Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat


Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat | Assalamualaikum. Cerita Khamis lepas bila nak masak lauk untuk lunch tetiba tengok stok dalam peti yang ada hanya ayam. Nak masak nasi ayam tak cukup bahan, nak masak ayam berlada atau sup ayam muak pula sebab last week dok repeat makan tu je. Last-last nak senang kerja masak je Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat ni. Senang cerita. Bahan pun campak je apa yang ada. Tak yah pening-pening kepala. Kalau nak jadikan berkuah, lebihkan je kicap dan air dalam tu. Pon sodap.
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat

BAHAN-BAHAN

1. Ayam - 6-7 ketul
2. Serbuk Kunyit
3. Garam
4. Bawang Besar - 1 biji (dipotong bulat)
5. Bawang Putih - 2 ulas (dihiris)
6. Cili Merah - 1 biji (dihiris)
7. Kentang - 1-2 biji (dipotong kecil)
8. Serbuk Lada Hitam
9. 4 sekawan - satu setiap jenis
10. Kicap
11. Sos tiram


CARA-CARA

1. Perap ayam dengan kunyit dan garam sebelum digoreng sehingga masak.

2. Kemudian goreng kentang pula. Asingkan ke tepi bersama ayam tadi.

3. Tumis 4 beradik dan masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan kicap dan air ikut banyak mana kuah yang kita nak.

5. Masukkan sedikit sos tiram dan kacau rata.

6. Bila dah mula nak mendidih, masukkan ayam dan kentang. Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan kacau rata. Kemudian tutup api.

7. Sedia dihidang.


TAMBAHAN :

1. Sebab Ana dah guna sos tiram dan kicap manis, Ana tak masukkan garam dan gula tambahan dalam masakan ni. Kalau korang rasa tak cukup lagi masin dan manis boleh lah masukkan ikut citarasa masing-masing.

2. Kadang-kadang Ana masukkan juga tomato dalam hidangan ni. Tomato masuk akhir sekali masa dah tutup api sebabnya Ana tak nak tomato tu lembik sangat.


Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat Reviewed by Ana Suhana on January 27, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Wah! senang je rupanya... nanti Hana try ^^ Thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  2. Ayam masak kicap ni lagi lama dan banyak kali diperangat lagi sedap sebab kicap tu meresap ke dalam daging...menu kegemaran PC juga ni kak..lagi satu lambat basi..kalau nak berjalan jauh..nak bawa bekal nasi...lauk ikan,atau ayam tak pun daging masak kicap jadi pilihan.

    ReplyDelete
  3. mudah saja caranya. bolehlah cuba. mama ni mmg hantu kicap tau

    ReplyDelete
  4. Kuah banjirrr syokk... Menu mudah sgt

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa ayam masak kicap, lama dah tak masak menu gini

    Thank you bagi idea menu ni Ana 😍

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ayam masak kicap, salah satu menu kegemaran kami sekeluarga juga..

    ReplyDelete
  7. Suka ayam masak kicap... Sedap

    ReplyDelete
  8. ni salah satu lauk feveret ain ni. nak buat pun senang campak2 jer. masa nak masak pun kejap je dah siap.

    ReplyDelete
  9. Okey..ok...x tengok gambo..akak tengh diet...jangan tgok..SA...jangan tengokkkkk

    ReplyDelete
  10. Hakak kalau masak kicap tak goreng ayam dulu Ana... main lebur je hihi...Tu cara orang malas masak. Jangan ditiru hahah

    ReplyDelete
  11. wahh sedapnyaaa.. nampak bahagian kepak!! hehe

    ReplyDelete
  12. Menu yang menyelerakan dan cepat dimasak..

    ReplyDelete
  13. ini lah menu feveret family khaty, cepat dan mudah nak masak.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.