Kekasih Paksa Rela di Boat Noodles Publika - Ana Suhana

Feb 20, 2018

Kekasih Paksa Rela di Boat Noodles Publika


Kekasih Paksa Rela di Boat Noodle Publika | Assalamualaikum. Amboi tajuk tak nak kalah. Mesti peminat Am dan Hanan rasa annoy dengan tajuk entri sebab entri takde kena mengena dengan drama tu pun. Kisahnya lepas Ana cuba makan Boat Noodle buat pertama kalinya semasa food review di Boat Noodle Empire Damansara, Ana macam ketagih pula nak makan dekat Boat Noodle ni. Jadi Ana ajak lah En Suami makan dekat sini sedangkan Ana sedia tau yang dia tak suka mee mee ni semua. Tu yang jadi Kekasih Paksa Rela di Boat Noodles Publika tu.
Boat Noodle Publika
Boat Noodle Publika
Kekasih Paksa Rela di Boat Noodle Publika

Memandangkan masa food review yang lepas Ana hanya berkesempatan rasa menu terbaru Boat Noodle jadi kali ni Ana nak cuba try test menu sedia mereka pula. Ramai yang dok kata sedap mee Boat Noodle ni kan. So kita kasi lah try sekali. Ana ke Publika sebab dekat sini agak lengang dan tak ramai orang.

Duduk-duduk je terus tengok menu. Tetiba Ana jadi blurrr kejap tak tahu nak makan apa especially yang mee tu lah. Menu lain boleh hadam lagi. Terpaksa lah panggil pekerja yang ada tu dan tanya tentang menu-menu mee ni. Padahal ada 2 jenis mee dan 2 jenis kuah je pun. Then pilih samada nak daging atau ayam. Tu pun blurr lagi. Tak tahu lah kenapa hari tu. Malas nak pikir Ana order 4 mangkuk, 1 untuk setiap satu tu. Cukup ke 4 mangkuk?? Cukup lah sebab Ana ada order nasi Kaw Kraken Kari dan Thai Fried Chicken tu. Banyak-banyak kang tak habis tak pasal-pasal jadi kawan setan pula.
Boat Noodle Publika
Boat Noodle Publika - Kaw Kraken Kari
Kaw Kraken Kari tu rasa kari dia lemak-lemak manis. Dalam lauk tu ada sotong dan udang yang agak banyak. Not bad rasa dia dan sesuai bagi yang tak suka makanan pedas. Tapi agak memuakkan sebab kari tu terlalu memek.
Boat Noodle Publika
Boat Noodle Publika - Kaw Pad
En Suami pula confirm confirm tak kan order mee. Jadi dia order nasi - Kaw Pad Super. Selamat ada nasi dalam menu tu. Kalau tak berdosa pula Ana rasanya paksa dia makan dekat Boat Noodle ni. Bila nasi tu sampai nampak menarik tau korang. Tapi bila rasa En Suami kata macam tawar. Arghhh sudah macam mana pula ni. Nak dijadikan cerita Ana dengan berlagak bijak suggest letak minyak ikan yang ada dekat atas meja tu. Minyak ikan tu additional flavor untuk makan dengan mee sebenarnya. Bila en suami dan campur dengan minyak ikan dekat nasi goreng tu,haaaaa baru ada rasa kata dia. Jadi sedap pula tu. Haha. Lega kejap Ana dengar. Makan pula dengan Thai Fried Chicken tu kan memang sedap lah. Tak cukup sepinggan, tambah lagi sepinggan Thai Fried Chicken tu. Nampakkkkk!!!
Boat Noodle Publika
Boat Noodle Publika - Thai Fried Chicken
Tu cerita tentang nasi goreng. Ni Ana nak cerita tentang mee pula. Kan Ana kata dia ada dua jenis kuah; satu Ayutthaya dan satu lagi Pathumthani. Beza dia kuah Ayutthaya tu lebih kepada masam manis manakala kuah Pathumthani rasa dia lebih kepada rasa sup Thai. Yang mana Ana suka? Of course yang Ayuttahaya sebab rasa masam manis dia. Tak memuakkan. Mee pula Ana suka springy noodle dari rice noodle. Springy noodle tu lebih kurang macam instant noodle tapi lebih halus sikit tekstur dia. Beef atau chicken? I'm vote for beef!!
Boat Noodle Publika
Boat Noodle Publika
Air pula Ana order satu Terer Taro dan satu Cha Yen. Memandangkan Ana dah pernah rasa Cha Yen (entri di SINI) jadi kali ni Ana try Terer Taro tu pula. Not bad rasa dia. Terer Taro ni air keladi je sebenarnya. Rasa keladi dia manis-manis buah. So Ana suka sebab tak terlalu manis. Masa beli Cha Yen yang lepas, Ana berebut dengan Syafi. Kali ni Ana pulun sorang-sorang sebab Syafi tak suka Terer Taro ni. Maka berkongsi lah dia dengan en suami pula. Hehe.
Boat Noodle Publika
Boat Noodle Publika - Terer Taro vs Cha Yen
Dah habis makan semua Ana tanya pendapat en suami. Ok ke tak makan dekat sini. Beedebar kot nak tunggu jawapan dia. Ye lah kalau dia kata tak best,maka tu lah pertama dan terakhir Ana dapat makan Boat Noodle. Cewah ayat tak nak kalah. Sekali dia kata semuanya ok. Boleh datang lagi akan datang. Fuhhhh lega dengar. Boleh lah plan makan boat noodle lagi nampaknya. Thanks to minyak ikan yang jadi savior hari tu. Haha. Ni Ana belanja menu yang ada di Boat Noodle termasuk menu baru yang diperkenal bulan lepas. Sila jamu mata tengok. Kot-kot ada yang teringin sama macam Ana kan. Ok bye. 
Boat Noodle Publika
Boat Noodle 

32 comments:

  1. wah sedap nih, akak pernah makan sekali je dekat boat noodle nih, rasa macam teringin nak pergi lagi

    ReplyDelete
  2. Lega ya Kak bila suami kata ok...hehe...
    InsyaAllah boleh ada episod seterusnya..mungkin boleh bawa family kak makan kat sini...

    ReplyDelete
  3. Nani sukaa jugak lepak dekat Boat Noodle ni, semua makanan dia sedap. Kerabu maggi dekat sini paling fav. Heheh. Terliur pulak baca entry kak Ana ni.

    ReplyDelete
  4. Pagi pagi nampak boat noodle. Saja tauu kak ana ni! Hahahaa.

    ReplyDelete
  5. ahad lps makan boat noodle nih..kiranya selalu jugak la makan sbb kena ngan tekak incek hubby..kite biasa2 jer...layan jer ape dia nak makan...dan air biasanya order green tea tu..jrg try yang lain..hehehe

    ReplyDelete
  6. nasib baru lepas makan. Ana ne saje tau Boat Noodle ne macam ada something tau asal sebut jew teringin terus

    ReplyDelete
  7. tak berapa masuk sgt boat noddle ni hahaha.. tp chill tu mmg sedap

    ReplyDelete
  8. ana... dilah tak pernah lagi makan boat noodle ni.. teringin jugak nak try sbb banyak review kate best.. kwn2 pun suka pegi boat noodle ni.. mmg kena try jugak 1 day nati..

    ReplyDelete
  9. sedap sungguh tuu...terasa terliur2 dah nii

    ReplyDelete
  10. Nikmat betul kalau dapat Chill2 tengah2 hari ni! :3 heee ^^

    ReplyDelete
  11. Semua nampak sedap.. Thai fried chicken tu haa rangup je 😍

    ReplyDelete
  12. Akak baru makan sabtu lepas...tak ku tahu apa nama menu air tu..belasah je ubah..hahaha...iced tea jadinya dlm entry blog..lantak la..matik kena kecam

    ReplyDelete
  13. Boat Noodle memang pilihan LeYa dan Otomen... Aiyooo.... kasi terliur pulak tengok Kak Ana makan... Adeh... Nak pegi cari lah lepas ni..hehe..

    ReplyDelete
  14. saya dekat boat noodle nih suka Sangkaya tu..yg roti dengan kaya tu..hehe

    ReplyDelete
  15. tak pernah lagi makan dekat publika ni. Memek tu muak ke kak ana? First time baca

    ReplyDelete
  16. Lama tak makan Boat Noodles nie, bila entah nak pergi lagi nie.. ehehe..

    ReplyDelete
  17. dah teringin balik nak makan boat noodles ni..nyummy

    ReplyDelete
  18. Wah!! Boat noodle mmg pilihan AM.. AM kalu order utk sorg leh makan sampai 6 mangkuk!! Hehehe.. xpernah lagi rasa versi nasinya!! Nanti leh singgah la makan boat noodle ni!!

    ReplyDelete
  19. Hahaha gigih cari tang mana kekasih paksa rela ingatkan jumpa retis ke apa ke. Adumak tipah tertipuuu.

    Membantu sangat ada sekali senarai menu, terengganu pun baru buka cawangan boat noodle boleh try lah :D

    ReplyDelete
  20. Amboi kemain kekasih paksa rela ni makan ye...jeles i tau

    ReplyDelete
  21. Tengok menu tu sangat berselera rasanya... Boat Noodle Publika dan Cha Yen , semua tu fav Bonde

    ReplyDelete
  22. adoi lapar terus ase bila tgok gambar2 nya.huhu

    ReplyDelete
  23. amboi tajuk ..kekasih paksa rela gtu hehe...boat noodle mmg best cuma skarang rege dh naik hehe

    ReplyDelete
  24. Ambui tajuk, haha. Aina xbapa suka lah boat noodle kak ana ke aina yg xpabdai mkn ntah.penah mkn hr tu xsedap.btw air dia tu mengoda.

    ReplyDelete
  25. wow sedapnya.. bilalah akak nak gi boat noodles ni

    ReplyDelete
  26. tekak azah tak sesuai dengan boat noodle ni. hehe. sekali je pernah makan situ

    ReplyDelete
  27. wah..kena belaja dulu la sebelum pergi try ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤