Makan Malam di Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar Gombak - Ana Suhana

Dec 20, 2017

Makan Malam di Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar Gombak


Makan Malam di Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar Gombak | Assalamualaikum. Cerita malam minggu yang lepas. Lepas seharian terperap dalam rumah, perut masing-masing mula berbunyi. Padahal sebelum tu makan bukan main lagi - nasi kerabu dengan nasi lemak lagi. En Suami dok tanya nak makan mana sampai pening nak jawab. Bila dah kena tanya berulang kali tetiba teringat Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar Gombak ni. Dekat pun dekat so boleh try makan dekat sini.

Baca juga : Restoran Chef Ikan Bakar Sungai Tua
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Makan Malam di Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar Gombak

Lepas decide nak makan mana terus call mak semua tanya nak ikut tak. Seperti biasa mustahil untuk dorang kata tak. Bila dah confirm berapa orang nak follow Ana try call restoran ni dulu. Kot-kot tutup pulak kan. Maklumlah hujung-hujung tahun ramai yang pergi bercuti kan. Call call masuk voice mail. Banyak kali pulak tu. Dalam hati dah kata confirm tutup ni. Lepas 5 minit tu restoran tu call semula. Buka rupanya. Sempat lah Ana reserve meja untuk 6 orang. Apa lagi lepas solat Maghrib terus amik mak ayah semua gerak ke Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar ni. 
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar ni terletak di Selaseh Commercial Centre. Kalau korang lalu Duke dari Jalan Kuching atau Ampang menuju ke Batu Caves, korang akan perasan deretan kedai di area Taman Selaseh di sebelah kiri korang. Ade exit dari Duke ke Selaseh Commercial Centre ni terus.
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Macam biasa bergambar itu satu "kewajiban". Kata food blogger kan, takde gambar tu tak sah lah kan. Gambar bawah ni gambar over gedik namanya. Mengada-ngada nak lentok-lentok bagai. 
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Menu dekat sini semestinya menu masakan Thailand. Korang boleh pilih nak order based on set atau ala carte.  Macam Ana hari tu Ana order ala carte so boleh lah nak pilih ikan apa nak makan semua kan. Ikan tak banyak pilihan pun hari tu. Yang Ana nampak ada ikan pari, keli, siakap, cencaru, kembong dan sotong. Udang dan kerang harap maaf tiada. Kecewa En Suami nak makan kerang berapi dekat sini. 
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar

Menu 1: Ikan Pari dan Keli Bakar - RM15 & RM8
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Kalau menu berbakar dua ikan ni wajib order. Dua-dua ikan pun sedap. Sos ada 2 jenis. Satu sambal ala cili kicap dan satu lagi sambal cili rasa masam-masam sikit. Ana suka sambal yang masam tu sebab membangkitkan selera makan dan pada masa yang sama boleh potong rasa muak. 
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
 2. Siakap Sweet Sour - RM33
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Ikan siakap dekat sini best sebab takde rasa lumpur. Maybe siakap laut. Siakap sweet sour ni pun sedap juga. Ikan siakap tu digoreng garing tapi isi dia masih lagi lembut. Menu paling awal habis malam tu.

3. Siakap Stim - RM30
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Siakap stim ni bot bad lah. Tengok je dah boleh dapat bayangkan rasa masam dia kan. Memang style chiangmai masak masam-masam kot. Siapa nak rasa eat clean boleh lah order menu ni.

4. Sotong Goreng Tepung - RM20
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Sotong goreng tepung dia memang terbaik. Sotong digoreng garing tapi isi dia masih lembut dan yang penting tak liat. Ana amik 2 ekor sotong untuk sepinggan atas ni. 

5. Cendawan Goreng Tepung - RM8
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Cendawan goreng tepung request by my lovely father. Tak pernah kitorang order menu ni dekat mana-mana kedai tomyam. Rasa dia sama macam sotong goreng tepung.

6. Tomyam ChiangMai -RM10
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar
Restoran K'ChiangMai Ikan Bakar 
Tomyam dekat sini ada 2 jenis. Tomyam putih atau tomyam merah. Ana pilih tomyam merah ni sebab kata pekerja tu tomyam merah dimasak ikut style Chiang Mai. Dorang letak susu cair sikit dalam tu. Rasa dia macam siakap stim tadi. Mula-mula korang akan rasa manis lepad tu baru datang rasa masam pedas tu. Isi tomyam seafood ni ada sotong, udang, lala dan crabstick.

So far semua menu dekat atas ni sedap dan Ana sekeluarga puas hati. Mak siap cakap tak yah pergi sampai Jeram semata-mata nak makan ikan bakar. Macam dah bagi hint je nak minta bawa makan dekat sini lagi. Hehe. Memang orang tak putus-putus ke restoran ni. Lagi-lagi lepas pukul 8 malam. Full house juga lah kiranya. Tapi masa Ana sampai tu tak ramai mana lagi.

Bab servis agak slow sikit. Maybe ramai orang tapi but still bagi Ana agak slow. Menu yang sampai dulu kat meja hari tu ialah ikan bakar tu. Lepas tu agak berjanggut nak tunggu menu-menu yang lain sampai. Air pun lambat juga sampai. Lepas semua menu dah ada atas meja, nasi pula tak sampai. Memang dorang lupa sungguh. 2 3 kali minta nasi baru dapat. Nak bising pun macam malas. Janji semua sampai dan boleh makan.

Alamat :
No 6 Jalan PPS 1
Selaseh Commercial Centre
68100 Batu Caves
Selangor 

No Tel:
019-3232772


21 comments:

  1. wah sedapnya ANa..semua ni kegemaran akk ni

    ReplyDelete
  2. Yang penting ikan siakap tu kak...kalau goreng tidak liat..biar garing di luar tapi isinya moist je...senang hati nak makan...kami kalau pilih ikan siakap sebolehnya minta siakap stim...sebab pernah terkena siakap 3 rasa...timbul pulak rasa yang lain...rasa sedih rasa liat rasa nak marah...kikikikiki...tapi tak pe...dah memang rezeki..syukuri.

    ReplyDelete
  3. Sedapnye.. Siakap Stim tu nampak mengancam betul. Bolehlah singgah makan dekat situ kalau lalu nanti.

    ReplyDelete
  4. Sedap semua yang Ana dan keluarga order, dekat juga dengan rumah Kak Sue nie. Boleh cuba lain kali kalau ke area sini..

    ReplyDelete
  5. Aduhh yang goreng tepung ni i kenot lah terus mnegidam rasa huhu

    ReplyDelete
  6. sedap...tp, tak suka yg servis slow...klo ade bdk2 kecik jenuh nk nunggunye....angkat kaki terus la jawabnye....hehehe

    ReplyDelete
  7. uiiiiii... sedapnyaaaa.... telan ailio 55 kali...

    ReplyDelete
  8. tempat favorite kitorang ni.. klu mkn sini masing2 ada menu favorite, sotong goreng tepung dia sedap..

    ReplyDelete
  9. Segarnya ikannya sis... nampak lazat...

    ReplyDelete
  10. pilihan lauh yg best2 tu. menjilat jari you

    ReplyDelete
  11. Selamat baru lepas makan baca entry ni. Fuhhh sedapnyaaaa sotong goreng tepung tu k ana!!

    ReplyDelete
  12. Amboi menyeramkan betul tengok makanan laut banyak banyak ni

    resdung mesti datang kembali

    ReplyDelete
  13. Nasib perut penuh masa baca post ni. Kalau tak, mahu menangis.

    Ikan siakap stim tu nampak sedap! :D

    ReplyDelete
  14. Alahai.. Tertngok gambar makanan pula.. tetibe je rasa lapar.. hehehe.. Suka seafood..

    ReplyDelete
  15. Makan sedap tapi kalau service lambat ni spoil jugak.

    ReplyDelete
  16. wahhh,nape kite orang gombak juga tak tahu kedai ni,mesti cuba ni tempat ni,huhu rasa nak pergi hari ni.Thank you ana for sharing

    ReplyDelete
  17. Next time lalu boleh la singgah ni. Memang sedap klo tomyam Thai yg letak santan. Favorite

    ReplyDelete
  18. feveret sotong gorang dengan tepung goreng..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤