Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak-anak di Sekolah - Ana Suhana

Nov 8, 2017

Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak-anak di Sekolah


Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak-anak di Sekolah | Assalamualaikum. Isnin lepas  telah bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara. Dan tidak ketinggalan juga murid-murid yang telah dan sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Rata-rata ibu bapa pada masa ini sangat sibuk fokus pada anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian kepada mereka agar mereka sentiasa bersedia dan tenang untuk menjalani peperiksaan. Segala doa telah dititip dan usaha telah diberikan dengan harapan agar mereka berjaya dengan cemerlang selaras dengan usaha mereka. Usai peperiksaan, saat yang paling mendebarkan ialah saat keputusan peperiksaan di keluarkan. Pada masa ni, bukan anak-anak yang berdebar kadang ibu bapa yang berlebih-lebih. Kalau masa Ana dulu lepas tahu keputusan peperiksaan ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk sesi serah report card. Itu cerita dulu tapi kini dengan kemajuan teknologi, Sistem SAPS Ibu Bapa diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa memantau prestasi anak-anak di sekolah.

Sistem SAPS Ibu Bapa Memudahkan Ibu Bapa Memantau Prestasi Anak-anak di Sekolah

SAPS NKRA merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan National Key Results Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara). Sistem ini diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaaan para ibu bapa, guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP) dengan tujuan bagi meluaskan akses kepada mutu pendidikan yang lebih baik dan sistematik.

SAPS Ibu Bapa dapat membantu memudahkan para ibu bapa dan penjaga untuk menyemak keputusan peperiksaan dan ujian anak-anak secara atas talian (online) di mana-mana juga asalkan ada sambungan internet. Semakan keputusan yang boleh dibuat adalah untuk peperiksaan sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5) meliputi ujian awal tahun, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan dan peperiksaan akhir tahun KECUALI keputusan peperiksaan awam seperti keputusan SPM, PT3 dan UPSR.

Selain dari keputusan markah peperiksaan, sistem SAPS IbuBapa.co ini juga turut memaparkan bilangan jumlah mata pelajaran daftar, jumlah markah, gred pemarkahan peperiksaan terkini, takwim peperiksaan dalaman sekolah, kedudukan pelajar di dalam kelas dan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

Antara kelebihan Sistem SAPS Ibu Bapa ini ialah menjimatkan masa ibu bapa dengan tidak perlu untuk hadir ke sekolah semata untuk mengambil report card pelajar terutamanya bagi ibu bapa yang sangat sibuk. Selain itu sistem ini membolehkan ibu bapa melihat perkembangan pembelajaran anak-anak dengan menilai semua ujian dan peperiksaan yang diduduki. Dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan anak-anak dalam satu-satu matapelajaran dan seterusnya mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki kelemahan yang dihadapi. Jadual peperiksaan sepanjang tahun yang dipaparkan juga dapat membantu ibu bapa merancang  jadual masing-masing agar dapat memberi perhatian lebih kepada anak-anak. SAPS juga membantu ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dengan memastikan mereka benar-benar hadir ke sekolah. cara keseluruhan sistem SAPS Ibu Bapa secara langsung menjadikan ibu bapa lebih bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak.

Cara Mudah untuk Semak Keputusan Peperiksaan dengan SAPS

1. Masuk ke laman sesawang ini - SAPS. Nanti akan keluar paparan seperti di bawah.


2. Kemudian masukkan no sijil lahir ( bagi anak yang sekolah rendah) atau no kad pengenalan (bagi anak yang sekolah menengah). (Tanpa "-" atau SPACE)

3. Pilih negeri tempat anak bersekolah dan seterusnya cari nama sekolah berkenaan.

4. Kemudian pilih tahun dan jenis peperiksaan yang ingin di semak.

5. Slip keputusan peperiksaan akan di papar dan boleh dicetak untuk rekod persendirian.

Itu sedikit sebanyak info tentang sistem SAPS ini untuk perkongsian bersama. Untuk maklumat lanjut tentang sistem SAPS Ibu Bapa ni, sila layari lawan sesawang www.sapsibubapa.co ini.

10 comments:

  1. Sha suka.. Senang nak check markah periksa anak..

    ReplyDelete
  2. mmg senang ibubapa nk semak result

    ReplyDelete
  3. Memudahkan...tak ada chance anak-anak nak berahsia dengan mak ayah ni...

    ReplyDelete
  4. betul tu....setiap hari cek saps ni...berdebar nak tengok result hihi

    ReplyDelete
  5. Semua dihujung jari.. klau mls lagi xtau la kan

    ReplyDelete
  6. Ha a mmg sekarang ni guna SAP. Bagus jugakkan. Parent anytime boleh tgk result. Tak payah dah nak simpan simpan hard copy...

    ReplyDelete
  7. Memang inilah cara memantau prestasi anak bujang sis.. Takde dah sorok keputusan, sebelum dia tahu mama dia dah standby ceramah sambil pegang rotan.. menjawab! Thanks to SAPs system.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤