First Time Naik Feri Masuk Pulau Pinang - Ana Suhana

Feb 15, 2018

First Time Naik Feri Masuk Pulau Pinang


First Time Naik Feri Masuk Pulau Pinang | Assalamualaikum. Ada yang dah bercuti ke tu? Wah cuti panjang juga ye kali ni. Ke mana kita cuti ni?  Ana dok rumah je. Tak plan ke mana-mana sebab dah boleh bayangkan sesak di mana-mana kalau pergi bercuti masa ni. So hari ni Ana nak share pengalaman Ana First Time Naik Feri Masuk Pulau Pinang awal bulan yang lepas.
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
First Time Naik Feri Masuk Pulau Pinang

Memandangkan waktu check in Hotel Lexis Suite Penang agak lambat dan kami dah masuk negeri Pulau Pinang seawal pukul 12, En Suami ajak naik feri untuk masuk ke pulau. Lagipun tak pernah naik feri pun sebelum sebelum ni kan. So Ana pun setuju je. Lagipun masa masih banyak lagi. Kang dok kat lobi hotel lama-lama bosan lak. Jadi kami lajak drive ke atas ke arah Butterworth.
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
Tak susah pun nak ke terminal feri ni sebab signboard memang clear bagi direction. Sampai-sampai dekat terminal tengok tak ramai kereta beratur nak bayar tiket. Harga tiket sebuah kereta hanya RM7.70 sahaja. Giler murah kan. Serius Ana terkejut masa tengok harga tiket tu.

Lepas bayar tiket terus beratut dekat dalam barisan. Kereta Ana yang terakhir dalam barisan pertama. Tak sampai 5 minit tunggu feri pun tiba. Masa ni barisan kedua mulai penuh dengan kereta. Lepas semua kereta dari pulau turun, turn kereta yang beratur ni pula masuk. Ada staff yang bertugas memberi arahan nak park kereta di petak mana. Memang tersusun dan efisien kerja-kerja susun kereta tu. Takde lah nak berebut nak park kereta dekat petak mana kan. Lepas kereta habis masuk baru motorsikal pula masuk. Satu-satu feri boleh memuatkan sehingga 33 buah kereta. Banyak kan.
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
Masa kereta masuk dalam perut feri, Syafi orang yang excited. Last dia naik feri masa di Udo Island Jeju 2 tahun lepas.  Tapi tu tak masuk naik kereta. So satu pengalaman baru buat dia. Perjalanan dari terminat Butterworth ke terminal Georgetown hanya memakan masa dalam 15 minit je. Sepanjang perjalanan tu korang boleh jer keluar dari kereta dan enjoy view dari dalam feri. Feri ni 2 tingkat tau. Nak naik atas bersama penumpang yang lain pun boleh. Ana enjoy dari bawah ni je.
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
Seronok pula tengok bandar Pulau Pinang dari sisi atas feri. Nampak tersusun dan cantik. Jambatan pertama Pulau Pinang pun boleh nampak dari feri ni. 
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
Kalau korang jenis yang mabuk laut, don't worry sebab tak rasa langsung ombak masa Ana naik feri ni. Kalau rasa pun masa nak sampai dekat terminat Georgetown tu je tapi tu pun ombak kecil. Tak rasa langsung feri tu bergoyang. Seriously!!
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
15 minit perjalanan tu rasa sekejap sangat. Tau tau dah sampai dekat jeti di terminal Georgetown. Masa ni semua pakat masuk kereta masing-masing. Urutan kereta keluar pun dah ditentukan. Kita hanya tunggu arahan dari petugas tu je. Tapi ada je yang jenis tak sabar nak keluar cepat. Relax lah semua akan keluar juga. Nak cepat cepat  nak pergi mana kan. Bertimbang rasa dan ikut lah peraturan. Tak susah mana pun.
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang
Ok lah korang yang nak ke Pulau Pinang tu jangan lupa try naik feri ni tau. Seronok dan tak lama mana pun. Dah sampai jangan lupa share dengan Ana ye. 

29 comments:

  1. Dilah pernah naik feri kat penang ni masa kecik-kecik dulu.. best jugak kan ana..

    ReplyDelete
  2. Dulu-dulu kalau gi Penang, ayah memang suka bawa naik feri, cuma sekarang ni anak dia lebih suka naik jambatan..hihihihi

    ReplyDelete
  3. Ira ni sampai pulau pinang pun belum inikan nak naik kereta dalam feri. Hehe

    Orang kata sana port best untuk foodhunting, masuk wishlist je mampu setakat ni 😂

    ReplyDelete
  4. dulu dulu tiap bulan wajib naik feri sebab pi rumah mak kat penang bestt wooo

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun last naik beberapa tahun lepas, saja naik feri masa balik dari pulau sebab nak bagi anak-anak rasa naik feri..

    ReplyDelete
  6. Dah lama sangat tak naik feri ni.Boleh la balik utara nanti bawa anak2 naik feri

    ReplyDelete
  7. heheh
    best kan
    kadang2 leh tengok obor-obor dekat tepi feri

    ReplyDelete
  8. Wahhh..best jugak ni.. LeYa pun tak pernah naik feri lg ke penang

    ReplyDelete
  9. bestnyaa..lama dah tak jalan2 penang =)

    ReplyDelete
  10. Best kan k.ana. aina last naik 2016 hari tu.

    ReplyDelete
  11. masa mula2 naik memng seronok, lepas tu macm mabuk laut gak.. tp best la first experience naik ferri

    ReplyDelete
  12. oh ana xpernh ek..syok naik feri dr jambatan hehe..akak byk kali la sbb ms kecik dlu dok penang

    ReplyDelete
  13. Dah alam tak naik feri ni.. last naik pun masa lepas sekolah

    ReplyDelete
  14. Seronoknya....PC pun tak pernah naik feri kak Ana...

    ReplyDelete
  15. Murah je tambang termasuk kereta tu haa..tapi kan kalau teringatkan trafik di Pulau Pinang tu seramlah husniey..laju kemain kebanyakan driver kat sana.. 😂
    Tak sanggup nak drive kat pulau tu..

    btw good sharing Ana 👍

    ReplyDelete
  16. Best jugak ye naik feri. Setakat ni tak pernah lagi naik feri nak ke seberang. Lalu jambatan je. Lepasni bolehlah cuba naik feri pulak

    ReplyDelete
  17. Wah bestnye.. mama pun X penah lagi tau

    ReplyDelete
  18. Jelesnya!! Hana dah lama tak naik feri heee ^^

    ReplyDelete
  19. dah lama teringin nak merasa naik feri tp xde rezeki lg

    ReplyDelete
  20. Setakat ni gi balik penang guna 1st n 2nd bridge aje. Ari tu x sempat nk naik feri sbb dah hampir maghrib bertolak dari pulau.

    ReplyDelete
  21. dulu selalu jugak naik feri masa dekat sabah tapi yang tu pening sikit sebab ombak kuat

    ReplyDelete
  22. NAIK FERI NI GAK MASA G PULAU PINANG ARITU

    ReplyDelete
  23. yang duk Penang ni pun each time naik feri excited jugak =D

    ReplyDelete
  24. naik feri boleh rasa tenang.. selalu naik sorang tak bawak kereta hihik..pasni boleh try sebab murah je..

    ReplyDelete
  25. akak dah 2 kali naik feri ni siap bawak kereta naik sekali...hehehe...itupun masa adik bongsu duk Penang dulu

    ReplyDelete
  26. last naik feri ms mengandungkan Dhia. kiranya bdk2 ni tak pernah naik feri ke Penang, terus bawa kereta masuk penang je hehehe

    ReplyDelete
  27. bawak kereta naik free ni jangan time peak hour. hehe. saya prnh buat sekali je. rindu nak naik feri penang

    ReplyDelete
  28. Satu pngalaman yg best! Busyra time kecik dlu ja penah. Masa darjah2. Haha. Skrng x penah dh. Tringin nak naik lg.

    ReplyDelete
  29. terbaek.. ejulz blm pernah masuk penang

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤