Jom Kenali Rakan Blogger : Mimi Azirah - Ana Suhana

Dec 5, 2017

Jom Kenali Rakan Blogger : Mimi Azirah


Jom Kenali Rakan Blogger : Mimi Azirah | Assalamualaikum. Kalau semalam Ana dah cerita tentang blogger yang bernama Azlinda Azman kali  ni Ana nak berkongsi dengan korang seorang lagi rakan blogger yang bernama Mimi Azirah. Ada yang kenal tak?? 

Sebelum Ana cerita tentang Mimi korang mesti tertanya kenapa 2 hari ni Ana up cerita tentang rakan-rakan blogger kan. Haaa sebenarnya ni salah satu inisiatif Ana dan rakan-rakan blogger yang lain untuk naikkan UV dan PV blog masing-masing. Segmen ni akan berlangsung selama seminggu.

Macam Kak Linda, Ana kenal Mimi melalui group blogger kira-kira 5-6 bulan yang lepas. Pada awalnya Ana memang tak kenal siapa Mimi ni. Tapi bermula dari group tu Ana semakin mengenali siapa Mimi dengan lebih dekat.

Mimi merupakan isteri kepada perwira negara dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang sangat comel. Berasal dari Seremban dan kini bekerja sebagai seorang penjawat awam di PDRM tau. Haaaa dont mess with Mimi ok. Mempunyai kelulusan di dalam Diploma Pengurusan Bank lagi.

Bila dah bekerja ni kita semua sedia maklum lah yang blog sekadar part time je buat Mimi. Niche blog Mimi more to lifestyle and parenting blog.  Di sebabkan Mimi minat warna pink jadi korang akan nampak blog Mimi bertemakan sweet pink. Sesuai dengan tuan punya blog yang cantik manis. 

Mimi pun antara blogger yang banyak dapat job review tau. Sebabnya Mimi sangat komited dengan setiap job yang diberikan.  Ana suka juga baca entri-entri di blog Mimi sebab Ana boleh dapat idea untuk update entri. Entri-entri Mimi semua ada tarikan tersendiri.  No wonder baru-baru ni Mimi menang Vivo V7+ blogger contest. Hebat kan.

Secara peribadi Ana tak pernah jumpa Mimi face to face. Kebanyakan event kami tak sama. Al-maklumlah Ana ni ikan bilis baru. Hehe. InsyaAllah akan datang mesti ada rezeki pasti dapat jumpa Mimi kan. 

Korang kalau nak kenal Mimi meh follow medsoc Mimi dekat bawah ni. Mana tau korang boleh dapat serap idea-idea untuk berblog kan nanti.

Blog:

FB Page: 

Instagram:

Twitter:

12 comments:

  1. Mimi antara blogger yang rapat ngan akak..peramah dan mudah mesra dengan sesapa je

    ReplyDelete
  2. akak pernah jumpa 1st time ms event parenhood kt sunway pyramid

    ReplyDelete
  3. i wish i could meet her someday

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah bqca blog dia..

    Dia memang femes compare dengan saya nie..

    ReplyDelete
  5. Insya Satu hari nanti mesti Kita dpt bertemu kan

    ReplyDelete
  6. Suka sangat segmen gini..secara tak langsung kita kenali kawan kita cara lebih dekat :) Akk pun baru kenal Mimi dan selesa berkawan dgnnya

    ReplyDelete
  7. Kak Sue pun baru juga kenal Mimi, tapi selesa berkawan dengan Mimi macam kenal lama la pulak.. ehehe..

    ReplyDelete
  8. tak kenal lagi siapa blogger Mimi ni. Nanti nak follow blog dia :D

    ReplyDelete
  9. Selalu juga singgah blog blog ikan besar ni

    Saya suka makan ikan segar

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤