Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina - Ana Suhana

Feb 21, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina  | Assalamualaikum. Korang tau tak yang sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian Paling Popular Sempena Tahun Baharu Cina Bagi Tahun 2018

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita. Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.

1) Pakaian Wanita :
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam

2) Mobil & Gajet :
iPhone, Samsung, Jam Pintar, Xiaomi

3) Permainan, Kanak-kanak & Bayi :
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee 

4) Kasut Wanita :
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal 

5) Beg Wanita :
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian Paling Popular
Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Sepanjang Musim Perayaan. 

Kategori dan produk paling popular terjual di Shopee ialah :

1) Kasut Wanita : Kasut Terbuka

2) Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set Pakaian Bayi

3) Perhiasan Rumah : Set Hadiah Tupperware 

4) Kesihatan & Kecantikan : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina

5) Runcit & Haiwan Peliharaan : KitKat Edisi Khas 


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut, sila layari >>>> www.shopee.com.my <<<<

31 comments:

  1. Ramai orang suka shopping online sekarang ni sebab senang

    ReplyDelete
  2. Heheh vibe CNY tak habis lagi ni ^^

    ReplyDelete
  3. Bonde tgh sekodeng ni... He he he mood membeli ubah mari... #cucimata #shopee he he he

    ReplyDelete
  4. Jom la kita shopping jom Ana.. Naik rambang dah mata Kak Sue nie ha.. ehehe..

    ReplyDelete
  5. PC rajin juga singgah kak Ana..belinya belum pernah...hehe..

    ReplyDelete
  6. Memang memudahkan dan seronok shopping dengan shopee

    ReplyDelete
  7. Kalau aku kayaaaaaa.....akan ku beli semua yang menarik di shopee..hahaha...jom la shopping..voucher banyak ni...

    ReplyDelete
  8. Nasib baiklah sis ni jenis yg tak berapa nak bersopping online, kalau nak je baru suh cousin belikan sb dia ada acc kat shoppee ni. Kalau sis masuk fuhhh sure banyak beli hahaha

    ReplyDelete
  9. akk salah sorang penyumbangnya hehe, suka beli di hopee sebab super duper JIMAT

    ReplyDelete
  10. Dulu selalu beli dekat Lazada je, tapi lately ni ramai shopping dekat shoppee. Makanya, ida pon terjebak jugak hehe. Beli-beli dapat kumpul point hehe

    ReplyDelete
  11. Indah pun suka gila ber-shopee, addicted dah ni xD barang best best murah murah

    ReplyDelete
  12. Belum pernah lagi shopping di shopee. Selalu shopping di lazada je. Hehe. Tapi kalau dah ada offer macam2 gini macam nak try lah jugak shopping di shopee pulak. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  13. macamtahu je ..Sal pun tengah skodeng shopee...sale kot...huhuhu

    ReplyDelete
  14. Seronok tau shopping dekat Shopee ni.tak ingat dunia langsung

    ReplyDelete
  15. Wah bagusnya shopee banyak meningkat. Marsha pun pembeli tegar shopee...hihi

    ReplyDelete
  16. Tak pernah shoppinh kat Shopee lagi. Selalu tengok ja. Banyak barang menarik yang ada yer. Boleh lah cuba lepas ni

    ReplyDelete
  17. Shopee ni kalau masuk kat web dia mmg susah nak keluar..Haha.. Brg murah2..

    ReplyDelete
  18. uzu pun salah sorg yg beli kat shoppee haha

    ReplyDelete
  19. Yana sala sorang pengguna tegar shopee.. Memang best shopee nie

    ReplyDelete
  20. Beberapa kali jugak shopping dekat shopee. Sebab murah dari online shopping yang lain.

    ReplyDelete
  21. Uugh if tgk shopee asyik nak menekan add to cart sajok. Kenapa yea ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  22. sy pun da terjebak dengan shopee ni. ada je bnda nak carinya.huhu

    ReplyDelete
  23. Busyra penah beli di shoppee. Mmg best. Senang dan murah

    ReplyDelete
  24. Pernah refund, pernah kena block, pernah shopping sampai ratus2..semua shopee punya pasal..nanges..

    ReplyDelete
  25. memang dah lama tersampuk dengan shopee ni..berhantu betul :)

    ReplyDelete
  26. Memang kerja bukak shoppe je masa cuti haritu. Hahaaa

    ReplyDelete
  27. Uihh boleh pening masuk shopee ni banyak sangat pilihan ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  28. ramai share pasal shoppe ni.. terbaek..

    ReplyDelete
  29. sha taknak bukak shopee dah, habiskan duit haha tapi geram tengok orang post pasal shopee

    ReplyDelete
  30. Senang lah beli semua brg dengan shopee ja. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  31. nampak nau deme kuat shopping masa cuti kan haha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤