Donut Panas Gombak - Sedap Ke Donut Viral Ni? - Ana Suhana

Dec 27, 2017

Donut Panas Gombak - Sedap Ke Donut Viral Ni?


Donut Panas Gombak - Sedap Ke Donut Viral Ni? | Assalamualaikum. Cerita donut viral ni dah viral sekitar 5 bulan yang lepas katanya. Tapi serius Ana tak tahu pun pasal donut viral ni. Padahal dekat kampung sebelah je kot. Macam ketinggalan sekejap. Hehe. 
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Sedap Ke Donut Viral Ni? 

Nak jadi cerita Sabtu lepas masa nak amik mak ayah nak bawa pergi dinner tetiba adik Ana hulur 2 biji donut. Dia kata donut viral ni. Walaupun dah 5 bulan viral tapi orang masih beratur ramai. Ana pun amik je lah. Nak gak rasa sedap sangat ke donut viral ni. Padahal nak pergi makan tu kan.

Masa Ana pegang donut tu memang masih panas tau. Sebab tu nama donut viral ni Donut Panas. Gombak tu tempat gerai donut ni beroperasi. Ana dapat 2 flavor satu donut salted caramel satu lagi donut coklat. Ana rasa yang caramel tu dulu sebab Ana hantu caramel. (Donut dalam gambar dah comot sebab dok belek masa nak amik gambar ni) 
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Bila gigit tu perghhh memang lembut sangat. Rasa macam cair dekat mulut je. Gigit punya gigit tau tau dah habis sebiji. Caramel pun boleh tahan banyak juga dia salut dekat donut tu. Siap meleleh dalam plastik tu lagi. Donut coklat pun sama. Lembut dan coklat dia pekat. Antara 2 flavor ni of course Ana vote for caramel. Rasa nak repeat lagi je weekend ni.
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Actually Donut Panas ni ada 3 flavor iaitu caramel,  coklat dan yang asli (tabur gula). Semua donut ni berharga RM1.50 sebijik. Nampak mahal kan tapi berbaloi dengan saiz dan kesedapan dia. Lagipun sekarang donut biasa tu pun dah 50 sen.  Beli 3 biji dah sama saiz dengan Donut Panas ni. So no complain at all. Kalau ada yang complain juga tu tak tahu lah nak cakap apa.
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas Gombak - Donut Viral
Donut Panas ni siap boleh delivery ke rumah tau bagi yang tinggal di kawasan berhampiran.  Senang tak perlu nak beratur panjang cuma harap maklum bila delivery tu lambat sangat sebab order banyak giler. Adik Ana order pukul 2 dalam pukul 6 baru sampai.  So up to korang samada nak dorang delivery atau korang ke gerai donut ni terus. Caj delivery sekali jalan ialah RM5 regardless quantity of donut yang korang order tu. So far ada 5 cawangan Donut Panas ni dan katanya awal tahun 2018 satu cawangan akan di buka di Melaka. So orang Melaka bolehlah try nanti. 

Ni antara review customer yang dah rasa Donut Panas ni. Rata-rata puas hati. Ohh ya donut ni kalau kita tak habis makan simpan untuk esok pun masih lembut lagi tau. Apa lah agak-agaknya rahsia Donut Panas ni lembut dan tahan ye??? 

Facebook :


17 comments:

  1. tau psl donut viral ni ..tk kesempatan lg nk try...ada juga kwn dh pi bli juga mmg ckp sedap & lembut..ni ana plak dh mkn....pernh mkn donut sedap kt kg pandan...dlu2 ms opis kt kl opismate slalu bli tp xsure kt belah mana kg pandan tu..tp gemok2 juga la donutnya


    **yg nasi warung soho smlm tu kt hartamas..yg kt shah alam tu warung ambo...lain2 tau hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ana..
    Donut panas yang menggiurkan.. Banyak flavor nampak sedap..
    Dalam diam dah ada 5 cawangan. Harus try jika berkesempatan ;-)

    ReplyDelete
  3. telan ailio akak tengok donut tu, rasa nak kunyah2 dah ni ha, tapi jauh pulak di gombak sana

    ReplyDelete
  4. aduhhh sedapnya nmpk ! teringin !

    jmput join giveaway sy nih

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/giveaway-1-new-year-2018-by-cikyan.html

    ReplyDelete
  5. Besarnyaa donut! Sedap pulak tu macam tengah rasa manis manis je dalam mulut. Japgi nak kena cari donut jugakla ni, buat terliur laa kak ana ni hahaa. Kalau ada dekat gombak, Fatin dah join beli sekali dahh.

    ReplyDelete
  6. Tengok ana makan menjejes ailio Mimi tau..hahaha..kira okeylah harga setanding sgn kualiti

    ReplyDelete
  7. Tengok saiznya tu...puas makan kan kak Ana...lagi panas-panas...sedapnya...

    ReplyDelete
  8. dah viral betul donut panas ni kan...bila lah lina nak merasa ni...

    ReplyDelete
  9. lapar balik bila nampak gambar makanan kena post..hahaha..

    ReplyDelete
  10. Perghh.. memang terliur tengok donut tu. lagi2 yang bersalut karamel tu. terbayang2 pula dah masuk mulut. hehe

    ReplyDelete
  11. Wah sedapnya.. murah aje Kan. Kalau lah Ada kat Shah alam

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak donut ni.. Besar pula tu.. Caramel tu buat husniey terliur ~

    ReplyDelete
  13. perghh kak..jatuh air liur tgk gmbr ..haha

    ReplyDelete
  14. wah mcm2 mknn viral skrg ni kan =D

    ReplyDelete
  15. bnyak cawangan dah donut viral ni.. nmpak sedap ehh ana

    ReplyDelete
  16. hehehe ni beberapa minit je dr umah irda ni,memang nampak org selalu beratur panjang,ada juga hb beli,tapi sampai laa ni kita xrasa sangat.Kebetulan makcik pun jual donut,heheh jadi macam dah biasa sangat donut.Tapi diakui lembut sangat donut tu,kedai pun sempoi je,tapi peminat dia omakk aihh ramainya

    ReplyDelete
  17. adoii kak anaaa. sedapnya.. haha.. terliurrr..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤