Doa Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Rasulullah saw Setiap Pagi dan Petang - Ana Suhana

Feb 16, 2018

Doa Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Rasulullah saw Setiap Pagi dan Petang


BACALAH DOA YANG TIDAK PERNAH DITINGGALKAN OLEH RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM PADA SETIAP KALI WAKTU PAGI DAN PETANG :
Doa Rasulullah Setiap Pagi dan Petang
Doa Rasulullah Setiap Pagi dan Petang
Daripada Saidina 'Abdullah bin 'Umar Radhiayallahu 'Anhuma berkata :

Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam TIDAK PERNAH MENINGGALKAN beberapa kalimat ini pada waktu pagi dan petang :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ،

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، 

اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي،

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي،

وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيَ.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan, kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan, kesejahteraan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. 

Ya Allah, tutupkanlah keaibanku, dan amankanlah diriku dari rasa takut. 

Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta dari atasku,

Dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada diceroboh dari arah bawahku."

Hadith Sahih riwayat al-Imam Abu Daud dan al-Imam Ibnu Majah rahimahumallah.


Al-Imam asy-Syaukani rahimahullah menyatakan bahawa :

Al-'Afiah (العافية) bermaksud lindungan, jagaan dan peliharaan Allah Taala kepada hamba-Nya daripada segala bala bencana, musibah dan segala perkara yang tidak diingini dalam apa jua situasi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Sesungguhnya kita tidak tahu dan tidak dapat menjangkakan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri kita dan keluarga sepanjang kehidupan kita.

2) Kita amat yakin bahawa tiadalah sesuatu yang dapat menjaga, memelihara dan menyelamatkan kita daripada segala perkara yang tidak diingini melainkan Allah 'Azza Wajalla, Tuhan yang menciptakan kita dan mengatur segala ketetapan kehidupan kita dan alam ini.

3) Justeru, ikutlah panduan daripada Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam yang mengajar kita supaya KONSISTEN memohon perlindungan daripada Allah dalam segenap perkara pada waktu pagi dan petang, pada setiap hari sehinggalah kita kembali bertemu dengan-Nya.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk tidak meninggalkan doa yang pernah dibaca oleh Rasul-Mu Sollallahu 'Alaihi Wasallam pada setiap pagi dan petang sepanjang hidup kami."

BACA, AMAL DAN SEBARKAN.

الفقير إلى رحمة الله ومغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن جميع المسلمين.

Salehuddin bin Abu Samah
https://www.facebook.com/salehuddin.binabusamah

Institut Pediatrik, Kuala Lumpur.
25 Jamadil Awwal 1439H
11 Februari 2018.

20 comments:

  1. Salam Jumaat kak Ana ^^ keep on spread the good things! :D

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Ana, good sharing.. Semoga kita pun istiqomah baca doa nie kan Ana, kalau dah terbiasa memang sayang nak tinggal..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. terima kasih share kak ana. Salam Jumaat :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian doa ni, memang bagus untuk diamalkan

    ReplyDelete
  6. Info dan ilmu yang menarik . terima kaseh

    https://apeyop.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Kalau doa ni memang sahih, elok di amalkan.

    Selamat pagi sabtu ana

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share doa rasullullah... moga jadi amalan kita semua

    ReplyDelete
  9. Alamdulillah. Nice sharingg. Terima kasih kak ana ^^

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, dapat ilmu yang bagus awal pagi ni. Terima kasih ana

    ReplyDelete
  11. Tq kak ana atas perkngsian bermakna ni <3

    ReplyDelete
  12. terima kasih di atas perkongsian berguna

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤