Happy Birthday To Both Of Us - Ana Suhana

Feb 5, 2018

Happy Birthday To Both Of Us


Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni genap umur Ana bertambah ke satu angka lagi. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan olehNya ke atas Ana dan keluarga Ana. Bulan Februari bulan ulang tahun kelahiran Ana dan Syafi (17 Februari). Kami geng lah kiranya. Sebab tu perangai kitorang lebih kurang sama je walau muka Syafi photostat muka En Suami. Fair and square lah orang kata. 
Hadiah untuk Tahun 2018
Malam tadi sebelum tido Syafi dah nyanyi lagu epi besday (bak kata Syafi) untuk Ana. Aceh Capiii....... Tapi baru Ana nak rasa terharu (kononnya) boleh pulak dia paksa Ana nyanyi lagu epi besday untuk dia pulak. Ah sudah budak ni. Bila Ana kata ni besday Onde lah, boleh dia kata kita kan kongsi besday, jangan lah kedekut!! Aduh anak. Cakap macam orang dewasa je. Maka onde pun terpaksa rela nyanyi lagu epi besday untuk dia. Kalau tak, semua tal boleh nak tidur jadinya sebab dia akan dok paksa. Hahahaha.
Hadiah Tahun 2017
Sejak sambut besday bulan yang sama dengan Syafi 4 tahun yang lepas, En Suami akan bawa kami bercuti sebagai hadiah harijadi lah kiranya. Kalau tahun lepas kami ke PD,  tahun ni kami ke Pulau Pinang pula. Lama tak jejak kaki ke sana. Bila dah dapat bercuti ni dah takde dah hadiah-hadiah lain. Tapi.........selalu Syafi akan demand lebih. Dah dapat bercuti nanti dia nak hadiah lori pula. Dah sebut-sebut hadiah lori 2-3 hari ni. Sabar je lah. Kalah onde tau.
Hadiah Tahun 2015
Bila umur dah meningkat ni dah takde apa sangat yang Ana nak. Hadiah-hadiah ni dah takde dalam list. Lagipun Ana buka jenis yang suka beli barang jadi En Suami tak perlu pening nak beli kan apa. Cuma apa yang Ana harapkan ialah semoga tahun ni dan tahun-tahun akan datang (doa semoga dipanjangkan umur), Allah berikan Ana kesihatan yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Semoga dengan kesihatan tu Ana makin lebih banyak beramal hendaknya. Korang yang baca ni doakan sama semoga Ana sentiasa sihat ye. Dan Ana doa kan yang sama buat korang semua. Tiada hadiah yang lebih baik bagi Ana selain dari doa korang semua. Sayang korang ketat-ketat Lillahita'ala. ❤


28 comments:

  1. happy birthday ana..oh syafi pn feb juga..mmg syok la celebrates busday p holiday stay otel ni...akak pn birthday bkn jenis suka nk adiah...dpt mkn2 cuti2 pn dh happy hehe

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday kak Ana & cute boy hee :) Comel btul semua gambar hehe.
    Semoga both of you bahagia selalu dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Ana ... eh, kita kongsi bulan harijadi yang sama ... :)) go Aqua go!

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah untuk Kak Ana dan anakanda Syafi..moga terus diberkati pada setiap pertambahan usia..menjadi hambaNya yang taat..menjadi isteri ibu dan anak yang solehah.
    Untuk Syafi..sebenarnya Syafi lebih dari seorang anak..Syafi adalah saham yang menjadi salah satu penentu di mana hujungnya singahsana Onde dan ayah..moga terus sihat dan menjadi anak yang soleh...

    ReplyDelete
  5. Happy birthday untuk Ana dan Syafi.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  6. Hapoy birthday Ana dan Syafi.best sambut bulan kelahiran yg sama dgn anak kan

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday ana dan syafi semoga di beri kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday Ana 😊 Cute as always

    ReplyDelete
  9. Alalaa comelnye deduaa! Semoga both of you dikurniakan rezeki yang melimpah, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa terpelihara . Aaminnn ^^

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Selamat hari lahir, moga sentiasa di dalam rahmat dan jagaan Allah SWT.. Moga Syafi membesar menjadi anak yang soleh dan tonggak agama..amiinn

    ReplyDelete
  11. Salam sis ana, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha

    Selamat hari lahir buat anda berdua, semoga makin bertambah berkat dan rahmat Allah dalam hidup yang singkat

    ReplyDelete
  12. hepi birthday to both of you. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia sampai ke syurga. Semoga Syafi membesar jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  13. Selamat hari lahir yang ke *teeeet* Kak Ana, hihi, Ira doakan semoga akan sentiasa diberikan kesihatan kehidupan yang terbaik dan kebahagian yang berpanjangan dariNya. Aamiin.

    Andddd epi besday in advance capi tomel. Membesar jadi anak yang soleh dan baik untuk onde dan daddy ye 😍😘

    ReplyDelete
  14. Kita sama bulan bday la Ana. tahun depan nk join jalan2 jugak lah..hehehe
    ..
    happy birthday Ana n syafi in advance. :)

    ReplyDelete
  15. happy birthday hehe walaupun trlambat wish da. best kan Lexis Penang ? hehe..

    ReplyDelete
  16. Comelnya dua beranak! heee :D Happy birthday kak Ana ^^ Semoga panjang umur,murah rezeki dan dilimpahi rahmatNya... Keep going,keep on inspiring! dan teruskan jadi blogger aktif :D

    ReplyDelete
  17. Happy Birthday Ana dan Syafi <3 Semoga diberi kesihatan yang baik sentiasa dan bahagia selalu. Bestnya sambut birthday kat Penang :)

    ReplyDelete
  18. Alolo comeynye Syafi masa kecit. Sanah helwah buat ana Dan Syafi semoga Allah melimpahkan rezeki buat korang berdua. Muahciked

    ReplyDelete
  19. Happy Belated birthday Ana n Syafi, wish kat sini pulak.. Hahaha.. Kak Sue doakan Ana sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah, sihat selalu dan berbahagia hingga ke Jannah.. aamiin ya rabb.. ❤

    ReplyDelete
  20. Happy birthday Kak Ana dan Syafi!! Semoga sentiasa diberkati Allah. Syafi thn 2018 dah jadi makin slim lah. Hehehe :P

    ReplyDelete
  21. HB. Semuga selalu bahagia dan dianugerahkan kesihatan yg baik...amin.

    ReplyDelete
  22. Happy belated birthday, kak Ana. May Allah bless you ^^

    ReplyDelete
  23. Happy Birthday to both of you..Moga sentiasa sihat ;)

    ReplyDelete
  24. Amin amin ya Rabbal'alamin. Terima kasih buat semua yg beri ucapan dan doa. Ana doakan yang sama buat semua. ❤❤

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤