar dengan jayanya. Twister tu antara menu favorite Ana dekat KFC ni. Makan pula dengan sos Thai. Vanila Pudding tu pun sama sedap. Sekejapan licin. Lepas tu nak bangun dari kerusi bukan main payah. Haha. Dalam sejam lebih juga lah kami 3 beranak lepak dekat KFC tu. Syafi lah yang paling seronok dapat makan dekat restoran KFC tu. First time experience bagi dia. Lagi best masa makan ada kedai tayar bawah tu bakar mercun. Lagi lah dia suka. Memang rasa macam betul-betul makan besar. Hehe. Eh korang dah rasa Golden Egg Crunch tu?? Kalau beluk boleh lah cuba try test sekali. Harga? Ada dalam gambar dekat atas tu. Selamat mencuba.

40 comments:

  1. nampak sedap.belum pernah cuba (^_^) biasa zinger burger je.

    ReplyDelete
  2. Memang makan besar bersama keluarga ni puan. Sedap ayam tu, saya sangat suka

    ReplyDelete
  3. adoi...sejak 2 minggu takda suara ni belum berani makan yang bergoreng-goreng. harapnya sempatlah merasa ayam ni.huhu

    ReplyDelete
  4. Kak Sue dah cuba juga,bagi Kak Sue boleh tahan juga lah kan sebab Kak Sue memang suka telur masin. Bila ada rasa-rasa telur masin tu sedap pulak.. ehehe.. Sesekali tukar rasa kan..

    ReplyDelete
  5. eh sama entry kita psl KFC...yummmm2222..nanti ada kesempatan try golden egg crunch

    ReplyDelete
  6. Belum try lg..insyaallah nak bawa anak2 juga ni nanti

    ReplyDelete
  7. tula ana.. rasa tu subjektif kan.. kadang setiap oulet tu rasanya tak sama.. mcm tempat yg dilah beli golden egg tu rasa masin dan manis sgt.. tu yg mcm tak kena kat tekak ni.. chizza tu ok pulak dilah rasa..

    ReplyDelete
  8. Harus cuba ni...Syafi makan ayam goreng Mail ye...hehe...tempoh hari En Suami ada bersuara juga.Cuma belum terlaksana je ni..

    ReplyDelete
  9. Selalu kalo ada yang baru, jarang nk try. Tapi yang ni mmg nampak tempting. Ni yang nk terus ke KFC ni..

    ReplyDelete
  10. Belum try lagi boleh try hujung bulan ne makan besar dengan Golden egg

    ReplyDelete
  11. Betul..rasa berbeza kat setiap outlet..nasib la dpt yg sedap..hritu en.suami k.fiezz try apa ntah keluaran terbaru KFC tapi hampa..rasa out..tapi dah bayar,kan..ngap jugak la sampai habis...

    ReplyDelete
  12. Hari tu nak try jugak Golden Egg Crunch ni. Tapi kebetulan pulak masa tu diorang tengah terima order catering banyak2 dari sorang pelanggan ni. Ada majlis apa2lah tu kot. So diorang tak erima dah order dari customer lain. So kami makan chizza tu. Tak dappp ponn. Huhu..

    ReplyDelete
  13. wah.. ada golden egg crunch pulak dah.. nak try ke tak ni yea.. huhuhu.. TB suka KFC yang spicy tu .. selalu order yang tu tapi kalau yang golden egg ni ramai kata sedap boleh la mencuba.. heee

    ReplyDelete
  14. ramai betul kawan-kawan blog up pasal kfc baru nie..kita tak try pun lagi huhuhu

    ReplyDelete
  15. bagi saya golden crunch ni sedap. baru merasa makan sekali je. tetibe teringin..yumm

    ReplyDelete
  16. sedap.. suka egg crunch yg baru ni.. bau dia pun dh semerbak bau sedap

    ReplyDelete
  17. Alaaa. . Dah lama tak makan KFC. Tengok entry ni terliur pulak. Sedap yer

    ReplyDelete
  18. Atas deria rasa orang kan Ana, ada yang cakap biasa biasa je.. Bagi husniey sedap je.. crunchy dan harum bau nya 😍

    ReplyDelete
  19. tak sempat nak cuba lagi ni . nampak sedap dan sal rasa anak-anak sure suka . weekend ni nak gi terjah !!

    ReplyDelete
  20. Tak rasa lagi pun Ana.tengok macam sedap je.nak ajak suami gi kfc mkn masing masing tgh on die..kononnya.hahaha

    ReplyDelete
  21. Hari tu husband je try..tak ngecek pun kat dia..macam sedap

    ReplyDelete
  22. terbaek.. sedap.. :)

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. A SFRNFZL Giveaway
    2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger

    ReplyDelete
  23. Tak kesahlah berapa banyak menu baru KFC Hana tetap prefer yg original punya! hahah ^^

    ReplyDelete
  24. Moden nyaa menu makan besar dia hehe. Indah belum cuba lagi menu nii

    ReplyDelete
  25. Nampak macam sedap.. Tak pernah try lagi hehe

    ReplyDelete
  26. Bonde pon dah terjatuh cinta dengan KFC Golden Egg Cruch dan 2 kali repeat tau ! tutup mata

    ReplyDelete
  27. Marsha dah 3x makan golden egg ni memang sedap. Rasa rempah dia.

    ReplyDelete
  28. mula-mula dulu pikir tak sedap, tapi bila makan, not bad lah. sedap

    ReplyDelete
  29. Wahhh....bestnye.. LeYa belum berkesempatan lagi nak rasa.. Okay..nanti tunggu otomen balik boleh ajak gi makan KFC Golden Egg Crunch ni... Emmm... tapi kan kami kalau order lebih suka thight...Hehehe

    ReplyDelete
  30. x try2 g. Sekarang ni jarang makan fast food. Kalau bau kfv tu dari luar kedai dah menususk2 dah... :)

    ReplyDelete
  31. okay. kfc edition kali ni mmg buat orang addicted sebab dia punya combination ayam spicy dgan salted egg tu ummppph gila. haha. tapi yang vanilla pudding tu tak tau pulak ada. kena try ni lepas ni hehe

    ReplyDelete
  32. Saya belum cuba lagi hari tu pegi KFC order spicy macam biasa jaa..tapi kan bau ayam ni menyusuk2 bau nya,kalau take away memang berbau ayam kfc ja kereta sepanjang masa

    ReplyDelete
  33. tak kena dengan selera sha golden egg ni hahaha sha go for chizza, yang ni menyesal makan hahaha

    ReplyDelete
  34. KFC Golden Egg ni sedap lah. Lia suka sebab rangup sangat. Vanilla pudding dia pun sedap juga.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  35. sama lah ana.. golden crunch ni kena juga dgn tekak akak.. sedap kan

    ReplyDelete
  36. Alam pun dah try..pedas ..tapi sedap ;)

    ReplyDelete
  37. adoiii la..memang hantu kfc khaty sekeluarga...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤