5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan - Ana Suhana

Jan 5, 2018

5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan


5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan | Assalamualaikum. Kalau dalam entri sebelum ni Ana ada kongsi tentang Kebaikan Coklat  Kepada Kesihatan Manusia,  hari ni Ana nak kongsi pula entri tentang 5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan.
5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan
5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan
Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan

Seperti sedia maklum, kopi merupakan antara minuman yang popular di seluruh dunia. Kopi disediakan dari biji kopi yang dipanggang. Kandungan kafein yang ada pada kopi mempunyai perangsang pada manusia. Kopi diminum untuk pertama kalinya pada abad ke-9 setelah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Bermula dari situ, kopi mula terkenal ke negara Mesir dan Yemen. Pada abad ke-15 kopi telah sampai ke Armenia,  Farsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi terus berlaku ke Itali, seluruh Eropah dan Amerika.

Namun kajian terkini menunjukkan kopi yang di minum dengan kadar gula yang tidak berlebihan dan dalam kadar sederhana dapat memberi kebaikan kepada kesihatan. Namun perlu di ingat, pengambilan kopi dengan krimer boleh menjejaskan kesihatan kerana krimer mengandungi lemak trans yang boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah (atherosclerosis). Dan akhirnya menjadi penyebab kepada sakit jantung.

5 Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan

1. Menghalang Kesan Pencetus Saraf

Kandungan kafein dalam kopi berfungsi untuk menghalang kedan pencetus saraf adenosine (neurotransmitters) yang bokeh menyebabkan keletihan dan mengantuk.

Kebiasaannya paras adenosine akan meningkat pada waktu petang dan membuatkan seseorang rasa keletihan dan mengantuk menjelang waktu malam.

2. Meransang Otak

Kafein dapat membantu meransang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Berdasarkan kajian secawan kopi akan memberi kesan seawal 20 minit selepas diminum sehingga 1 jam untuk kesan maksimum kepada otak kita.

3. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 berhubung kepada 21 kajian kohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008 telah membuat kesimpulan bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Melindungi Kerosakan Hati

Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84%. Kajian turut menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit kronik sehingga 30% terutama dikalangan wanita dan pesakit diabetes.

5. Mengurangkan Risiko Kanser dan Gout

Kajian juga turut menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64%, kanser kolorektal sehingga 38% dan kanser kulit sehingga 20%.

Selain itu kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40% kepada lelaki dan 57% kepada wanita.

Kesan Minum Kopi Berlebihan

Bagaimanapun pengambilan kopi melebihi 4 cawan sehari atau lebih dari 400mg kafein sehari akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan,  kerisauan, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur.

Artikel dari :
DR. NORMAN MOHD NORAWI
Perdim, Melaka


15 comments:

  1. I love coffee so much dik! tapi kena control. Now sehari sekali tapi buat sendiri ajerlah. Akak guna susu fresh milk yg dipanaskan, sesudu kecil kopi Indocafe dan sesudu kecil brown sugar. Kalau termanis akak tambah air masak. Heheh..tapi, akak perasan, since umur nak masuk 40 nih kan..ade effect bila nak period and masa period especially 1st and 2nd day. Rase kacau mood teruk sangat. Unlike kalau kurangkan minum kopi tuh. Lebih sihat rasa. Mungkin ikut body masaing2 kan? hehehe..

    ReplyDelete
  2. akak bkn penggemar kopi tp bole la minum cumanya mcm kopi yg bancuh tu tk reti tp kalo kopi yg mcm ice blended mcm coffe bean tu ok hehe...yg dlm tin kopi tarik wonda suka

    ReplyDelete
  3. Memang tahu kopi banyak kebaikannya tap tuhlah Mimi tak minum kopi

    ReplyDelete
  4. Sha memang sangat sukakan kopi.. Tapi tulah, bila minum je ngantuk.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ada kawan sha sampai kalau takminum kopi mesti dia pening nak deman semua la huhu. sha dulu zaman sekolah selalulah telan kopi katanya taknak mengantuk tapi sekarang mmg jarang betul lah minum kopi

    ReplyDelete
  6. Babah PC suka minum air kopi kak Ana...cuma Doktor tak bagi minum sebab babah ada darah tinggi kata doktor kafein fungsinya seperti air kelapa akan menawarkan ubat bila kita makan ubat.Macam PC minum air kopi dalam hal2 tertentu contoh pegi rumah orang..dihidangkan air kopi...PC minum je..atau tekak betul-betul rasa teringin nak minum sgt2...

    Salam Jumaat Kak Ana.
    Terima kasih perkongsian ya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap kak ana kopi memang tak boleh di minum bila kita makan ubat.

      Apapun semua yg memberi kebaikan kepada badan kita harus diamik pada kadar yg sepatutnya kan. Kalau berlebihan dah hilang kebaikan nya tu. Salam Jumaat buat PC juga.

      Delete
  7. Tak pernah tau pun kopi baik untuk otak! lepas ni nak try lah... kot2 tetiba cergas semacam.heheh ^^ thanks for the nice info kak Ana :) salam jumaat ^^

    ReplyDelete
  8. Mama mmg coffee person cuma X boleh minum byk2 nnti sakit kepala

    ReplyDelete
  9. Dilah dari kecik dulu mmg paling tak suke/ x boleh minum kopi.. mak ckp sbb Dilah takut hitam bila minum kopi.. hahaha.. tp bila dah besar ni baru blajar minum air kopi dr MIL.. tu pun sekali sekala la buat kat rumah.. haha

    ReplyDelete
  10. Baru tau minum kopi ada kebaikan, Kak Sue suka juga minum kopi tapi tak lah hari-hari Ana..

    ReplyDelete
  11. Biar apa pun kelebihan sesuatu makanan

    Mesti di ambil secara sederhana kan

    Nanti jadi mudarat kalau berlebihan

    ReplyDelete
  12. nasib sekarang dah suka minum kopi.

    ReplyDelete
  13. Selalu jugak terbaca pasal kebaikan kopi tapi jenis ira tak semua kopi boleh ngam. Kalau salah minum mesti pening takpun datang blur tetiba. Tak tahu apa penyakit haa macam tu huhu.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤