Jom Kenali Rakan Blogger : CeritaIta - Ana Suhana

Dec 6, 2017

Jom Kenali Rakan Blogger : CeritaIta


Jom Kenali Rakan Blogger : CeritaIta | Assalamualaikum semua. Sihat ke? Maklumlah sekarang ni kan musim tengkujuh. Ramai yang jatuh demam dan sebagainya. Semoga cepat sembuh Ana doakan ye. Ok back to topic untuk entri segmen kenali rakan blogger yang ke-3 ni, Ana nak share dengan korang semua seorang blogger yang hebat di mata Ana dan rakan-rakan yang lain iaitu blogger CeritaIta atau Ana panggil beliau Kak Ita.

Sedikit biodata Kak Ita yang Ana suka nak share dengan korang ialah Kak Ita merupakan seorang isteri dan ibu solehah kepada 4 orang cahaya mata dan masih bekerja sebagai seorang Doktor Veterinar aka doktor haiwan. Sebab tu Ana kata hebat Kak Ita ni. Doktor haiwan antara profesion yang Ana kagumi. Kak Ita sekarang menetap di Kuantan dan kerana tuntutan kerja kak Ita kerap turun ke Putrajaya untuk menghadiri kursus. Bulan 7 yang lepas kak Ita berpeluang menghadiri kursus di Korea Selatan lagi. Rezeki kak Ita kan.

Walaupun sibuk dengan kerjaya kak Ita tetap komited dengan keluarga. Keluarga is always her priority. Sesuai dengan niche blog kak Ita iaitu parenting blog. Cakap pasal blog jangan tak tahu kak Ita antara blogger yang Ana hormati. Kira kak Ita ni blogger otai lah dalam dunia blogging ni. Tengok PV blog kak Ita pun  dah tau kan. Sebab tu juga kak Ita banyak terima job review. Setiap entri kak Ita sangat menarik untuk di baca walaupun menggunakan ayat santai. Ana banyak belajar cara nak membuat entri santai melalui blog Kak Ita. Kak Ita juga suka share resipi-resipi makanan yang sedap-sedap belaka. Tak caya korang terjah lah blog kak Ita sekarang.

Setakat ni Ana tak pernah berjumpa dengan Kak Ita lagi. Hanya berhubung di dalam group je. Walaupun tak pernah berjumpa tapi rasa rapat dan dah lama kenal. Kak Ita banyak berkongsi ilmu dan tips dengan Ana. Tak lokek dengan ilmu dan sentiasa berusaha untuk memberi pertolongan. Tu salah satu keistimewaan kak Ita yang Ana kagumi. Tanya apa saja kak Ita pasti akan cuba jawab. Kalau tak boleh jawab pun kak Ita akan bagi pendapat dia sendiri.

Kak Ita juga ada buat part time business iaitu menjual GC Tea. Banyak khasiat GC Tea ni tau. Korang kalau berminat boleh lah roger kak Ita ye.

Bagi yang nak kenal dengan kak Ita jom follow rapat-rapat blog, fb dan ig kak Ita. Mana tau ada ilmu-ilmu yang boleh di sedut kan.



7 comments:

  1. Suka singgah blog Ceritaita.
    Banyak info menarik terutama tentang veteriner.

    ReplyDelete
  2. Semoga ukhuwah Kita sesama blogger semakin rapat Dan berkekalan

    ReplyDelete
  3. Salute dgn doktor haiwan..akk ni jenis penakut huhu

    ReplyDelete
  4. waa.. vaterinar rupanya owner ceritaita tu ya.. hee~ hebat2..

    ReplyDelete
  5. terima kasih ana.. melanggit kita dipujinya.. Subhanallah.. semoga yang baik2 untuk ana jugak.. akak teringin nak jumpa semua.. sayang korang..

    ReplyDelete
  6. nanti sy gi check blog kak ita..

    ReplyDelete
  7. Jarang sangat ada blogger yg bekerja sbg doktor haiwan. rasanya kak ita jer kot yg dilah tau kerja sbg doktor haiwan.. tapi dalam masa yg sama tetap aktif dalam menulis blog.. kagum betul kan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤