5 Perkara Yang Perlu Di Syukuri Terus Menerus - Ana Suhana

Dec 31, 2017

5 Perkara Yang Perlu Di Syukuri Terus Menerus


Ada banyak nikmat yang terus mengalir dalam hidup kita; nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat mendengar, nikmat melihat, nikmat tangan dan kaki, nikmat air dan udara dan nikmat makanan.

Apakah kita ingin mata kita dibeli dengan harga 1 bilion?

Mahukah kita menjual kedua telingan kita dengan harga 1 bilion?

Beranikah kita menjual kedua tangan dan kaki kita dengan harga  bilion?

Sediakah kita menjual hati kita dengan harga 1 bilion?

Betapa banyak nikmat yang kita miliki, tetapi sering kali kita tidak bersyukur atas semua tu.

Jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya - Surah Ibrahim, ayat 34


5 Perkara Yang Perlu Di Syukuri Terus Menerus 


1. KELUARGA

Tidak ada alasan bagi kita untuk tidak mensyukuri keluarga yang kita miliki.

Kita ada ayah, ibu, saudara, kakak, adik, isteri, anak dan seluruh keluarga kita.

Kita bersyukur di kelilingi keluarga yang mencintai dan menyayangi kita.

Sebahagian kita mungkin sudah ditinggalkan ayah atau ibunya, dan bahkan sudah di tinggal keduanya.

Jika ayah ibu masih ada disamping kita, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita.

Berilah kebahagiaan kepada mereka, jangan buat mereka bersedih.

Jika ayah ibu sudah tiada, jangan lupa doakan mereka.

Panjatkan doa-doa yang terbaik buat mereka dalam setiap solat kita.

Lakukan kebaikan agar kelak menjadi amal jariah yang pahalanya juga mengalir kepada ibu ayah kita.


2. KESIHATAN

Kata Nabi Muhammad saw di antara nikmat yang sering diabaikan manusia adalah nikmat sihat.

Ketika sihat kita lupa untuk menjaga kesihatan. Kita seakan-akan tidak sedar bahawa bila-bila sahaja Allah boleh uji kita dengan sakit.

Ketika sihat,kita tidak pernah menggunakan tubuh kita kita yang sihat untuk beribadah, mengisi hari-hari dengan kebaikan.

Tapi saat sakit menimpa, kita tergesa-gesa ingat kepada Allah. Kita membasahi bibir dengan terus mengucap zikir.

Kita baru sedar baawa melalui sakit Allah swt boleh mencabut nikmat hidup dari kita, Astaghfirullah.

Maka pergunakanlah masa-masa sihat untuk kita terus memupuk kebaikan, memperbanyak amal soleh, dan berkongsi kebaikan bersama.


3. PERKARA-PERKARA KECIL

Pernah kah kita memerhati dan mencium haruman bunga mawar?? Mungkin perkara biasa, dan bahkan tidak masuk akal tetapi cubalah lain kali.

Ada banyak perkara kecil yang harus kita syukuri, seperti hangatnya sinar matahari, suara burung di pagi hari, titisan hujan setelah seharian panas, dan banyak lagi.

Mururut satu kajian di Amerika Syarikat, salah satu komponen hidup bahagia adalah jika kita bersyukur atas perkara kecil yang terjadi.


4. TEMAN DAN SAHABAT

Kata Nabi Muhammad saw: "Mukmin kuat yang pandai bergaul dan sabar menghadapi liku-liku pergaulan lebih baik daripada mukmin lemah yang tidak pandai bergaul dan tidak sabar menghadapi liku-liku pergaulan" (Hadis Riwaya At-Tirmidzi).

Apa maksud hadis ini?

Perbanyakkan kawan, tetapi jangan salah pilih kawan.

Berkawan;ah dengan sesiapa sahaja yang boleh membawa kita ke jalan kebaikan. Bersyukurlah apabila memiliki teman dan sahabat yang sentiasa mendoakan saat kita senang dan bahagia, serta menyokong dan menguatkan kita saat kita terjatuh.


5. MASA KINI

Bersyukurlah untuk pekerjaanmu saat ini, walau amu tidak menyukainya. Bersyukurlah untuk kenderaan yang kamu miliki; basikal, motor, ataupun kereta. Semua perkara itu membuat hidupmu lebih mudah. Kenapa tidak mensyukurinya?
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. (Surah Ibrahim, ayat 7)



14 comments:

  1. Syukurlah walau dengan sekecil nikmat.. nescaya itu yang akan membuatkan hati kita bahagia dan merasa tenang.. Kalau ikut nafsu mesti merasa tak pernah cukup dan sering tak berpuashati dalam sesuatu hal.. Nauzubillah.. 😥😥

    Terima kasih untuk ingatan ini Ana

    ReplyDelete
  2. Good sharing Ana untuk ingatan kita bersama. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan pada kita kan..

    ReplyDelete
  3. Syukuri nikmat biar sekecil-kecil nikmat itu tanda berterima kasih kita padaNYA...terima kasih Kak Ana..perkongsian peringatan ini...sebenarnya kalau dihalusi...telah banyak yang kita terabaikan...tapi insyaAllah..akan diperbetulkan sedikit demi sedikit dengan istiqhomah..moga Allah permudahkan..amin.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing kak Ana :) Baru tersedar diri ni tak berapa nak bersyukur sebelum ni T_T

    ReplyDelete
  5. Ana...teringat satu video ni bila about one guy that living with lavish stuff. Kereta pun ferrari and he still young bila doc cakap die kena cancer. He is a muslim. Dan die pun bagitau, die rasa bersyukur bila ALLAH bagi cancer kat die sebab nya..dia sebelum ni take for granted dekat benda2 yang simple. Contohnya paling senang "FRESH AIR". Terus akak pun muhasabah diri juga. Huhuh...thanks for the reminder. InshaALLAH..semoga kita sentiasa menjadi manusia yang bersyukur dalam apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah for all the blessings :)

    ReplyDelete
  7. Kesihatan yang baik antara nikmat yang kita tak nampak dan sangat perlu disyukuri. Alhamdulillah. Terima kasih kak ana atas peringatan ^^

    ReplyDelete
  8. Betul.. Lebih banyak kita bersyukur, melimpah2 rezeki yang kita perolehi.. Semoga 2018 rezeki kita bertambah-tambah

    ReplyDelete
  9. semoga kita sentiasa bersyukur dngan apa yg kita miliki

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. good read hari ni.

    ReplyDelete
  11. great sharing. selamat tahun baru Ana

    ReplyDelete
  12. semoga kita sntiasa bersyukur dengan apa yg ada.. amin

    ReplyDelete
  13. Kena sentiasa bersyukur baru jiwa tenag dan bahagia.. Nice sharing Ana..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤