Platform Terbaik Untuk Muslimah Wear Bagi Memenuhi Kehendak Wanita Berfesyen - Ana Suhana

Dec 19, 2017

Platform Terbaik Untuk Muslimah Wear Bagi Memenuhi Kehendak Wanita Berfesyen


Platform Terbaik Untuk Muslimah Wear Bagi Memenuhi Kehendak Wanita Berfesyen | Assalamualaikum dan hi semua. Ana pasti korang semua perasan pada hari ini industri fesyen muslimah (muslimah wear) semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malah muslimah wear ni turut mendapat sambutan yang sangat baik di peringkat antarabangsa juga dan ada diantaranya menjadi trendsetters. Ini secara tidak langsung menjadikan fesyen muslimah wear mula disukai dan membuka hati ramai muslimah untuk mula berhijrah ke arah lebih baik.

Platform  Terbaik Untuk Muslimah Wear Bagi Memenuhi Kehendak Wanita Berfesyen

Kalau dahulu muslimah wear lebih tertumpu kepada pemakaian hijab semata-mata. Pada masa itu mula wujudnya istilah "Hijabista" dan kita boleh nampak banyak usahawan-usahawan baru muncul berlumba-lumba mengeluarkan label hijab masing-masing. Hari ini seiring dengan perkembangan dunia fesyen dan keinginan para wanita untuk tampil lebih bergaya, muslimah wear kini telah melebarkan lagi sayap kepada rekaan pakaian seperti jubah, blouse, seluar serta rekaan baju kurung yang telah dimodenkan mengikut peredaran zaman.

Sebelum muslimah wear menjadi trending, agak sukar untuk kita mencari pakaian yang bersesuaian dengan imej muslimah. Kalau ada pun fesyen yang direka agak tidak menepati citarasa fesyen pada masa itu. Oleh kerana muslimah wear semakin mendapat tempat di industri fesyen tempatan serta didorong oleh permintaan yang sangat tinggi, kini muncul pelbagai rekaan di pasaran saban hari dan sekaligus menjadikan muslimah wear sebagai keperluan asas yang mudah diperolehi dimana-mana sahaja.

Namun dalam keghairahan berfesyen ada satu perkara seorang muslimah itu perlu utamakan. Tak kira semaju mana dunia fesyen muslimah wear  tersebut, syariah berpakaian perlu sentiasa dikekalkan. Bukan sekadar menutup tubuh dari pandangan lelaki malah lebih dari itu. Menutup tubuh bukan bererti membaluti tubuh namun masih menampakkan yang tidak sepatutnya. Jangan menjadi mangsa fesyen!!! Menutup tubuh yang dianjurkan oleh syarak ialah memakai pakaian yang longgar, labuh dan tidak jarang. Yang penting seseorang muslimah harus bijak menggayakan sesuatu fesyen itu mengikut bentuk dan saiz badan masing-masing. Dan untuk itu, ZALORA yang merupakan salah satu platform yang sentiasa menyokong muslimah wear menyediakan satu kategori Muslimah Wear untuk memenuhi kehendak muslimah dalam berfesyen.

1. Baju Kurung
Muslimah Wear 
Muslimah Wear
Muslimah Wear 

2. Dress
Muslimah Wear
Muslimah Wear 

3. Hijabs
Muslimah Wear
Muslimah Wear 

4. Tops
Muslimah Wear
Muslimah Wear 

5. Bottom
Muslimah Wear
Muslimah Wear 

Kesemua rekaan di atas dihasilkan dengan penuh teliti mengikut trend masa kini bagi memberi kepuasan kepada pembeli. Material yang digunakan hanya dari material yang berkualiti dan terbaik. Itu salah satu perkara yang dititikberatkan di ZALORA. Terdapat banyak lagi rekaan menarik untuk dipilih di ZALORA dan ada juga diskaun hebat untuk sesetengah jenama. Tiada alasan lagi untuk seseorang Muslimah itu untuk tidak tampil bergaya.

Namun kecantikkan seseorang itu tidak hanya pada penampilan sahaja malah menjaga pergaulan, tuturkata, sopan santun dan hemah juga turut dituntut dalam agama demi menjaga imej muslimah yang dibawa. Selamat berfesyen buat semua.





16 comments:

  1. Cantik-cantik jugak design baju dan tudung tu kan Ana.. kena pandai mix and match jer skrg ni.. dah lama tak shopping kat zalora..

    ReplyDelete
  2. cantik2 lah ana baju kat zalora ni...mampu milik harga dia...boleh lah usha2 nanti

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je tops dan bottom screenshoot tu iskkk ada karang mau terbeli --'

    ReplyDelete
  4. Harga mampu milik kena pandai mix and match supaya tak nampak pelik dalam masa yang sama aurat tetap terjaga

    ReplyDelete
  5. Bijaklah memilih...cerdiklah menilai dan matanglah dalam membuat keputusan untuk melindungi tubuh sendiri...berpakaian juga salah 1 cara melindungi tubuh kita...

    ReplyDelete
  6. Semua cantik2 but for a big size girl like me, Zalora tak bnyk choice in terms of baju kurung or dress.. :/

    ReplyDelete
  7. Walaupun mahal sikit, tapi kualiti terbaik. Design semua lawa lawa. Rambang mata tengok. Ni baru tunjuk sikit je ni, terbeliak biji mata dah :D

    ReplyDelete
  8. Cantik juga pilihan Muslimah Wear kat Zalora nie kan Ana..

    ReplyDelete
  9. masuk je zalora sampai tak tahu nak shopping barangannya

    ReplyDelete
  10. Zalora banyak baju cantik tapi tak banyak pilihan sangat untuk orang plus size macam saya ni.

    ReplyDelete
  11. wanita berhijab macam kita² ni senang dah nak berfesyen,sebab banyak website yang menawarkan perkhidmatan untuk wanita muslimah..jadi senanglah kita nak membeli kan..

    ReplyDelete
  12. ada baju kurung lawaaaa. tengok sekali dah berkenan. alamak alamak

    ReplyDelete
  13. Cantik-cantik design baju kurung dan tudung dia..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤