2018 - Ana Suhana

Dec 28, 2018

Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea

10:43 AM 16
 Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea

Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea | Assalamualaikum. Malu kan bila kita mengalami masalah badan cepat berpeluh dan berbau. Lagi-lagi ketika cuaca panas. Masa tu mula lah rasa kurang yakin pada diri sendiri. Nak buat kerja semua serba tak kena. Risau sangat kalau kslau orang rasa tak selesa dengan kita. Nak buat macam mana ni? Hurmm..... Dah dah jangan risau sebab sekarang ni korang boleh Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Bunga dan Buah Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Althea telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist hasil kolaborasi antara Althea x Titi Kamal. Siapa tak kenal dengan Titi Kamal kan - seorang pelakon, fashionista dan ikon kecantikan popular di Indonesia dan juga Asia. Antara filem popular lakonannya ialah Ada Apa Dengan Cinta dan Eifel I'm In Love.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist yang hanya oleh didapati secara eksklusif di Althea ini di inspirasikan dari haruman kesukaan Titi Kamal sendiri di mana body mist ni mempunyai aroma yang berbau segar dan manis yang sangat serasi dengan cuaca di Asia ni.

Tapi sebelum tu korang tau tak apa tu body mist? Bukan apa, ramai sebenarnya yang masih confuse antara body mist dengan perfume. Padahal 2 produk ni berbeza antara satu sama lain tau. Ni Ana share secara ringkas 3 perbezaan utama antara body mist dengan perfume supaya korang lebih faham. 

Body Mist vs Perfume
✅ Body mist mempunyai haruman yang ringan  manakala perfume berbau kuat
✅ Haruman body mist tidak kekal lama berbanding dengan haruman EDP
✅ Body mist mempunyai kandungan air lebih dari pati minyak


Ok sekarang dah faham kan. So berbaloi ke beli body mist berbanding dengan perfume? Dah lah bau tak kuat, tak tahan lama pulak tu.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta.  Korang kena kenal beli dan cuba sendiri Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni baru korang boleh judge. Macam Ana, Ana dah cuba sendiri dan pada pendapat peribadi Ana, memang berbaloi untuk beli dan guna Stay Fresh Body Sparkling Mist ni. Antara sebabnya ialah :

1. HARUMAN YANG RINGAN & LEMBUT UNTUK KEKAL YAKIN SEPANJANG HARI

Macam Ana bagitau dekat atas ni, body mist mempunyai haruman yang ringan dan lembut. Tapi korang percaya tak kalau Ana kata kekuatan satu-satu mist tu sebenarnya disebabkan oleh harumannya yang ringan. Kenapa Ana cakap macam tu?
.
.
.
Bayangkan seseorang yang cepat berpeluh dan mempunyai bau badan yang agak kuat, bila dorang sembur perfume yang sama kuat bau dia, pasti akan timbul satu bau yang kurang menyenangkan. Kadang tu sampai sakit hidung dibuatnya. Betul kan? Sebab tu body mist seperti Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah penyelesaian yang terbaik.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Dihasilkan dari Damask Rose Water, Sweet Orange Oil dan Elder Flower Extract, Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea berfungsi untuk memerangkap sekaligus mengunci bau yang kurang menyenangkan itu dari "terlepas" keluar. Dengan haruman feminin yang berbau manis buah Orange dan Peach serta haruman bunga Ros, badan akan kekal harum sepanjang hari dan kita jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

2 .KULIT KEKAL SEGAR DAN TERHIDRAT

Istimewa tentang Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ialah selain dari aromanya yang ringan dan lembut, ia juga mampu membantu kulit kita untuk kekal segar dan terhidrat hasil formulasi dari Damask Rose Water.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Manakala Elder Flower Extract pula berfungsi untuk memberi rasa sejuk serta membantu melegakan kulit ketika berada di bawah cuaca yang panas. Yang penting semburan body mist ni tidak melekit pada kulit dan membolehkan kita untuk bergerak bebas dengan selesa.

3. HARUMAN TAHAN SEHINGGA 2 JAM
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Walaupun haruman body mist ni dikatakan tak kekal lama, tapi itu pendapat secara general. Kalau korang nak tau, haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist ni dikatakan mampu bertahan sehingga 2 jam terutama bila berada di dalam kawasan berhawa dingin. Sama macam bila kita pakai perfume jenis EDT.

4. HARGA MAMPU MILIK

Kenapa nak beli sesuatu yang lebih mahal kalau korang boleh beli benda yang sama pada harga yang lebih murah kan. Berbanding dengan perfume yang berharga ratusan ringgit, Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni hanya berharga RM35 saja untuk saiz 100ml.

Murah kan. Bayangkan berapa banyak kita boleh beli dengan harga serendah tu kalau nak banding dengan beli perfume yang mahal. Kalau nak compare dengan perfume jenis EDT, Ana rasa lagi berbaloi beli body mist ni sebab EDT tu pun bau dia tak tahan lama pun. Lebih kurang sama je. Cuma harga je agak mahal.

5. SAIZ MUDAH DIBAWA
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Antara perkara yang Ana suka tentang Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ialah saiz botolnya yang mudah dibawa ke mana saja dan muat dimasukkan ke dalam handbag. Tak berat pula tu. Bila-bila masa dan di mana-mana saja bila perlu untuk kekal segar dan harum, boleh je terus spray. Senang cerita.

Pendapat Peribadi Tentang Stay Fresh  Body Sparkling Mist

Secara jujur, Ana susah nak suka dengan satu-satu haruman tu. Senang kata fussy lah bila bab nak beli perfume ni. Sebab tu kalau dah jumpa bau yang Ana berkenan Ana akan loyal dengan bau tu untuk jangka masa yang lama. Macam Ana, Ana suka bau yang segar dan tak terlalu harum atau kuat bau dia. Kalau boleh bau yang sedang sedang je lah.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Bila first time Ana sembur mist ni, Ana tak lah terus suka sebab Ana masih compare bau mist ni dengan bau perfume yang Ana guna sekarang. Tapi bila dah 2-3 kali guna,  Ana jadi suka pula dengan aroma buah dan bunga yang ringan dan lembut pada body mist ni. Yang penting bau mist ni tak menusuk hidung langsung. Sesedap bau orang kata.

Tentang ketahanan bau mist ni pula,  Ana setuju yang bau mist ni mampu bertahan lebih dari 2 jam dalam sekali semburan. Bila Ana kata mampu bertahan tu, korang kena faham yang konsep body mist ialah semburan dekat atas kulit. Jadi haruman tu kekal wangi dekat bahagian kulit yang tertutup kita bukan pada pakaian kita. Bau harum dekat pakaian tetap ada cuma tak sekuat bila kita pakai perfume.

Baca juga : Buih-buih Susu Lembut Dengan Milk Peel Cream Mask

Walaupun haruman body misy ni tak kuat bila sembur dekat pakaian tak bermaksud kita tak boleh sembur pada pakaian kan. Korang mesti selalu alami situasi bila makan dekat kedai atau restoran yang tertutup, baju dan tudung akan berbau asap masakan kan. Kuat pulak tu. Lagi-lagi kalau baju berwarna hitam. Haru kejap. Macam Ana, cara paling senang dan cepat nak hilangkan bau asap tu ialah dengan spray je body mist dekat baju. Kandungan air yang ada dalam mist tu mampu menghilangkan bau asap yang tak sedap tu dengan cepat. So takde lah baju bau busuk dah. Tak caya korang cuba lah.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Repurchase? Totally yes. Overall Ana puas hati dan suka dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni. Korang yang nak rasai sendiri haruman buah dan bunga dari Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, korang boleh beli dekat di link di bawah ni. Alang alang dah beli tu, beli lah lagi satu produk lagi sebab korang boleh dapat free shipping tau. Direct dari Korea terus ke rumah korang. Memang jimat. Selamat bershopping ye.





Dec 27, 2018

Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting

11:30 AM 14
Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting

Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai | Assalamualaikum. Kalau sebut nama. Wilayah Kanchanaburi ni, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik yang korang boleh lawat. Antaranya ialah The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting yang Ana nak share hari ni.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting

Kenapa The Bridge on The River Kwai ni sangat popular? Sebabnya jambatan besi ni pernah dijadikan movie serta dibukukan sejarahnya pada tahun 1957. Lama dah kan. Dalam movie tu korang bolah saksikan sendiri keindahan dan kecantikan lembah wilayah Kanchanaburi ni.

Kalau korang nak tau jambatan ni merupakan sebahagian daripada landasan Death Railway Kanchanaburi yang dibina atas keringat dan darah tawanan perang dan hamba Asia semasa Perang Dunia Ke-2 (WWII) pada tahun 1942-1945. Ana dah cerita tentang sejarah pahit jambatan ni dalam entri sebelum ni. Korang boleh klik link Death Railway dekat atas ni.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Semasa penguasaan Jepun, pada tarikh 28 November 1944, Allied Forces telah mengebom 3 bahagian jambatan besi ni menjadikan hanya ada 2 bahagian saja yang boleh digunakan sehingga kini. Dan bahagian yang tinggal tu kini menjadi tempat menarik tumpuan pelancong.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Dari atas jambatan kita boleh nampak pemandangan Sungai Kwai dan kawasan di sekitarnya.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Macam Ana bagitau dekat atas tadi, jambatan besi ni masih lagi beroperasi sebagai laluan keretapi tempatan. Kebetulan masa Ana sampai sini, ada satu keretapi dari Bangkok tengah lalu.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Kalau korang merancang untuk melawat wilayah Kanchanaburi ni pada bulan November, korang berpeluang untuk join Festival Jambatan Sungai Kwai yang di adakan untuk mengingati peristiwa pengeboman oleh Allied Forces. Terdapat pertunjukan cahaya dan bunyi yang menakjubkan dalam festival tersebut.
.
.
.
.
.
Masa lawatan satu hari di Kanchanaburi ni, Ana juga berkesempatan untuk merasa keterujaan menaiki rakit buluh di salah satu elephant camp di sini.

Baca juga : Erawan National Park Air Terjun Berwarna Hijau Zamrud

Aktiviti ni memakan masa lebih kurang 30 minit macam tu. Memula rakit kita akan ditarik dengan bot kecil sampai ke hujung sungai.
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Kemudian untuk balik ke tempat mula tadi, rakit ni akan dikayuh secara manual oleh pekerja di camp ni. Teruja dan takut pada masa yang sama sebab air sungai di dalam ok. Dah lah warna air sungai pekat macam teh tarik ikat tepi. Haha. Selamat pakai life jacket. Rasa lah secure sikit.
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Dekat elephant camp ni korang juga berpeluang untuk lakukan aktiviti seperti mandikan gajah, beri gajah makan dan juga menunggang gajah. Tapi sebab masa tak sempat, Ana sempat lambai gajah tu je. Haha.

Ok lah habis dah cerita aktiviti satu hari di wilayah Kanchanaburi ni.  So far Ana sempat buat 4 aktiviti je. Tu pun lebih dari cukup. Alhamdulillah. Dari wilayah Kanchanaburi, Ana meneruskan perjalanan ke Bangkok pula. Exictednya nak sampai Bangkok sebab ada aktivti paling Ana impikan di sana. Apa dia tu?  Nanti Ana sambung ye. Bye bye.




Dec 26, 2018

Rai kan Tahun Baru Cina 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

10:42 AM 33
Rai kan Tahun Baru Cina 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Rai kan Tahun Baru Cina 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam | Assalamualaikum.  Rasanya tak terlalu awal untuk cerita tentang Tahun Baru Cina 2019 kan. Sebabnya tinggal sebulan setengah je lagi sebelum Tahun Baru Cina 2019 menjelang tiba. Cakap tentang perayaan besar kaum Cina ni, Ana nak ajak korang sama-sama Rai kan Tahun Baru Cina 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam bersama keluarga dan sahabat handai.
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Rai kan Tahun Baru Cina 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Seperti hotel-hotel yang lain, Grand BlueWave Hotel Shah Alam juga tak terlepas memperkenalkan menu-menu istimewa bersempena dengan Tahun Cina 2019 yang akan datang di Tung Yuen Chinese Restaurant. Dan pastinya menu-menu yang bakal dihidang akan memikat selera para tetamu yang makan di sini terutama semasa sesi makan besar pada 5 Februari 2019 nanti.

Baca juga : Promosi Tahun Baru 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Seperti yang kita semua tahu, makan besar merupakan satu tradisi keluarga bagi kaum Cina semasa sambutan ambang Tahun Baru dan tradisi tersebut kekal sehingga ke hari ini. Selain tu, makan besar juga merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga kerana pada masa ni lah mereka berpeluang untuk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga, mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama. Nak lagi istimewa bila saat-saat bersama ni disambut di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Bagi mengalu-alukan Tahun Baru Cina 2019 ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu istimewanya iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set dan Set Menu Golden Prosperity Chinese New Year yang disediakan secara ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick. Dan kesemua menu tersebut adalah 100% masakan Cina yang HALAL.


- AUSPICIOUS YEE SANG -
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
 Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Kalau korang nak tau, Auspicious Yee Sang merupakan sejenis pembuka selera yang wajib ada semasa Tahun Baru Cina. Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, para tetamu boleh memilih dari empat pilihan menu mewah yang ditawarkan iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang pada harga serendah RM40.00+. Ana dah pernah cuba makan yee sang ni, seriously memang sedap dan fresh rasa dia. Korang yang belum pernah cuba tu, tunggu apa lagi. Ni lah masa yang sesuai untuk korang mencuba kesegaran yee sang di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni.


- POON CHOY SET -
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Selain Auspicious Yee Sang, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set. Untuk menu ni, terdapat dua jenis Poon Choy Set disediakan di Restoran Tung Yuen iaitu Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, di mana kedua-dua set ni dihidang sesuai untuk 10 orang.
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
 Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Kalau korang nak tau, Poon Choy sebenarnya merupakan satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China yang dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam.

Bagi yang bercadang untuk beli Poon Choy untuk dibawa balik ke rumah atau untuk dihadiahkan pada ahli keluarga dan sahabat handai, korang boleh order Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” yang boleh didapati dengan harga RM680.00+ (termasuk Pot Stainless Steel). Mudah kan?


- GOLDEN PROSPERITY CHINESE NEW YEAR -

Tak lengkap sambutan Tahun Baru Cina kalau takde Set Menu Golden Prosperity Chinese New Year yang menyelerakan untuk dinikmati bersama insan-insan yang tersayang.
Menu Tahun Baru Cina 2019  Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Menu Tahun Baru Cina 2019 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menu Tahun Baru Cina 2019
Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
Untuk Set Menu Golden Prosperity Chinese New Year ni, terdapat empat set menu disediakan iaitu set untuk 10 orang - Auspicious Good Luck (RM1088.00+), Joyful Reunion (RM1288.00+), Auspicious Good Health (RM1488.00+) dan set untuk 6 orang - Super Value Auspicious Good Health (RM898.00+). Antara menu yang ada di dalam Set Menu Golden Prosperity Chinese New Year ni ialah Roasted Chicken with Spicy Mango Thai Style, Sautee White Shell Prawn with Crispy Garlic, Salt and Pepper, Steam Garoupa Fish with Chinesse Herbal dan banyak lagi.

Untuk Menempah

Bagi yang ingin menempah meja di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, korang amat lah digalakkan untuk membuat tempahan awal. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh hubungi Tung Yuen Chinese Restaurant seperti nombor di bawah:

Tung Yuen Chinese Restaurant :
03-5511 8811 ext. 2616 / 2724

Tempoh:
15 Januari 2019 - 28 Februari 2019

Hari :
Isnin - Ahad

Waktu :
11.30 pagi - 2.30 petang
6.30 petang - 10.30 malam


Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :

“May you be blessed this Chinese New Year with health, wealth and longevity. Wish you four seasons of peace and a flourishing year. Gong Xi Fa Chai!”

Dec 24, 2018

First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall

12:07 PM 21
First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall

First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall | Assalamualaikum. Baru-baru ni ramai dok review kata menu wagyu dekat salah satu restoran di Melawati Mall ni sedap. Tengok dari gambar nampak menyelerakan. Moh ler kita cuba. Memandangkan ni pengalaman First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall ni, sedap ke idok??
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall

Selalunya kalau ke Melawati Mall, Syafi mesti ajak makan dekat restoran Sopoong. Hantu makanan korea betul budak kecik tu. Geram je tengok. Bila dah selalu makan dekat Sopoong tu sure lah muak juga tekak ni kan. So kali ni Ana ajak En Suami cuba try test makanan daging wagyu pula dekat NY Steak Shack Melawati Mall ni pula. Sebenarnya hah lama nak plan makan sini. Rasanya dari tahun lepas kot. Tapi tak dapat-dapat sebab selalu kalah dengan pujuk rayu dak kecik tu. Haha.

Sebelum yakin untuk masuk kitorang tengok dulu menu yang ada dekat sini. Ye lah nak kena juga tengok ada tak menu yang ber'nasi' untuk si kecik ni. Dia dah lah kuat makan sekarang. Kang takde nasi dia ugut g Sopoong pulak nanti. Haha.

Bila dapat menu, lama juga nak buat pilihan. Biasa lah orang pompuan ni kan, nak pilih makanan pun confuse. Lagi-lagi macam Ana nak kongsi berdua dengan Syafi. Semua nak kena pikir. Haha. Pilih punya pilih last last kitorang pilih 2 menu ni.
.
.
.
.
.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Taraa... Menu pertama yang berjaya memikat hati Ana dan En Suami - Darling Downs Wagyu Striploin MBS 2-3 200g - RM68.80. Kecik je sebenarnya saiz kalau nak compare dengan harga dia tu kan tapi padan lah dengan jenis daging tu pulak - Wagyu kot. Memang terkenal dengam harganya yang mahal. Tapi bagi Ana harga wagyu dekat sini reasonable kalau compare harga di restoran stik yang lain. Sebab tu menu ni antara menu top dekat NY Steak Shack Melawati Mall ni. Kita close up sikit gambar daging tu.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Untuk daging ni, korang boleh pilih nak dipanggang setakat mana. Ada 6 pilihan iaitu samada Blue Rare, Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well atau Well Done. Orang kata kalau nak rasa kelembutan Wagyu ni korang di galakkan pilih medium rare atau medium. Tapi macam kitorang pilih Well Done. Walau pun well done tapi daging masih lembut. Cuma tak lah rasa nikmat cair di mulut tu. Hehe. But still sedap dimakan. Atas daging tu ialah hirisan bawang putih dan bawang holland.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Menu ni didatangkan sekali dengan 2 sides dish. Korang boleh pilih dari 7 jenis sides dish yang ada. Dan Ana pilih semestinya nasi (Pumpkin Rice) dan mashed potato. Sos pula Ana pilih brown sauce.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Overall untuk Darling Downs Wagyu Striploin MBS 2-3 200g  ni Ana dengan En Suami puas hati. Walau saiz dia kecik tapi bila makan dengan sides dish tu boleh lah kenyang juga. Especially bila both sides dish tu menu yang berkarbohidrat kan. Ana suka mashed potato dia. Terasa lemak lemak masin dia. Kena lah dengan selera Ana. Pumpkin rice tu pula Ana assume ada rasa labu yang kuat tapi tak. Tapi aroma pumpkin tu masih ada. So acceptable lah. Syafi pun menganga je bila Ana suap dekat mulut dia. Haha.

Tapi bila kata makan untuk tiga macam kitorang memang tak kan cukup lah satu plate tu je kan. So kita order satu lagi menu.
.
.
.
.
.
Seafood Board - RM32.80. Kalau sekali tengok presentation dan isi dalam Seafood Board ni lebih kurang sama macam seafood platter di The Manhattan Fish Market je. Saiz pun sama. Menu ni recommended for 2 person. Sebab kalau sorang yang makan, sampai ke tekak kenyang dia. Muak jangan cakap lah. Selamat ada lemon dan tartar sauce untuk buang rasa muak tu.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Antara isi yang ada dalam Seafood Board ni ialah fish fillet, shrimps, calamari, salad dan fries. Nampak macam sikit tapi bila makan, rasa seksa nak habiskan. Hehe.

Antara perkara yang Ana suka tentang NY Steak Shack ni ialah ada 2 jenis air boleh refill tanpa had. Satu juices dan satu lagi soft drinks. Ana macam biasa order amik juice dia - Mango -Juice - RM9.80. Sebab haus makan Seafood Board tu, 3 kali Ana refill. Hehe. Berbaloi rasa.

So tu je lah yang Ana order untuk kali pertama ni. Overall Ana puas hati je makan dekat sini. Service cepat, staff bagus dan tempat makan luas dan selesa. Cuma in term of price wise agak mahal lah sikit tapi berbaloi untuk cuba. Untuk full menu yang ada dekat NY Steak Shack ni korang klik SINI.


Dec 23, 2018

Aplikasi MMSOS Penyelamat Di Saat Kecemasan

11:36 AM 9
Aplikasi MMSOS Penyelamat Di Saat Kecemasan

Aplikasi MMSOS Penyelamat Di Saat Kecemasan | Assalamualaikum. Korang pernah dengar tentang Aplikasi MMSOS Penyelamat Di Saat Kecemasan ni? Kalau belum korang boleh baca apa yang Ana nak kongsi dengan korang tentang aplikasi yang wajib korang muat turun dalam smartphone korang. Baru sama-sama smart orang kata.
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Aplikasi MMSOS Penyelamat Di Saat Kecemasan

Hari ni walau dunia dah semakin canggih, tapi kejadian jenayah tetap tak berkurang. Malah makin canggih makin menjadi-jadi kes jenayah yang berlaku. Kalau tengok atau baca berita,  setiap hari ada je kes jenayah di sekeliling kita. Menakutkan.

Rasa takut saja tak no point juga kan. Kita kena lah juga amik langkah berjaga-jaga untuk elak dari menjadi mangsa penjenayah. Perkara paling utama jangan lupa sentiasa berdoa pada Yang Esa agar kita sentiasa diberi perlindungan dan keselamatan di mana-mana saja kita berada. Hanya Dia yang mampu memberi sebaik-baik perlindungan.

Berdoa dah buat, lepas tu kena lah ada usaha. Doa tanpa usaha tu suatu yang sia-sia. So apa usaha kita nak lindungi diri kita dari menjadi mangsa jenayah? Benda yang paling mudah yang korang boleh buat adalah dengan memuat turun Aplikasi MMSOS Penyelamat Di Saat Kecemasan. Mesti korang tertanya kan apa tu MMSOS? 
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
MMSOS merupakan satu aplikasi yang dicipta oleh MM Synergy Sdn Bhd di mana aplikasi ini mempunyai ciri  “Panic Button”. Panic Button ni boleh digunakan ketika kita berhadapan dengan situasi berbahaya seperti kes ragut, rompakan, jenayah harta benda, penculikan dan lain-lain. Aplikasi ini juga bertujuan untuk membantu pihak berkuasa seperti polis dalam memastikan kadar jenayah di seluruh negara menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat.
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Panic Button juga bukan hanya boleh digunakan ketika berlakunya kegiatan jenayah, malah di saat-saat luar jangka seperti kebakaran, sakit yang memerlukan perkhidmatan ambulan, kereta rosak di tengah jalan dan banyak lagi.
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Boleh percaya ke aplikasi MMSOS ni?
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Boleh korang. Korang boleh percaya dengan aplikasi MSSOS ni sebab aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang bekerjasama dengan pihak ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik. In fact aplikasi MMSOS ni dah disiarkan di rancangan tv tempatan.

Aplikasi MMSOS 24/7

Menarik tentang aplikasi MMSOS ni ialah ianya beroperasj 24/7 - 24 jam sehari & 7 hari seminggu.  Ini bermakna korang boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan pada bila-bila masa ketika berlakunya kecemasan.
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Nak guna aplikasi MMSOS ni pun senang. Korang hanya perlu tekan Panic Button dan tunggu team SOS Response datang ke tempat korang untuk membantu.
Aplikasi MMSOS
Aplikasi MMSOS 
Korang boleh muat turun aplikasi MMSOS secara percuma di Play Store atau Apps Store dengan klik di pautan ini ----> http://bit.ly/2mC6Y03. Lepas muat turun, korang perlu mendaftar dengan memasukkan butiran peribadi korang. Mudah je sebenarnya. Tak pening pun.

Antara kelebihan yang korang boleh nikmati bila melanggan aplikasi MMSOS ni ialah :

• Percuma ‘Personal Accident Insurance’ bernilai RM50,000
• Pemeriksaan kesihatan percuma bernilai RM365
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted'
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (pakej lengkap untuk 2 orang selama 3H2M + makan)
• ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta
• 'Special rate’ untuk penyelenggaraan keret
• Ambulance fees
• Percuma perkhidmatan 'towing'

Bagi yang ingin maklumat lanjut tentang aplikasi MMSOS, korang boleh berhubung sendiri dengan pihak MMSOS di nombor di bawah ni :


MM SYNERGY SDN BHD

No. 2, Jalan Arfah 2
Seri Kuching Business Park
Off Jalan Kuching
51200 Kuala Lumpur

📞 03-6242 4895
📞 03-6242 4895

📩 support@mmsos.my


Dec 22, 2018

Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb

9:03 AM 33
Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb

Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb  l Assalamualaikum. Macam biasa kalau shopping groceries mesti Ana akan singgah dekat bahagian diapers. Kebetulan masa tu tengah ada demo tentang Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb. Sejenis mak mak ni kan haruslah join sekali tengok demo tu. Mak aiii...Macam ni rupanya Huggies Dry Pants ni bertindak.
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb 

Selama ni Ana macam tak percaya bila geng geng mak jemah Ana dok promote Huggies Dry Pants ni. Ana ingat dorang propa je lebih. Tapi bila Ana saksi sendiri depan mata betapa cepatnya kadar serapan Huggies Dry Pants ni, baru Ana percaya yang Huggies Dry Pants ni memang jenama diapers yang terbaik. Korang kalau tak percaya boleh tengok rakaman demo yang Ana tengok tu.

Macam mana? Dah percaya kan. Cepat giler kan Huggies Dry Pants menyerap cecair yang dituang tu berbanding dengan diapers yang lagi satu tu. Bila dah kata 'terpengaruh' dengan demo tu apa lagi, terus sambar satu pek untuk stok Syafi. Kebetulan Huggies Dry Pants ni ada saiz yang sesuai dengan umur Syafi dan juga semua peringkat umur kanak-kanak. Dan harga pun mampu beli.
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Mesti korang tertanya Syafi pakai diapers lagi ke kan? Sebenarnya Syafi dah free diapers sejak awal tahun ni. Tapi Ana akan make sure stok diapers sentiasa ada dekat rumah. Cumanya tak banyak macam dulu lah. Sebabnya in case Syafi tak sihat kan, Ana boleh pakaikan dia diapers. Biasalah bila dah tak sihat ni, kekadang boleh jadi out of control kan. Takut tak sempat sampai tandas dia dah menabur dekat luar. Haru dibuatnya. Lagi satu bila travel jauh Ana akan pakaikan Syafi diapers. Kot kot tengah-tengah highway tu dia tak tahan sangat nak pee pee ke poo poo kan, senang lah sikit.
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Ok berbalik pada cerita tentang Huggies Dry Pants ni. Ana dok terpikir macam mana Huggies Dry Pants ni boleh begitu cepat menyerap semua cecair tanpa sebarang kebocoran serta kering dan selesa dipakai untuk masa yang lama. Bila search punya search, rupanya-rupanya Huggies Dry Pants menggunakan inovasi teknologi terkini di dalam setiap kepingan diapers yang dihasilkan. Ni Ana summary kan 5 point utama dekat bawah ni untuk rujukan korang.

1. 1000 Fast Absorbing Micro Holes
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Kalau korang nak tau, Huggies Dry Pants menggunakan Teknologi Rapid Absorb yang menggabungkan 1,000 Fast Absorbing Micro Holes yang membolehkannya menyerap cecair  dengan lebih cepat tanpa sebarang kebocoran seperti yang korang tengok dalam video dekat atas tu.

2. Menyerap Sehingga 10 Jam
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Cecair yang diserap tadi kemudiannya akan dikunci dari dalam untuk mengelak dsri berlakunya sebarang kebocoran sehingga 10 jam. Lama kan? Kesannya kulit si comel akan kekal kering sepanjang masa dan masalah seperti ruam lampin pun dapat dielakkan.
Oh ya bagi yang baru atau bakal bergelar ibu mesti korang tertanya macam mana nak tau diapers tu dah penuh kan? Selalunya kita agak-agak je kan. Tak pun kita akan pegang diapers tu nak rasa dah penuh ke belum kan.

Tapi kalau korang guna Huggies Dry Pants, senang je nak tau sebab Huggies mempunyai ciri Wetness Indicator. Kalau korang perasan Huggies Dry Pants direka dengan bentuk berwarna kuning kan. Selalunya bila anak-anak dah kencing, warna kuning tadi akan berubah menjadi biru. So kalau dah nampak warna tu dah bertukar sepenuhnya, boleh lah korang tukar diapers anak-anak.

Oh ya perlu diingatkan cara penyimpanan diapers pun penting juga tau. Sebaiknya diapers perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Sebabnya kalau kita simpan pada tempat yang sebaliknya, warna kuning tadi akan berubah kepada warna biru walaupun belum digunakan. So take note ye.

3. Leak Guard
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Macam mana Huggies Dry Pants mampu menghalang kebocoran sehingga 10 jam? Haaa kalau korang nak tau, Huggies menggunakan Teknologi U-Fold atau lebih dikenali dengan Sistem Kunci Kebocoran (Leak Lock System) di mana teknologi ni bertindak sebagai perisai atau penghalang dari berlakunya sebarang kebocoran.
Selain daripada tu, Huggies Dry Pants juga mempunyai 5 Lapisan Kekeringan (5 Layers of Dryness) yang memberi perlindungan semalaman dengan gel super penyerap yang membantu menyerap dan mengunci cecair dengan sebaiknya.

4. 5-Way Comfort Fit
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Tak guna kalau lampin tu mampu menyerap cecair dengan cepat dan mampu mengunci kebocoran tapi anak kita rasa tak selesa bila pakai. Takut bila tak selesa mula lah dorang akan meragam.

Tapi dengan Huggies Dry pants korang jangan risau sebab dengan ciri  5-Way Comfort Fit, anak-anak korang pasti akan rasa selesa sepanjang pemakaian walaupun untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana Huggies Dry Pants mempunyai regangan yang lebih baik di 5 bahagian utama iaitu di pinggang, perut, kedua-dua kaki dan kelangkang.

5. 100% Breathable
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Ciri terakhir yang penting bagi Ana untuk satu-satu diapers tu ialah 100% breathable. Dan ciri tu juga ada pada Huggies Dry Pants di mana Teknologi Lampin Huggies telah terbukti secara klinikal mampu memberi kekeringan pada kulit dan membolehkan udara bergerak sehingga 10x lebih pantas berbanding jenama lain. Secara tak langsung, pemakaian Huggies Dry Pants dapat mengelakkan daripada terjadinya ruam lampin atau dermatitis pada kulit anak-anak.

So sekarang ni korang dah tau lah kan macam mana jenama pilihan ibu-ibu di Malaysia ni bertindak menyerap dengan begitu cepat kan. So far Syafi dah pakai beberapa kali Huggies Dry Pants ni dan memang terbukti takde kebocoran langsung. Teruja pulak Ana. Ye lah pada usia dia yang sekarang ni, kalau ikut logik sure akan bocor diapers tu sebab kuantiti air kencing dia banyak. Tapi ni tak. Kulit dia maintain kering je. Tu yang mengada-ada nak minta pakai diapers je. Huhu.

Ok lah penat pulak 'membebel' panjang dalam entri ni. Senang kata kalau korang nak merasai keterujaan yang sama macam Ana dan nak bertukar kepada jenama Huggies Dry Pants ni, korang boleh beli terus melalui link ni -----> http://bit.ly/2LgcBwt. Nanti share dengan Ana pengalaman anak-anak korang pulak ye. Selamat ber-HUGgie ok. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari https://www.huggies.com.my/en-my.