Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Ana Suhana

Jan 4, 2018

Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam


Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam | Assalamualaikum. Cerita 2 minggu yang lepas. Dah lama sebenarnya niat nak bawa mak ayah pergi makan di hotel. Kebetulan sebelum ni pernah makan di Hotel BlueWave Shah Alam dan Ana suka sangat dengan menu-menu yang dihidangkan, jadi Ana plan bawa mak ayah ke sini. Kasi Can Mak Ayah Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam sekali sekala. Gembirakan hati mereka yang banyak berkorban untuk kita kan.
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam 
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Mula-mula ajak mak sebab tau mak akan setuju je. Mak Ana tu pantang di ajak, semua pun dia nak ikut. Boleh kira dengan jari berapa kali je dia refuse nak ikut kalau Ana ajak pergi mana-mana. Beza dengan ayah. Ayah susah sikit nak bawa keluar. Kena tau apa yang dia suka dan yang dia tak suka. Mula-mula ayah refuse masa ana ajak sebab dia kata dia makan sikit je. Rugi nanti. Tapi 2-3 hari kemudian dia tanya semula. Tu tandanya dia berminat. Lepas tunjuk menu-menu yang ada, dia terus setuju. Ana apa lagi terus reserved table untuk 7 orang termasuk Syafi.

Sampai-sampai dekat hotel memang ngam-ngam dah boleh masuk dalam Royale Songket Restaurant tu. Hari tu orang tak berapa ramai sebab tengah cuti panjang Krismas kan. So selesa dan makanan sentiasa ada je. Nak tengok menu-menu yang ada korang boleh baca BBQ Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni.
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam 

Ayah masa sampai duduk dia dulu. Amik mood orang kata. Ana dengan mak terus ronda tengok nak makan apa. Mak sampai rambang mata tak tahu nak makan apa.  Kemudian ayah join tengok menu yang dia berkenan. Tapi macam biasa lah, ayah amik sikit je. Yang pasti kambing wajib amik. Mak pula semua dia nak rasa. Tapi amik sikit-sikit tak nak sampai membazir.
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam 

Dalam 2 jam juga kitorang lepak makan dekat sana. Lepas solat Maghrib sambung makan dessert pula. Ayah awal-awal surrender dah. Mak boleh masuk lagi tapi tak banyak lah. Ana dan yang lain still makan lagi apa yang boleh masuk lagi.
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam 

Seronok rasanya dapat bawa mak ayah makan dekat hotel. Nak bawa selalu makan hotel memang agak tak mampu. Mana yang mampu Ana bawa lah.
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam 

Baru-baru ni bawa dorang ke Janda Baik bukan main happy dorang. Ayah suka sebab boleh memancing. Mak happy sebab dapat cuti memasak untuk 3 hari. Syafi suka dapat tido hotel. Haha. Itu je lah yang Ana boleh buat untuk dorang sementara dorang masih hidup. Nanti bila dorang dah takde mana nak dapat rasa semua ni. Tak dapat bayangkan hidup tanpa dorang. Hari-hari Ana doakan semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Korang doakan Ana sekeluarga ye. Ana doakan yang sama juga untuk semua yang baca entri ni. Amin. 








17 comments:

  1. Waa bestnyer. Makanan pun sedap sedap tu

    ReplyDelete
  2. syok bila dpt bw family skali dinne rkt otel...akak slalunya bw time lunch...pernh bw diorang kt restoran royal songket & restoren tun yuen chinese tu

    ReplyDelete
  3. Seronok kan dapat bawa keluarga keluar makan-makan sekali sekala, Kak Sue pun pergi juga baru-baru nie Ana..

    ReplyDelete
  4. tak pernah jejak lagi ke sana. Sebelum ni kalau dinner company buat dekat situ tapi tahun lepas diorang syok dekat concorde. tahun ni entah kat mana

    ReplyDelete
  5. Inilah dia bahagia bila membahagiakan...insyaAllah kak,bila kita ada niat yang baik pasti Allah bantu permudahkan.Moga rezeki akak sentiasa dilipat gandakan olehNYA..aminn...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi makan kt sini..nampak sedap2

    ReplyDelete
  7. ada rezeki nak bawa mak abah juga ke sini Insyaallah

    ReplyDelete
  8. Mak ana nampak muda ah. Seronok Kan dpt bawa mak ayah g makan spesel sekali sekala. Confirm sedap kat blue wave ni

    ReplyDelete
  9. Hai ana...Untung merebut peluang keemasan untuk membahagiakan kedua ibubapa selagi merek masih ada.
    jasa mereka tak terbalas oleh kita

    ReplyDelete
  10. seronok kan ada ibubapa..luangkan masa bersama ibubapa .. sedappnya makanan tu

    ReplyDelete
  11. Memang seronok kalau dapat buat something untuk parents kita. Baca post ni buat saya teringat saya dah lama tak belanja parents saya.

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaa... Anis belum mampu lagi nak buat gitu but Insya-Allah, kalau dah keje mmg akan cuba balas jasa diorg... hee

    ReplyDelete

  13. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  14. Tenangnyaa. Makanan ponn nampak menyelera kan. Nyumnyum.

    ReplyDelete
  15. saya selalu dapat peluang makan kat hotel pun kalau pergi kursus je. time lain macam tak boleh je sebab anak kecik lagi. nanti riuh rendah hehe.. pernah jugak ajak member try, tapi semua tak berminat.. 😣😣

    ReplyDelete
  16. Wah.. Menarik sungguh menu dan susananya..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤