Prosperity Juice KEMBALI Lagi! - Ana Suhana

Jan 7, 2018

Prosperity Juice KEMBALI Lagi!


KUALA LUMPUR: Lagu kegemaran tahun baru cina, gong-xi, gong-xi song mula kedengaran di ruang udara dan dekorasi berwarna merah kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi!

Untuk permulaan Tahun Baru Cina yang makmur ini, kami di Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai oleh ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!
Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici – minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan membuatkan anda bersedia untuk menerima kebaikkan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.

Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz:

• Junior (250ml) - RM8.95
• MIDI (450ml) - RM 10.95
• Power (600ml) - RM 12.95

Berikut adalah serba sedikit maklumat kenapa kami memilih buah-buahan yang di sebutkan sebagain ramuan minuman tahun baru kami:

1. Limau Mandarin

Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini.

2. Jambu

Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioxidan and detoksifikasi yang hebat.

3. Laici

Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan dan folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah!

4. Strawberi

Buah berjus ini bukan hanya wangi dan merah, malah strawberi juga dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia. Malah ia juga mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan.

Ia juga mempunyai phytonutrients yang tinggi dan terdapat peningkatan penyelidikan terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang!

Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapakan ia hari ini dan anda akan berpeluang untuk dapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA sementara stok masih ada.

Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, kami di Juice Works ingin mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!

P/s: Juice Works baru sahaja membuka cawangan baru di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di Juice Works DM Mall. 

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan.

Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 30 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

15 comments:

  1. Kombinasi 4 jenis buah diproses menjadi jus..mesti menjadi pilihan penggemarnya yang tersendiri..
    Sekarang pun dah ada banyak limau mandarin dijual kan Kak Ana..meriah..suka harumannya.

    ReplyDelete
  2. sha takpernah jumpa lagi bnda ni!!! teringin nak try haha

    ReplyDelete
  3. looks healthy and good. nakkk

    ReplyDelete
  4. Semua juice memang best apatah lagi ice blended campuran buah-buahan lain.
    Aduhai menduga post Ana kali ni sebab haus..

    ReplyDelete
  5. alamak...sedapnya air ni ana...banyak pulak tu khasiat nya

    ReplyDelete
  6. dah lah tekak haus ni..nampak lagi sis ana post gambar air sedap..tambah lah haus..hihihi...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi. Tapi orang kata sedap kann.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah rasa lagi jus nie Ana, nampak sedap..

    ReplyDelete
  9. Sesakali kalau rasa teringin beli juga

    tapi tak buat hari hari la

    mahal

    ReplyDelete
  10. kat sini takde lagi , kalau ada boleh rasa

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah rasa lagi tp nak gak beli..hahahaha

    ReplyDelete
  12. Adoi.. Menarik betul jusnya.. Tapi kat sini tak ada.. mampu tengok gambar jelah..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤