Majlis Ulang Tahun Kelahiran Syafi Yang Ke-4 - Ana Suhana

Feb 18, 2018

Majlis Ulang Tahun Kelahiran Syafi Yang Ke-4


Majlis Ulang Tahun Kelahiran Syafi Yang Ke-4 | Assalamualaikum. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Sabtu lepas genap Syafi 4 tahun. Kejap sangat masa berjalan. Rasa macam baru je bersalin kan Syafi. Nak throwback jap lah kenangan bersalinkan Syafi. 
Ingat lagi 2 hari sebelum bersalin masa tengah bangun tidur perasan baju tidur basah. Cuak dah masa tu sebab ingat air ketuban dah pecah. Tapi takde rasa sakit pun. Masa tu dah lewat 5 hari dari EDD. Sampai hospital harus kena seluk nak check bukaan. Tapi doktor tu macam sure tak sure. Panggil doktor senior recheck. Confirm takde bukaan lagi. Maybe hanya leaking je pagi tu. First time lah merasa kena seluk. Doktor pertama tu buat tak sakit pun tapi doktor senior tu buat terasa juga. Balik dari hospital masih terasa rasa kena seluk tu. Dan Ana perasan dah start keluar lendir kecoklatan. Esoknya sempat lagi shopping siang hari dan malam tu sempat juga pergi makan malam. Masul je tengah malam dah start rasa sakit setiap 5 minit. Memang tak boleh tido. Pagi esok lepas solat terus siap-siap ke hospital. Ikutkan masa tu kalau tak keluar tanda lagi memang kena serah diri pun sebab lewat 7 hari dah. Pandai Syafi timing. Hehe. Sampai hospital doktor check dan 7cm buka. Terus masuk labor room. Dari 7cm nak ke 10cm tu lambat sampai kena induce. Masa ni sakit jangan cakap. Gigit tangan sendiri pun tak rasa apa dah. Tepat pukul 1.54 petang akhirnya Syafi selamat keluar dan dengan bangganya dia batuk depan daddy dia. Hehe.
Syafi dari baru lahir sampai sekarang
Dan Sabtu lepas sempena birthday dia,  Ana plan buat majlis kecil-kecilan. Hanya panggil both family dan adik-beradik beradik. Memang mula-mula plan nak sambut dekat Washout Laundry and Cafe tapi sebab agak mahal nak panggil semua jadi Ana buat dekat rumah mak je. Lagi berbaloi-baloi.
Acara potong kek
Menu utama malam tu ialah homemade bihun soto air tangan dari mak Ana. Kami adik-beradik rewang siang tu. Sup soto tu mak reneh selamat 5 jam bagi betul-betul pekat. Alhamdulillah semua yang makan kata sedap. Siap ada yang minta tapau bawa balik lagi.
Menu malam tu
Menu tambahan ialah sate Wak Walti yang pernah Ana share entri hari tu. Sate sebagai backup je takut tak cukup bihun soto tu. Pencuci mulut ada agar-agar Milo dan cocktail. Tak sangka cocktail dapat sambutan yang hangat. Nanti Ana share resipi ye. Cewah. Hehe.
Suprise cake untuk Syafi
Dah kata birthday celebration kan mesti lah ada kek. Kek tu Ana gamble tempah 4 hari sebelum majlis. Alhamdulillah Pejol boleh buatkan. Kek ni Ana order dari Gerobok Kek Pejol dekat area rumah je. Sebelum ni Ana ada order dan share entri Mango Cheese Cake sedap di Selayang dari Gerobok Kek ni juga.
Adik beradik Ana
Haruslah kek bertemakan Upin Ipin since Syafi peminta no 1 animasi popular ni. Nak jadikan kek tu istimewa Ana letak gambar Syafi sekali. Suka sangat dia. Dari kek sampai dalam pukul 6 sampai majlis mula dalam pukul 8 tak sabar-sabar nak makan kek tu. Tak tentu arah dia jadinya. Kelakar sangat. Kek ni dalam dia moist choc dan berat lebih kurang 2 kg. Harga RM95 termasuk RM25 untuk gambar tu.
Syafi dengan Nenek Ecah (Mak Ana)
Ciksu dengan Ayahngah ( in-laws)
Family in-laws
Sepupu sepapat
So far majlis berjalan lancar. Walau hanya kecil-kecilan tapi meriah. Suka sangat tengok Syafi gembira bila orang datang dekat majlis hari jadi dia. First time sambut macam ni kan mestilah dia excited. InsyaAllah next year boleh sambut dekat sekolah pula dengan kawan-kawan pula. Semoga Syafi membesar dengan sihat dan berjaya menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. InsyaAllah.

31 comments:

  1. happy birthday shafi. kalau celebrate kat rumah best sebab tak perlu nak cepat2 balik...

    ReplyDelete
  2. Rinduu nak celebrate macam ni T^T Hana since masuk skolah menengah selalu celebrate dengan kengkawan je.. hohoho btw Happy Birthday Syafi!!! ^^

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir syafi.. Meriah majlis.. Sedapnya makanan

    ReplyDelete
  4. happy birthday shafi.. celebrate dengan family lagi meriah kan.. lagi best sebab dapat berkumpul ngan adik-beradik..

    ReplyDelete
  5. tengok gambar dari baby tu aww comelnya dah besar dah sekarang. Walaupun kecil tapi celebrate dengan orang tersayang lagi bermakna kan kak ana?! Happy birthday syafi semoga membesar dengan sihat dan cerdas. :D

    ReplyDelete
  6. happy birtday syafi. Jadi anak yang soleh yaa :D

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Syafi... Comelnye kamu.. Jadi anak yg soleh ye

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...Selamat ulangtahun kelahiran Syafi..4 tahun dah..syukur...dah nak sekolah pun....moga menjadi saham dunia akhirat ibu ayah...amin.

    ReplyDelete
  9. lawa kek Syafi. Happy 4th Birthday ! :)

    ReplyDelete
  10. Happy Birthday syafi. Best buat majlis macam ne boleh eratkan kekeluargaan

    ReplyDelete
  11. happy bezday shafi semoga membesar dgn sihat dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday Syafi comel. Memang sedap pun soto tu Ana.. ehehe..

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Syafi comel dan pandai.. Moga jadi anak yang baik sokmo..

    ReplyDelete
  14. Selamat HariLahir Shafi. semoga menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  15. Happy 4th birthday Syafi.
    Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga.

    ReplyDelete
  16. hepi besday syafi, moga membesar dengan sihat, cmerlang dunia & akhirat

    ReplyDelete
  17. Happy Birthday Syafi! Meriah dengan makanan. Heheh :)

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Lahir Syafi. Meriahnya birthday dia. Comel ja kek upin ipin tu.

    ReplyDelete
  19. Banyaknya makanan..auntie nak sikit. Hehe..happy birthday Syafi

    ReplyDelete
  20. Hepy belated besday boboyy. Hehe. Why u so cute syafii <3

    ReplyDelete
  21. Salam ulangtahun yang ke-4 buat anakanda Syafi

    ReplyDelete
  22. hepi birthday Syafi! meriah nampaknya birthday walaupun buat sendiri di rumah. jimat tapi lebih selesa. soto nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  23. meriah sambutan busday syafi bersama keluarga..makanan pn sedap tu

    ReplyDelete
  24. meriah sambutan birthday syafi dikalangan keluarga lg best kan. happy birthday syafi, semoga membesar menjadi nak yg sihat dan insan yg soleh

    ReplyDelete
  25. eh eh berdebar pula baca pengalaman ana bersalin.. kena induce mmg la sakit kan aduhh

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤