4 Perkara Perlu Buat Sebelum Tidur - Ana Suhana

Jan 5, 2018

4 Perkara Perlu Buat Sebelum Tidur


4 Perkara Perlu Buat Sebelum Tidur | Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah r.a: "Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
4 Perkara Perlu Buat Sebelum Tidur
4 Perkara Perlu Buat Sebelum Tidur

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum semua muslimin meredhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Siti Aisyah: “Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah Al –Ikhlas 3 kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
.قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
.اللَّهُ الصَّمَدُ
.لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
.وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

2. Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku - maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


3. Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

4. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir - maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

سبحان الله
الحمد لله
الله أكبر

9 comments:

  1. Mudah tetapi mewah..namun ini yang sering terabai..jom kita amalkan sentiasa..terima kasih Kak Ana atas perkongsian yang sangat berguna :)

    ReplyDelete
  2. Inshaallah dijadikan amalan ^^ thank you untuk ilmu ni kak Ana :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian ini... selalu amalkan Surah Al Ikhlas

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian nie Ana, sebagai ingatan untuk kita semua kan..

    ReplyDelete
  5. baca doa tidur dan mengucap 2 kalimah syahadah. hehehe. lela selalu buat yg ni. lepas tu baca 3 qul.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas peringatan. semoga kita sama-sama dapat amalkan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...memang amalan setiap malam buat LeYa dan suami

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing this, kak Ana :)

    ReplyDelete
  9. good sharing sis.. walau simple.. kdg cikyan pon tlepas pndang bnda mcm nih..thanks ingatkn ye..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤