Jom Kenali Rakan Blogger -Mamapipie - Ana Suhana

Dec 10, 2017

Jom Kenali Rakan Blogger -Mamapipie


Jom Kenali Rakan Blogger - Mamapipie | Assalamualaikum. Segmen jom kenali rakan blogger diteruskan. Hari ni Ana nak share dengan korang seorang blogger yang agak lama dalam dunia blogging ni iaitu MamaPipie atau  Ana panggil Kak Adda. Kak Adda involve in blogging since 2008 tau. Lama kan.

Ana ingat lagi Ana kenal kak Adda masa aktiviti blogwalking. Nak jadi cerita kebetulan nama anak kitorang sama iaitu Syafi. Syafi kak Adda umur 9 tahun, Syafi Ana baru 3 tahun. Disebabkan nama anak yang sama jadi senang Ana nak ingat kak Adda yang mana satu. Ye lah bila kita blogwalking dekat blog-blog yang baru memang susah nak ingat tuan blog tu yang mana satu kan. Jadi bila ada satu-satu kesamaan tu senang lah nak ingat.

Kak Adda sekarang menetap di Shah Alam dan bekerja sebagai Quality Assurance di syarikat pencetakan kepunyaan Karangkraf. Kak Adda ada cert dalam bidang IT tau korang. Bukan calang-calang blogger ni.


Niche blog kak Adda ialah lifestyle dan parenting. Kak  Adda selalu share entri berkaitan tips dan petua serta info-info berkaitan agama which is seronok untuk di baca. Sambil BW sambil tambah ilmu orang kata. Selain tu kak Adda banyak juga share tempat makan dan tempat-tempat jalan menarik. Kak Adda pernah share tentang trip ke Zoo Johor dan entri tu membantu Ana masa Ana di Johor bulan lepas. Seronok rupanya Zoo Johor tu.

So far Ana tak pernah jumpa Kak Adda lagi walaupun ada beberapa event di Shah Alam sebab masa masing-masing clash. Teringin nak jumpa kak Adda tau. InsyaAllah ada rezeki bolehlah jumpa.

Korang yang belum berkenalan dengan kak Adda bolehah follow socmed kak Adda. Tak rugi tambah kenalan kan. Sambil-sambil tu banyak ilmu boleh di ceduk.

Blog :

Facebook:

Instagram:



8 comments:

  1. akak gi zoo tu jugak tapi tak terupdate ceritanya.. haha.. yg ni je sorg yang akak dah jumpa ana..

    ReplyDelete
  2. Nama anak kita Sama. Tu yg unik Kan. Dah try nak jumpa ana tapi masih takde rezeki lagi. Takpelah nanti Ada jodoh pasti berjumpa. Jumpa kat zoo Johor pun boleh haha.. Tq Rabia

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah lama juga PC follow blog kak Adda ni kak Ana..singgah blog kak Adda cuma kadang tinggal jejak..kadang blogwalking sahaja...

    ReplyDelete
  4. wahhhh mama. she's one of my favorite.

    ReplyDelete
  5. Seronok kenal Adda, harap dapat jumpa satu hari nanti..

    ReplyDelete
  6. Hai adda...salam kenal ya.sorry kalau dah pernah jumpa tapi sis tak perasan sb sis ni pelupa sikit.
    Kalau jumpa kat luar tegur2 lah ya

    ReplyDelete
  7. akk pun dekat je dgn kak adda. tapi, belum sempat jumpa beliau.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤