February 2018 - Ana Suhana

Feb 27, 2018

Family Dinner di Restoran BBS Junction

10:57 AM 22
Family Dinner di Restoran BBS Junction

Family Dinner di Restoran BBS Junction | Assalamualaikum. Sabtu lepas Ana bawa mak ayah dan adik-adik untuk Family Dinner di BBS Junction. Tanda terima kasih sebab tolong jayakan majlis hari jadi seminggu yang lepas. Mak paling excited bab-bab makan ni. Pantang ajak cepat je dia angguk setuju. Haha.
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Family Dinner di Restoran BBS Junction

Kisahnya satu hari En Suami ajak makan luar. Plan nak pergi ke Restoran Chief Ikan Bakar tapi punya lah ramai orang dekat sini. Cancel terus sebab malas nak menunggu lama. Punya pening tak tahu nak makan apa ni. Tetiba teringat Restoran BBS Junction dekat Bandar Baru Selayang ni. Selalu masa lalu tengok ramai je orang makan dekat sini. So why not we give a try kan. Bila first time dah makan, tersuka lah pulak. Tu yang repeat ajak mak ayah semua.
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Menu dekat sini memang simple - basically masakan ala Thai dan masakan bergoreng. Macam biasa kitorang kalau order mesti akan order ikan. Ikan hanya ada ikan siakap dan kembong sahaja. Ikan lain memang takde. Setakat sotong udang tu ada lah. Ok jer bagi Ana. Janji sedap kan. Moh ler tengok apa yang Ana order malam tu.

Menu 1 : Siakap Masak Sweet Sour - RM40
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Kalau tengok gambar bukan main meriah hiasan ikan ni. Timun, tomato, lobak merah, bawang besar merata-rata dia tabur. Tak kedekut langsung. Bab rasa pula semua cukup rasa. Ikan garing kuah sedap. Ni makan berdua je pun tak terasa muak. Ayah Ana yang punya cerewet bab makan siap boleh tambah nasi (which is amazing) bila rasa siakap sweet sour ni.

Menu 2 : Siakap Masak Tiga Rasa - RM40
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Menu tiga rasa ni agak pedas sikit tapi manis-manis pedas sebab ada nenas dalam tu. Pun sedap juga. Yang tak suka manis sweet sour boleh try tiga rasa ni. Lagipun tiga rasa ni tak memuakkan pun.

Menu 3 : Telur Bistik - RM6
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Telur bistik ni penuh dengan bahan dalam tu. Isi utama ialah ayam dan sayuran. Nampak kecik tapi bila makan dengan nasi, boleh kongsi sehingga 3 orang.

Menu 4 : Kailan Ikan Masin - RM5 / Kangkung Goreng Belacan - RM5
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Rasa standard macam kedai lain. Favorite En Suami ni bila ada ikan masin. Habis licin kuah dalam sayur tu dia bedal.

Menu 5 : Tomyam Campur - RM7
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
En Suami dan adik kata sedap. Ana tak boleh nak makan tomyam ni sebab agak pedas. Tak berani nak makan. Hari tu rasa sikit je dah rasa pedas dia. Isi dalam tu agak meriah juga.

Menu 6 : Cendawan Goreng - RM5
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Sekali pandang nampak macam sotong goreng campur kan. Ana pun confuse sebenarnya. Haha. Tapi meriah dengan sayur dan bahan. Berbaloi.

Menu 7 : Nasi Goreng Pataya - RM7.50
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Menu adik bongsu Ana. Bukan main order nasi goreng. Kata tak lalu nak makan sekali licin sepinggan. Makan dengan tomyam memang lah sedap jadi dia.
Restoran BBS Junction
Restoran BBS Junction
Dalam setengah jam licin semua makanan atas tu. Alhamdulillah semua puas hati dan kenyang. Makanan semua sedap. Actually masa Ana tau ayah nak ikut Ana dah berdebar sebab takut lambat makanan siap. Orang bukan main ramai masa tu. Tapi tak sampai 10 minit order semua makanan sampai serentak. Memang cepat giler. Terbaik servis dekat sini. Kedai pun sangat bersih. Kalau tak, tak kan dapat kebersihan premis kelas A. Cuma dekat sini terang-terang ada GST. Hehe. Sila lah bertabah. Ok bye.

Alamat :
No 27 Jalan 2/8 Dataran Templer
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

Waktu Operasi :
5 petang - 2 pagi





Feb 25, 2018

Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong

12:31 PM 32
Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong

Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong | Assalamualaikum. Selamat hari Ahad semua. Ke mana kita hari ni? Ada yang dah bekerja kan hari ni. Ana pagi-pagi tadi lepas Subuh terus bersiap-siap untuk Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong.
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Beriadah Sambil Bertadabur di Taman Metropolitan Kepong

Dah lama sebenarnya plan nak bersukan dekat sini. Last bulan 11 tahun lepas rasanya. En Suami dok request nak berbasikal setiap minggu. Ye lah beli basikal sampai 2 biji, kononnya sorang satu tapi dok keras kejung je basikal tu dalam rumah. Jangan sampai basikal tu gantung dalam mudah.my dah lah ugut dia. Hehe. Maka pagi tadi malas nak pikir panjang terus Ana bertiga ke sana.

Taman Metropolitan Kepong ni ada yang kenal dengan nama Taman Layang-layang Metropolitan Kepong sebabnya ada tanah lapang khas untuk main layang-layang. Hujung minggu kalau lambat sikit confirm parking dekat luar. Macam tadi Ana sampai dalam pukul 7 lebih,pun parking dah penuh. Selamat ada kosong satu petak. Rezeki bak kata Syafi.

Aktiviti utama kami ialah berbasikal. Syafi duduk dekat seat belakang macam bos. Ana dan En Suami gilir-gilir bawa dia. Penat wooo bawa budak 16kg ni. Lagi-lagi masa naik bukit. Tak cukup nafas rasanya. Dia seronok lah duduk belakang. Tak tahan siap komplen kita bawa slow bagai. Sedap mulut dia je. Dah kira baik Ana tak suruh dia yang bawa Ana. Haha.
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Waktu pagi memang ramai yang datang dekat sini untuk jogging dan berbasikal. Makcik-makcik steady je jogging dengan geng-geng dia. Kalau Ana pancit sangat dah tu. Ada yang buat aktiviti kolej juga dekat sini. Memang meriah. Tapi kalau weekdays orang memang kurang. Tapi ada polis bantuan ronda sekali sekala untuk jaga keselamatan. Waktu petang pun ada rondaan dekat sini. Rasa selamat lah juga kan especially pada perempuan.
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Ana dapat buat 2 pusingan je. Lepas tu tak larat dah. Lama wei tak bersukan. Memang hilang stamina. Kena selalu berbasikal lagi nampaknya lepas ni. Harapnya kesedaran diri tu masih ada lagi lah. Haha. Dah penat Ana rehat dekat bawah satu menara tinjau dekat sini. Ajak Syafi naik menara tu kejap. Punya lah membebel tinggi lah penat lah. Haha. Menara ni setinggi bangunan 4 tingkat. Menariknya boleh nampak KLCC dan KL Tower lagi tau.
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Dekat depan menara ni ada tasik. Tenang rasa duduk dekat sini. Yang best sekarang ni tasik tu dah ada aktiviti air. Dulu masa Ana ke sini takde lagi. Selalu kat tasik-tasik hanya ada paddle boat kan tapi kat sini ada picnic boat. Boleh berpicnic atas tu. Ada meja bulat disediakan dan boleh masuk 6 orang. Harga agak mahal. Kalau naik waktu pagi RM50 untuk 30 minit. Kalau belah petang RM60 untuk 30 minit. Rasa macam nak naik nanti tapi tengok pada availability boat tu dan juga cuaca. Setakat ni hanya ada 4 buah je.
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Dalam tasik ni ada banyak giler ikan keli tau. Besar-besar tahap hapa ntah. Geli lak Ana tengok padahal Ana pencinta tegar ikan keli. Kalau kita bawa roti dan baling ke dalam tasik, nanti korang tengok macam mana ikan-ikan keli tu berebut makanan. Ikan lain pun ada juga tapi paling banyak ikan keli.
Taman Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong
Belah petang kalau nak main layang-layang memang sesuai. Cuaca tak berapa panas kan. Banyak je penjual yang jual layang-layang dekat sini. Kalau angin banyak memang cepat je layang-layang tu naik. Seronol tengok. Berwarna -warni layang-layang menghiasa angkasa. Eh macam lagu didi and friends lak rasanya.

Tu je lah aktiviti kami 3 beranak hari ni. Syafi sampai rumah dok ulang kata seronok dapat naik basikal dan dapat main belon air. Macam dah bagi hint yang dia nak datang lagi. Kita tengok petang karang macam mana. Kalau semua ok boleh lah berbot sambil berpicnic kan. Korang buat apa pulak hari ni?

Feb 24, 2018

Edit Gambar Nampak Lebih "Hidup" Dengan Aplikasi Zoetropic

11:01 AM 52
Edit Gambar Nampak Lebih "Hidup" Dengan Aplikasi Zoetropic

Edit Gambar Nampak Lebih "Hidup" Dengan Aplikasi Zoetropic | Assalamualaikum. Siapa tak suka upload gambar-gambar yang cantik dekat blog, FB, IG dan Twitter kan? Ana sejak aktif semula berblog, Ana akan pastikan gambar-gambar yang Ana upload ialah gambar yang terbaik yang Ana ada. Dan salah satu cara Gambar Nampak Lebih Cool Dengan Aplikasi Zoetropic.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic
Edit Gambar Nampak Lebih "Hidup" Dengan Aplikasi Zoetropic

Kalau sebelum ni Ana lebih selesa guna aplikasi Snapseed untuk edit  gambar dan masukkan watermark. Bila dapat edit dan upload satu-satu gambar yang cantik, Ana akan rasa satu kepuasan untuk diri sendiri. Biar lah biasa pada pandangan orang janji puas pada pandangan diri sendiri.

Lepas Ana jumpa aplikasi Zoetropic ni, Ana macam teruja sikit. Sebabnya kita boleh edit gambar kita nampak lebih "advance" dan ala-ala pro orang kata. Kenapa Ana kata nampak macam pro? Haa cuba tengok gambar hasil dari di edit dengan aplikasi Zoetropic ni.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Haa nampak tak dalam gambar tu kedua-dua air terjun termasuk yang dalam gambar bergerak. Padahal edit je tu. Gambar asal mana ada pergerakan tu semua. Haa nak tahu macam mana Ana edit gambar tu, boleh try basic step yang Ana nak tunjuk ni:

1. Download aplikasi Zoetropic di Google Play Store. Ada free version dan ada yang berbayar. Ana beli yang berbayar - RM8.99 saje. Untuk yang free version boleh je guna semua mode dalam tu.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

Dekat bawah tu ada mode yang ada dalam Zoetropic ni :

MOTION - untuk arah pergerakan objek seperti awan dan air

SEQUENCE - untuk hasilkn flow yang "berombak

STABILIZE - sebagai border untuk pisahkan objek bergerak dengan yang tidak bergerak

SELECT - untuk delete unwanted motion or sequence

ZOOM - untuk zoom in gambar untuk memudahkan proses editing

MASK - untuk highlight objek yang tidak perlu digerakkan

ERASE - untuk erase objek yang telah di mask

AUDIO - untuk add on audio ke dalam gambar

2. Masukan gambar yang korang nak. New memory untuk gambar baru manakala my memories untuk reedit gambar yang telah di edit sebelum ni.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

3. Pilih mode MOTION untuk menentukan arah pergerakan objek samada air atau awan.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

4. Pilih mode MASK untuk highlight objek yang tidak perlu bergerak.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

5. Pilih mode STABILIZE untuk create border antara objek bergerak dengan yang tidak bergerak. STABILIZE juga berfungsi sebagai border antara 2 pergerakan yang berlainan.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

5. Jika ada objek yang terlebih di mask, boleh delete bahagian tersebut dengan mode ERASE.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

6. Kalau nak masukkan sound, pilih mode AUDIO untuk masukkan audio yang ada dalam galeri handphone korang background music.

7. Akhir sekali, save samada dalam format mp4 atau GIF. Kalau pilih mp4 make sure speed gambar dan repetition at least 2 supaya boleh upload dalam IG. Kalau save sebagai GIF gambar tak clear dan pecah-pecah.
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic
Aplikasi Zoetropic

Semua steps dekat atas merupakan step asas je tau. Maklum lah tangan tak berseni macam Ana tau buat yang simple je. So korang try lah juga tau. 
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Lagi best boleh buat untuk produk review. Mana tau boleh impress client kan. Contoh macam gambar Carrie Junior bawah ni. Selamat mencuba ok.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Feb 23, 2018

Sempurnakah Solat Kita? 5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat

11:19 AM 21
Sempurnakah Solat Kita? 5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat

SEMPURNAKAH SOLAT KITA?? 5 KESALAHAN RUKUN QAULI DI DALAM SOLAT | Tahu tak kita yang dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus?? Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.
5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat
5 Kesalahan Rukun Qauli Di Dalam Solat

13 Rukun Solat

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan epada 3 bahagian: 

1. RUKUN QALBI - iaitu rukun ke atas pekerjaan hati

2. RUKUN FI'IL - iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja

3. RUKUN QAULI - iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

5 Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan. (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat :

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberi salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz”??

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat yang di sebut tadi (Takbiratul Ihram, Al Fatihah, Tahiyat Akhir, Selawat pada rakaat terakhir & Salam)

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna. Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2. Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

10:47 AM 27
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Assalamualaikum. Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
1. Mobil & Gajet

Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri 

2. Kesihatan & Kecantikan

Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek

3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi 

Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan 

4. Pakaian Wanita

Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun 

5. Perabot & Perhiasan Rumah

Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Feb 22, 2018

Hotel Review : Lexis Suite Penang Antara Hotel Yang Terbaik

10:38 AM 29
Hotel Review : Lexis Suite Penang Antara Hotel Yang Terbaik

Hotel Review : Lexis Suite Penang Antara Hotel Yang Terbaik | Assalamualaikum. Kalau korang yang follow Ana dekat IG mesti perasan baru-baru ni Ana ke Pulau Pinang dan menginap di Lexis Suite Penang sempena hadiah harijadi Ana dan Syafi. Kalau tahun lepas kami ke Grand Lexis Port Dickson jadi tahun ni kami ke Lexis Suite Penang pula. Secara peribadi bagi Ana sekeluarga Lexis Suite Penang Antara Hotel Yang Terbaik pernah kami stay selain Hotel Ramada di Melaka.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Hotel Review : Lexis Suite Penang Antara Hotel Yang Terbaik

Lexis Suite Penang terletak di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan agak jauh dari Georgetown kira-kira 30 minit perjalanan. Kalau kita dari highway PLUS, nak ke sini kena exit melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang sebab Teluk Kumbar ni antara daerah paling hujung di sini. Kira macam Rawang, Bukit Beruntung suatu masa dulu. Tapi Ana perasan yang kawasan ni sedang pesat membangun. Banyak bangunan sedang dalam kerja pembinaan di sana sini.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Ana sampai Lexis Suite Penang dalam pukul 2.30 petang macam tu. Masa parking kereta tengok macam takde orang sangat. Parking kereta pun agak lengang. Dari parking Ana terus turun ke lobi untuk daftar masuk. Rupanya dekat lobi ni ramai je orang menunggu nak masuk bilik. Waktu daftar masuk dekat Lexis Suite Penang ni pukul 4 tau korang which is agak lambat compare dengan hotel lain yang selalunya dalam pukul 3. Tapi jangan risau once bilik ready je korang boleh terus masuk. Sementara tunggu bilik ready Ana lepak lah dekat lobi tu. Ada je tempat menunggu disediakan. Selesa lagi. Welcome drink pun disediakan.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang 
Dalam 30 minit menunggu akhirnya bilik kami pun ready. Ana dengan Syafi lah paling excited. Hehe. Naik semula ke tempat parkir untuk amik beg dan terus ke tingkat 10 untuk ke bilik. Dari tempat parkir ni kalau nak naik ke bilik korang kena guna kad bilik yang diberi. Kalau tak korang tak boleh nak tekan nombor tingkat bilik korang. Ni salah satu ciri keselamatan yang ada dekat Lexis Penang ni.

Sampai-sampai je depan pintu bilik Syafi orang pertama yang nak touch card buka bilik. Berlagak macam orang besar je gaya dia. Geram je Ana tengok. Lepas je pintu terbuka, dia juga jadi orang pertama masuk dan terus melompat atas katil. Siap kata "selesanya dapat baring atas katil ni"!!. Sabar je lah. Tapi memang excited woo bila masuk bilik ni. Mana tak nya terlalu besar untuk kami bertiga.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang 
Ana booked bilik Suite Pool Executive dekat sini untuk 3 hari 2 malam. Harga semalam Ana dapat ialah RM380 melalui Agoda.com. Harga tu lepas guna kupon Digi dan rebate dari Agoda sebab selalu tempah melalui Agoda Apps. Bagi Ana harga tu berbaloi sangat dengan keadaan bilik dan perkhidmatan yang ada dekat sini. No wonder ramai yang ke sini bawa family besar untuk bercuti sebabnya bilik dia memang besar. Boleh muat 8 orang dengan selesa. 

Untuk bilik yang Ana booked tu ada 2 katil double di bahagian ruang tamu tu. Satu katil boleh muat 3 orang. Dekat hujung katil tu ada satu kerusi "malas" di setiap satu katil. Nak tidur dekat atas tu pun boleh sebenarnya. Berhadapan katil ada meja panjang dan TV. Dalam salah satu ruang meja tu ada mini fridge. Channel untuk TV ok lah tak berapa banyak tapi who cares kan. Kita datang untuk bercuti bukan nak tengok tv. Wifi pun ada tau. Tapi Ana guna personal data je sebab banyak giler quota tak guna lagi. 
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang 
Dari ruang tamu ada satu pintu untuk ke ruang mandi. Keluar je dari pintu tu, dekat belah kanan ada shower area with bath tub dan dekat belah kiri ada tandas dan almari baju yang luas. Dalam almari tu ada safety box, jubah mandi, seterika dan papan seterika. Bersebelahan tandas ada ruang untuk bersolek.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang 
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Dari ruang mandi tu ada lagi satu pintu untuk ke balkoni. Dekat balkoni ada ada private pool, sauna room dan juga meja untuk melepak. Bila dah ada pool dalam bilik Syafi lah paling enjoy.  Mandi tak ingat dunia sampai kecut kulit tangan kaki dia. 
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang 
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Bilik Ana bilik paling hujung dan menghadap separuh pekan Teluk Kumbar dan separuh laut. Dari balkoni dah boleh nampak bot-bot nelayan berulang alik dari laut. Lagi satu yang best bilik Ana menghadap matahari naik. Memang syok habis layan matahari terbit. Cantik sangat. Dan kebetulan masa Ana stay dekat sini bulan tengah mengambang penuh. So dapat juga tengok bulan dari balkoni bilik je.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Memandangkan masa Ana sampai di hotel kami tak sempat lunch, jadi kami order je in room dining. 2x juga lah kami order sepanjang duduk dekat Lexis Penang ni. Bagi Ana menu-menu yang ada dekat sini harga dia standard harga kafe dekat KL ni. So tak mahal mana pun. Oh ya, Ana order makanan dari Roselle Coffee House yang telah diiktiraf Halal dari Jakim. So worry not tentang kehalalan makanan yang disediakan. So far semua menu yang Ana order siap dalam 30 minit dan semuanya sedap. Memang puas hati sangat-sangat.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang
Apa yang menarik dekat Lexis Suite Penang ni ialah di Tingkat 8 disediakan satu ruang untuk bermain untuk para tetamu yang menginap di sini. Kalau kata kita malas nak tunggu dekat lobi sementara dapat bilik, kita boleh ke tingkat 8 ni. Tak pun kalau rasa bosan dan nak keluar bilik kejap boleh je ke sini. Dekat tingkat 8 ni macam-macam permainan untuk seisi keluarga. Antaranya ada mini indoor park untuk kanak-kanak, ada permainan memanah,ada meja-meja yang menyediakan permainan congkak, karom, uno stacko, permainan chess dan dam, ada table tennis, gym, pusat karaoke dan juga swimming pool. Kesemua tu free je tau kecuali karaoke.
Lexis Suite Penang
Lexis Suite Penang 
Sepanjang 3 hari dekat sini memang Ana happy dan puas hati sangat. Bilik dah lah besar, bersih pula tu. Kelengkapan yang disediakan pun semua tip top. Takde istilah tuala kotor ke hapak ke. Takde langsung. Breakfast pula like a heaven. Macam-macam menu ada. Ada menu tempatan macam nasi lemak, char keow teow Penang, kuih muih dan mee bersup. Ada menu makanan Arab macam nasi Arab. Ada menu Jepun macam udon dan sushi. Ada western food macam pelbagai jenis salad, yogurt, muffin dan macam-macam lagi. Ana sampai boleh lepak situ lama-lama sebab banyak sangat makanan. Pekerja dekat sana pun freindly and helpful. Siap datang ke meja serve kan Ana udon sebab Ana bagitau counter Udon dah habis. Best best best sangat.

Kalau ada peluang ke Pulau Pinang lagi confirm Ana nak repeat ke Lexis Suite Penang ni lagi. Walau jauh dari bandar tapi dengan apa yang Ana experience memang worth every money spend. Korang kalau ada rezeki nak ke Pulau Pinang moh leh try stay dekat sini. InsyaAllah puas hati.

"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch

10:14 AM 40
"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch

"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch | Assalamualaikum. Malam Tahun Baru Cina yang lepas, Ana sekeluarga tak lepaskan peluang nak "makan besar" juga. Sama saja menyibuk bagi jalan jem dekat Selayang ni. Hehe. Padahal lama dah mengidam nak try KFC Golden Egg Crunch tu. Bagi suggestion dekat En Suami, sekali dia pun on je. Ye lah esok kan cuti nak lah dia melayan. Cuba keje, nan hado.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
"Makan Besar" Dengan KFC Golden Egg Cruch

Memandangkan KFC delivery tak cover area rumah Ana (padahal tak sampai 5 minit pun dari cawangan KFC yang terdekat) maka terpaksa rela lah keluar juga. Plan asal nak makan dekat KFC Batu Caves jer, sekali tengok dari luar punyalah ramai orang beratur. Cancel terus. Pikir punya pikir akhirnya teringat dekat Sri Gombak pun ada KFC juga. Hopefully tak ramai lah orang. Hopefully!!!

Sampai je dekat sana, pun sama!!!! Bukan main ramai orang beratur dekat kaunter tu. Bercinta pulak rasanya nak beratur ramai-ramai tu. Ajak makan tempat lain Syafi pula tak nak. Dia yang beria nak makan ayam goreng Mail (suka hati dia je) dekat sini. Bosan makan dekat rumah katanya. Pandai je kata bosan. Macam orang tua. Ana pula kesian tak sampai hati nak hampakan permintaan si kecik (padahal onde dia pun 2x5).  Jadi berjemaah lah En Suami beratur depan kaunter tu.

Sementara En Suami beratur Ana naik ke tingkat atas nak cari port. Banyak je lagi meja kosong atas ni. Maybe ramai yang tapau bawa balik kan. Nak dekat 20 minit juga lah En Suami dengan sabarnya beratur demi memenuhi permintaan 2 ketul manusia ni. Tu kalau tak sayang tak tau lah nak cakap apa lagi. Haha.

Malam tu Ana sorang je yang makan Golden Egg Crunch tu. En Suami tetap setia dengan versi original dari dulu kini selamanya. Eh!! So kami order 1 set of 2 pcs Golden Egg Cruch + Add On 2 vanilla pudding with salted caramel flavor, 1 set dinner plate dan 1 twister.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
Masa ayam tu sampai atas meja perghh bukan main menusuk-nusuk deria bau dengan Golden Egg Crunch tu. Tu baru first impression. Rasa tak tentu lagi kan. Memandangkan ada yang review kata Golden Egg Crunch ni tak berapa nak kick dan power seperti yang ditayang dalam iklan tv tu, jadi Ana tak letak target yang tinggi. Kang bila rasa dia tak seperti yang diidamkan, putus lak selera makan kan. Haha. Kata je putus, makan tetap makan dik non.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
Kini tiba bab rasa. Kali ni Ana dapat ayam satu bahagian dada dan satu lagi bahagian thight. Selalu dapat drumstick tapi takde rezeki kali ni. Bila dah makan, meletup-letup semua rasa dalam satu kunyahan - pedas, lemak masin dan manis. Sedap dan menyelerakan rupanya. Kena sangat dengan selera Ana. Tapi bagi Ana kalau ayam tu digoreng rangup dan rasa manis basil tu di letak nipis  mesti lagi sedap. Ada sesetengah peminat hot and spicy tak boleh terima rasa manis basil tu tapi kalau semua bahan-bahan tu diadun secukupnya, mungkin mereka boleh suka. Maksudnya rasa manis basil tu tak overshadow rasa pedas dari rempah hot and spicy tu.

Ana percaya rasa Golden Egg Crunch tu akan berbeza di setiap outlet. Kalau rezeki korang dapat outlet yang adun semua bahan tu dengan secukupnya, InsyaAllah sedap rasanya. Tapi tu bergantung pada citarasa korang juga akhirnya kan. Rasa sedap setiap orang tu kan berbeza. Macam Ana, antara Golden Egg Crunch ni dengan KFC Chizza x Pizza sebelum ni, definetely Ana akan vote for Golden Egg Crunch. Nak repeat lagi nampaknya.
KFC Golden Egg Crunch
KFC Golden Egg Crunch
Kata makan besar kan. Untuk Ana ada lagi ala carte twister dan vanila pudding. Memang membesar dengan jayanya. Twister tu antara menu favorite Ana dekat KFC ni. Makan pula dengan sos Thai. Vanila Pudding tu pun sama sedap. Sekejapan licin. Lepas tu nak bangun dari kerusi bukan main payah. Haha. Dalam sejam lebih juga lah kami 3 beranak lepak dekat KFC tu. Syafi lah yang paling seronok dapat makan dekat restoran KFC tu. First time experience bagi dia. Lagi best masa makan ada kedai tayar bawah tu bakar mercun. Lagi lah dia suka. Memang rasa macam betul-betul makan besar. Hehe. Eh korang dah rasa Golden Egg Crunch tu?? Kalau beluk boleh lah cuba try test sekali. Harga? Ada dalam gambar dekat atas tu. Selamat mencuba.