Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak - Ana Suhana

Nov 30, 2017

Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak


Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak |
Assalamualaikum. Ada siapa suka makan cendawan telinga? Ke ada yang tak pernah dengar pasal cendawan telinga ni? Cendawan telinga ni dikatakan mempunyai banyak khasiat seperti dapat mengurangkan masalah panas badan dan juga masalah sakit pada kulit akibat luka terbakar. Lendir dari cendawan ni apabila dipanaskan memiliki khasiat penawar bagi zat-zat beracun yang wujud dalam makanan. Kandungan bahan yang terdapat dalam lendir cendawan efektif untuk menghalang pertumbuhan sel kanser sehingga 90%. Selain itu cendawan telinga ni juga berfungsi mencegah dan menghalang dari berlakunya penggumpalan darah, mengatasi darah tinggi, memudahkan proses membuang air besar dan sekaligus mengurangkan masalah buasir. (Sumber : SINI)

Baca juga : Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet
Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak
Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak 

Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak 

BAHAN-BAHAN

1. Cendawan telinga - 1 paket
2. Santan - 1 biji kelapa
3. Bawang merah - 3 biji **
4. Cili Api - 10-15 biji **
5. Ikan bilis - sedikit **
6. Kunyit - sedikit **

** di kisar bersama

CARA-CARA

1. Rendam cendawan selama 3 jam. Kemudia lepas cendawan kembanh potong ikut saiz yang korang suka.

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama air dan panaskan di atas dapur.

3. Masukkan cendawan dan masak sehingga cendawan benar-benar lembut

4. Masukkan santan dan kemudian masukkan garam sesedap rasa. Masak sehingga santan mendidih.

5. Siap dihidang.

* Nak masukkan sayur seperti terung pun boleh.

11 comments:

  1. woa woa woa. hahaha rasa mcm x penah lg mkn cendawan telinga. cendawan butang penah la.

    ReplyDelete
  2. tk pernh dgr cendawan telinga tp tgk gmbr rupa cendawan tu pernh mkn

    ReplyDelete
  3. Kat tempat akak panggil lain..tp x ingat nama apa..hehehe..suka gak cendawan ni..sedap

    ReplyDelete
  4. takpernah makan lagi cendawan ni, act taksuka cendawan haha tapi bila tengok masak lemak mcm sedap

    ReplyDelete
  5. sedap dan simple je resepi sis ana.terus rasa nak pergi beli bahan sekarang.

    ReplyDelete
  6. Wah..suka cendawan ni...tp xpernah lagi makan masak lemak mcm gini..lepas ni boleh try la kot

    ReplyDelete
  7. Rasa macam belum pernah makan cendawan nie.. nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  8. PC tak pernah makan lagi cendawan ni kak Ana...tapi ada terpandang juga cuma tak pernah membeli lagi...

    ReplyDelete
  9. Sedap eh? cemdawan telinga macam pernah makan tapi bukan masak lemak. Unik nya resepi ni. Sebab ni first time tau ade resepi cendawan telinga masak lemak. Hehe..

    ReplyDelete
  10. Sekali makan misti mau lagu sedapppp

    ReplyDelete
  11. Anak saya x suka makan sayur, minggu lepas pegi kenduri kahwin, katering tu masak cendawan telinga ni masak lemak.. anak saya makan... sedap dia ckp.. happy nya mama at least anak saya makan 1 sayur.. hahahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤