Surah Al-Kahfi Dan Dajjal - Ana Suhana

Jan 8, 2018

Surah Al-Kahfi Dan Dajjal


Surah Al-Kahfi Dan Dajjal | Assalamualaikum. Kalau dulu tiap kali masuk hari Khamis malam Jumaat mesti mak ayah atuk nenek kita suruh baca Yasin. Betul tak?  Namun kebelakangan ni surah Al-Kahfi sering disebut-sebut dan diperkatakan. Salah satu perkara sunat yang sangat dituntut pada hari Jumaat dan khamis malam Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi ni. Antara kekuatan surah ini adalah ianya dapat melindungi kita dari Dajjal.
Surah Al-Kahfi dan Dajjal

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? Pernah terfikir camni? Meh kita tengok huraian tentang Kekuatan Surah Al-Kahfi Yang Perlu Kita Tahu ni.

Surah al-Kahfi mengandungi 4 buah kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Rata-rata antara sudah tahu tentang 4 kisah ni tapi masih tak dapat nak relate dengan dajjal. Betul tak? Setiap 1 kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

1) Pemuda gua - Fitnah aqidah / iman
2) Pemilik kebun - Fitnah harta
3) Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
4) Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!! Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal? Tapi ada yang lagi mind blowing. Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah Al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema Surah Al-Kahfi

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!!

1. Bukankah para pemuda Al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

2. Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

3. Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

4. Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya???

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense! Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini. 

Fitnah Akhir Zaman

1. Fitnah Aqidah / Iman

Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.

2. Fitnah Harta

Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

3. Fitnah Ilmu

Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

4. Fitnah Kekuasaan

Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

Solusi Fitnah Akhir Zaman

Di sinilah relevannya  baca surah Al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga! Bagaimana??

1. Fitnah Aqidah / Iman

Bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.

2. Fitnah Harta 

Mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati / akhirat

3. Fitnah Ilmu

Kena tawadhuk / rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir.

4. Fitnah Kekuasaan

Kena tawadhuk dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah.

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right? Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal. Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya! Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu kejadian.

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadis)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.
(Mafhum hadis)

16 comments:

  1. semoga kita rajin membaca & mengamalkan surah al-Kahfi

    ReplyDelete
  2. Some of the facts is quite knew to me... Thanks for sharing kak ana.. <3

    ReplyDelete
  3. Aminn...kita dah tahu..kita amalkan...moga kita dilindungi dan terhindar daripada fitnah Dajjal..terima kasih Kak Ana perkonsian entri ini...😀

    ReplyDelete
  4. Banyak fadhilat yang boleh kita dapat kan. Nak buat dengan taknak buat je. Thanks for sharing Kak Ana :D

    ReplyDelete
  5. suka baca entry kak ana kalau pasal agama ni..lain kali share lagi entry pasal agama...:).

    ReplyDelete
  6. surah al kahfi memang kena kerap amalkan.Lagi2 di akhir zaman ni kan? Thanks for sharing kak Ana.Semoga istiqomah selalu ^^

    ReplyDelete
  7. Good sharing Ana, semoga kita terus istiqomah amalkan Surah Al-Kahfi..

    ReplyDelete
  8. Sharing yang sangat bermakna.. Lebih mendalam.. :)
    Elok diamalkan tiap malam jumaat.. sekurangnya 10 ayat kalau tak sempat nak habiskan 1 surah

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang sangat baik kak. Terima kasih. Muhasabah diri kejap. Huhu itulah selalu baca tanpa fahami maksud. Allahu :(

    ReplyDelete
  10. sekarang baru nampak correlation between surah al-kahfi & dajjal. Tapi kesemua fitnah yang ada tu dah wujud kan sekarang ni?

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang bagus ana, sekarang ni memang baca alkahfi sekurang2 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir setiap jumaat, di pejabat akak pun buat hari jumaat selepas itu baca yasin pulak

    ReplyDelete
  12. Memang bagus amalkan surah al kahfi utk elak diri dari fitnah dajjal

    ReplyDelete
  13. Bagus perkongsian Ana nie.. Ada info baru yang Sha dapat..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤