Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir, Juara MastreChef All Star Malaysia - Ana Suhana

Dec 11, 2017

Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir, Juara MastreChef All Star Malaysia


Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir, Juara MasterChef All Star Malaysia l Assalamualaikum. Selamat bekerja pada semua yang bekerja dan selamat bercuti pada yang bercuti. Hari ni Ana nak share dengan korang pengalaman pertama Ana attend event masak-masak baru-baru ni. Selalu nampak ramai blogger attend event masak-masak sana sini kita dok baca je lah tumpang happy sekali. Tak sangka rupanya ada rezeki dapat join juga event macam tu. Senyum lebar masa dapat email tu. Event yang Ana attend ni ialah event masak-masak bersama AMC dan Zamir Arshad, Juara Mastrer Chef All Star.
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir, Juara MasterChef All Star Malaysia

Sebelum Ana taip lebih lagi meh Ana cerita terlebih dahulu tentang tuan rumah yang menganjurkan event masak-masak ni iaitu AMC Malaysia. AMC Malaysia merupakan sebuah syarikat yang  menjual  sistem memasak (cooking system) yang dikilangkan dan diimport dari negara Jerman dan beribupejabat di Switzerland. AMC berpengalaman lebih dari 50 tahun dalam mengeluarkan  cooking system terbaik di dunia dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Syarikat pemasaran AMC mempunyai cawangan di lebih dari 50 negara di 5 benua.

Menarik tentang AMC
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Apa yang menarik tentang AMC cooking system ni? Dengan tagline 'Eat Better, Live Better'  AMC cooking system menjadikan kerja-kerja memasak masakan yang sihat mudah dan cepat untuk disediakan. Matlamat ini dapat dicapai dengan kaedah memasak secara automatik melalui memasak tanpa air tambahan, menggoreng tanpa minyak tambahan serta memasak dan membakar dengan cepat. Memasak secara automatik ini juga dapat menjamin nilai nutrisi pemakanan yang tinggi.

Kebaikan AMC Cooking Sytem

1. Sihat dan Sedap
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Sihat dan sedap dengan gabungan keadah memasak AMC yang unik; memasak sayur tanpa air tambahan dan memasak daging tanpa minyak tambahan. Memasak sayur dengan kaedah ini bukan sahaja menjadikan rasa sayur masih segar malah kesemua vitamin, mineral dan perisa dapat dikekalkan berbanding dengan memasak cara konvesional yang biasa. Manakala daging pula bila digoreng tanpa minyak tambahan dapat mengelakkan kita dari mengambil kalori yang tak diingini,

2. Mudah dan Cepat
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Memasak menggunakan AMC dapat menjimatkan masa, tenaga dan kerja-kerja memasak. Elemen The Akkutherm-base membantu mengurangkan kerja-kerja memasak dan juga memastikan makanan di masak dengan sempurna di man Akkutherm-base membolehkan penyerapan dan pengedaran haba berlaku dengan cepat sementara Sensotherm yang berada di bahagian dalam mengukur suhu di dalam periuk. Elemen Visiontherm pula membolehkan kita melihat setiap masa suhu yang ada di dalam periuk. Untuk menetapkan masa secara automatik kita boleh menggunakan bantuan Navigenio dan Audiotherm.

3. Jimat Kos dan Tahan Lama
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Produk premium AMC mempunyai 30 tahun jaminan dengan jangka hayat yang lebih lama. Ini kerana pengeluaran yang dilakukan dipastikan mempunyai kualiti yang tinggi. Penjimatan masa melalui AMC cooking system memberi kesan yang positif ke atas penggunaan tenaga dalam tempoh masa yang panjang.

4. Cemerlang dan Inovatif
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Beberapa produk keluaran AMC telah memenangi beberapa anugerah:
  • Best Product 2013
  • KitchenInnovation of the year 2014
  • reddot Design Award 2014
  • KitchenInnovation of the year 2011

5. Elemen-eleman yang telah di paten (patern) dan mempunyai tanda dagang (trade mark)
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Reka bentuk AMC sangat menarik telah dipaten dan mempunyai tanda dagang bagi memastikan keaslian dan keistimewaan produk-produk AMC. Antara elemen-elemen tersebut ialah:
  • The 3-fold guarantee of success
  • The AMC Akkutherm-base 
  • The AMC Sensotherm
  • The AMC Visiontherm
  • The AMC Audiotherm
  • The handles with AMC Thermobloc

Demo Memasak Dengan AMC Secuquick
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

Seperti yang Ana bagitau dekat atas, Zamir merupakan juara Masterchef All Star Malaysia 2013. Muda lagi orangnya baru berumur 25 tahun dan baru habis belajar. Fresh graduate lah kiranya ni. Muda-muda pun berbakat dalam bidang masakan. Pada hari tu Zamir telah menunjukkan demo masakan menggunakan  AMC Secuquick yang menampilkan ciri-ciri unik periuk tersebut dan sempat memasak 4 jenis menu dalam masa kurang dari 30 minit. Cepat kan??
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir

AMC Secuquick ni merupakan sebuah periuk tekanan (pressure cooker) yang membolehkan kita memasak dengan pantas dalam 2 julat suhu iaitu Soft-quick cooking untuk masakan haba ringan seperti memasak nasi, sayur beu, kentang dan mi manakala Turbo-quick cooking untuk memasak hidangan rebus, kekacang dan daging. Tudung Secuquick QuickCook didatangkan dalam 2 saiz iaitu 20cm dan 24cm. 
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Menu yang disediakan ialah nasi kerabu, rendang ayam, sayur campur dan butter cake. Step by step Zamir tunjukkan pada semua yang hadir. Serius nampak mudah dan senang rupanya nak masak ni. Campak tu campak ni dalam AMC periuk, set masa dan tunggu masakan siap. Sesenang tu je tau korang. Tau tau masa tengah update FB masakan pun dah siap. Dan kata lah kita terleka ke kan, tak perlu risau sebab ciri-ciri keselamatan yang ada pada produk AMC ni tak kan menjadikan masakan kita hangus dan kering sebab lepas masakan tu siap, suhu akan automatik di laras pada suhu yang sepatutnya. Tapi jangan lah sampai berjam-jam lupa. Tu bagi produk tahan hangus pun boleh hangus jadinya.

Bila kesemua masakan dah siap semua orang yang ada ecxited nak tengok hasilnya. Ye lah lepas campak semua dalam periuk tu kita tak buat-buat apa dah. Nak juga tengok betul ke menjadi masakan tu. Tapi bau semerbak dah naik satu ruang masakan tu. Confirm jadi kan. Bila Zamir buka je periuk AMC tu, taraaaaa...
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Masak-masak bersama AMC dan Arshad Zamir
Ana memang kagum lah tengok periuk AMC Secuquickk tu. Rasa macam nak beli pula tapi kena start kumpul duit lah sekarang seba harga dia beribu juga lah, Mahal tapi bagus untuk long term usage dan worth with the investment made. So korang kalau berminat nak beli atau nak survey dulu boleh lah layari socmed AMC seperti di bawah ni:

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram:









29 comments:

  1. Tgh lapar tgk pic makanan.hah berapa rege periuk secuquickk tu Ana?

    ReplyDelete
  2. Cepat kan masak dengan periuk secuquick nie.. berkenan la jugak..

    ReplyDelete
  3. Chef Zamir ni good looking gak en? kahkahkah

    ReplyDelete
  4. everything looks so gooddddd...

    ReplyDelete
  5. wah macam best jer periuk ni....sekarang ni gadget2 dapur best2 kan....makin mudah dan cepat...

    ReplyDelete
  6. Suka tengok peralatan keluaran AMC tu...menarik la...

    ReplyDelete
  7. Dulu suka tngok chef zamir ni dekat masterchef.

    ReplyDelete
  8. bestnya kak ana dapat amek peluang niii.. best dpt masak2..

    ReplyDelete
  9. Bagusnya memuda dah pandai masak. Bagus AMC nie sebab semua orang perlu menjaga corak pemakanan untuk kesihatan kita semua.

    ReplyDelete
  10. AMC menggalakkan semua wanita memasak di rumah kan..kalau bekerja pun sama kena masak gak..meh la hadiahkan akak gadjet AMC ni..kira hadiah kahwin la...

    ReplyDelete
  11. fuh.. gajet2 dapur macam ni boleh buat suridapur excited nak membeli ni.. bole bagi semangat untuk kita lebih rajin nak masak sebab cepat dan mudah

    ReplyDelete
  12. kena buat tabung AMC untuk 2018. Jimat masa boleh masak macam2

    ReplyDelete
  13. suka p event masak2 camni sbb lps tu bole merasa makanan tu hehe

    ReplyDelete
  14. wahh syoknya.. klau dtg makn2 ni kena make sure perut kosong.. baru muat semua foods

    ReplyDelete
  15. kena share dengan group famili ni. mesti ramai berebut2 nak beli nanti. haha

    ReplyDelete
  16. Bestnya..akk suka zamir ni dr masterchef dulu. Dia nmok humble dan relax

    ReplyDelete
  17. saya pengumpul jenis2 periuk, mudah tergoda, tengok pun dah tergoda ni hihi tapi baru je beli brand lain. btw gambar nasi kerabu tu buat orang teringin :D

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  18. Wow bestnya dapat masak dengan juara Masterchef lak tu hehehehe masakan pun sedap2 boleh lah belajar lepas ini.

    ReplyDelete
  19. wow, nampak best la periuk ni. I boleh fikirkan banyak resepi jugak untuk masak gunakkan periuk ni

    ReplyDelete
  20. Makanan nampak sedap. Chef nampak handsome #eh hahahahha. Ke situ pulaknya. :p Anyway, pressure cooker tu nampak lain daripada pressure cooker yang ada dalam pasaran sekarang ni.

    ReplyDelete
  21. Menarik periuk seququickk ni Ana. Dia mcm mutifunction punya cooker tu kan guna plat panas untuk masak kan.

    ReplyDelete
  22. Periuk tu nampak je biasa-biasa. Tapi boleh menghasilkan menu yang sihat dan lazat. Terliur tengok nasi kerabu tu. Hehehe

    ReplyDelete
  23. alamak... pagi rabu ternampak nasi ke rabu... petanda apakah ini?

    ReplyDelete
  24. Kerja memasak jadi lebih mudah dan jimat masa. Lebih banyak masa bersama keluarga

    ReplyDelete
  25. Berapa price dia ana?
    Kita bukan boleh tengok periuk best2 ni

    ReplyDelete
  26. i teruja tengok chef dia je sebab cute sangat. tapi kuali tu pun nampak mewah tak mahal ke huhuhuh

    ReplyDelete
  27. Mmg tgh survey pressure cooker ni..nanti bolehlah usha2 produk ni..:)

    ReplyDelete
  28. dapat peluang ni tapi tak boleh nak pergi event ni... bestnya ana

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤