Harriston Chocolate - Coklat Jenama Tempatan Bertaraf Dunia - Ana Suhana

Mar 2, 2018

Harriston Chocolate - Coklat Jenama Tempatan Bertaraf Dunia


Harriston Chocolate - Coklat Jenama Tempatan Bertaraf Dunia | Assalamualaikum. Hari ni Ana is so excited nak cerita dengan korang semua tentang Harriston Chocolate, Coklat Jenama Tempatan Bertaraf Dunia. Nak tahu kenapa Ana excited korang kena lah baca sampai habis entri kali ni. Entri ni special Ana dedicate untuk semua chocolate lover di Malaysia terutamanya.
Harriston Signature
Harriston Signature

HARRISTON CHOCOLATE - Coklat Jenama Tempatan Bertaraf Dunia


Bila sebut pasal coklat, Ana pasti semua mula terbayang akan kemanisan dan kesedapan produk yang di asas dari koko ni kan. Tak hairan lah hari ni coklat antara salah satu produk yang dijadikan sebagai barang wajib beli bila melawat satu-satu negara.

A Unique Malaysian Chocolate Experience

Sabtu lepas Ana sekeluarga berpeluang ke HARRISTON SIGNATURE yang bertempat di  Taman Shamelin Perkasa untuk join DIY CHOCOLATE WORKSHOP yang ada di sini. Masa tu Ana sendiri menyaksikan betapa ramai pelancong asing singgah di sini untuk membeli HARRISTON CHOCOLATE. Difahamkan setiap hari hampir 50 buah bas penuh dengan para pelancong akan berhenti di sini. Dan Ana perhatikan satu-satu pelancong akan beli at least beli satu plastik beg penuh dengan coklat. Ini menunjukkan bahawa Harriston Chocolate, Coklat Jenama Tempatan Bertaraf Dunia.

Pelbagai Jenis Coklat Unik di HARRISTON SIGNATURE

Sebelum Ana proceed dengan cerita workshop tu Ana sangat tak sabar nak share dengan korang semua tentang coklat-coklat unik yang ada dijual di HARRISTON SIGNATURE ni. Serius korang mesti akan jatuh suka dengan apa yang bakal Ana tunjuk dibawah ni. Oh ya kesemua coklat di sini mendapat sijil HALAL JAKIM. So jangan ragu-ragu nak beli ok.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Coklat pilihan utama Ana sekeluarga dan juga salah satu best seller di sini ialah DURIAN CHOCOLATE!! Kalau korang consider diri korang sebagai pencinta durian dan juga coklat, korang wajib cuba rasa coklat durian di HARRISTON SIGNATURE ni. Seriously korang tak kan jumpa coklat yang sama dekat mana-mana kedai dekat luar sana tu. Coklat durian di sini 100% dibuat segar setiap hari menggunakan isi durian  MUSANG KING atau D24 yang sebenar. Memang pekat terangkat masa korang makan coklat tu. Rasa macam makan seulas durian asli tau. Tak tipu ni. Tak caya lagi tengok lah video Syafi berebut tak sabar nak makan durian chocolate dekat video bawah ni. Untuk durian chocolate ni korang boleh beli samada yang dark durian chocolate atau white durian chocolate. Dan Ana vote for white chocolate.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Selain dari durian chocolate, korang boleh jumpa beberapa lagi jenis coklat yang unik seperti CHILI CHOCOLATE, CURRY CHOCOLATE, YOGURT CHOCOLATE dan COFFEE  CHOCOLATE. Masing-masing ada rasa istimewaanya yang tersendiri.

Apa yang Ana tertarik dengan coklat di HARRISTON SIGNATURE ni ialah bentuk packaging nya yang sangat eksklusif yang menonjolkan keunikan dan keistimewaan negara kita Malaysia seperti Menara Berkembar KLCC, Bunga Raya, Orang Utan dan banyak lagi.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
Dekat HARRISTON SIGNATURE ni juga terdapat 12 jenis HANDMADE CHOCOLATE yang dibuat segar. Korang boleh tengok sendiri bagaimana handmade coklat ni di hasilkan. Sangat teliti dan kemas di setiap perincian. No wonder lah beberapa hotel terkemuka di KL sanggup menempah handmade coklat di sini sebagai sourvenir kepada pelanggan mereka.
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
HARRISTON DIY Chocolate Workshop

Ok cukup cerita tentang coklat-coklat yang ada dekat sini. Sekarang jom proceed ke aktiviti workshop pula. Untuk aktiviti ni kami di bawa naik ke tingkat atas di mana terdapat sebuah bilik khas disediakan. Di atas workstation masing-masing telah tersedia peralatan dan bahan-bahan untuk PROJEK DIY COKLAT ni. Sebelum mula, setiap peserta diminta untuk memakai apron, glove dan mask sebagai langkah kebersihan. Syafi dah start teruja masa ni.
Harriston Signature
Harriston Signature
Jangan risau kalau tak reti atau kreatif masa DIY coklat ni sebab tour guide akan ajar kita dengan penerangan yang sangat mudah dan terang. Aktiviti pertama Syafi hari tu ialah isi coklat ke dalam mould yang disediakan. Ada 4 jenis design dalam satu mould tu. So para peserta boleh hias mould tersebut menggunakan piping berisi coklat strawberi dan coklat putih yang disediakan.
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature
Harriston Signature


Aktiviti seterusnya ialah isi coklat ke dalam mould orang utan yang lebih besar pula. Hias lah ikut suka korang. Jangan risau sebab bahan-bahan yang disediakan semua cukup. Tak cukup angkat je tangan minta lagi.
Harriston Signature
Harriston Signature
Habis dengan aktiviti menghias mould, kita teruskan dengan aktiviti melukis coklat di atas biskut dan juga belajar buat coklat lolipop. Bab ni Ana dengan Syafi failed terus sebab tangan tak berseni. But at the end of the day, both of us happy dengan pengalaman baru ni. Syafi siap request nak datang lagi tau.
Harriston Signature
Korang kalau berminat nak bawa anak-anak ke workshop ni sangat di alu-alukan. Tak perlu nak datang ramai-ramai. Datang sorang pun boleh. Tapi make sure call for reservation dulu. Takut kelas penuh pula kalau korang terus walk in. Harga DIY workshop ni hanya RM35 seorang. Workshop berjalan selama 1 jam. Pada akhir kelas, kesemua coklat yang korang buat tadi korang akan dapat. Apron pun dapat sekali buat kenang-kenangan.

Ok tour dan DIY workshop pun dah selesai. Tapi sebelum balik hari tu, Ana sempat beli 5 kotak coklat durian dan 3 paket cocoa instant powder. Tu pun menyesal beli 5 kotak je coklat durian tu. Patut beli beberapa kotak lagi sebab tak cukup i tell u. Ni tinggal 3 kotak je lagi.

Ana pasti mesti ada di antara korang yang mempertikaikan tentang harga-harga coklat yang dijual di sini kan. Tapi percayalah, jujur Ana katakan yang kualiti dan rasa yang korang akan dapat sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Tak sure tentang rasa coklat yang ada, don't worry sebab ada tester untuk korang rasa sendiri sebelum membeli. Dan masa nak bayar nanti make sure korang dapat keistimewaan di bawah ni.

>>> Rakyat Malaysia layak untuk dapat 25% diskaun atas setiap pembelian coklat <<<
Harriston Signature
Harriston Signature
Oh ya bagi yang berhasrat untuk beli banyak, ada perkhidmatan membungkus coklat disediakan di sini. Hari tu Ana tengok banyak pelancong asing beratur tunggu giliran untuk proses membungkus ni. Dorang borong banyak sangat coklat durian tau. Korang tak cuba ke???
Harriston Signature
Harriston Signature
Maklumat lanjut tentang HARRISTON CHOCOLATE korang boleh layari laman sesawang dan FB page seperti di bawah ni:

Laman Sesawang :
>>> harriston.org <<<

Facebook Page :

Lokasi :

1. HARRISTON SIGNATURE
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +603 9281 5122 / +603 9282 5122


2. HARRISTON BOUTIQUE
Pusat Perlancongan Malaysia (MATIC),
139 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: ++603 2162 2008 / +603 2162 4008


3. HARRISTON
Gohtong Jaya, Genting Highland
1 & 2, Jalan Jati 1, Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highland, Malaysia.

Tel: +603 6100 2010


4. HARRISTON SIGNATURE
68, Jalan Kelawei, 10250,
Georgetown, Penang, Malaysia

Tel: +604 226 1626 / +604 226 2306


5. HARRISTON BOUTIQUE
20-D, Jalan Bagan Jermal,
10250 Penang, Malaysia

Tel: +604 226 7010







44 comments:

  1. wowww.. durian coklat pun adaaa.. yogurt coklat pun macam sedap je.. fuh.. meleleh liur tengok..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!
    Lemah nya bila tang chocolate ni

    ReplyDelete
  3. Seronoknya...Allahu...bagi penggemar coklat apa yang penting kualiti dan puas hati walau harganya wow..bila harga setimpal dengan hasilnya itu dah jadi satu daya tarikan untuk pelanggan dan penggemar datang semula dan membeli.

    ReplyDelete
  4. Bestnya Ana.buat coklat sendiri.boleh bawa balik pulak tu.jeles tgk.tapi apakan daya xdpt nak join.masa x mengizinkan.

    ReplyDelete
  5. wahhh...durian pun ada coklat...first time dengar...

    ReplyDelete
  6. Coklat durian tu menarik. Sesi membuat coklat bersama anak suwitt sangattt

    ReplyDelete
  7. Peminat coklat jangan lepaskan peluang.

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya kak ana. Dpt pngalaman ni.. dapnya coklat. Hehe

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya kak dapat pengalaman DIY chocolate. Chocolate dia pun unik2 ya.

    ReplyDelete
  10. bestnya Ana.. Bonde tak bolehlah tengok chocholate cantik cantik ni... Geram jer rasa. Banyak juga yea cawangan kwdai chocholate ni boleh pilihlah mana nak terjah nnt.. Yeay...

    ReplyDelete
  11. Uish terliur terus. I'm a sucker for white chocolate but this.. is heaven for all chocolate lovers!

    ReplyDelete
  12. packaging dia pun cantik boleh jadikan present kan.. nmpk syafi makan mcm sedap je hihihii

    ReplyDelete
  13. syok dpt DIY coklat tu...akak suka..dlu2 ada pegi kela sbuat coklat

    ReplyDelete
  14. cantiknya packaging coklat durian tu :D

    ReplyDelete
  15. wah sis, best nyaaa...bagi peminat tegar coklat macam saya ni memang nak pergi tempat ni suatu hari nanti

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat pergi workshop buat coklat. Akak penggemar coklat. Rambang.mata tengok coklat banyak2 ni. Tapi harga coklat ni macam mahal2 jer. Ker ada yang murah jugak.

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dapat pengalaman buat coklat sendiri. Perisa2 dia pon memang lain dari yang lain nih. Coklat durian, aduhhhh bikin menjejes air liur nih. Tapi coklat cili tu apa rasa dia ana? Tak pedas ke?

    ReplyDelete
  18. Waahhhh Syafi pandai posing sekarang, hehehe
    Menarik sungguh semua coklat tu Ana, nampak sedap..

    ReplyDelete
  19. Chocolate lover here!!! ^^ heheh nice review kak Ana :3

    ReplyDelete
  20. Wow.. Aktiviti yang menarik buat chocolate lover..

    ReplyDelete
  21. Menarik sangat nie Ana, teringin pulak Kak Sue nak pergi sana..

    ReplyDelete
  22. ala~ dekat KL dengan Penang je. Nanti balik Cheras kami nk join workshop sana. Nampak coklat durian tu mcm best je.

    ReplyDelete
  23. sape je tak suka coklat kan? cantik harriston ni..

    ReplyDelete
  24. Seronoknya dapat buat choc sendiri lagi seronok bleh bawak balik semua tu..seronok la si bujang ana tu ha...

    ReplyDelete
  25. babe yang durian tu tahan 3 bulan je dari tarikh pengilangan masalahnya sekarang ni tak sampai seminggu lagi pun dah tinggal 3 bijik dah yang lain i dah telannn adoii !!!! memang sedap sangat sangat ! :)

    ReplyDelete
  26. I also a big fans of Durian Chocolate. The workshop looks exciting and is good for Bonding time with your children.

    ReplyDelete
  27. Bestnya memang favorite coklat ni. Nak rasa coklat durian tu. Macam nak pergi je sini.

    ReplyDelete
  28. so many types of chocolate... I love durians.. I think I gonna like durian chocolate..

    ReplyDelete
  29. nampak ana dgn syafi seronok sgt tu.. coklat, siapa je la yg tak suka kan

    ReplyDelete
  30. Sis dah cuba makan coklat disini, memang sedap terutama durian coklat tu...:D.
    Syiok kan dapat buat coklat sendiri, teringin jugak tapi hr tu tak ada masa nak pergi..hope ada peluang lagi

    ReplyDelete
  31. memang betul2 memanggil coklat durian tu

    ReplyDelete
  32. bestnya dapat buat coklat sendiri..akak suka coklat bila makan rasa tenang je hehehe

    ReplyDelete
  33. wowww coklat... coklat dimana-mana.. tapi coklat durian itu macam rare je....

    ReplyDelete
  34. Perghhhhh..ada perisa kari....perghhh mcm mana rsa coklat perisa kari tu

    ReplyDelete
  35. Omg! best nyer get to visit chocolate factory. I am so tempted to try the Durian Chocolate, macam sedap je.

    ReplyDelete

  36. Wahh!! AM & anak2 kena try chocolate durian nie.. mesti anak2 suka.. nnti ada masa leh ajak diaorg ke sini.. walaaa!!

    ReplyDelete
  37. Wahhh seronoklah Syafi dapat buat coklat :)

    ReplyDelete
  38. wah!bestnya...nampak semua coklat tu sedap²..

    ReplyDelete
  39. tak pernah dgar brand ni tapi tgok mcm sedap je sebab byak flavour yang rare ni hehe

    ReplyDelete
  40. I am intrigued by the curry and chilli flavoured chocolate...and I honestly didn't know that this brand was actually local..wow. It really sounded like some overseas brand. well malaysia ftw!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤