Jom Kenali Rakan Blogger - Suria Amanda - Ana Suhana

Dec 7, 2017

Jom Kenali Rakan Blogger - Suria Amanda



Jom Kenali Rakan Blogger - Suria Amanda l Assalamualaikum. Kalau sebut nama Suria Amanda Ana pasti rata-rata dah kenal kan pemilik nama ni kan. Maklum lah orang nya popular di kalangan rakan-rakan blogger. Siapa yang tak kenal tu lepas ni boleh lah berkenal-kenalan dengan  mommy blogger ni.

Kak SA seorang lifestyle blogger berasal dari Seremban. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik bernama Dania. Tapi masa Ana mula-mula nak kenal kak SA, Ana selalu keliru mana satu anak kak SA. Dania atau si bambam Dida sebab banyak gambar dan cerita Dida yang kak SA share dekat blog dan instagram. Rupanya Dida anak saudara je tapi sangat rapat dengan kak SA. Kak SA masih bekerja di sebuah syarikat swasta di Bangsar. Jadi blog ni sebagai part time je lah. Tapi tak nampak macam part time pun sebab hari-hari update lebih dari satu entri. I is jeles!!

Ana kenal kak SA bermula masa blogwalking awal tahun ni. Tak silap masa tu Ana follow blog kak SA dan tak sangka lah kak SA pun follow back blog Ana. Ye lah masa tu blog Ana ni nothing lah orang kata. Followers pun masa tu tak sampai 50 orang wei. Segan giler kot. Sejak dari itu boleh dikatakan hampir setiap hari sampai lahhari ni blog kak SA antara blog yang wajib Ana terjah. Sampaikan Ana pernah dapat hadiah dari kak SA sebab tersenarai sebagai top comentators. Satu perkara yang korang kena tau kak SA antara blogger yang suka follow dan blogwalking dekat mana-mana blog tak kira korang baru atau lama. Takde istilah aku dah femes korang yang kena follow aku dulu. Tu yang Ana kagum dengan sikap kak SA. Patut dicontohi blogger yang lain. Ye lah siapa lagi nak support blogger kalau bukan rakan blogger tu sendiri kan.

Kenapa Ana suka terjah blog kak SA? Salah satu sebab utama ialah Ana nak belajar cara menulis blog secara santai. Korang yang dah selalu baca entri-entri kak SA mesti tahu kan gaya penulisan kak SA macam mana. Sangat santai dan tak membosankan. Ana teringin nak jadi macam kak SA dalam mengarang ayat dan sekarang pun masih dalam proses belajar memperbaiki gaya penulisan sendiri.

Lepas tu blog kak SA banyak giler kot share resipi-resipi orang nogori. Confirm ngences setiap kali tengok entri resipi dekat blog tu. Kak SA memang pandai masak tau korang. Kalau tak, tak kan kawan-kawan pejabat kak SA siap tempah lauk dengan kak SA kalau kak SA balik Seremban. Dan baru-baru ni kak SA memenangi pertandingan memasak tau. Masak western lagi tu.Haaa hebat ke tak hebat???

Pertama kali Ana nampak kak SA masa attend food review di Bangi tapi masa tu Ana nampak dari jauh je. Nak tegur terasa segan gilerrrrr. Lagipun tak sempat sebab kak SA balik awal masa tu. Kali kedua jumpa masa di SBB bulan 5 yang lepas, Tu pun Kak Sue kenalkan. Serius Ana segan sangat. Lagi-lagi tengok kak SA dikerumuni ramai rakan-rakan blogger yang lain. Masa tu Ana tengok kak SA bukan main bergaya. Dengan rantai besar dia. Tapi sempat lah bergambar kejap. Kali ketiga jumpa baru-baru ni di Karnival Tefal. Masa ni dah takde segan silu sebab dah rasa serasi setiap hari berborak dalam group. Bila dah kenal Ana nampak kak SA seorang anak dan ibu yang sangat bertanggungjawab. Seorang yang tabah dan kental. Sekental rantai yang kak SA pakai tu. 

Kak SA rajin juga share info tentang dunia blogging ni especially apa yang boleh dan tak boleh di buat untuk jadi seorang blogger yang profesinal gitu. Ye lah kadang kita nie terlepas pandang kan dan perlu ditegur. Tapi tegur untuk kebaikan orang kata dan kenalah sentiasa berlapang dada. Kalau terasa hati tu biasalah. Hadam je lah. Tapi so far Ana takde lah kena tegur lagi dengan kak SA. Korang kalau nak kena tegur kak SA meh lah buat perangai dekat medsoc kak SA dekat bawah ni. Hehe.

Blog : 

Facebook :

Instagram :

No Tel :
012-331****
(ni saja gatal letak. maklum lah orang hot kan confirm ramai nak no tel dia)





16 comments:

  1. ya ana.. suka sangat kak SA tegur benda2 yang kita tak sedar benda tu salah kan.. alhamdulillah ada yg sudi tegur kita.. nak sgt jumpa kak SA ni.. bila la berpeluang agaknya..

    ReplyDelete
  2. Uikkkkk...hahaha...melambung puji ni haa..iolls x sehebat tu la Ana masih byk benda nk kena belajar lagi..nk konsisten mmg payah..kena rajin..kena yakin..minat perlu ada...jom sama-sama belajar lagi..

    ReplyDelete
  3. Mmg tak sombing..rajin blog walking

    ReplyDelete
  4. Hana singgah balas kunjungan! Done follow blog kak Ana :D Thank you sudi singgah blog Hana.<3

    ReplyDelete
  5. lama juga kenal kak SA dalam dunia blog. cuma belum jumpa lagi. ^__^

    ReplyDelete
  6. Beejiwa mental sekental rantai gitu.. apapun it's true. Semoga kak SA sentiasa dipermudahkan Dalam segala urusan

    ReplyDelete
  7. Kak Sue pun suka singgah blog SA.. tak jemu baca kan..

    ReplyDelete
  8. Kak sa ne bukan kalangan blogger jew suka dengan dia anak miza pun suka aunty SA tau.

    ReplyDelete
  9. pernh jmpa skali tp xsempat bergmbr bersama..SA suka masak2 ..kalo masuk blog die lapar aje tgk die update menu masakan

    ReplyDelete
  10. da lama kena SA ni atau pgglan mnja Along je...tru blog jugakla...tp, ritu stop blog kejap tak in touch da..skang da aktif blog blk, mmg selalu g blog SA...

    ReplyDelete
  11. Kak SA memang tak lokek ilmu kan. Suka share dgn kita. Kak SA memang x sombong la.. Best sgt

    ReplyDelete
  12. Kak SA ni memang best. Open minded person dan ramah. Tak sabar nak kenal lebih dekat jumpa FTF nanti.

    ReplyDelete
  13. Kenal Sa melalui blog je.tapi nampak ramah.suka jugak tengok IG,tengok gambar makanan yang dia masak tu..uih..sedap

    ReplyDelete
  14. sy penah jumpa blogger SA ni dlm 1 event 2 thn lps...dia mgkn x kenal sy tp sy kenal dia hahahah nmpk sgt sy x pemes

    ReplyDelete
  15. Nak jadikan Ana & kak SA la, sebab hari2 rajin update blog. *thumbs up* to both of you dan bloggers rajin yang lain.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤