Jom Kenali Rakan Blogger : Azlinda Azman - Ana Suhana

Dec 4, 2017

Jom Kenali Rakan Blogger : Azlinda Azman


Jom Kenali Rakan Blogger : Azlinda Azman| Assalamualaikum. Amboi tajuk tak boleh tahan kan? Korang kenal tak siapa Azlinda Azman ni?? Ana baru kenal si empunya nama ni kira-kira 7 bulan yang lepas melalui satu group blogger. Bila dah kenal Kak Linda ni rupanyaaaaaa.......

Betul lah orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau sebelum ni Ana tak kenal pun siapa Kak Linda sebab ye lah masa tu Ana baru nak start over blogging ni. Bila dah kenal  dalam group tu rupanyaaa Kak Linda ni salah seorang blogger elite dalam dunia blogging ni. Bila dah tau tu terasa macam langit dengan bumi kot. Memang rasa segan giler masa tu. Dan bila hari berganti hari, Ana semakin kenal hati budi Kak Linda. Walaupun Kak Linda dah hebat dalam berblog tapi dia sangat humble dan suka berkongsi ilmu dengan kami semua. Apa benda yang Ana tak tahu tentang blog, Kak Linda antara rujukan utama Ana. Takde jurang pun antara kami.  Memang bersyukur sangat dikenalkan dengan Kak Linda.

Lepas hampir 5 bulan kenal melalui group tersebut akhirnya bulan 10 yang lepas Ana dapat bertentang mata dengan Kak Linda masa attend food review. Masa tu kami berdua antara yang terawal. Segan kot pada awalnya sebab borak dalam group kadang lain rasa dia sikit compare borak depan-depan. Tapi rupanya....Kak Linda ramah je sama macam dalam group. Sementara tunggu yang lain sampai macam-macam juga lah kami borak. Takde rasa awkward dan segan langsung.

Ada satu perkara yang Ana kagum giler dengan Kak Linda. Perkara tu ialah kepantasan Kak Linda post job review di blog. Mana tak nya, Ana bagi contoh ye. Last week Ana attend satu food review. Kak Linda pun  hadir sekali. Habis je event Ana sampai rumah tup tup nampak Kak Linda dah post blog tentang event tadi. Memang terperanjat giler kot. Ana kalau nak update satu entri kalau tak berjam memang tak sah. No wonder lah ramai PR suka dengan Kak Linda selain dari sikapnya yang komited dan bertanggungjawab. Setiap minggu ada je job review yang Kak Linda dapat. Bukan kecik-kecik punya job pulak tu. Memang Ana kena menuntut lagi dengan Kak Linda lagi nampaknya.

Bercakap pasal blog, blog kak Linda more on parenting. Kak Linda merupakan ibu kepada 3 cahaya mata yang comel. Kalau korang terjah blog Kak Linda korang akan nampak banyak gambar anak-anak Kak Linda dekat sana.

Kak Linda masih bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam. Jadi blog ni hanya part time je. Selain tu Kak Linda juga ada jual yasin comel. Sesuai untuk dijadikan goodies bag dan hadiah buat kawan-kawan. Korang kalau tercari-cari yasin untuk goodies boleh roger Kak Linda. InsyaAllah service terbaik Kak Linda akan bagi nanti.

Ok lah tu je nak share malam ni. Untuk Kak Linda, semoga silaturahim yang terjalin antara kita berpanjangan dan mendapat berkat dari Allah. Thanks atas segala ilmu dan info yang diberi. Love u lillahitaala.

Korang yang belum kenal dan nak kenal kak Linda meh follow rapat-rapat medsoc beliau ;

Blog :

IG: 

FB :
https://www.facebook.com/azlinda.alin.3

15 comments:

  1. Betul istilah blogger elite Tu ana. Mama pun Rasa yg sama. Anyway seronok beekenalan dengan korang

    ReplyDelete
  2. Eh..silap tu..akk biasa je. Tak hebat mana pun hehehe. Masih belajar lg. Kat dunia ni..kita semua sama shj 😊

    Akk pn hrp persahabatan kita kekl abadi.thnks so much Ana

    ReplyDelete
  3. perghhhh such an inspirationnn

    ReplyDelete
  4. Wah nampak komited nya dengan tgasan dia kan.
    Done follow blog beliau. :)

    ReplyDelete
  5. Hai kak linda.k.linda my idola, love!.

    ReplyDelete
  6. nice knowing other blogger kan, lagi2 yang berpengalaman. byk boleh belajar.

    ReplyDelete
  7. Seronok kan Ana dapat kenal dengan blogger hebat macam Linda, bab komited siapkan entri job tu memang Kak Sue setuju dan puji.. cepat selalu..

    ReplyDelete
  8. Tak kenal maka tak cinta setuju dah kenal jatuh sayang. Moga ikatan persahabatan melalui blog akan kekal selamanya

    ReplyDelete
  9. dh pernh jumpa linda beberapa kali juga kt event

    ReplyDelete
  10. bila lah dpt jumpa blogger hebat ni
    blog linda mmg jdi inspirasi k.el

    ReplyDelete
  11. waaa..bestnya....nk follow kak linda

    ReplyDelete
  12. Hopefully dpt jumpa dgn kak Li nda juga.. Nak jumpa Ana juga

    ReplyDelete
  13. akak dulu pun ingat linda ni sombong..segan nak tegur.. tapi rupanya kita yang sombong.. hahaha..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤