Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Save The Date - Ana Suhana

Dec 13, 2017

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Save The Date


Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Save The Date l Assalamualaikum. Musim cuti sekolah hujung tahun ni rata-rata antara kita akan amik cuti panjang kan. Ye lah nak habiskan cuti tahunan yang masih berbaki kan. Rugi lah kalau tak guna lagi-lagi kalau cuti tu tak boleh carry forward ke tahun hadapan. Masa cuti ni lah digunakan untuk balik ke kampung melawat saudara mara dan berkumpul ramai-ramai mengeratkan silaturahim. Dan masa ni lah sesuai untuk mengadakan kenduri kendara termasuk majlis perkahwinan.
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Save The Date

Bila sebut tentang majlis perkahwinan mesti 1001 perkara nak di ambil kira kan. Bukan boleh amik mudah je. Kalau boleh semua benda nak nampak sempurna tanpa ada cacat celanya. Baik dari segi makanan, khemah / dewan, pelamin, baju pengantin, door gift dan banyak lagi. Tu baru yang basic orang kata. Kalau ikut trend sekarang ni ada yang nak photo booth lah, candy booth lah, guest book lah dan macam-macam lagi. Sebab tu bila nak merancang perkahwinan ni bakal pengantin akan amik masa yang lama untuk merancang. Sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh majlis diadakan. Tu pun  dah kira singkat sangat dah masa tu.Tapi...jangan risau sebab korang boleh selesaikan semua tu di Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 yang akan datang ni.
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018
Pic Credit : Ask Wedding

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni akan berlangsung pada 26 - 28 Januari 2018 bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam sepanjang 3 hari pameran tersebut berlangsung. Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni merupakan pameran pengantin yang menyediakan perkhidmatan persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin terutama yang merancang untuk berkahwin pada tahun 2018. Terdapat banyak pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan di sini. Vendor-vendor yang hadir akan membantu korang merancang dari A to Z dan memilih yang terbaik untuk hari bahagia korang tu mengikut bajet masing-masing.

Ye lah bila dah masuk bab perancangan majlis perkahwinan, selalunya yang akan jadi perkara paling penting ialah bajet atau kos yang akan dikeluarkan. Kalau boleh tak nak lah sampai membazir kan  walaupun majlis tu sekali seumur hidup orang kata. Sebab tu pentingnya bakal-bakal pengantin untuk merancang dengan melakukan survey dalam semua perkara. Kalau dulu nak survey pakej-pakej perkahwinan kita terpaksa pergi satu butik ke satu butik, satu caterer ke satu caterer untuk dapatkan quotation. Tu dulu lah. Sekarang ni dah mudah dengan adanya pameran pengantin seperti Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni. Semua yang diperlukan ada di dalam satu pameran. Tak perlu dah nak pening-pening kepala dan buang masa ke sana sini untuk survey. 

Tarikan Utama Jom Rewang 2018

1) Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan majlis perkahwinan akan mengambil bahagian di Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni. Antara perkhidmatan yang ada ialah servis melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, perkhidmatan fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018
Pic Kredit : MEFA
2) 300 syarikat perkahwinan dari seluruh negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di pameran tersebut melalui penggunaan montaj. Dengan ini pengunjung atau bakal pengantin yang bekerja di Shah Alam dan kawasan sekitar boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri yang mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Senangnya mereka tidak perlu mengambil cuti kerja untuk balik ke kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka. Ini boleh dilakukan dengan berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.

Vendor
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 
Bagi para peniaga Bumiputera yang berminat ingin menyewa tapak booth sepanjang masa event tersebut pun boleh berbuat demikian. Di anggarkan ramai pengunjung yang akan ke pameran pengantin ni kerana promosi dibuat secara besar-besaran di media sosial menerusi blast di page FB popular seperti Si Rashid, Tinta Media dan juga group-group perkahwinan yang mempunyai followers yang sangat banyak. Selain itu hebahan di media elektronik menerus beberapa slot iklan di tv dan radio turut dijalankan oleh pihak Puspawangi Event and Management.

Kemudahan Parkir

Terdapat banyak kawasan parkir di dalam bangunan kompleks membeli belaj di Plaza Alam Sentral ni. So jangan risau tak dapat parkir ke kan. Bayaran parkir pun murah yang penting.Kalau kata penuh korang boleh je parkir di shopping mall yang berdekatan seperti di PKNS dan SACC Mall. Jalan kaki 5 minit je dah sampai ke Plaza Alam Sentral ni. 

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni korang boleh ke medsoc seperti di bawah ni:
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 

Facebook:

Instagram :

Emel:

41 comments:

  1. bakal2 pengantin bole la pegi Jom Rewang ni tgk pakej2 menarik yg disediakan

    ReplyDelete
  2. Menarik event yang dianjurkan. Tak susah nak jadi pengantin sekarang ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Bakal pengantin kena datang event nih kalau x rugi

    ReplyDelete
  4. Senang dah sekarang dengan adanya event macam nie, boleh buat banyak pilihan yang mana berkenan kat hati..

    ReplyDelete
  5. Untuk majlis yang bakal diadakan tahun hadapan..inilah masanya...sekarang mudahkan kak...banyak pilihan..banyak pameran diadakan untuk guide bakal pengantin dan keluarga...

    ReplyDelete
  6. sebhanllah.. eloknya.. doakan saya secepatnya jd pengantin..^^

    ReplyDelete
  7. Boleh suruh adik ipar pergi ni..
    ImsyaAllah tahun depan majlisnya..
    Tq share Ana

    ReplyDelete
  8. Mesti banyak promosi akhir tahun ni.. cantiknya pelamin nak kahwin semula rasanya, hehe

    ReplyDelete
  9. mesti banyak pakej murah2 ni.. boleh la suruh sedara pi sini.. nak parking pun ada tempat nya kan.. mudah la nanti

    ReplyDelete
  10. cantiknya la design pelamin dia.. hari tu ada jugak gi pameran pengantin.. aduh rambang mata tengok design lawa sangat..

    ReplyDelete
  11. cantik benau pelamin dia... awal betul dah promo ek

    ReplyDelete
  12. Bagus la usaha sebegini dalam membantu bakal pengantin untuk menjimatkan kewangan dan tidak boros

    ReplyDelete
  13. Kalo datang ke pameran bawaannya pengen beli semuanya. Jadi ga sabar pengen nikah :)

    ReplyDelete
  14. Jom temankan akak jom...standby pilih pakej siap2 walau tarikh xde lagi..muahahha

    ReplyDelete
  15. ni kalau pergi ni confirm rambang mata

    ReplyDelete
  16. Wah..best nya..teringat dulu nak kawen..rambang mata..last2 beli kain buat baju pengantin sendiri lol..berbaloi2

    ReplyDelete
  17. Memudahkan kerja bakal pengantin. Pilih mana yg paling sesuai dan berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada duit banyak .. in Sha Allah tak ada masalah .. huhu

      Delete
  18. beza betul zaman dulu dgn sekarang... rasa cemburu tgklah zaman sekarang #jomrewang

    ReplyDelete
  19. Jom merewang hehehe nice name event ni bila hujung tahun jer memang mereka mula buat pameran dan promosi untuk tahun depan hehehehe....

    ReplyDelete
  20. jom p rewang-rewang macma best je nak tengok koleksi busana baju kahwin,,,,, tapi kita dah kawin lol

    ReplyDelete
  21. Hmm belum rancang nak kawin lagi .. hehehehe ... cukup dengan satu dunia akhirat ... :P anak pun lambat lagi nak kawin ..

    ReplyDelete
  22. Kalau kaya, boleh la bayar wedding planner or mana-mana event management company untuk uruskan segalanya, tapi zaman sekarang kena berjimat dan kena bijak memilih..dan salah satu cara adalah dengan menghadiri pameran pengantin...kan?

    ReplyDelete
  23. Masa zaman ruby dulu, masuk expo je dah berdebar. Mahal betul pakej mereka tawarkan. Malah mereka jauh dari pelusuk mana tah. Risau kena tipu sebab kawin memang melibatkan belanja yang besar. Jom rewang ni macam best. Cuma jauh la di Shah Alam. Orang Shah Alam yang nak kawen tu bleh la pi sini untuk buat survey. Check list.

    ReplyDelete
  24. Seronok g pameran pengantin dpt byk idea n memudahkn kalo nak service itu ini..

    ReplyDelete
  25. Hmmm bestnya kalau dapat naik Pelamin Kali ke 2 tapi dgn org yg sama kiki

    ReplyDelete
  26. tu dia... jom rewang! haha. mesti meriah kan. walaupun lama lagi kot rasanya nak menjejak pelamin, suka juga tengok design2nya. haha

    ReplyDelete
  27. Meriahnya dah nama pun Jom Rewang hihi. Tapi tula kenapa la tak buat masa tahun 2014 dulu boleh juga merewang hihi.

    ReplyDelete
  28. Nice decoration of the wedding package. I believe the price is standard across other wedding planner. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  29. Bakal pengantin patut pergi ni. Banyak pilihan yang yang disediakan utk mereka

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  30. Wuuuuuuu, mesti meriah shah alam date tu nanti... onie sarankan sape yang nak pergi ke sini ,sebolehnya datanglah seawal yang boleh.

    ReplyDelete
  31. Bagus juga pameran sebegini diadakan. Memudahkan bakal pengantin mencari barang keperluan untuk perkahwinan dalam satu tempat. Tak perlu nak singgah banyak kedai kan.

    ReplyDelete
  32. yes save the date for those going to get married!

    ReplyDelete
  33. Lovelynya pelamin dia.sekrg sng kan dengan adanya event mcm ni utk bakal2 pengantin.

    ReplyDelete
  34. Mana2 yang bujang dan rasa dah sedia nak kahwin tue, better pergi usha pakej yang ditawarkan dekat sini.. Yang nak kahwin lagi pun boleh hahahha

    ReplyDelete
  35. Ingatkan rewang kenduri tadi.. Hehehe.. Rulanya expo ye.. Bagus ini.. Memudahkan bakal-bakal pengantin..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤