Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat - Ana Suhana

Dec 30, 2017

Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat


Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat | Assalamualaikum. Hujung-hujung tahun ni selalunya cuaca tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Bila cuaca dah tak menentu mula lah kes demam, selesema dan batuk meningkat. Baru-baru ni Ana ke Hospital Selayang hantar mak sebab demam juga. Punya lah ramai pesakit demam. Baik orang dewasa dan juga kanak-kanak. Siap fever centre di tubuhkan khas untuk memeriksa pesakit yang demam. Boleh bayangkan ramai mana pesakit kan.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat

Seminggu lepas tu Ana dan Syafi pula demam. Pakej dengan selesema dan batuk sekali. Bila dah demam badan jadi tak bermaya sangat. Selesema pula buat jadi tak selesa sebab hidung tersumbat. Batuk jangan cakap lah sampai rasa nak terkeluar anak tekak tu. Selamat ada Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk dan Selesema Dengan Selamat dan yang bagusnya balm ni sesuai untuk seisi keluarga.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Ana baru tau tentang Balm Bayi Tok Syed ni dalam beberapa minggu ni lepas nampak beberapa rakan recommend guna produk ni lepas dorang sendiri guna. Berkesan katanya jadi Ana pun nak lah cuba juga kan. Lagipun Ana perasan yang Balm Bayi Tok Syed ni diproses di kilang bertaraf GMP dan di formulasi dari bahan-bahan semulajadi. Jadi semestinya ianya selamat untuk digunakan.

Bahan-bahan Balm Bayi Tok Syed

Balm serbaguna Tok Syed ini diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang halal lagi suci. Antara bahan-bahan yang diadun di dalam balm ni ialah Beeswax, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari dan pati minyak Lavender.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
1. Beeswax

Beeswax atau nama Melayu nya lilin lebah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan oleh lebah. Beeswax telah lama diketahui kebaikannya dalam mengatasi keradangan kulit dan mengubati demam.

2. Pati Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara dihasilkan dari buah kelapa yang telah matang melalui proses khas tanpa merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadinya. Antara fungsi minyak kelapa dara yang terkenal adalah sebagai pembasmi kuman semulajadi kerana sifat anti virus dan anti bakteria yang ada padanya.

3. Minyak Bunga Matahari

Minyak Bunga Matahari dihasilkan dari biji bunga matahari. Menurut kajian minyak bunga matahari mengandungi vitamin A yang penting untuk fungsi tubuh manusia. Selain itu kandungan vitamin E dan asid omega 6 yang tinggi menjadikannya efektif untuk urutan luaran. 

4. Pati Minyak Lavender

Seperti yang kita tahu lavender selalu digunakan sebagai salah satu bahan untuk aromaterapi bagi meredakan tekanan. Ini kerana bau lavender itu yang sedia wangi dan menenangkan. Selain itu pati minyak lavender juga mampu mengatasi masalah pernafasan akibat demam, batuk dan selesema.

Kelebihan Balm Bayi Tok Syed Untuk Bayi

1. Bahan Semulajadi

Seperti yang Ana bagitau dekat atas tadi, bahan-bahan yang diadun di dalam balm bayi Tok Syed adalah dari bahan-bahan semulajadi yang halal lagi suci. Tiada bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, paraben dan bahan kimia didalamnya menjadikan ianya selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

2. Bau Yang Harum dan Segar

Gabungan bahan-bahan yang digunakan mencipta satu bau yang sangat harum dan segar. Kelebihan bau balm yang harum memberi reaksi yang baik kepada deria bau yang tersumbat.

3. Balm Tidak Panas dan Melekit

Tekstur balm bayi Tok Syed sangat halus dan bila disapu pada kulit ianya tidak mencetus rasa panas dan melekit. Jadi ianya sangat sesuai digunakan kepada bayi dan kanak-kanak tanpa mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka.

4. Saiz Mudah Dibawa

Saiz nya yang kecil dan ringan membuatkan balm bayi Tok Syed ini mudah dibawa ke mana saja dan tidak memakan ruang yang besar.

5. Sesuai untuk Seisi Keluarga

Balm bayi ni menjimatkan kerana boleh digunakan untuk seisi keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya tidak terhad kepada kegunaan bayi sahaja. Penggunaanya yang nipis menjadikan balm ini tahan lebih lama.

6. Pembungkusan Yang Eksklusif

Pembungkusan balm bayi Tok Syed yang sangat kemas dan eksklusif sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada para ibu yang baru lepas bersalin.

Cara Menggunakan Balm Bayi Tok Syed Untuk Bayi


1. Sapukan sedikit atau secara nipis di bahagian dada, belakang badan (kiri dan kanan), tapak kaki dan tengkuk.

2. Sapu 2 kali sehari selepas mandi (maksimum 4 kali sehari)  jika bayi tidak selesema. 

3. Dalam kes bayi selesema,  sapukan balm secara nipis di bahagian batang hidung.

4. Balm juga boleh disapu ketika membuat teknik percussion untuk melonggarkan kahak.

Testimoni Balm Bayi Tok Syed

Ramai sebenarnya pelanggan yang dah mencuba balm bayi Tok Syed dan mereka semua berpuas hati dengan keberkesanan balm ni. Suka Ana kongsi dengan korang semua antara testimoni pelanggan yang dah guna balm bayi ni.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed

Testimoni Peribadi



Secara peribadi memang Ana suka sangat dengan Balm Bayi Tok Syed ni. Ianya sangat membantu melegakan hidung tersumbat akibat selesema. Bau balm pula sangat wangi dan segar. Hidung yang tersumbat pun boleh dapat bau wangi balm ni. Tekstur balm pula tidak melekit dan bila Ana pakai balm tak terasa panas. Jadi sangat sesuai untuk di pakai ke atas bayi dan kanak-kanak. Packaging balm pun cantik dan nampak eksklusif. Sesuai untuk dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

So korang kalau berminat nak try balm ni boleh order dari senarai pengedar yang berdaftar di link ini - http://www.toksyed.com/stockist. Tapi make sure beli yang original di mana terdapat pelekat hologram di atas kotak balm tersebut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Balm Bayi Tok Syed ni korang boleh layari socmed di bawah ni:

Harga :
RM80 (45g)

Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.
Ground Floor
PKNS Complex
40000 Shah Alam
Selangor

Laman Sesawang :

Link Untuk Membeli Produk :

Facebook :

Instagram :

Telefon :
016-826 2990

31 comments:

  1. Wah... Memang produk berasaskan bahan organik lebih selamat dan berkesan. Bolehlah nanti suggestkan pada mak-mak saudara saya. Hihi

    ReplyDelete
  2. Baru pertama kali nampak Produk ni, Balm Tok Syed ni... bahan-bahan yang digunakan memang bagus untuk merawat penyakit batuk dan selsema , mesti wangi ni... ada pati minyak Lavender. Bolehlah try nanti

    ReplyDelete
  3. Miera memang minat produk produk organik. Dan ini memang rasanya sesuai untuk baby baby kita... hehe.. masaalahnya baby Miera semua dah besar. .

    ReplyDelete
  4. 1st time dgr Balm Bayi Tok Syed ni.. Anak² plak lately ni asyik tak selesa je hidung maybe Sal blh try. Mana tau serasi ..kesian tgk anak bila hidung tersumbat ..

    ReplyDelete
  5. bagusnya tak melekit, sha paling taksuka balm yang melekit. yang penting satu rumah boleh pakai tak kira usia kan

    ReplyDelete
  6. Tq share info, Nk rekemen kt kwn akak soh try sbb ank die kerap selsema n batuk

    ReplyDelete
  7. comel je rasa macam nak dapatkan satu je bukan untuk anak-anak tapi untuk mak dia hahaha sebab batu non stop lately :(

    ReplyDelete
  8. Tq share.. boleh la kita suggest dekat akak adik kita. Sekarang ni memang musim deman selsema. Memang sesuai sangat la

    ReplyDelete
  9. Bagus juga ya Balm Bayi Tok Syed nie Ana..

    ReplyDelete
  10. Ni wajib ada kat rumah untuk mak2 yg ada anak2 kecik..

    ReplyDelete
  11. Kadang-kadang kita nak cuba manage sendiri dulu sebelum nak sampai ke klinik atau hospital.
    Kedengarannya macam useful sangat ni

    ReplyDelete
  12. Banyak baca tentang balm ni. Nampak bagus je dari semua aspek dan kegunaan. Bole cuba dapatkan satu nanti.

    ReplyDelete
  13. Bila pakai sikit sudah memadai dan cukup memberi kesan...alhamdulillah..secara tidak langsung menjimatkan kan kak..

    ReplyDelete
  14. Baby balm mmg wajib ada.. setiap hari selepas mandi kena sapu pd anak.. kesannya anak susah batuk or selesema..mmg btol cara penggunaan tu..

    ReplyDelete
  15. boleh cuba kalau bagus untuk kanak-kanak mcm nie, bau yang penting hope tak kuat sgt dan nak dorang selesa nak try beli la mcm nie.

    ReplyDelete
  16. Best Balm Bayi Tok Syed ni sebab dah 2 mggu guna...bau dia pun wangi sangatt

    ReplyDelete
  17. Boleh saya Cuba untuk anak saudara kecil saya.

    ReplyDelete
  18. Produk yg berasaskan bahan semulajadi memang menjadi pilihan sebab selamat digunakan.produk bagus memang orang akan guna sampai bila bila kan Ana

    ReplyDelete
  19. Tak pernah nampak dipasaran..tp packaging dia menarik...bagus sekiranya tiada bahan chemical..lebih kepada bahan semulajadi...

    ReplyDelete
  20. Kandungan dia semua dr bahan semula jadi, mmg bagus la . terbaik

    ReplyDelete
  21. Bagusnya balm ni..nak kene ade dalam list ni..utk baby coming soon

    ReplyDelete
  22. Baru ye. Ni kali pertama dengar balm tok syed. Semoga sukses sentiasa

    ReplyDelete
  23. Bahan-bahan yang terkandung dalam pembuatan balm ni semuanya bahan semulajadi...TB suka sangat kalau produk2 yang macam ni.. tak risau nak guna untuk bayi mahupun diri sendiri

    ReplyDelete
  24. Berkenan tengok packagingnya kemas,
    besar jugak rupanya balm tok syed ni

    Hebat pulak tu fungsinya..

    ReplyDelete
  25. benda wajib ada kat rumah kan...satu family boleh guna balm tok syed ni kan...

    ReplyDelete
  26. first time dengar... tp nampak mcm menarik...

    ReplyDelete
  27. Menariknya balm tu dapat melegakan batuk, tapi harga dia wowwwww! mahal gak eh,hihi

    ReplyDelete
  28. Ciri-ciri tak melekit dengan ada haruman tu yang buat rasa macam nak jugak je... Untuk anak-anak sedara dan jugak mak sedaranya ni.. hehe.. first time dengar, bolehlah kut recommend kat sedara-mara sekali ^^

    ReplyDelete
  29. busyra bru tau pasal balm ni.. menarik.. pakaging dia tu cntikk.. bahan yg digunakan pun bagus semulajadi..

    ReplyDelete
  30. Balm yang sangat melegekan dan membantu..

    ReplyDelete
  31. Thanks for the inform, my first time get to know about this brand.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤