Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp - Ana Suhana

Jan 16, 2018

Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp


Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share entri tentang Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp awal tahun lepas. Sekejap je setahun peristiwa sunat tu. Rasa macam baru semalam duduk seharian di wad nak sunat kan Syafi. Selamat ada FB yang share memori setahun yang lepas. Kalau tak, Ana pun tak ingat dah. Hehe. 
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat kan Syafi Seawal 3 Tahun Secara  Smart Klamp

Ana dan En Suami memang dah plan nak sunatkan Syafi masa dia sekolah rendah nanti. Senang dah masa tu dia dah besar dan faham situasi sunat tu. Faham tak faham lah kan. Tapi nak di takdirkan Syafi TERPAKSA sunat terlalu awal dari yang di rancang. Masa tu umur dia 2 tahun 10 bulan macam tu.

Nak dijadikan cerita satu hari tu Syafi mengadu sakit masa nak buang air kecil aka kencing.  Ana pun hairan juga kenapa sakit tetiba. Ingat sebab bebird dia tersekat dekat pampers ke apa kan. Bila buka tengok takde apa-apa pun. Tapi Syafi still menangis tahan sakit masa nak kencing. Bila Ana tengok sekali lagi nampak bebird dia dah kembung penuh dengan air kencing. Tapi air tu tak boleh keluar. Kebetulan hari tu Ahad dan En Suami memang ada dekat rumah. Minta dia tengokkan lah sebab Ana memang blurr habis masa tu. Belek punya belek En Suami kata lubang tempat kencing tu tertutup. Atau orang panggil bebird buta. En Suami kena betul-betulkan sikit bagi lubang tu nampak semula.  Masa tu baru Syafi boleh kencing. Seksa pula Ana tengok masa tu.
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp

Tak nak buang masa kami terus bawa Syafi ke klinik. Lepas doktor periksa memang sah bebird buta atau phimosis. Phimosis ni terjadi bila keaadan lubang kulit bebird kecil sehingga tidak dapat menarik ke bawah menonjolkan kepalanya. Ini disebabkan kulit tu dah tak anjal dan tak boleh di buka luas. Akibatnya air kencing akan terkumpul dan menghasilkan gelembung pada kulit. Oleh sebab lubang dah jadi terlalu sempit, air kencing akan keluar secara menitik sehingga air kencing tu habis dan keadaan gelembung tadi kembali normal.

Memandangkan musim berkhatan pun dah habis dan umur Syafi pun masih kecik, doktor suggest pergi ke hospital terus. Syafi tak boleh sunat macam biasa di klinik sebab dia memang akan meronta. Lepas bincang dengan En Suami, kami ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan selanjutnya.

Sampai di hospital, doktor bagi kami masa 2 jam untuk dapatkan air kencing Syafi. Letih sangat masa tu sebab Syafi refuse untuk kencing sebab sakitkan. Lepas dari 2 jam takde juga air kencing jumpa semula doktor. Lepas discuss kami setuju untuk sunatkan Syafi secepat mungkin.

Keesokan harinya Ana datang semula ke Hospital Pusrawi untuk berjumpa doktor pakar yang akan sunatkan Syafi. Lepas jumpa dan doktor pakar dah tengok keadaan Syafi, doktor terus set date untuk sunat kan Syafi secara smart klamp.
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp

Akhirnya hari yang di tunggu pun tiba. Atuk nenek ikut sekali ke hospital. Hari nak bersunat ni sedih sikit. Syafi kena puasa seawal pukul 8 pagi sebabnya dia akan masuk bilik OT untuk disunatkan. Kenapa sampai macam tu?  Sebabnya macam Ana cerita dekat atas, Syafi masih kecil dan for sure dia akan meronta semasa proses bersunat tu. Jadi doktor akan bius bagi pengsan sekejap semasa dia disunatkan. Bayangkan nak kena bagi dia puasa tu. Kesian sangat. Jadual operation sepatutnya pukul 2 tapi delay sampai pukul 4. Syafi dah start lapar. Just titik kan air kosong je dalam mulut dia.
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp

Dalam pukul 3.30 petang Syafi dibawa turun ke bilik OT. Sementara tunggu turn dia, Ana boleh temankan dia dekat depan bilik OT tu. Seram sejuk berdebar semua ada. Patient lain yang tengah tunggu turn pun ada sekali dekat situ. Tapi semua orang dewasa. Bila turn Syafi sampai, Ana memang tak boleh masuk. Menangis tengok Syafi meronta menangis panggil nama Ana. First time tu kitorang "berpisah".
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp

Dalam 15 minit selesai dah operation sunat secara klamp tu. Memang kejap sangat. Menurut Dr Zubaidi, antara kelebihan bersunat secara Smart Klamp ni ialah :

• Proses bersunat yang pendek sekitar 10-15 minit sahaja
• Alternatif terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai penyakit Diabetes, Hemofilia, anak-anak autis atau hiperaktif
• Dapat menghindarkan pendarahan yang banyak semasa proses bersunat
• Tidak menggangu aktiviti seharian dan kanak-kanak boleh berjalan tanpa menggunakan kain sarung.
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp
Pengalaman Sunat Seawal 3 Tahun Secara Smart Klamp

Tapi 15 minit tu Ana rasa macam lama giler. Masa tunggu Syafi keluar dari OT, Ana dah sedia tunggu dia dekat bilik rehat dalam kawasan OT tu. Dari jauh Ana dah boleh dengar Syafi menangis tersedu-sedu. Bila katil dia sampai dekat Ana, Ana tengok Syafi menangis sambil mata dia tertutup. Takut agaknya tengok doktor nurse dekat sekeliling dia. Lepas nampak Ana terus dia peluk sekuat hati dia dan akhirnya tertido. Sementara dia tidur tu nurse masih perlu pantau keadaan Syafi dulu. 30 minit lepas tu baru boleh naik ke wad semula.

Dah naik wad still tak boleh makan minum lagi. Sebab ubat bius tu tak habis lagi kan. Tapi Syafi dah haus lapar sangat. Bagi lah minum sikit buat basahkan tekak dia. Nurse bagitau kalau Syafi dah kencing dia boleh discharge. Tapi maybe sebab rasa sakit kan Syafi masih lagi tahan kencing. Berjam tunggu dia kencing. Even after dah boleh minum air pun dia still tak kencing. Paksa punya paksa akhirnya kencing juga tapi sikit je. Tu pun nak dekat pukul 10 malam. Lega lah kitorang boleh balik rumah. Sebelum balik nurse bagitau cara-cara nak bersihkan bebird dia.

Ana awal-awal kekok nak bersihkan kawasan bebird dia. Nampak pelik bila tengok klamp tu. Tapi lepas 3-4 hari kawasan sunat tu makin better. Hari-hari sapu cream bagi lembab kawasan klamp tu supaya kulit tak melekat. Tapi satu Ana perasan Syafi takde mengadu sakit pun lepas sunat tu. Memang melegakan sangat.

Seminggu lepas tu pergi semula ke hospital untuk buka klamp. Ada yang kata sakit masa nak buka klamp tapi sebenarnya tak langsung. Doktor hanya potong beberapa part dah terbuka klamp tu. Syafi menangis masa buka klamp tu tapi bukan sebab sakit tapi sebab dia kata bebird dia doktor buang. Hahaha. Kelakar giler rasanya. Dah selesai semua tu lega sangat rasanya. Alhamdulillah bebird Syafi ok sampai sekarang. Selesai dah bab sunat. Dah tak yah pening pikir nak sunatkan dia nanti. Hehe. 

Caj untuk sunat Smart Klamp ni kalau harga di klinik biasa dalam RM150-RM200. Di Hospital Pusrawi dalam RM500. Tapi kes Syafi kos dia dalam RM3,000++. Memang mahal sebab Syafi guna GA (General Anesthesia). Kos 2 caj pakar lagi kan. Tapi Ana claim guna insurance sebab kes tu kes sunat sebab penyakit dan perlu di warded. Jadi boleh clain insurance. Kalau nak ke hospital kerajaan tak tentu Syafi boleh sunat awal kan. Alhamdulillah semua dipermudahkan. 





31 comments:

  1. alhamdulillah, ada asbabnya kan. Negara Arab semua budak lelaki sunat awal. KAedah klamp ni menarik. Tapi, kosnya pulak tinggi kalau sesaja nak sunat. Aih..risau lak Dzal dan Daim tu. canelah dorang nt sunat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos kalau kat klinik biasa dalam RM150-RM200 rasanya kak. Syafi mahal sebab dia kena GA dna warded. Tu je.

      Delete
  2. Alhamdulilah..sumenye da setel...risau plak ank sy yg boboy tuu...pasal sunat ni tak sgt...nsb baik ada baca kt sini..psal smart clamp tu...tp, klo takde pape masalh, bole ke kite sunat awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je dear. Lagi di galakkan sunat seawal mungkin.

      Delete
  3. Seriau pulak baca. Kecik2 dh sunat. Sangat berani Syafi nie. Sy pernah jugak terbaca kes nie somewhere, mmg kne sunat sbb nak kencing sakit. air kencing terkumpul xleh nk keluar.

    Mujur boleh claim insurans Kak Ana. 3k+ tu banyak. Tp untuk anak sy percaya semua parents akan sanggup walaupon xde ambik insurans.

    ReplyDelete
  4. Terus akak rasa ngilu.mmemang ok eh sunat budak lelaki seawal 3 tahun usia...kalau org tua2 x bagi kan..

    ReplyDelete
  5. oh slamat dh syafi bersunat ..nasibaik bole claim insurance kn sbb warded skali..ank buah yg ank arwah aritu pn br bersunat beramai2

    ReplyDelete
  6. Kesian Syafi.. Nasibla dia pandai mengadu cakap sakit kan, Alhamdulilah semuanya dipermudahkan.. ­čśŐ

    ReplyDelete
  7. comel je... hahahha.. kesian dia ehhh... bagus jugak awal2 kan.. xla dia malu bila dah besar.. haaha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semua lancar.. Tapi comel je part nangis ingat doktor buang bebird dia.. haha..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...mula2 baca..sayu hati...tapi part Syafi nangis kata kata bebird Dr buang...lucu pulak...yeyy bujang dah Syafi...syukur...hikmah dibalik ujian kan kak Ana..

    ReplyDelete
  10. Comel aje Syafi masa ingat doktor nak buang bebirrd dia.. rupanya Syafi ana pun dah bujang ye. Alhamdulillah Ada lah hikmahnya sunat awal. Setel awal

    ReplyDelete
  11. Seriau sha tengok.. Alhamdulillah Syafi okay..

    ReplyDelete
  12. bila baca tajuk seram umur 3 tahun dah sunat.bila baca yang ana cerita ni kalau ada anak laki nanti kena ambik taw gak pasal ni kan

    ReplyDelete
  13. Baru tahu ada rupanya perkhidmatan sunat untuk kanak kanak jugak. Thanks sharing info. Maybe berguna untuk Fatin bila dah ada anak sendiri nanti.

    ReplyDelete
  14. alahaiii.. kesiannya dia..
    dah bujang dah yee..
    klamp ni dah popular kan.

    ReplyDelete
  15. Kembali seriau.... Bila baca ni... Teringat time sunat cara sebegini untuk 3 hero Sis dahulu.Anak-anak ok, Momma nya yang menggeletar habis... hehe ... hehee...

    ReplyDelete
  16. uish 3 tahun tu, selalu dengar darjah 1 or 6 tahun paling awal pun

    ReplyDelete
  17. seriau baca hahaha..sebab akak ada 2 orang ni yangbelum bersunat, cadangnya tahun ni nak sunatkan harap2 oklah budak berdua tu

    ReplyDelete
  18. kesiannya nak kencing pun tak boleh.
    macam mana penjagaan untuk sunat smart klamp ni ea? sebab kalau ikutkan anak baru 3 tahun. tak sakit ke kalau bergesel dengan pampers? maaflah pertanyaan mak noob.
    mak saya pun ada kata sunat anak awal lagi bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ana hari tu just hari2 letak ubat sapu hospital bagi. Bersihkan sikit2 kawasan luar tu.
      Macam syafi sunat pakai klamp memang xbergesel bebird dia dgn pampers. Bebas bergerak juga. Tu salah satu kelebihan sunat guna klamp.
      Aah lagi awal sunat lagi bagus sebenarnya. =)

      Delete
    2. oo..gitu. faham2. kiranya klamp ni tak menyakitkan la ye

      Delete
  19. Baru tau Syafi dah bersunat rupanya. Adik n Abang pun sunat cara smart klamp juga, senang nak jaga kan Ana..

    ReplyDelete
  20. seram pulak baca, sebab miza pun ada anak lelaki. Tapi alhamdulillah syafi dah selesai satu bab.

    ReplyDelete
  21. Seriaunya busyra baca. Dan busyra bru dngr sunat guna klamp ni. Dpt jgk ilmu bru dri entri akak ni.. alhamdulillah smuanya berjalan lncar.

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah berjalan lancar prosesnya =)

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya first time Siqah dengar smart klamp dan first time juga dengar 3 tahun dah sunat. Biasanya darjah 5. Apa pun, alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Moga menjadi imam nanti ye :)

    ReplyDelete
  24. Mimi pun pkan nak sunat Adhwa awal nanti

    ReplyDelete
  25. Wah syafi 3 tahun dah sunat ^^ bagusnya dapat elak penyakit kan?

    ReplyDelete
  26. bagus juga sunat awal untuk kesihatan, anak khaty pun ada lagi 2 orang belum sunat, tak tahu lah nanti sampai masa berani ke tidak nak pergi sunat tu.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤