Resipi Sup Ayam Semudah ABC - Ana Suhana

Jan 20, 2018

Resipi Sup Ayam Semudah ABC


Resipi Sup Ayam Semudah ABC | Assalamualaikum. Sup ayam antara menu wajib yang Ana akan masak setiap minggu. Sebabnya sup ayam ni menu favorite si kecik tu. Asal ada sup dah cukup untuk dia. Bukan main selera dia makan. Kita yang tengok pun jadi suka bila tengok anak makan banyak kan. Lagipun Resipi Sup Ayam Semudah ABC ni boleh siap dalam 30 minit je. Tapi lagi lama lagi sedap. Ayam dan bahan-bahan dalam tu dah betul-betul lembut dan sup pun jadi lebih berperasa. Kita yang dewasa ni dapat makan dengan cili kicap pun dah cukup sedap.
Resipi Sup Ayam Mudah dan Ringkas
Resipi Sup Ayam Mudah dan Ringkas
Resipi Sup Ayam Mudah dan Ringkas

BAHAN-BAHAN

1. Ayam
2. 4 beradik atau Sup Bunjut
3. Bawang besar - 1/2 biji *
4. Bawang Putih - 3 ulas *
5. Halia - sedikit *
6. Kentang - 2 biji
7. Lobak Merah - 1/2 biji (optional)
8. Tomato - 1 biji
9. Daun sup dan daum bawang

* Dikisar atau ditumbuk halus
CARA-CARA

1. Tumis 4 beradik sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan yang dikisar sehingga kekuningan. 

* Jika guna sup bunjut, tumis bahan yang dikisar terlebih dahulu.

2. Masukkan air, ayam, kentang dan lobak merah. Jika guna sup bunjut, masukkan sup bunjut sekali.

3. Perisakan dengan garam dan kacau rata. Set api pada api sederhana dan tutup periuk tapi jangan tutup habis.

4. Bila sup dah mendidih, kecikkan api dan biarkan seketika. Macam Ana, Ana reneh sampai 45 minit.

5. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

6. Sup sedia dihidang dan taburkan daun bawang daun sup di atas.

PETUA

1. Sup ayam ni boleh juga diperisakan dengan kiub ayam bagi menambahkan lagi rasa sup tersebut. Macam Ana, Ana suka sup ayam yang asli jadi Ana tak letak kiub ayam dalam resipi ni.

2. Nak sedap lagi boleh masukkan daun saderi. Ada rasa macam tomyam sikit nanti. 

29 comments:

  1. sup ayam ni memang simple tp sedap..anak2 saya pun suka ngn sup.

    ReplyDelete
  2. lama tak makan sup ayam sebab lebih suka daging tapi ish terliur tengok

    ReplyDelete
  3. sedap dan mudah. makan time hujan2 ni wah bestnyaa

    ReplyDelete
  4. mmg mudah sup ayam ..fav juga..nk2 kalo time tk sihat dpt hirup sup ayam lega rasa...entry akak share resepi masak sup ayam pn yg slalu org search juga..

    ReplyDelete
  5. sup ayam memang fevret anak2 kat umah ni jugak. hehe..

    ReplyDelete
  6. nyumsss sup ayam will always be my fav <3

    ReplyDelete
  7. Kinah pun selalu masak sup ayam macam ni. Budak-budak kan ni je la lauk yang dia nak.

    ReplyDelete
  8. saya tak ingat masa kecik2 dulu saya suka ke tak sup ayam... tapi anak2 saya memang suka makan sup ayam 😀

    ReplyDelete
  9. Akak pun suka sangat masak sup . Senang dah sihat! anak2 pun suka especially part hirup kuah tuh. Slurppsss~

    ReplyDelete
  10. Ini kalau digandingkan dengan sambal belacan sedapnyaa Ana

    Thank you for sharing this recipe and some tips!

    ReplyDelete
  11. Sup ayam memang menjadi kegemaran anak anak saya saban minggu. Senang dan sedap

    ReplyDelete
  12. Makan dengan nasi kuah sup ayam banjir letak sambal kicap. Yumm yummm. Tambah pulak ada kentang tu satu tak cukup :)

    ReplyDelete
  13. baru lepas mkann sup ayam jugak. marbeles!

    ReplyDelete
  14. Thank you bgi resipi simple! nanti Hana try~ *cewah konon! ^^

    ReplyDelete
  15. Fuh...nikmat sangat...lagi ada kentang..

    ReplyDelete
  16. sedapnyerrrr.....selalu lina setiap minggu masak...favourite anak2 ni...

    ReplyDelete
  17. Wahh.. sedap. Sedap dimakan time sejuk-sejuk :)

    ReplyDelete
  18. sama. suka yang asli jugak. tak pakai kiub ayam tu

    ReplyDelete
  19. rumah sha pun memang jadi makanan wajib sup ayam nie..

    ReplyDelete
  20. favourite Ju juga menu simple macam ni, kadang lebih menyelerakan =D

    ReplyDelete
  21. semudah ABC katanya..nak try buat

    ReplyDelete
  22. favorite suami! nak try la buat. sup ayam ni kekadang bubuh banyak sangat carrot. sebab azah suka makan carrot. dia makan sup dan ayam :D sup ayam azah xsuka sangat. hehe

    ReplyDelete
  23. Sup ayam paling senang nak masak kan Ana

    ReplyDelete
  24. sup ayam ni ada mood nak masak sebab nampak senang tapi selalu tak berapa jadi..hihihi

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah. ..jadi
    Mudah n cepat

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤