Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam - Ana Suhana

Dec 21, 2017

Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam


Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam | Assalamualaikum. Sabtu yang lepas telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant bertempat di Vista Alam Shah Alam. Majlis pembukaan tersebut berlangsung dengan meriah dengan kehadiran tetamu dari kalangan rakan media, blogger, bikers dan orang ramai. Dianggarkan lebih dari 200 orang tetamu pada hari tersebut.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam

Asal Usul Nama SIHAF
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Restoran Sihaf dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud pinggan emas seperti yang terakam di dalam ayat di bawah:

يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِصِحَافٍ مِنْ ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya" - (Surah Az-Zukhruf, Ayat 71)

Logo restoran di atas merujuk kepada namanya. Selain itu, ia mengandungi tiga segitiga melengkung di mana tiga adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut di dalam Sunnah. Tiga juga merujuk kepada jumlah hidangan seharian yang diamalkan dalam masyarakat.

Corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung pula melambangkan budaya Islam manakala warna yang digunakan mencerminkan negara-negara Islam.

Dengan nama dan logo yang dipilih itu ianya dianggap seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam seterusnya mengundang rahmat Allah kepada pelanggan-pelanggan kami.

Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam

Sebelum Ana bercerita dengan lebih lanjut tentang majlis pembukaan tersebut, Ana nak share dengan korang semua interior design restoran Arab ini. Masa Ana jejakkan kaki ke dalam restoran ni Ana dah impress dengan rekaan yang nampak kemewahan di sini. Berlatar belakangkan warna emas menjadikan suasana restoran nampak mewah,  eksklusif dan selesa. Memang sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkumpul bersama seisi keluarga dan sahabat handai.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Berbalik pada majlis pembukaan,  majlis tersebut telah diacarakan oleh Richie Rachman, seorang DJ radio tempatan. Memang gamat dibuatnya terutama apabila Richie berinteraksi secara spontan dengan para tetamu. 
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh staff Sihaf dan seterusnya ucapan dari owner restoran. Kemudian majlis diteruskan dengan perasmian Sihaf signature menu oleh owner Sihaf iaitu nasi briyani buluh. 
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Pada majlis tersebut para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Ada satu acara menarik pada hari itu iaitu acara membalut dan memotong shawerma terpanjang di Malaysia. Para tetamu dijemput untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam acara tersebut. Pada yang tak tahu, shawerma merupakan kebab arab di mana hirisan ayam yang dibakar di balut di dalam roti pita bersama salad dan garlic sauce. 
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Terdapat pelbagai menu dihidang untuk para tetamu pada majlis tersebut. Antaranya ialah nasi arab ayam dan kambing, mixed appertiser seperti salad dan hummus, shish tawook, lasagna dan banyak lagi. Memang kenyang tetamu yang hadir sampai ada yang tak larat nak bangun dah. Mana taknya semua menu yang dihidang sedap-sedap belaka.
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Sihaf Arabic Restaurant
Pada yang ingin mencuba menu masakan asli Arab boleh lah singgah ke Sihaf Arabic Restaurant ni. Pelbagai menu sajian boleh didapati di sini pada harga yang berpatutan.
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam

Alamat :
B-LG-1, Shop Lot Vista Alam
Jalan Ikhtisas
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor

Telefon:
011-1111 0500

Facebook :

17 comments:

  1. wahhh.. bestnyaaa.. Nurul tak sempat nak gi sebab keje.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya deko restaurant dia.. Makanan pun nampak menarik..

    ReplyDelete
  3. Sedapnnya 'kebab arab' tu. Klau dulu time study selalu take away dari student arab lepastu minta isi ayam banyak banyak :P

    ReplyDelete
  4. DEKO CANTIK, MAKANAN PUN NAMPAK SEDAP DAN MENYELERAKAN, DEKAT PULAK TU DENGAN OFIS AKAK NI HAAA...BILA2 BOLEH TERJAHLAH

    ReplyDelete
  5. Ya ALLAH.. Tengok makanan kat restoren ni sedap2nya ana.. memang fav dilah ni nasi arab.. deko restoren ni pun nampak exclusive sgt la...

    ReplyDelete
  6. yum..yum... food semua nampak sedap ke Mrs. A tengah lapar time nak gi lunch dah ni hahahaha...

    ReplyDelete
  7. memang cantik deco restoran ne. Menu yang di sajikan nampak lazatnya

    ReplyDelete
  8. sedapnya...akak suka menu nasi arab

    ReplyDelete
  9. cantiknya restoran dia :o sha kalau masuk restoran arabic cari kambinglah apalagi ehehehe

    ReplyDelete
  10. Jalan jalan makan makan setiap masa kan ana

    bestnya dapat masuk opening kedai baru

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Ana.. banyak pilihan menu kan..

    ReplyDelete
  12. Oh nama Sihaf tu maksudnya pinggan emas, memang klasik sangat

    ReplyDelete
  13. memula ingat tu maher zain demo masakan.. 😅😅

    ReplyDelete
  14. Betul2 nampak lazat lah nasi dia Tu. Boleh Cubalah nanti dekat Shah alam je ni kan

    ReplyDelete
  15. nasi bamboo tu menarik. nampak sedap, nak repeat lg lah !

    ReplyDelete
  16. Along these lines, to get eatery quality dinner, it is important to have the correct hardware to cook the nourishment in. flip edinboro

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤