SOLIDARITI TARBIAH SENTAP UNTUK PALESTIN! - Ana Suhana

Dec 8, 2017

SOLIDARITI TARBIAH SENTAP UNTUK PALESTIN!


SOLIDARITI TARBIAH SENTAP UNTUK PALESTIN!
SOLIDARITI TARBIAH SENTAP UNTUK PALESTIN!
SOLIDARITI TARBIAH SENTAP UNTUK PALESTIN!

1. Hari ini kita digemparkan dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytiharkan bahawa beliau akan memindahkan kedutaan AS di negara haram Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

2. Pengumuman ini sekaligus mengisytiharkan bahawa Baitulmaqdis, iaitu tempat suci umat Islam yang ketiga, adalah ibu negara kepada negara haram Israel, juga sekaligus menafikan hak rakyat Palestin di tanah airnya yang berdaulat, juga hak dan maruah umat Islam seluruhnya. 

3. Tindakan ini menimbulkan reaksi tegang dan respon dari kebanyakkan negara, khususnya negara Islam seperti Turki, Malaysia, Jordan, dan lain-lain.

4. Pengisytiharan ini merupakan salah satu usaha Trump mengemukakan janji pilihanraya yang dibuat beliau kepada pelobi-pelobi Yahudi. Kushner, suami Ivanka Trump, memainkan peranan penting dalam pengiktirafan ini, pada usianya yang baru 36 tahun. Walaupun sebenarnya idea menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Israel telah dicanangkan seawal tahun 1995 selepas Kongres AS meluluskan Jerusalem Embassy Act yang menyuruh kerajaan AS memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

5. Pada saat ini juga, jika dilihat dari segi geopolitik antarabangsa, dunia Islam begitu tersepit dan terhimpit dengan asakan sekeliling yang menggila. Syria hancur, Baghdad sudah lama jatuh ke tangan Syiah, umat Islam Sunni di Mosul diburu untuk dibunuh, Mesir pula dengan krisis ekonomi serta ketegangan dalaman, Saudi pula kelam kabut dengan krisis dalaman serta perang di Yemen, bahkan siap membuat pakatan antara Arab Saudi, Mesir, Bahrain, UAE untuk memboikot negara Islam lain iaitu Qatar, dan banyak lagi. 

China pula bangkit dengan kuasa baru dari Timur, sementara blok Barat pula diketuai Amerika terus menerus membantai umat Islam di Timur Tengah dengan pelbagai polisi dan serangan yang rakus.

6. Di saat ini juga, jika dilihat dari segi dalaman Malaysia yang majoriti Islam, umat Islam turut dihimpit dengan pelbagai masalah yang datang dari variasi sudut. 

Dari segi politiknya, umat Islam berpecah belah. Dari segi ekonomi, pemilikkan ekonomi orang Islam yang sangat rendah, dari segi sosial pula, masalah yang seaakan tidak pernah terhenti. Anak luar nikah, berzina, kisah artis yang entah apa-apa, lagu merapu dan banyak lagi.

KENAPA KITA SIBUK PERTAHANKAN BAITUL MAQDIS?

7. Kita sudah sedia maklum, bahawa Baitulmaqdis adalah tempat sakral atau suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah sallahu alayhi wasallam melalui proses isra' dan mikraj, di situ juga baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut, dan di situ juga banyak fadhilat solat di masjid al Quds. 

8. Di situ juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat.

9. Kalau kita lihat dari sejarah dunia, dapat kita simpulkan bahawa sesiapa yang menguasai Baitulmaqdis, dia akan menguasai dunia. Antara hujahnya, jika dilihat dalam rentetan sejarah, Baitulmaqdis dibuka seawal peperangan antara Nabi Daud a.s bersama Talut melawan Raja Jalut. Kisah agung ini dirakamkan dalam surah al-Baqarah. Dan akhirnya kemenangan milik Nabi Daud dan Talut, dan itulah pembukaan pertama Baitulmaqdis. 

Selepas penawanan itu, kita tahu, keturunan Nabi Daud dan Talut menguasai dunia, yang mana lahirlah Nabi Sulaiman a.s yang memerintah manusia, jin dan haiwan. Selepas tempoh masa berlalu, Rom pula menawan Baitulmaqdis, lalu Rom yang menguasai dunia sehingga zaman kelahiran Rasulullah. 

Kemudian Baitulmaqdis kali kedua dibuka oleh Saidina Umar, tidak lama kemudian, Islam pula menguasai 2/3 dunia. Namun peristiwa selepas itu, berlaku pula penawanan baitulmaqdis oleh tentera Salib pada tahun 1099, namun pembukaan ketiga baitulmaqdis berjaya dibuat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187. 

Dan hari ini, Israel berjaya menawan baitulmaqdis (sebenarnya seawal tahun 1917 di bawah proksi empayar British), maka Israel berusaha untuk menguasai dunia. 

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

10. Ada orang kata,

"Tak perlu buat apa-apa. Sebab Allah akan lindungi sendiri baitulmaqdis.."

Sesiapa yang berfikir begini, adalah fikiran yang sempit dan kolot. Bahkan, pemikiran macam inilah, menyebabkan Allah menjadikan umat Islam tercela dan terhina. Dalam sejarah Islam, Baitulmaqdis pernah ditawan musuh, kerana kelemahan, perpecahan umat Islam sendiri. Bahkan kerana fikiran sebegini !

11. Apa yang kita boleh sumbangkan dari segi individu? Nak pergi perang? Nak bangun subuh berjemaah pun tak mampu.

12. Antara sumbangan yang kita boleh buat,

(a). Menjaga amal fardhu kita, terutama solat subuh berjemaah.

(b) Nyatakan solidariti kita untuk Palestin, tidak kisah sama ada di media sosial ataupun alam realiti. 

(c) Lakukan dan teruskan boikot produk yang KITA MAMPU. Paling basic sekali, McDonald dan Starbuck. Ada orang kata, 

"Kenapa tak boikot je Facebook, instagram, whatapps, semua. Tu kan Yahudi"

Kan saya sebut, yang KITA MAMPU. Kalau mampu nak boikot semua itu, DIPERSILAKAN. Moga Allah kurniakan Syurga. Yang penting USAHA KITA. 

(d) Berikan sumbangan dari segi kewangan, atau tenaga kepada badan-badan yang berkhidmat untuk Palestin, seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, dan sebagainya.

Dan banyak lagi sumbangan yang kita boleh lakukan. Termasuklah share status ini. 

Tinggal nak atau tidak saja. Moga usaha kita yang kecil ini, Allah pandang dan Allah kurniakan pahala jihad dan menjadi asbab untuk kita ke Syurga.

13. Akhir sekali, saya tutup dengan kata-kata mahsyur daripada Sultan Salahuddin al Ayyubi, 

 قال القائد العظيم صلاح الدين الأيوبي: (كيف أبتسم والأقصى أسير والله إني لأستحي من الله أن أبتسم وإخواني هناك يعذبون ويقتلون)

"Bagaimana mungkin aku tersenyum sedangkan al-Aqsa sedang ditawan. Sesungguhnya demi Allah aku malu terhadap Allah untuk tersenyum sedangkan saudaraku sedang diseksa dan dibunuh."

(Kitab al-Nawadir al-Sultaniah karangan Abu al-Muhasin Bahauddin 632H)

Wallahu'alam.

Tarbiah Sentap
7 Disember 2017.

#TheJerusalemPalestinianCapital
#TarbiahSentap

7 comments:

  1. Allahu. Sedih dan marah sangat masa dapat berita ni. Kurang ajar btol Trump & Israel laknatullah!

    ReplyDelete
  2. Huhuu sedihnya napelah diorg ni jahat sgt. Mari sama2 kita berdoa buat Palestinian Dan baitulmaqdia

    ReplyDelete
  3. sedih sgt bila dpt berita mcm ni. semoga kita semua dalam lindunganNya

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar selamatkan Islam kita bangkit kerana Islam...

    ReplyDelete
  5. Allahu.. semoga Allah meindungi Baitulmaqdis dan kita semua.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  6. Tq share ana.
    Nnt nak pinjam entry ana , nak share juga kpd yg lain....
    Terkejut juga bila tau trump pindahkan kedutaan pi baitulmaqdis,
    Tak habis2 nak menceroboh bumi palestin ....
    Hanya doa yg mampu dititipkan buat saudara2 di palestin...
    Perang takkan pernah berhenti kat palestin....

    ReplyDelete
  7. Dunia semakin ke penghujungnya 😥

    Semoga umat islam kuat dan tabah.. Diberi pertolongan Allah dalam menghadapi peperangan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤