Keseronokan Bersukan Dengan 6 Koleksi Figura ‘Sukan Ria’ Carrie Junior - Ana Suhana

Feb 1, 2018

Keseronokan Bersukan Dengan 6 Koleksi Figura ‘Sukan Ria’ Carrie Junior


Keseronokan Bersukan Dengan 6 Koleksi Figura ‘Sukan Ria’ Carrie Junior | Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak jenama sabun mandi Syafi yang pernah Ana beli, CARRIER JUNIOR merupakan sabun favorite Syafi dari dulu lagi. Setiap kali pergi pasaraya nak beli stok sabun mandi, Syafi mesti akan pilih CARRIER JUNIOR walau terdapat pelbagai jenama yang lain. Ana perasan Syafi ada citarasa dia tersendiri dan dia tau apa yang dia suka.
Carrie Junior Sukan Ria
Carrie Junior Sukan Ria
Keseronokan Bersukan Dengan 6 Koleksi Figura ‘Sukan Ria’ Carrie Junior

Bila dah guna CARRIER JUNIOR ni faham-faham je lah. Dengan bau buah-buahan yang sangat wangi semerbak menjadikan waktu mandi antara aktiviti yang  di nanti-nanti. Lagi-lagi sambil mandi sambil main buih. Memang tak kan keluar dari bilik air kalau tak di panggil keluar. Bukan main seronok dia ber"party" dalam tu. Satu toilet berbuih di buatnya.
Carrie Junior Sukan Ria
Carrie Junior Sukan Ria
Tapi sebenarnya kan korang......walaupun kita nampak mereka sekadar seronok bermain, tapi hakikatnya dengan bermain tu dapat meningkatkan aspek pembangunan diri mereka. Banyak benda yang mereka boleh belajar masa bermain tu termasuk mengukuhkan kemahiran fizikal, menggilap kemahiran sosial dan emosi serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. Ana lagi suka Syafi bermain dengan permainan secara fizilal dari dia dok leka dengan gajet je. Lama-lama kalau tak dibendung boleh menggalakan kepada gaya hidup yang tidak aktif. Lagi lah tak elok kan.

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘Sukan Ria’ Carrie Junior | Menggalakan Gaya Hidup Aktif Serta Imaginasi Yang Kreatif Untuk Kanak-kanak

Selain dari bau sabunnya yang wangi, ada lagi satu sebab kenapa Syafi sayang sangat dengan CARRIER JUNIOR ni. Haaaa.....tak lain tak bukan sebab ada mainan comel yang dikenali sebagai "Sukan Ria" di dalam setiap botol CARRIER JUNIOR tu. Terdapat 6 figura mainan comel direka bagi mencetus keriangan kanak-kanak dalam setiap botol CARRIE JUNIOR tu tau:
Carrie Junior Sukan Ria
Carrie Junior Sukan Ria
1. CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak

2. SPEEDY TOMMY - si kura-kura yang terpantas di atas trek larian

3. TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat

4. DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki

5. SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong

6. TROFI KEJOHANAN SUKAN

Bagus sebenarnya bila ada permainan seperti sukan ria ni sebabnya ia dapat membantu perkembangan imaginasi dan minda Syafi. Ada je benda kreatif yang Syafi boleh buat. Kadang tu out of the box. Ana sendiri tak terpikir benda-benda yang dia buat tu. Lagi-lagi CARRIE JUNIOR yang baru Ana dapat ni ada permainan sekali. Bukan main happy Syafi main. Yang tak boleh tahan siap paksa rela Ana dengan En Suami main sekali. Layankan je lah. Janji dia bahagia.

Kalau korang minat nak kumpul kesemua koleksi sukan ria ni untuk anak-anak, korang boleh dapatkannya melalui pembelian produk CARRIER JUNIOR bersaiz 700ml - CARRIER JUNIOR Baby Bath, CARRIER JUNIOR Baby Shampoo, CARRIER JUNIOR Baby Hair & Body Wash,  CARRIER JUNIOR Kids Shampoo.
Carrie Junior Sukan Ria
Carrie Junior Sukan Ria

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ni, koleksi permainan baru ni disembunyikan di dalam "ruangan rahsia". Tapi dah tak rahsia buat Syafi sebab dia dah tau dekat mana mainan di simpan. Walaupun dah tak rahsia, Ana masih nampak setiap kali beli pun setiap kali tu sifat ingin meneroka tu sentiasa ada. Penuh dengan keterujaan orang kata. Dan bestnya kali ni siap dapat permainan perlumbaan Sukan Ria lagi. Bukan main riang ria Syafi dapat main.
Carrie Junior Sukan Ria
Carrie Junior Sukan Ria

Formulasi Rangkaian CARRIE JUNIOR

Macam Ana cerita dekat atas yang produk CARRIE JUNIOR ni semuanya berbau harum buah-buahan kan selain dari packaging yang comel dan ceria.  Ini kerana rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasi dengan Fruito-E, kombinasi ekstrak semulajadi yang diperkaya dengan nutrien dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut anak-anak. Jadinya anak-anak akan sentiasa segar dan bersih sepanjang hari. Dan yang paling penting kesemua produk CARRIE JUNIOR diiktiraf HALAL. Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang di bawah ni:

18 comments:

  1. Part yang tersembunyi tu ika pulak yang eksited hehe :p

    ReplyDelete
  2. Anak2 liez pun suka carrie junior.. lgpun bau mmg best

    ReplyDelete
  3. Mmg syok la syafi main buih tu ...mandian Carrie junior wangiiiii

    ReplyDelete
  4. amboii..kusyuk main..siap bathtab lagi..buih buih keriangan

    ReplyDelete
  5. Seriusnya ana main dengan Syafi takut kalah kew

    ReplyDelete
  6. betul tu ana.. bau carrie junior ni best.. bau buah2.. anak2 dilah pun suka jugak..

    ReplyDelete
  7. Betul ke bila mandi dengan carrie junior ada gajah ikut mandi sekali? hahah ^^ btw Hana yg dah tua ni pun kenkadang pakai jugak produk ni heee :D

    ReplyDelete
  8. Patutlah anak buah PC sibuk sangat suruh ibunya beli..sebab kawan kat sekolah cakap beli sabun badan nanti dapat mainan...

    ReplyDelete
  9. Wah..main buih sakan dia ya.anak aina pun suka dgn carrie junior ni.

    ReplyDelete
  10. wah sama la anak saya sekrg guna Carrie Junior shampoo head to toe. Mula2 tak jumpa mana nak cari permainan tuh, last2 dapat juga la.hehe

    ReplyDelete
  11. carrier junior ni best..satu bilik wangii ni tau !

    ReplyDelete
  12. seronoknya dia mandi buih yer....seronok budak2 ni kan...

    ReplyDelete
  13. dah le wangi.. dapat mainan pula.. bestnya

    ReplyDelete
  14. Wahh syok syafi mandi buih tu haa 😍

    Nampak besar juga baby shark do do

    ReplyDelete
  15. Huhu syok tu main buih ye hihi. Happy holiday kak ana

    ReplyDelete
  16. Kak Sue dan keluarga memang pakai Carrie Junior juga, bedak n mandian memang wangi. Suka bau dia.. Kemahin lagi baby kawak mandi kolam.. hahaha..

    ReplyDelete
  17. Dari anak sulung sampai sekarang memg beli carri junior utk anak anak pakai

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤