11 Ganjaran Bagi Orang Yang Solat Berjemaah di Masjid - Ana Suhana

Jan 26, 2018

11 Ganjaran Bagi Orang Yang Solat Berjemaah di Masjid


11  Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid | Assalamualaikum. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;
 Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid
 Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman."

Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Al-Tawbah 9: 18). (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad , Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimin yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.

(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya - seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9. Rasulullah bersabda: "Masjid adalah rumah setiap orang bertakwa. Allah telah menjamin sesiapa yang menjadikan masjid  ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju kpd keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)


*"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

15 comments:

  1. Moga semakin ramai yang sedar akan hikmah dan ganjaran bagi insan-insan yang gemar ke masjid untuk mendirikan solat dan menghidupkan masjid untuk majlis-majlis bermanfaat.Akhir zaman..banyak masjid yang indah-indah dibina...makan isilah jangan dibiar kosong..
    Salam Jumaat Kak Ana.

    ReplyDelete
  2. good sharing kak ana, byk pahala boleh kumpul ni..

    ReplyDelete
  3. subhanallah, besarnya ganjaran berjemaah ye

    ReplyDelete
  4. Memang banyak ganjarannya kan. Thank you kak atas perkongsian ni. Salaam jumaat :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,berita baik untuk ayah Hana *hahah riak pulak dah! ^^ Thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  6. Bagus peringatan ana suhana ni, ibu suka sangat terutama di hari jumaat ni

    ReplyDelete
  7. sebab itu walaupun tidak ke surau/ masjid biarlah berjemaah di rumah bersama suami. anak-anak masih kecil, tak pasti keupayaan diri untuk handle jika ke surau/ masjid

    ReplyDelete
  8. besar ganjarannya orang yang bersolat jemaah dimasjid nih, para isteri pun kalau boleh suruhlah suami berjemaah dimasjid, kita juga akan dapat ganjarannya

    ReplyDelete
  9. nice sharing sis! walaupun bz kerja cuba la sekali je waktu solat, berjemaah dengan suami ke kan :D

    ReplyDelete
  10. Good sharing Ana, semoga kita berusaha untuk berjemaah dan ke masjid selalu ya.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  11. Good sharing...besarnya ganjarang kita andai berjemaah kan...

    ReplyDelete
  12. tq kak ana atas perkongsiann.. cun habis gmbar masjid zahir tu.. cantik!

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang bagus.. semoga makin ramai jemaah di masjid.. Aamiin..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤