Rasulullah S.A.W Bercerita Tentang Hari Jumaat - Ana Suhana

Dec 8, 2017

Rasulullah S.A.W Bercerita Tentang Hari Jumaat


Rasulullah S.A.W Bercerita Tentang Hari Jumaat | Rasulullah S.A.W bercerita:

Jibril pernah mendatangi saya. Di tangannya ada sesuatu seperti kaca putih. Di dalam kaca putih itu ada titik hitam.

Saya pun bertanya " Wahai Jibril, ini apa?"

Jibril menjawab "Ini hari Jumaat."

Saya bertanya lagi "Apa maksud hari Jumaat?"

Jibril menjawab "Kalian mendapat kebaikan di dalamnya."

Saya bertanya lagi "Apa yang kami dapat di hari Jumaat?"

Jibril menjawab "Hari Jumaat adalah hari raya untukmu dan umat selepasmu. Orang Yahudi dan Nasrani yang mengikutmu merayakan hari Sabtu Ahad."

Saya bertanya lagi "Apa lagi yang kami dapat di hari Jumaat?"

Jibril menjawab "Di dalamnya ada satu kesempatan waktu; jika ada seorang hamba muslim berdoa bertepatan dengan waktu tersebut untuk urusan dunia dan akhiratnya, dan itu menjadi jatahnya di dunia, maka pasti Allah kabulkan doanya. Jika itu bukan jatahnya maka Allah simpan untuknya dengan memberikan yang lebih baik daripada apa yang dia minta, ataupun dia dilindungi dan dihindarkan daripada keburukan yang ditakdirkan menimpanya sebelum itu, yang nilainya lebih besar berbanding doanya."

Saya bertanya lagi, "Apa titik hitam ini?"

Jibril menjawab, "Ini adalah kiamat yang akan terjadi dihari Jumaat. Hari ini adalah pemimpin hari yang lain menurut kami. Kami menyebutnya sebagai 'yaumul mazid', hari tambahan pada hari kiamat."

Saya bertanya lagi, "Mengapa?"

Jibril menjawab, "Kerana Allah menjadikan sebuah lembah daripada minyak wangi putih. Apabila hari Jumaat datang, Dia turun daripada illiyin di atas kursi-Nya. Kemudian, kursi itu dikelilingi emas yang dihiasi pelbagai perhiasan. Kemudian, datang para nabi dan duduk di atas mimbar tersebut. Kemudian, datang para penghuni syurga daripada kamar-kamar mereka dan duduk di atas bukit pasir. Kemudian, Allah menampakkan diriNya kepada mereka dan berfirman, 'Mintalah, pasti Aku beri kalian!'

Maka mereka meminta redhaNya. Allah pun berfirman, "RedhaKu adalah Aku halalkan untuk kalian rumahKu dan Aku jadikan kalian berkumpul di kursi-kursiKu. Oleh itu, mintalah, pasti Aku beri!"

Mereka pun meminta kepadaNya. Kemudian Allah bersaksi kepada mereka bahwa Allah telah meredhai mereka. Akhirnya, dibukakan sesuatu yang belum pernah dilihat mata ataupun didengar telinga ataupun terlintas dalam hati sesiapa. Semua itu berlaku pada hari Jumaat sehingga mereka selalu menantikan hari itu supaya dapat melihat Allah dan mendapat tambahan nikmat daripadanya."

(HR. Ibnu Abi Syaibah, Thabrani dalam Al-Ausath, Abu Ya'la dalam Al-Musnad, Hasan Shahih)

13 comments:

  1. salam jumaat....penghulu segala hari

    ReplyDelete
  2. Syukran jazilan.:D salam Jumaat kak ana ^^

    ReplyDelete
  3. Salam hari jumaat ana...
    Thanks sharing....

    ReplyDelete
  4. Besar sebenarnya pengertian hari Jumaat kepada kita..justeru tidak hairan mengapa segala ganjaran kebaikkan berganda di hari yang barakah ini...salam Jumaat indah Kak Ana.

    ReplyDelete
  5. Indah bayangan syurga. Salam Jumaat Kak Ana :)

    ReplyDelete
  6. Jumaat hari yang penuh keberkatan.salam Jumaat - jmr23.com

    ReplyDelete
  7. kerana itu ia dipanggil penghulu segala hari

    ReplyDelete
  8. suka hari jumaat tapi seram bila hari gelap menjelang hari jumaat

    ReplyDelete
  9. Banyak.manfaat dah khasiatbhari Jumaat.. hari jumaat juga seronok

    ReplyDelete
  10. Subhanallah. Ain baru tahu pasal ni Ana. Terima kasih banyak share kat sini. Lepas ni kena banyak beringat untuk berdoa banyak2 hari Jumaat.

    ReplyDelete
  11. Semoga kita mendapat segala keberkatan Yang maksimum harini

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤