Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan - Ana Suhana

Jan 29, 2018

Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan


Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan | Assalamualaikum. Korang tau tak yang Enchanteur sebenarnya mempunyai Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan yang sesuai untuk dihadiahkan pada insan-insan yang tersayang??  Kalau dah tau korang memang pencinta wangian ENCHANTEUR yang sejati. Dan bagi yang belum tahu takpe, jom baca apa yang Ana nak kongsikan ni.
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

Korang selalu tak macam Ana, asal masuk bab nak beli hadiah selalu jadi buntu dan serabut. Pening tak tahu nak bagi hadiah apa. Old school sangat kalau asyik-asyik bagi coklat, baju, jambangan bunga atau pun kad ucapan. Kalau boleh nak lah bagi something yang special yet affordable kan. Kalau korang sama kes macam Ana, sekarang ni Ana dah jumpa something ideal untuk dijadikan hadiah. Apa kata kali ni kita hadiahkan mereka Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan pula.

Kenapa Ana kata Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan bi something yang ideal?? Sebabnya set hadiah wangian ni sangat sesuai untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulangtahun kerana rekaan pembungkusannya yang cantik, eksklusif dan lengkap dengan rejim penjagaan diri sebab mengandungi wangian EDT dan juga losyen badan.

Korang tau tak pemberian hadiah berbentuk wangian ni ibaratnya seperti memberi sejambak bunga yang besar dan harum. Cuma set wangian ni lebih praktikal kerana mengandungi intipati kuntuman bunga yang harum semerbak dan juga sebagai simbolik keintiman dan kemewahan. Dan orang yang menerima pula akan dapat menikmati pengalaman hadiah yang penuh dengan wangian dan sekaligus mewujudkan satu perasaan yang sangat indah antara si pemberi dan penerima.

5 Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis.  Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis bagi memenuhi keperluan wanita. Oleh itu ENCHANTEUR telah memperkenalkan 5 Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan yang di rekan cantik dan eksklusif  yang sesuai untuk semua acara atau majlis. Set wangian ini datang dalam saiz 15ml yang mesra perjalanan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.


1. Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur
Mon Amie yang bermaksud "Sahabatku" memberikan para wanita aroma yang tenang dengan penuh kesegaran apabila berada di luar.  Manakala Belle Amour pula bermaksud "Keindahan Cinta" - satu wangian yang didambakan dari gadis impian.

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan hubungan persahabatan dan cinta yang mekar dan direka khas dengan bahan-bahan yang unik yang dapat melahirkan mood keseronokan pada siang hari dan pengalaman suasana temu janji yang indah pada malam hari.

2. Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (MON AMIE & ADORE)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang yang tersayang. Mon Amie merupakan aroma untuk personaliti yang menawan dan ceria.
 Set Hadiah Enchanteur

Manakala Adore menggambarkan haruman buat gadis yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Kedua-dua set hadiah ini dapat meningkatkan mood dan keyakinan si pemakai agar sentiasa berasa istimewa.

Set wangian ini direka dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR  Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua set wangian ini didatangkan di dalam kotak Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris yang cantik. Set hadiah ni boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


3. Set Hadiah Mini Enchanteur Paris MON AMIE
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur
Set wangian Mon Amie mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml dan losyen badan dan tangan Light & Fresh bersaiz 100ml. Losyen ini diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah lembap dan sentiasa terlindung dari sinaran UV.

Diformulasi agar bertekstur ringan dan tidak berminyak yang membolehkan si pemakai melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa serta berbau harum sepanjang hari.

Set hadiah ni digubah di dalam kotak berwarna ceria dan hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Guardian seluruh negara.

4. Set Hadiah Mini Enchanteur (MON AMIE & CHARMING)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu dan berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si pemakai yang menyukai aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.

Pada siang hari untuk wangian Mon Amie - menyerlahkan watak seorang yang periang dab mudah di didekati.  Manakala pada waktu malam untuk wangian Charming  - menonjolkan gaya sofistikated serta menyerlahkan keanggunan diri si pemakai.

Set hadiah ni hanya boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara serta di laman beli belah atas talian - LAZADA.

5. Set Hadiah Mini Enchanteur (BELLE AMOUR  & ROMANTIC)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Diilhamkan bagi memenuhi personaliti romantis si pemakai,  ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu yang terdiri daripada wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.

Kedua-dua wangian ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang bagi menjadikan setiap detik yang tercipta  bersama adalah berharga. Wangian ini menyerlahkan pesona, keanggunan dan kecantikan si pemakai.

Set hadiah ni hanya boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara serta di laman beli belah atas talian - LAZADA.


Harga Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

Bagi yang berminat untuk beli Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan ni, harga setiap satu adalah berbeza seperti dibawah :

1. ENCHANTEUR Paris Miniature EDT Gift Set - RM34.90 (SM & SS)

2. ENCHANTEUR Paris Mon Amie Gift Set - RM23.50  (SM & SS)

3. ENCHANTEUR Miniature EDT Gift Set - RM34.90 (SM) / RM36.70 7(SS)


24 comments:

  1. set hadiah ni sesuai sgt dijadikan adiah...nk bw travel pn senang

    ReplyDelete
  2. wah cantik set hadiah tu, sesuai sangat untu dijadikan hadiah

    ReplyDelete
  3. set ni sesuai sangatlah nak diberikan kepada wanita..Semua jenis bauan memang menyengat ..

    ReplyDelete
  4. Lawa set hadiah :) Hee. And yang penting wangi hehe

    ReplyDelete
  5. Smart design perfume ni..boleh hadiahkan dekat Mak ni...

    ReplyDelete
  6. Boleh buat hantaran juga ni, bestnya!

    ReplyDelete
  7. Husniey suka tengok set wangian ni ekslusif je nampak.. 😍

    ReplyDelete
  8. Hoih...meletup gambo haaa...cantik weh...apapun memang best Enchanteur kan?

    ReplyDelete
  9. Comel je..reke bentuk yang ringkas tapi menarik...menjadi daya tarikkan pertama sebelum menikmati harumannya..bagi penggemar dan pengguna setia echanteur..ini menjadi pilihan..

    ReplyDelete
  10. suka pakai minyak wangi ni.. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

    ReplyDelete
  11. packaging memang win..! buat tergoda mata yg memandang.. :)

    ...

    ReplyDelete
  12. Cantik betul design botol dia! Kalau Hana memang sayang nak buang bila dah habis guna heheh ^^

    ReplyDelete
  13. samalah..mesti buntu bila nk cari hadiah..baca entri ni terus dpt idea :-)

    ReplyDelete
  14. Comel ja botol perfume Enchanteur kali nie kan Ana..

    ReplyDelete
  15. Kinah suka mon amie. Wangi betul. Botol dia pun comel-comel

    ReplyDelete
  16. fuhhhhh...cantik giler packaging dia...sesuai sangat buat hadiah ni...

    ReplyDelete
  17. murah dan berbaloi bagi akk gift set cenggini

    ReplyDelete
  18. Hakak ada satu yg warna kuning tu.... bau dia mmg sedap cuma tak berapa tahan lama lah kan...

    ReplyDelete
  19. Geramnya tengok. Rasa mcm nak semua aje

    ReplyDelete
  20. mmg wangi sngtttt.. btw cntik gmbar kak ana ambil.. cun!

    ReplyDelete
  21. Dahlah wangi.. Cantik pula bungkusannya.. memang sesuai dibuat hadiah..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤