Pencapaian dan Perubahan Blog AnaSuhana.com Sepanjang Tahun 2017


Pencapaian dan Perubahan Blog AnaSuhana.com Sepanjang Tahun 2017 | Assalamualaikum. Hari ni dah hari ke-3 kita melangkah di dalam tahun 2018. Asal masuk tahun baru je surely semua ada azam baru kan. Azam lama yang tak tercapai pula akan di bawa ke tahun ini. Standard lah tu kan. Macam Ana, takde specific azam pun since dah masuk tahun ke-3 jadi suri rumah sepenuh masa ni. Cuma niat nak jadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum. Tu je yang penting. Ok cukup cakap pasal azam. Hari ni Ana nak recap Pencapaian dan Perubahan Blog AnaSuhana.com Sepanjang Tahun 2017 yang lepas. Sepanjang 6 tahun berblog ni merupakan entri sulung Ana cerita tentang pencapaian blog Ana ni. Ni untuk rekod peribadi Ana sendiri!!
Entri Sepanjang 7 Tahun Berblog

Ana start berblog pada tahun 2011. Macam Ana pernah cerita sebelum ni yang idea untuk berblog ni adalah atas saranan MIL Ana sebab dia tengok Ana aktif JJCM masa tu. Alhamdulillah sampai sekarang pun masih aktif JJCM tapi bertambah seorang ahli iaitu Syafi.

Dari 2011-2016 memang Ana tidak aktif berblog kerana tuntutan kerja sebagai juruaudit luar. Boleh tengok berapa kerat je entri Ana untuk tempoh 6 tahun tu kan. Namun awal tahun  2017 ni Ana buat come back dengan entri-entri JJCM Ana yang terbaru dan semakin aktif sehingga hari ni.

Domain Sendiri

Bulan Mei 2017 Ana decide untuk beli domain sendiri dari NetKL.  Kebetulan pada masa tu semua blogger dok viral tentang kepentingan personal branding. Lagipun nama blog lama susah orang nak kenal siapa owner blog sebab nama blog tu agak general. Jadi Ana tukar nama dari www.bajetciputselerabesar.blogspot ke www.anasuhana.com.

Lepas tukar domain, ranking blog Ana jatuh teruk. Dari ranking 20k ke 40k. Mampu berhuhu je masa tu. Tapi lepas 6 bulan guna domain anasuhana.com ni ranking blog semakin baik. Dan terbaru ranking blog berada di tangga 15k++. Untuk tahun ni Ana target untuk naik ke 10k ranking kalau mampu.

Pencapaian Blog AnaSuhana.com Sepanjang Tahun 2017

Hujung bulan 5 Ana join group AFB dengan niat nak belajar lagi selok-belok dunia blog. Masa tu knowledge Ana tentang blog memang zero. Ana hanya sekadar tahu tentang publish entri semata. Bila masuk AFB, baru Ana belajar tentang entri berkaitan SEO dan cara tengok performance blog melalui Google Analytic (GA). Kemudian Ana masuk join satu group exchange komen pada asalnya. Last-last kami jadi rapat dan terus share everything especially tentang macam mana nak mantapkan blog. Tq guys, you know who you are.

Gambar atas ni menunjukkan stat blog Ana based on half yearly basis. Memang nampak kenaikkan yang sangat ketara untuk jumlah visitors yang singgah di blog Ana.


Untuk 6 bulan terakhir 2017 menunjukkan kenaikkan jumlah visitors yang agak significant bermula bulan Oktober 2017 dan jumlah visitors pada bulan Disember 2017 adalah yang paling tinggi. Purata daily visitors pula sebanyak 800++ visitors. Masih belum capai 1k visitors daily.


Namun blog Ana masih bermasalah dari segi bounce rate. Bounce rate blog Ana  sentiasa 80%++. Dan Ana masih sedang study macam mana nak turunkan rate tersebut. Ada yang kata tak penting pun bounce rate tapi as a blogger Ana perlu take action on this matter untuk kepuasan diri sendiri.

Perubahan Template Blog

Untuk tahun 2017, 2 kali Ana tukar template blog. Template kedua ni Ana guna service dari Mellya dan Ana guna responsive template. Ana guna template ni dalam 5 bulan. Reason Ana tukar template ni sebab ramai rakan-rakan blogger "complaint" template ni takde link next and previous entry. Ni menyukarkan mereka untuk baca entri yang lain.

Template ke-3 Ana guna service Mayy Jie untuk pasang template Gooyabi dan template ni kekal sampai sekarang. Baru-baru ni guna service dari Sis Awa untuk make up kan current template ni.

Perubahan Header Blog

• Feb 2017 - by Mellya
• Mei 2017 - by Syafiq
• Oktober 2017 - by Syabil
• Disember 2017 - by Sis Awa
Pageview Terkini

Sepanjang aktif dalam tahun 2017 ni, Ana sangat berpuas hati dengan pencapaian blog Ana. Sebelum Ana aktif semula, pageview blog dari 2011 - 2016 hanya 10k++ sahaja dengan jumlah followers kurang dari 20 orang.  Kini pageview blog telah melepasi setengah juta view dan Ana target untuk capai 1 juta view dalam masa 6 bulan pertama 2018 ni. So keep on supporting each other. Spread love not hatred.








Pencapaian dan Perubahan Blog AnaSuhana.com Sepanjang Tahun 2017 Reviewed by Ana Suhana on January 03, 2018 Rating: 5

63 comments:

  1. Waahh.. Perubahan yg sgat ketara ..
    Alhamdulillah dan tahniah Ana. Sy mmg suka baca blog Ana.. Sgat m'beri inspirasi bwat blogger picisan mcm sy.. Thanks atas perkongsian. Keep on blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan. Ana masih belajar lagi. Semoga atika lebih berjaya dari Ana juga. Keep on support each other. ❤❤

      Delete
  2. Tahniah Ana.. Ana salah seorang blogger kegemaran Kak Sue, suka singgah blog Ana. Keep it up dear.. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak sue selalu singgah dan support blog ana. Byk kongsi ilmu dgn ana juga ❤

      Delete
  3. Chayook.. Chayook Ana... Tahniah ye..

    ReplyDelete
  4. Congratulations Ana!

    Semoga tercapai apa yang diimpikan, kita usaha yang terbaik Allah akan bagi mana yang selaras dengan usaha itu.. 😍

    Very proud of you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih husniey selalu singgah dan support blog ana. Ana sgt hargainya ❤

      Delete
  5. tahniah ana.. mama tumpang berbangga. superb lah pencapaian blog ana.. semoga bertambah maju ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak adda selalu singgah dan support blog ana. Blog akak juga antara inspirasi ana utk terus berblog❤

      Delete
    2. Ye ke? Tq ana akak pun jadikan blog ana inspirati akak

      Delete
  6. pencapaian yang baik. teruskan berjuang sis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan cikyan ❤

      Delete
  7. tahniah ana.. pencapaian yg sangat baik... dilah suka baca blog ana lagi2 pasal travel dan JJCM, gambar2 yg ana ambil pun sangat cantik.. dilah pun tahun 2017 baru betul2 aktif dlm blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terus berjaya buat dilah juga. Terima kasih selalu support blog ana. 😍

      Delete
  8. tahniah ana...mmg 2017 nmpk ketara perubahan dgn entry cecah lebih 300 compare thn2 sebelumnya...teruskan update jjcm/travel sbb akak suka entry melibatkan jjcm & travel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak amy. Selalu singgah dan support blog Ana ❤❤

      Delete
  9. Tahniah ana...and keep up blogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih mrs pip selalu singgah dan support blog ana ❤

      Delete
  10. wah banyak perubahan! sha dulu dan kini masih krik krik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow and steady sha. Kak ana yakin sha boleh lebih berjaya juga.

      Delete
  11. moga tahun 2018 lagi menyerlah blog ana..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...peningkatan demi peningkatan itu memotivasikan..sangat2 sebenarnya.Kekalkan dan teruskan momentum terbaik untuk tahun ini dan tahun2 seterusnya ya Jak Ana...menjadi inspirasi pada newbie dan rakan-rakan blogger yang lain juga insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih PC selalu singgah dan support blog kak ana. Semoga ukhwah y terjalin mendapat keberkatanNya. Amin

      Delete
  13. tahniah ana....semoga blog ana bertambah maju lagi ye...memang nampak banyak sangat perubahan bog ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih lina selalu singgah dan support blog ana ❤

      Delete
  14. congrats ana...bg tips sket camne nak naikkan rank blog tuuu....n tips utk naikkan visitor lawat blog kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap ana nak naikkan rank tu kena selalu update blog. Lagi banyak entri lagi cepat naik rank tu. Naikkan visitors tu pula ana selalu BW dkt blog kawan2 dan ping entri dkt fb group. Tu apa yang ana buat lah. 😊

      Delete
  15. Kak Ana, ketara sangat perubahan dan pencapaian yang akak dapat. Best je ira baca. Congrats and keep it up my sister 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih ira support blog kak ana sejak kak ana aktif semula. Love u ❤❤

      Delete
  16. kalau berblog macam ni baru syok kan?
    tahniah ana. huhu.. saya pun kena pergi kelas jugaklah kalau ada niat nak bisnes/cari makan tru blogging.. in shaa Allah..

    blog saya tu sikit sgt pengunjung dia. sesuai ke guna domain sendiri ye? 😣😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar sikit2 sis. InsyaAllah boleh. Blog sikit pengunjung boleh dibaiki dengan update setiap hari entri2 yg boleh attract org dtg baca dan selalu blogwalking. Tu antara yg ana selalu buat. Kalau ada domain sendiri lagi bagus. Nampak lebih pro dan kita akan serius berblog. Tu pendapat peribadi ana je 😀

      Delete
  17. Replies
    1. Masih jauh perjalanan lagi ni ciklily. Nak jadi mcm ciklily. Kesan dari SBB yg lps ni.

      Delete
  18. tahniah kak ana syg! teruskan berblogging.. dunia blog tak akan penah habis.. kita sama2 naikkan.. inshaAllah.. pencapaian yg bagus .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih busyra. Busyra antara yang selalu singgah dan support blog kak ana. Really appreciate it. Love u lillahita'ala ❤❤❤

      Delete
  19. Wow...perubahan yang ketara sangat..keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh lagi perjalanan ni kak. Terima kasih atas segala tunjuk ajar ❤

      Delete
  20. Congrats kak Ana... Serius kagum gila baca satu2.. 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anis. Selalu singgah dan support blog kak ana. Really appreciate your kindness dear ❤❤

      Delete
  21. lama gak tu berblog. tahniah ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tapi tak aktif kak. Baru setahun ni betul2 aktif.

      Delete
  22. Wah bagusnya tengok akak buat comaprison...hehe ni mesti audit report kemas ni hihihi... boleh la belajar ngn akk nnt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha audit report wajib kemas. Dapat pula bos cerewet. Lagi lah kena kemas. Hehe.

      Kak ana pun masih banyak nak kena belajar lagi ni. Jom sama2 kita belajar 😍

      Delete
  23. Memang nmpk perubahan blog anak...peningkatan yg positif

    ReplyDelete
  24. tunjuk ajarku sifu. Boleh berguru nie dengan blogger otai =D
    Semoga anasuhana.com terus sukses dan memberikan rezeki yang banyak untuk keluarga kak Ana =)

    ReplyDelete
  25. Tahniah ana..ana seorangvyg rajin. Memang akk yakin ana boleh jauh

    ReplyDelete
  26. Tahniah k.ana. semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  27. Banyaknya achievement blog kak Ana. Moga makin maju dengan jayanya tahun ni :D

    ReplyDelete
  28. DAEBAKKK kak Ana... Terus sukses yaa! Saya support sis.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah rezeki Allah bagi

    Kita usaha sahaja

    ReplyDelete
  30. Good Luck kak Ana ^^ aja aja fighting! ^^ nanti bila dah jadi blogger terkenal seMalaysia jngn lupa kite eh? *cewah! gitu~

    ReplyDelete
  31. Bestnya tengok stats awak tu. Keep it up. Kita mampu berhuhu je duluni.

    ReplyDelete
  32. Yang terbaru ni paling cantik. Nice and kemas! Jeles pulak tengok hehee.

    ReplyDelete
  33. Saya baru saja singgah nie.. blog yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  34. Congrats Ana on your blog performance!! Terbaik dan bagi inspirasi pada blogger lain untuk memantapkan lagi blog masing-masing. Dari 20 followers ke 400++ followers. dan PV dah setengah juga, bestnyaaaa!!

    Good luck Ana and keep on blogging :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.