Jom Kenali Rakan Blogger - Shuhaida Kabdy - Ana Suhana

Dec 9, 2017

Jom Kenali Rakan Blogger - Shuhaida Kabdy



Jom Kenali Rakan Blogger - Shuhaida Kabdy l Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu semua. Ke mana kita minggu ni? Bagi yang bekerja di negeri Selangor ada extra cuti hari Isnin ni kan. Seronok berganda lah kan. Mesti ada yang dah dekat kampung kot. Maklum lah cuti-cuti sekolah ni banyak nau kerja kawen kan. Ok hari ni Ana nak bercerita tentang seorang rakan blogger yang Ana dah anggap macam kakak Ana sendiri.

Shuhaida Kabdy - unik kan nama tu. Shuhaida Kabdy atau lebih mesra di panggil dengan nama panggilan kak Sue merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 3 orang cahaya mata kini menetap di Rawang. Kalau dari rumah Ana (Selayang) ke Rawang dalam 30 minit perjalanan je. Tapi Ana tak pernah sampai lagi dekat rumah kak Sue. Ana nak tunggu kak Sue buat laksa Batu Kurau dan panggil kami semua makan. Boleh kan kak Sue??? Ramai dah puji laksa kak Sue ni sedap tau. Batu Kurau tu di ambil bersempena dengan nama kampung Kak Sue di Perak.

Ana kenal kak Sue melalui aktiviti blogwalking. Tak silap Ana blog kak Sue antara blog terawal yang Ana wajib terjah setiap hari sejak Ana kembali aktif berblog awal tahun ni. Sejak dari tu kami keep in touch melalui aktiviti blogwalking sampai lah satu hari kak Sue DM Ana di Instagram tanya nak join food review tak. Mau Ana tak nak. Tu lah merupakan event pertama yang Ana join sepanjang bergelar blogger ni. Terima kasih banyak-banyak kak Sue. Dan event tu merupakan kali pertama Ana jumpa kak Sue. Ana yang sememangnya malu-malu kucing (giler kau tak malu- first time kot pergi event) nampak je Kak Sue dan Kak Anil masa tu terus lambai tangan dekat dorang berdua. Muka kak Sue masa tu macam blurrr. Bila dah introduce nama baru dorang kenal. Kalau tak ada yang naik kereta balik rumah semula. Haha.

Sejak tu Ana kerap jumpa kak Sue di mana-mana event. Sekarang kalau ada event bersama Ana lega sikit sebab En Suami boleh ngam dengan suami kak Sue, Abg Man. Syafi pula ngam dengan anak kak Sue yang last tu. So Ana boleh lah "berkepit" dengan kak Sue lama-lama. Hehe. Abg Man pun steady je. Suka kacau Syafi. Sampai kan Syafi kadang-kadang terkenang-kenang dekat Abg Man.

Kalau tak jumpa dekat event, kami hari-hari jumpa di group Power Puff Girl. Haha. Suka hati je bagi nama group tu. Hari-hari pun berborak. Tak jemu-jemu pulak tu. Ada je topik yang diperkatakan. Kebanyakannya tentang aktiviti blog lah. Kak Sue rajin tau bagi Ana nasihat dan tips bila nak pergi mana-mana event. Ye lah kak Sue dah lama kat dalam dunia blogging ni. So for sure dia lebih tahu banyak dari Ana. Dan kak Sue lah yang banyak kenalkan Ana dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Cakap pasal blog, blog kak Sue ber'niche'kan lifestyle dan parenting. Ana ingat lagi masa awal-awal blogwalking blog, kak Sue selalu share resipi-resipi masakan dan juga perihal adik (anak bongsu kak Sue) yang tengah belajar di tahfiz. Kak Sue juga banyak dapat attend event so dari situ Ana belajar cara-cara nak review sesuatu event dan job. Semua bermula dari blog kak Sue.

Oh ya korang kalau nak tau Abg Man ada menjalankan perniagaan air kelapa laut tau. Ana sendiri dah rasa air kelapa laut tu. Memang terbaik. Masa bulan puasa, ramai peniaga amik stok pati air kelapa laut ni dekat Abg Man tau. Rasanya sepupu Ana pun pernah amik dengan Abg Man ni. 

Korang kalau ada plan nak buat kenduri ke majlis hari jadi ke tak tahu nak bancuh air apa meh lah try air kelapa laut ni. Sedap dan menyegarkan. Nak try korang boleh lah roger kak Sue atau call nombor dekat banner bawah ni.


Korang kalau nak kenal kak Sue dengan lebih dekat lagi meh lah follow socmed kak Sue ni. Tak rugi kita menambahkan kenalan kan. Banyak kebaikkannya. 

Blog:

Faceook:

Instagram:



11 comments:

  1. comel ape nama group power puff girl. hehe

    ReplyDelete
  2. tktau pn kaksue ada ankdara...sbb slalu tgk die update ank teruna..dh beberapa kali jmpa kaksue

    ReplyDelete
  3. kenal k.sue dalam social media & blog je..hehe..paling senang nak kenal k.sue, air kelapa laut afrika..hehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ana sudi berkongsi pasal Kak Sue n blog Kak Sue yang tak seberapa tu.. Seronok kenal Ana dan blogger lain juga. Nanti datang lah rumah Kak Sue tau.. Kak Sue masih belajar lagi tentang blog Ana.. Kak Sue pun belajar dari Ana juga.. kita sama-sama belajar tau.. lebiu 😘

    ReplyDelete
  5. Air kelapa laut dan kedondong tu memang pergghhhh. Sodap !

    ReplyDelete
  6. group power puff girl eh ana? hahaha.. tp serius tau tgk gambar air tu tergodanya lahai.. tambah jeles tengok gambar korang reramai..

    ReplyDelete
  7. wah seronok nya ada segmen kenal2 ni.....selamat berkenalan semua....

    ReplyDelete
  8. disamping peroleh rakan baru, dapat juga eratkan sillaturrahim kan =)

    ReplyDelete
  9. Antara blogger yang duduk setaman dengan kita... xjauh pun rumah dia... Kedondong asam boi dia sedap... setiap kali puasa, dorang selalu niaga dekat tapak bazar bandar tasik puteri.

    ReplyDelete
  10. busyra suka baca blog kak sue.. bab masakan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤