January 2018 - Ana Suhana

Jan 31, 2018

Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

11:51 AM 26
Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara | Assalamualaikum dan hi korang. Ada tak yang minat dengan barangan dari Jepun tu?? Kalau ada kita geng. Ana pantang kalau tengah jalan-jalan dekat shopping mall ternampak kedai barangan dari Jepun ni, mesti wajib singgah masuk. Kalau keluar tak sah kalau tak beli apa-apa. Sekarang ni  kita boleh nampak banyak kedai-kedai barangan Jepun wujud di Malaysia dan salah satunya ialah TOKUYA.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
Perasmian Kedai Barangan Jepun - TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Pada Sabtu yang lepas Ana sekeluarga berkesempatan untuk menghadiri hari Perasmian Kedai 100 Yen TOKUYA di Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Dari luar je dah nampak kemeriahan kedai TOKUYA ni. Bukan main ramai orang tengah sibuk bershopping dalam tu. Ana pun tak nak lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan tersebut. Bab shopping siapa tak suka kan.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

     TOKUYA Concept - "Purposeful Unique"

Purposeful - in the placement of its product  to inspire people to make bold decision
Unique  - in the way no one can replicate how the brand lifts the spirit as of people where it seek to bring people through  a unique user journey though Japan (modern and old) 

Apa yang membezakan TOKUYA dengan kedai barang Jepun yang lain ialah barang-barang yang dijual di sini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri yang tak kan ada di kedai lain. Kalau korang nak tau, di TOKUYA sahaja korang boleh jumpa hampir 20,000 produk ok!!! Haaa banyak giler kan. Antara barangan yang dijual ialah alat tulis, peralatan dapur, barangan kaca dan seramik, kosmetik, barangan mandian,  alat untuk tanaman, permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Senang nak shopping u olls.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Seronoknya shopping di TOKUYA ni ialah setiap barang yang di pamer di susun dengan sangat teratur dan kemas. Kedudukan setiap barang diletak mengikut kategori masing-masing.  Memang senang nak mencari satu-satu item. Tak lah pening bila nak cari satu-satu barang tu orang kata.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Ana bila dah masuk kedai macam ni memang jadi tak sedar diri kejap. Semua benda nak di belek. Belek punya belek tengok dah berjam Ana dalam kedai ni. Mana taknya semua yang dijual di sini molek-molek belaka. Macam-macam rekaan korang boleh jumpa. Harga pula jangan cakap lah - AFFORDABLE sangat!! Tak perlu sampai nak fly ke Jepun pun.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
Syafi pun sama naik syeikh. Mentang-mentang murah, semua mainan dia nak beli. Tu pun kena catu dengan Ana. Kalau tak mau selori mainan dia bawa balik. En Suami pun sama dok ralit jalan baris demi baris rak-rak yang ada dekat TOKUYA ni. Sempat lah juga dia sambar beberapa item.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Bila dah kata barang-barang di TOKUYA ni berkualiti dan murah confirm lah banyak barang yang boleh dibeli. Korang tengok lah sendiri gambar dekat bawah ni. Bukan main ramai yang beratur dekat kaunter nak bayar. Sorang sampai berbakul-bakul barang. Apa maknanya tu kan??
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Ana??  Sama naik juga. Sedar tak sedar tiga plastik penuh barang. Tapiii...tu termasuk barang Syafi dan En Suami tau. Yang syoknya semua punya banyak barang tu total dia tak sampai RM100 pun tau. Tolong lah percaya.
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara
TOKUYA di Arcoris Mont Kiara

Bagi yang berminat dengan barangan dari Jepun ni korang wajib ke TOKUYA ni tau. Confirm korang tak menyesal bila dah masuk. Takut takut korang tak jumpa jalan keluar je nanti. Hehe. Ok lah happy shopping u olls.

TOKUYA
LG1_06&07,
Arcoris Plaza,
Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.










.

Jan 30, 2018

Dinner di Washout Laundry & Cafe | Lokasi Penggambaran Drama Dia

11:04 AM 20
Dinner di Washout Laundry &  Cafe | Lokasi Penggambaran Drama Dia


Dinner di Washout Laundry & Cafe - Lokasi Penggambaran Drama Dia | Assalamualaikum. Korang layan tak drama Dia yang ditayangkan di TV3 setiap Jumaat - Ahad tu?  Ala yang pelakon dia Janna Nick,  Irwansyah dan Adi Putra tu. Ana kekadang layan juga kalau dah takde cerita nak tengok. Walaupun drama ni macam lambat lagi nak habis tapi Ana dah tau ending dia macam mana. Ni gara-gara blogger Mimi Azirah lah ni punya pasal. Hehe. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Dinner di Washout Laundry & Cafe - Lokasi Penggambaran Drama Dia 

Kalau korang perasan ada beberapa babak dalam drama tu lokasi Adit dan Aira dating di sebuah kafe. Kafe tu nama dia Washout Laundry & Cafe terletak di Taman Samudera atau lebih tepat di belakang Giant Batu Caves. Ana perasan Kafe ni masa on the way nak makan di Restoran K'Chiang Mai Ikan Bakar di area tu juga.
Tapi bukan sebab drama tu Ana nak makan dekat sini tapi sebab adik Ana dah beberapa kali makan dekat sini. Katanya sedap set combo dia. Kebetulan minggu lepas Kak Rozana nak jumpa Ana nak pass barang katanya. Dia set jumpa dia Giant Batu Caves. Memandangkan kafe ni dekat belakang tu je Ana set jumpa dekat sini je. Lagipun memang Ana nak dinner sekali. Dekat Giant Batu Caves tu pun takde kedai yang menarik untuk di terjah lagipun.
Masa Ana sampai dalam pukul 8 macam tu tak ramai orang lagi. Tapi ada beberapa meja dah tertulis reserve atas dia. Lepas dapat menu terus kitorang order. Tak nak lama-lama kang lambat pula makanan sampai. Sementara tunggu makanan siap, Ana perasan pelanggan semakin ramai datang termasuk pelanggan di meja yang ditempah tadi. Selamat Ana sampai agak awal. Kalau tak berjemaah order dengan dorang. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Menu 1 : Beef Burger - RM14.90
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Tengok je dah nampak sedap. Pandai pula En Suami order menu macam ni. Ana yang tengok ni pun jadi tak tahan nak rasa sekali. Memang sedap burger dia. Isi daging tu homemade rasanya. Walaupun daging burger tu tebal but still lembut dan juicy. Siap ada cheesy fries lagi. Yang dalam mangkuk tu black pepper sauce. Sedap juga. Tapi Ana suka makan burger tu macam tu saja sebab dah sedia sedap. Next time nak order burger ni juga.

Menu 2 :Aglio Olio (RM10.90) + Chicken (RM6.00)
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Macam biasa sebab kena kongsi dengan Syafi, Ana order lah spaghetti aglio olio ni. Add chicken chop sebab makan untuk 2 orang kan. Spaghetti dia biasa lah rasa aglio olio lah. Nak expect rasa apa pula kan.  Bila makan dengan chicken chop tu jadi sedap juga dan paling penting mengenyangkan.

Menu 3 : Cheesy Fries - RM7.90
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Sebab tak cukup cheesy fries dalam menu burger En Suami kami add side dish ni. Kenapa ntah rasa sedap sangat fries dia ni. Cheese leleh dia bukan main banyak. Tak kedekut langsung.  Memang berbaloi order. Sekejapan kosong bakul fries ni.

Memula Ana plan nak order set combo  dia yang femes amos tu. Sekali set tu untuk 3-4 orang. Boleh sampai 5 orang Ana rasa. Memandangkan Ana bertiga je jadi tak lah sanggup nak order menu besar macam tu. Ada je set menu untuk couple tapi En Suami tak berkenan. Layan je lah. Tapi Ana belanja korang tengok menu yang Ana cakapkan ni.

Set Combo : Monster Platter - RM59.90

Set Combo : Couple Platter - RM36.90


Nak jadi cerita masa tengah makan tu tetiba gelap sekejap. Arrgghhh sudah black out pulak ke?? Dah lah Ana tengah layan makan sedap ni. Rupanya staff kafe nak buat suprise besday pelanggan yang reserve meja tadi. Sambil staff tu bawa kek ke meja tu sambil staff lain nyanyi ramai-ramai.

Syafi pula yang teruja tengok. Siap request nak macam tu bila besday dia nanti. Hahaha. Boleh lah dipertimbangkan sebab Ana cadang nak ke sini lagi. Nak cuba banyak menu lain yang nampak sangat menarik. Kafe pun selesa dan bersih. Nak bawa family sekali sebab nak celebrate besday Syafi kan. Kita tengok macam mana nanti.

Instagram :







Jan 29, 2018

Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

11:15 AM 25
Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan | Assalamualaikum. Korang tau tak yang Enchanteur sebenarnya mempunyai Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan yang sesuai untuk dihadiahkan pada insan-insan yang tersayang??  Kalau dah tau korang memang pencinta wangian ENCHANTEUR yang sejati. Dan bagi yang belum tahu takpe, jom baca apa yang Ana nak kongsikan ni.
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

Korang selalu tak macam Ana, asal masuk bab nak beli hadiah selalu jadi buntu dan serabut. Pening tak tahu nak bagi hadiah apa. Old school sangat kalau asyik-asyik bagi coklat, baju, jambangan bunga atau pun kad ucapan. Kalau boleh nak lah bagi something yang special yet affordable kan. Kalau korang sama kes macam Ana, sekarang ni Ana dah jumpa something ideal untuk dijadikan hadiah. Apa kata kali ni kita hadiahkan mereka Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan pula.

Kenapa Ana kata Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan bi something yang ideal?? Sebabnya set hadiah wangian ni sangat sesuai untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulangtahun kerana rekaan pembungkusannya yang cantik, eksklusif dan lengkap dengan rejim penjagaan diri sebab mengandungi wangian EDT dan juga losyen badan.

Korang tau tak pemberian hadiah berbentuk wangian ni ibaratnya seperti memberi sejambak bunga yang besar dan harum. Cuma set wangian ni lebih praktikal kerana mengandungi intipati kuntuman bunga yang harum semerbak dan juga sebagai simbolik keintiman dan kemewahan. Dan orang yang menerima pula akan dapat menikmati pengalaman hadiah yang penuh dengan wangian dan sekaligus mewujudkan satu perasaan yang sangat indah antara si pemberi dan penerima.

5 Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis.  Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis bagi memenuhi keperluan wanita. Oleh itu ENCHANTEUR telah memperkenalkan 5 Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan yang di rekan cantik dan eksklusif  yang sesuai untuk semua acara atau majlis. Set wangian ini datang dalam saiz 15ml yang mesra perjalanan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.


1. Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur
Mon Amie yang bermaksud "Sahabatku" memberikan para wanita aroma yang tenang dengan penuh kesegaran apabila berada di luar.  Manakala Belle Amour pula bermaksud "Keindahan Cinta" - satu wangian yang didambakan dari gadis impian.

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan hubungan persahabatan dan cinta yang mekar dan direka khas dengan bahan-bahan yang unik yang dapat melahirkan mood keseronokan pada siang hari dan pengalaman suasana temu janji yang indah pada malam hari.

2. Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (MON AMIE & ADORE)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang yang tersayang. Mon Amie merupakan aroma untuk personaliti yang menawan dan ceria.
 Set Hadiah Enchanteur

Manakala Adore menggambarkan haruman buat gadis yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Kedua-dua set hadiah ini dapat meningkatkan mood dan keyakinan si pemakai agar sentiasa berasa istimewa.

Set wangian ini direka dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR  Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua set wangian ini didatangkan di dalam kotak Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris yang cantik. Set hadiah ni boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


3. Set Hadiah Mini Enchanteur Paris MON AMIE
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur
Set wangian Mon Amie mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml dan losyen badan dan tangan Light & Fresh bersaiz 100ml. Losyen ini diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah lembap dan sentiasa terlindung dari sinaran UV.

Diformulasi agar bertekstur ringan dan tidak berminyak yang membolehkan si pemakai melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa serta berbau harum sepanjang hari.

Set hadiah ni digubah di dalam kotak berwarna ceria dan hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Guardian seluruh negara.

4. Set Hadiah Mini Enchanteur (MON AMIE & CHARMING)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu dan berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si pemakai yang menyukai aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.

Pada siang hari untuk wangian Mon Amie - menyerlahkan watak seorang yang periang dab mudah di didekati.  Manakala pada waktu malam untuk wangian Charming  - menonjolkan gaya sofistikated serta menyerlahkan keanggunan diri si pemakai.

Set hadiah ni hanya boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara serta di laman beli belah atas talian - LAZADA.

5. Set Hadiah Mini Enchanteur (BELLE AMOUR  & ROMANTIC)
Set Hadiah Enchanteur
Set Hadiah Enchanteur

Diilhamkan bagi memenuhi personaliti romantis si pemakai,  ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu yang terdiri daripada wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.

Kedua-dua wangian ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang bagi menjadikan setiap detik yang tercipta  bersama adalah berharga. Wangian ini menyerlahkan pesona, keanggunan dan kecantikan si pemakai.

Set hadiah ni hanya boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara serta di laman beli belah atas talian - LAZADA.


Harga Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

Bagi yang berminat untuk beli Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan ni, harga setiap satu adalah berbeza seperti dibawah :

1. ENCHANTEUR Paris Miniature EDT Gift Set - RM34.90 (SM & SS)

2. ENCHANTEUR Paris Mon Amie Gift Set - RM23.50  (SM & SS)

3. ENCHANTEUR Miniature EDT Gift Set - RM34.90 (SM) / RM36.70 7(SS)


Jan 28, 2018

Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?

11:54 AM 26
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?

Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?  | Assalamualaikum. Selamat berChill Chill di hari Ahad korang. Masak apa hari ni?? Ana dapat kebenaran big boss untuk cuti memasak masa hujung minggu. Sebabnya memang tak kan lekat dekat rumah hujung minggu ni. Ada je aktiviti dari pagi sampai ke malam. Tu je lah hari yang boleh En Suami bawa kami 2 beranak keluar jalan-jalan.
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni? 

Ni cerita semalam. En Suami ajak ke Quill City Mall di KL. Nak pick up simcard Unifi di sana. Hanya kiosk tu je yang buka on weekend. Ni wonder punya ramai orang dekat kiosk tu. Selamat just nak pick up simcard je so tak perlu beratur semua. Lepas dah selesai amik simcard memandangkan En Suami ada  voucher Aeon yang belum guna hasil dari menang hadiah di mudah.my Ana ajak lah dia "belanja" Ana dengan Syafi. Hehe. Nampak tak pengorbanan seorang suami. Dia yang dapat voucher tapi isteri dan anak-anak yang bedal. Haha.

Ronda punya ronda tekak pun dah haus. Masa Ana lalu dekat bawah tadi Ana ternampak ada kiosk Chill Chill. Teringat orang kata air teh dekat sini sedap. Dok viral je sejak dua tiga menjak ni. Ana ni walaupun dikatakan food blogger yang aktif tapi banyak je benda-benda viral Ana lambat cuba. Bila benda tu dah suam suam kuku baru Ana dapat cuba. Jadi semalam Ana try lah beli air Cha Yen a.k.a Iced Thai Tea ni. Nampak memang menarik sebab warna air dia pekat giler. No wonder Cha Yen ni top selling di Chill Chill ni. Cer tengok video ni, tak ke tergoda korang bila tengok. Haha. 
A post shared by Chill Chill (@chillchill.my) on
Masa nak order kita boleh pilih samada nak ice,  blended  atau hot. Ana for sure order yang ice punya. Harga lepas GST ialah RM8.37 sebotol besar tu. Ok lah bagi Ana harga tu. Kalau tengok menu dekat bawah ni ada a few thai tea yang kita boleh pilih. Semua ada rasanya yang tersendiri.
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Gambar : Zomato

Bila Ana dah rasa sendiri, hhmmmmm memang sedap rupanya. Patutlah semua dok puji kata Cha Yen ni sedap. Memang kaw kaw rasa teh ais dia. Pekat dan manis cukup rasa. Orang kata kalau dah rasa Cha Yen ni dah tak pandang teh ais mamak dah. Haha exaggerate sangat ayat ni. Bayangkan kalau si kecik Ana tu pun tak berhenti minum Cha Yen ni. Bukan main tau dia ni. Maka berebut lah dua beranak ni kejap dalam kereta. Selamat daddy dia sejenis daddy cool. Beralah je dengan 2 orang ni. Haha. Nyesal beli satu je. Tapi bagus juga. Kalau beli banyak kembong perut di buatnya. Memang terkentut-kentut lepas tu. Hahahaha.
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?
Sedap Sangat ke Cha Yen di Chill Chill ni?

Ana memang jarang sangat minum sejenis teh ni lagi-lagi teh tarik. Setahun boleh kira berapa kali je. Tapi nampaknya lepas ni maybe seminggu sekali kot Ana nak beli Cha Yen ni.  Macam tersuka sangat pula. Tapi ramai kawan-kawan kata ada menu yang lain sedap juga. Antaranya Red Plum Fruittea ni. Favorite adik Ana. Setiap kali pergi mall mesti beli Red Plum Fruittea.
A post shared by Chill Chill (@chillchill.my) on

Ada juga yang suggest Coconut Iced Blended dia. Nampak menarik juga ni. Ana suka juga minum air kelapa tapi yang pure tu lah. Aiskrim  kelapa pun Ana suka. Dan tak mustahil Ana akan suka Coconut Iced Blended ni juga kan. Boleh try juga nanti ni.
A post shared by Chill Chill (@chillchill.my) on

Korang yang baca ni mesti dah biasa beli dekat Chill Chill ni kan. Apa favorite air korang? Share lah sikit. Boleh Ana cuba nanti. Eh korang tau tak yang Chill Chill ni satu bumbung dengan Boat Noodle mangkuk bertingkat-tingkat tu?? Dah cuba menu baru di Boat Noodle?? Kalau belum apa kata korang ke Boat Noodle sekarang juga sebab menu baru ni limited time je tau. Nak tau apa menu baru di Boat Noodle tu baca di sini <<<< MENU BARU BOAT NOODLE >>>> 

Jan 27, 2018

Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat

10:17 AM 16
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat

Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat | Assalamualaikum. Cerita Khamis lepas bila nak masak lauk untuk lunch tetiba tengok stok dalam peti yang ada hanya ayam. Nak masak nasi ayam tak cukup bahan, nak masak ayam berlada atau sup ayam muak pula sebab last week dok repeat makan tu je. Last-last nak senang kerja masak je Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat ni. Senang cerita. Bahan pun campak je apa yang ada. Tak yah pening-pening kepala. Kalau nak jadikan berkuah, lebihkan je kicap dan air dalam tu. Pon sodap.
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat
Resipi Ayam Masak Kicap Mudah dan Cepat

BAHAN-BAHAN

1. Ayam - 6-7 ketul
2. Serbuk Kunyit
3. Garam
4. Bawang Besar - 1 biji (dipotong bulat)
5. Bawang Putih - 2 ulas (dihiris)
6. Cili Merah - 1 biji (dihiris)
7. Kentang - 1-2 biji (dipotong kecil)
8. Serbuk Lada Hitam
9. 4 sekawan - satu setiap jenis
10. Kicap
11. Sos tiram


CARA-CARA

1. Perap ayam dengan kunyit dan garam sebelum digoreng sehingga masak.

2. Kemudian goreng kentang pula. Asingkan ke tepi bersama ayam tadi.

3. Tumis 4 beradik dan masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan kicap dan air ikut banyak mana kuah yang kita nak.

5. Masukkan sedikit sos tiram dan kacau rata.

6. Bila dah mula nak mendidih, masukkan ayam dan kentang. Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan kacau rata. Kemudian tutup api.

7. Sedia dihidang.


TAMBAHAN :

1. Sebab Ana dah guna sos tiram dan kicap manis, Ana tak masukkan garam dan gula tambahan dalam masakan ni. Kalau korang rasa tak cukup lagi masin dan manis boleh lah masukkan ikut citarasa masing-masing.

2. Kadang-kadang Ana masukkan juga tomato dalam hidangan ni. Tomato masuk akhir sekali masa dah tutup api sebabnya Ana tak nak tomato tu lembik sangat.


Jan 26, 2018

11 Ganjaran Bagi Orang Yang Solat Berjemaah di Masjid

10:27 AM 16
11 Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid

11  Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid | Assalamualaikum. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;
 Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid
 Ganjaran Bagi Orang Yang  Solat Berjemaah di Masjid

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman."

Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Al-Tawbah 9: 18). (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad , Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimin yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.

(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya - seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9. Rasulullah bersabda: "Masjid adalah rumah setiap orang bertakwa. Allah telah menjamin sesiapa yang menjadikan masjid  ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju kpd keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)


*"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

Jan 25, 2018

Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina

8:45 AM 33
Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina

Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina| Assalamualaikum. Hari Sabtu yang lepas Ana berpeluang untuk menghadiri food review di Boat Noodle. Majlis ini adalah untuk memperkenalkan Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina yang akan datang. To be honest Ana tak pernah makan di Boat Noodle walaupun keinginan untuk makan di sana membuak-buak sejak kebelakangan ni. Sebabnya En Suami tak minat makanan mee semua ni. Bila Ana dapat jemputan ni bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle Bersempena Tahun Baru Cina

Boat Noodle merupakan rangkaian restoran yang membawa keenakan masakan Thai Street Food yang berasal dari pasar terapung Ayutthaya. Sehingga kini terdapat 46 cawangan Boat Noodle di seluruh Malaysia. Dalam masa kurang dari 4 tahun rangkaian Boat Noodle berkembang dengan sangat maju. Tidak hairan lah jika Boat Noodle kini menjadi antara restoran favorite rakyat Malaysia yang sudah sebati dengan makanan dari negara gajah putih ini. Oh ya jangan risau bagi yang tertanya-tanya tentang status halal makanan di Boat Noodle ni sebab semua menu yang disajikan telah mendapat kelulusan halal JAKIM di bawah syarikat Utara 5 Food and Beverage Sdn Bhd.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Food review kali ni bertempat di Boat Noodle Empire Damansara, di mana di sini merupakan outlet pertama Boat Noodle Malaysia. Outlet ini dibuka secara rasmi pada bulan Mac 2014. Sebelum Ana dan rakan-rakan blogger yang lain dihidangkan dengan beberapa menu terbaru di Boat Noodle. Sebelum tu owner Boat Noodle, En Muhammad Izzul memberi sepatah dua kata-kata aluan kepada semua yang hadir termasuk memberi penerangan tentang food review kali ni.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Without further delay,  acara yang di nanti-nanti pun tiba. Ana antara yang excited nak mencuba semua menu baru yang ada di Boat Noodle ni. Maklumlah lama dah mengidam kan. Selalu hanya mampu tengok jer orang upload mangkuk bertingkat-tingkat bila makan di Boat Noodle ni. Kali ni Ana sendiri nak merasa kesedapan makanan di Boat Noodle ni. Jom tengok apa menu baru di sini:

1. Blue Butterfly - RM5.50
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Air Blue Butterfly ni Ana panggil air magik. Kenapa Ana panggil air magic?? Sebabnya warna air tu boleh berubah dari warna biru kepada warna ungu. Magis kan!! Dengan slogan Taste The Zing, Blue Butterfly dihasilkan dari gabungan bunga telang dan limau purut yang pastinya menjanjikan satu rasa yang sangat menarik untuk di cuba.

2. Mango Smoothie - RM5.50
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Bagi peminat air smoothie, korang wajib order Mango Smothie bila singgah makan di sini. Rasa manis masam dari gabungan mangga dan yogurt mampu memberi satu rasa kelegaan selepas makan. Tak caya cubalah!! 

3. Thai Fried Chicken - RM12.90
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Thai Fried Chicken ni antara highlight pada hari tu. Rasa dia?? Sedap ya ampun. Ana tak berhenti makan dan makan Thai Fried Chicken ni tau. Dah lah bahagian luar dia rangup krup krap krup krap, rasa bahan perapan dia pula ringan dan pedas. Isi ayam pula tebal dan lembut chuolls. Bila dicicah dengan sos manis Thai yang dihidang sekali tu, jadi berganda sedap dia. Rasa pedas manis bersatu dalam satu kunyahan. Serius tak boleh stop dari kunyah dan kunyah dan kunyah till the last drop omputeh kata.

4. Prosperity Yum (Beef / Chicken) - RM1.99 semangkuk
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Ini lah dia menu utama yang di nanti-nanti semua orang - Prosperity Yum. Untuk menu ni korang boleh pilih sama ada nak Prosperity Yum daging atau ayam. Dan terdapat 2 pilihan mee iaitu Thai Rice Noodles atau Springy Noodles.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle
Ana dah cuba semua pilihan ni dan seriously Ana jatuh chenta pandang pertama dengan Boat Noodle ni. Antara semua tu Ana paling suka Beef Prosperity Yum with Springy Noodles. Rasa pedas-pedas manja Prosperity Yum tu memang best sangat. Bayangkan masa Ana makan mangkuk yang pertama tak terasa pedas kuah tu lagi, tapi bila masuk mangkuk yang keempat dan seterusnya, haaa baru bahang pedas tu terasa. Pedas pedas pun still can't stop eating. Tak caya cuba tengok berapa mangkuk Ana makan hari tu.
Menu Baru Boat Noodle
Menu Baru Boat Noodle

Menarik kan semua menu baru yang ada di Boat Noodle ni. Korang yang pencinta sejati Boay Noodle jangan lepaskan peluang untuk menikmati semua hidangan yang Ana share dekat atas ni. Jangan sampai melepas sebab katanya menu-menu ni hanya available sampai hujung bulan Februari ni je. Rugi kalau tak rasa. Tapi tak tahu lah kalau-kalau Boat Noodle nak teruskan menu ni kerana permintaan yang hangat dari korang semua kan. Untuk maklumat tentang Boat Noodle dan menu-menu yang ada di sini, korang boleh layari laman sesawang dan sosial media Boat Noodle seperti di bawah:

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :

Jan 24, 2018

Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak

10:34 AM 29
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak

Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak cerita tentang animasi Upin & Ipin pula. Korang suka tengok animasi Upin & Ipin ni tak? Haa jangan pula tak nak mengaku pula. Hehe. Ana?? SETIAP HARI tengok sebab dok layan budak kecik ni. Kadang satu episod beratus kali ulang. Sampai dah hafal tajuk episod tu dan dialog dalam animasi tu. Bila kata dah setiap hari tengok, pastinya ada Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak kan.
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak 
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak

Sedikit info tentang Upin & Ipin ni. Pada asalnya Upin & Ipin merupakan watak sampingan dalam filem Geng : Pengembaraan Bermula pada tahun 2005. Dalam filem tu watak Badrul dan Lim merupakan watak utama. Namun atas sambutan yang hebat, siri animasi Upin & Ipin mula ditayangkan pada bulan Ramadhan pada tahun 2009 di tv9. Episod tersebut bertujuan untuk mendidik anak-anak erti menghayati bulan mulia. Kemudian animasi Upin & Ipin terus berkembang sehingga hari ni. Atas kejayaan tersebut, animasi Upin & Ipin telah disenaraikan sebagai Animasi Paling Berjaya di dalam Malaysia Book of Record pada tahun 2011. (Wikipedia)

Bercakap tentang Upin & Ipin ni, pastinya setiap episod yang ditayangkan memberi kesan terhadap kanak-kanak. Dan Syafi juga tak terkecuali. Ana boleh kata dia peminat setia Upin & Ipin. Dan ini secara tak langsung telah memberi pengaruh terhadap perkembangan dan pembelajaran Syafi. So hari ni Ana nak share Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak dalam sudut seorang Syafi. 
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak
Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-kanak 

1. Hiburan Sambil Belajar

Walaupun kita nampak Upin Ipin tu satu cerita animasi tapi banyak benda yang Syafi belajar dari satu-satu episod Upin Ipin tu. Banyak episod Upin Ipin yang memberi pelajaran dan nasihat.

Contohnya episod Iqra menekankan kepentingan mengaji dan kenapa perlu puasa dan solat terawih. Sedikit sebanyak Syafi boleh faham kenapa kena mengaji. Manakala episod Masih Ada Sayang menekankan tentang memghargai barang-barang yang kita miliki. Banyak lagi lah nasihat dan pelajaran yang Syafi boleh belajar.

2. Membantu Bertutur Dengan Lebih Lancar

Bab ni memang tak boleh di nafikan. In fact setiap apa yang Syafi tutur Ana perasan dia belajar dari dialog Upin Ipin. Kadang tu kita tak percaya yang ayat atau perkataan tu mulut seorang Syafi tau. Cakap  macam orang dewasa dah. 

3. Meningkatkan Daya Memahami Situasi

Ni pun perkara yang Ana kagum dengan Syafi. Dia mampu untuk relate satu-satu ayat tu dengan keadaan atau situasi yang dia tengah lalui. 

Contohnya satu hari tu ayah Ana nak berkebun sekali hujan turun. Ayah Ana kata kat mak tak boleh nak berkebun sebab hujan. Sound like ayah mengeluh pada pendengaran Syafi. Terus Syafi kata sesuatu yang buat ayah Ana terpegun kejap. Lebih kurang macam ni dialog Syafi dengan atuk dia:

Syafi : " Atuk kenapa?"
Atuk : "Hari hujan atuk tak boleh nak berkebun"
Syafi : " Takpelah.  Hujan tu kan rahmat"
Atuk : Gulp. 

Atuk tanya mana belajar semua tu. Dengan selamber je dia cakap Opah Upin Ipin yang cakap. Haha. Nampak tak pengaruh Upin Ipin dekat Syafi.

4. Belajar Tentang Kepentingan Makan Makanan Yang Berkhasiat

Salah satu episod yang Ana rekod untuk Syafi tengok berulang kali ialah episod Hasil Tempatan. Episod tu menekankan tentang khasiat makan buah-buahan tempatan. Kebetulan masa tu Ana tengah makan buah naga dan buah tu ada dalam episod tu. Apa lagi Ana pun "basuh" lah Syafi sampai dia dengan rela nak makan buah naga tu. Padahal sebelum tu dia akan elak dari makan buah tu. Siap suruh buat aiskrim buah naga lagi macam kak Rose buat. Haha.

Lagi satu bab sayur susah juga Syafi ni. Hanya selected sayur je dia makan macam lobak merah, kacang panjang dan kacang buncis. Kalau bayam tu kena selit-selit bagi dia tak nampak. Tapi setiap kali dia makan sayur dia akan "membebel" sayur tu berkhasiat elok untuk badan. Baru lah bertenaga kata dia. Nampak?? 

5. Meningkatkan Kesedaran Menjaga Kebersihan

Ni pun salah satu kebaikan yang Ana boleh terapkan dekat Syafi bila dia tengok cerita Upin Ipin. Macam awal tahun lepas serpihan gigi depan Syafi tertanggal. Bukan main sedih dia menangis gigi dia patah. Tak handsome katanya (tengok video atas ni). Lepas tu Ana terus cerita dekat dia tentang episod Gigi Susu. Dalam episod tu menunjukkan macam mana seksa Ipin bila gigi depan dia bergoyang. Jadi Ana ingatkan Syafi tentang penting jaga kebersihan gigi. Kena rajin gosok gigi dan kurangkan makan gula-gula. Nampak lah kesan episod tu walaupun gigi Syafi makin besar pecah dia. Haha.

Ada lagi satu episod Kembara Kecil-kecilan pun bagus juga. Episod tu menekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan bilik. Kalau tak nanti lipas berkeliaran. Syafi bila tengok cerita tu faham lah dia kenapa kena jaga kebersihan bilik. Nak nak bila dia takut lipas juga. Lagi senang nak ingatkan dia.


Banyak lagi sebenarnya pengaruh yang baik yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Namun perlu diingatkan bahawa ibu bapa yang paling utama dalam memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan dan pembelajaran dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap anak-anak.  Upin & Ipin hanya sekadar satu "helah" sampingan untuk menarik minat anak-anak untuk menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupan seharian.









Jan 23, 2018

Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion - Losyen Aromaterapi Dari Australia

10:58 AM 44
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion - Losyen Aromaterapi Dari Australia

Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion - Losyen Aromaterapi Dari Australia | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share dengan korang semua tentang satu losyen aromaterapi yang Ana sendiri dah guna. Korang pernah dengar tak tentang Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion sebelum ni? Kalau belum meh baca apa yang Ana nak share dengan korang tentang losyen aromaterapi pelbagai guna yang Ana jumpa baru-baru ni masa shopping di Shopee. Serius bagi Ana losyen ni wajib ada di setiap rumah di Malaysia ni tau. Nak tau kenapa kena sambung baca lagi.
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion 
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion | Losyen Aromaterapi Dari Australia

Losyen Ranessa ni kalau korang nak tau merupakan losyen aromaterapi pelbagai guna yang mempunyai pelbagai fungsi. Hanya dengan satu botol Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni dapat membantu dan menyelesaikan pelbagai masalah. Dan yang best satu family boleh pakai dari ibu ayah sampai lah ke anak-anak. Sangat menjimatkan.

Macam Ana, Ana sangat cerewet bila nak beli sesuatu produk especially kalau untuk Syafi. Ana tak kan beli dan pakai sebarangan produk. Bab tu memang Ana paling cerewet selain dari bab makanan. Kalau korang nak tau dekat rumah Ana ni boleh nampak hanya beberapa produk saja yang Ana beli dan guna dan kesemuanya wajib produk yang Ana rasa selamat digunakan. Dan salah satu produk tu ialah Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni.

Losyen Bebas Kimia

Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion diformulasi dari 100% bahan semulajadi dan bebas dari sebarang bahan kimia. Tiada alkohol, tiada steroid dan tiada bahan pengawet di dalamnya. Jadi sangat selamat digunakan ke atas bayi. Dan lagi satu losyen Ranessa di mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu yang paling penting bagi Ana.
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion 

Formulasi dari Pati Minyak Tumbuhan

Macam Ana bagitau dekat atas ni yang losyen Ranessa ni dihasilkan dari 100% pati minyak tumbuhan (Essential Oil). Macam kita semua tahu yang Essential Oil ni mempunyai khasiat yang sangat banyak dan bertindak sebagai aromaterapi yang sangat bagus untuk badan kita.
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion 

Dan di dalam Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni terdapat 11 jenis Essential Oil yang digunakan. Antaranya ialah minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak lavender, tea tree oil, citrus limon oil dan banyak lagi. Dan formula terbaru losyen Ranessa diperbaharui dengan tambahan shea butter dan aloe vera untuk melembapkan kulit.

Fungsi Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion

Fungsi utama losyen Ranessa ni ialah untuk merawat pelbagai masalah kulit terutamanya kulit bayi yang sensitif. Antaranya ialah :
  • Ruam Lampin
  • Ruam Panas
  • Ruam Susu
  • Kulit Sensitif
  • Radang Kulit
  • Kegatalan

Oleh kerana Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni bebas dari steriod jadi losyen ni boleh digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah eczema. Bahan-bahan semulajadi yang digunakan dapat membantu melembapkan serta melegakan ketidakselesaan dan kegatalan kulit akibat eczema tersebut.

Losyen Ranessa ni juga berfungsi sebagai insect repellent yang berkesan untuk menghalang nyamuk. Macam Syafi, dia suka sangat outdoor activity especially pada waktu petang. Dan seperti kita semua tahu waktu petang antara waktu aktif nyamuk berterbangan jadi nak pastikan keselamatan Syafi, Ana akan make sure sapukan Syafi losyen Ranessa ni terlebih dahulu. So far memang berkesan sebab bau losyen ni wangi dan segar jadi nyamuk tak suka dengan bau tu. 

Yang paling Ana suka ialah losyen Ranessa ni juga boleh digunakan sebagai losyen badan untuk seisi keluarga. Ianya boleh dipakai di di seluruh badan termasuk di muka tau. Losyen Ranessa juga bertindak sebagai pelembap kulit yang sangat baik.

Kelebihan Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
1. Tekstur Losyen Yang Selesa di Kulit

Ana suka yang losyen Ranessa ni tak seperti losyen yang lain dari segi teksturnya yang tak berminyak dan tak melekit. Jadi bila kita pakai kulit akan rasa selesa dan pada masa yang sama kulit terasa lembap dan sihat.

2. Losyen Aromaterapi Yang Baik

Sebab losyen Ranessa dihasikan dari ekstrak pati minyak tumbuhan, bau yang tercipta dari losyen sangat segar sekaligus menjadi aromaterapi yang baik bagi menenangkan kanak-kanak akibat dari ketidakselesaan dan kegatalan kulit.

3. Saiz Mudah Bawa

Losyen Ranessa dibotolkan di dalam saiz yang mudah dibawa dan di gunakan di mana sahaja. Yang penting saiz botol losyen ni menjimatkan ruang dan boleh selit didalam beg. Senang nak bawa ke mana-mana.

4. Jimat Wang

Bab ni paling Ana suka. Hanya dengan satu botol Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni, Ana boleh guna untuk pelbagai fungsi. Tak perlu nak beli losyen badan lah, insect repellent lah dah. Semua tu boleh dapat dalam losyen Ranessa ni je. Yang penting satu family boleh pakai juga. 

5. Tahan Lama

Untuk 50ml losyen ni boleh tahan lebih dari sebulan tau. In fact kalau kita pakai 2-3 kali sehari pun boleh tahan sampai sebulan. Memang berbaloi dengan harganya.

6. Dikilangkan di Australia

Kalau korang nak tau, losyen aromaterapi Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni di kilanglan di Australia bagi menjamin kualiti bahan yang digunakan iaitu Essential Oil di dalam losyen tersebut.

Testimoni Peribadi

Ana dah guna Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion selama seminggu. Secara peribadi Ana dan keluarga serasi dengan losyen aromaterapi ni. Macam Ana selalu mengalami masalah kulit kering hingga timbul rasa gatal, jadi bila Ana apply losyen ni Alhamdulillah masalah kulit kering dan kegatalan tu berkurang. Rasa lega sangat. Bau losyen pun segar. Bau macam serai. Rasa macam berada di Spa pun ada.
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion

Lagi satu masalah Syafi kena gigit nyamuk masa bermain di luar pun dah selesai. Ana hanya sapu je losyen ni dekat satu badan Syafi termasuk di muka dan selepas tu Ana tengok takde satu gigitan nyamuk pun dekat badan Syafi. Syafi pun boleh main dengan aman. Kalau dulu guna mosquito repellent pun tak jalan. Sekarang sapu je losyen Ranessa ni selesai masalah. 

Cara Pembelian

Ana sendiri dah guna dan puas hati dengan kesan losyen ni. Dan Ana sangat recommend korang untuk beli dan cuba sendiri. Bagi yang berminat nak cuba losyen aromaterapi Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni korang boleh ke laman sosial Ranessa seperti di bawah ni:

Harga :
RM69

Instagram :

Facebook:

Shopee:
https://shopee.com.my/myranessa

WhatsApp :
+013-5632009