Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara - Ana Suhana

Jan 31, 2018

Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara


Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara | Assalamualaikum dan hi korang. Ada tak yang minat dengan barangan dari Jepun tu?? Kalau ada kita geng. Ana pantang kalau tengah jalan-jalan dekat shopping mall ternampak kedai barangan dari Jepun ni, mesti wajib singgah masuk. Kalau keluar tak sah kalau tak beli apa-apa. Sekarang ni  kita boleh nampak banyak kedai-kedai barangan Jepun wujud di Malaysia dan salah satunya ialah TOKUYA.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Pada Sabtu yang lepas Ana sekeluarga berkesempatan untuk menghadiri hari Perasmian Kedai 100 Yen TOKUYA di Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Dari luar je dah nampak kemeriahan kedai TOKUYA ni. Bukan main ramai orang tengah sibuk bershopping dalam tu. Ana pun tak nak lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan tersebut. Bab shopping siapa tak suka kan.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

     TOKUYA Concept - "Purposeful Unique"

Purposeful - in the placement of its product  to inspire people to make bold decision
Unique  - in the way no one can replicate how the brand lifts the spirit as of people where it seek to bring people through  a unique user journey though Japan (modern and old) 

Apa yang membezakan TOKUYA dengan kedai barang Jepun yang lain ialah barang-barang yang dijual di sini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri yang tak kan ada di kedai lain. Kalau korang nak tau, di TOKUYA sahaja korang boleh jumpa hampir 20,000 produk ok!!! Haaa banyak giler kan. Antara barangan yang dijual ialah alat tulis, peralatan dapur, barangan kaca dan seramik, kosmetik, barangan mandian,  alat untuk tanaman, permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Senang nak shopping u olls.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Seronoknya shopping di TOKUYA ni ialah setiap barang yang di pamer di susun dengan sangat teratur dan kemas. Kedudukan setiap barang diletak mengikut kategori masing-masing.  Memang senang nak mencari satu-satu item. Tak lah pening bila nak cari satu-satu barang tu orang kata.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Ana bila dah masuk kedai macam ni memang jadi tak sedar diri kejap. Semua benda nak di belek. Belek punya belek tengok dah berjam Ana dalam kedai ni. Mana taknya semua yang dijual di sini molek-molek belaka. Macam-macam rekaan korang boleh jumpa. Harga pula jangan cakap lah - AFFORDABLE sangat!! Tak perlu sampai nak fly ke Jepun pun.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
Syafi pun sama naik syeikh. Mentang-mentang murah, semua mainan dia nak beli. Tu pun kena catu dengan Ana. Kalau tak mau selori mainan dia bawa balik. En Suami pun sama dok ralit jalan baris demi baris rak-rak yang ada dekat TOKUYA ni. Sempat lah juga dia sambar beberapa item.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Bila dah kata barang-barang di TOKUYA ni berkualiti dan murah confirm lah banyak barang yang boleh dibeli. Korang tengok lah sendiri gambar dekat bawah ni. Bukan main ramai yang beratur dekat kaunter nak bayar. Sorang sampai berbakul-bakul barang. Apa maknanya tu kan??
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Ana??  Sama naik juga. Sedar tak sedar tiga plastik penuh barang. Tapiii...tu termasuk barang Syafi dan En Suami tau. Yang syoknya semua punya banyak barang tu total dia tak sampai RM100 pun tau. Tolong lah percaya.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Bagi yang berminat dengan barangan dari Jepun ni korang wajib ke TOKUYA ni tau. Confirm korang tak menyesal bila dah masuk. Takut takut korang tak jumpa jalan keluar je nanti. Hehe. Ok lah happy shopping u olls.

TOKUYA
LG1_06&07,
Arcoris Plaza,
Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.










.

25 comments:

  1. Adeii best kan kak ana. Rambang mata nak pilih yang mana.

    ReplyDelete
  2. Amboi sakan aih, hahaha.. nak pergi juga lah Ana nanti. Macam banyak pulak barang yang berkenan nie.. 😉

    ReplyDelete
  3. Harga berpatutan tapi design dan kualiti tip top..itu yang dicari.

    ReplyDelete
  4. Wah bnyk ana shopping tu ye..hehe suka nau pengaruh akk tu.

    ReplyDelete
  5. Brgan jepun smua unik2 kan..berbaloi beli tu hihi

    ReplyDelete
  6. Best betul shopping dkt tokuya... murah dan kualiti bagus...

    ReplyDelete
  7. bestnya ada kedai tokuya ni.. deko2 rumah dengan barangan jepun pun cantik juga

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Sronok shopping brg kt kedai jepun. .amik Feel mcm kt jepun hehe

    ReplyDelete
  9. Suka jugak barangan jepun ni. Ada rezeki boleh lah shopping2. (Part shopping ni auni pun boleh naik sheikh..hehe)

    Pstttttttttttt... Tergelak tengok Syafi bertopeng tu.. Hahhaa!

    ReplyDelete
  10. Best.. Nora pun suka beli barang kat kedai Jepun cm ni. Sebab brg dia kebanyakkannya cute2..

    ReplyDelete
  11. Makin banyak kedai barangan jepun skrg ni kan ana.. bila la nak bukak kat jb pulak ni?? Hehe

    ReplyDelete
  12. seronok sangat g kedai2 camni....suka cuci2 mata...

    ReplyDelete
  13. Macam Daiso ke Ana? comel2 kan barang2 Jepun? daripada nak beli 1 benda tteiba jadi 10 benda dalam raga. HAHAH!

    ReplyDelete
  14. menarik.. :)

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Kejujuran

    ReplyDelete
  15. wowwww mrahnyaa... alaaa nanti kene pergi ni

    ReplyDelete
  16. Wahh cantik2 semuanya. memang best dah banyak kedai jepun or korea kat malaysia ni skrg. takyah susah2 cari jauh2

    ReplyDelete
  17. Wanita dan sopink tak dapat dipisah.
    Hanya takde duit yang dapat memisahkannya

    ReplyDelete
  18. Syafi syafi.. Sabooo je laa pegangai tu kehkeh.. Banyak shopping kak tu.

    ReplyDelete
  19. kalau ke KL bolehlah singgah dekat Mont Kiara ni... nak tapaulah apa yang patut dekat Takoyamy.. ahh bunyi macam nama makanan pulak...

    ReplyDelete
  20. beriya diorang duk ambil gambar. tp gambar ana juga paling win hihi.. best juga kedai ni kan

    ReplyDelete
  21. mcm best je kedai dia... mcm nk pegi je.. hahahahha

    ReplyDelete
  22. Amboi sakan ana shopping ye. Nak jena terjah jugak ne

    ReplyDelete
  23. Uniknya barangan jepun ni kan. Ambui sakan k.ana shopping ya.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤