Resipi Sup Ikan Merah - Ana Suhana

Nov 11, 2017

Resipi Sup Ikan Merah


Resipi Sup Ikan Merah | Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu semua. Masak apa hari ni? Haa kalau takde idea nak masak apa kata cuba masak resipi sup ikan merah ni. Asyik makan ayam je bosan juga kan. Cuba sesekali buat sup ikan pula. Lagipun ikan antara makanan yang elok kalau nak di bandingkan dengan ayam kan. Nak masak dia pun tak susah mana pun. Tumis-tumis masuk air dah siap.

Baca juga : Resipi Cendawan Inoki Goreng Jintan

Resipi sup ikan merah
Resipi Sup Ikan Merah
Resipi Sup Ikan Merah

BAHAN-BAHAN

1. Ikan Merah - 4 keping
2. Tauhu Sup - 1-2 keping
3. Fishball
4. Bawang Merah - 3 biji *
5. Bawang putih - 3 ulas *
6. Halia - sedikit *
7. 4 beradik - bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kayu manis
8. Kiub Ikan Bilis (optional)
9. Cendawan Inoki (Optional)
10. Tofu Jepun (Optional) - digoreng dengan bersalut telur terlebih dahulu
11. Daun bawang daun sup

* di mayang halus

CARA-CARA

1. Tumis 4 beradik dengan bahan-bahan yang di mayang sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam dan kiub ikan bilis. 
4. Masukkan cendawan, fishball, tauhu sup dan tofu jepun.
5. Bila dah mendidih betul tutup api dan taburkan daun bawang dan daun sup di atas.
6. Sedia dihidang.

Resipi Sup Ikan Merah
Resipi Sup Ikan Merah

22 comments:

  1. sedapnya! sha takpernah try lagi sup ikan tapi terasa nak makan pulak hehe

    ReplyDelete
  2. ya Allah sedapnyeee. Ray suke gile makan sup. terliur dah ni

    ReplyDelete
  3. Memang sedap, buat sup atau sambal.. masa pantang mmg rajin makn sup ikan merah..

    ReplyDelete
  4. Sup ni masa kecik2 mak rajin buat.. Sekarang dah jarang sgt.. huu..

    ReplyDelete
  5. Lama dah PC tak masak sup ikan merah kak Ana....ni yang terasa nak mencari ikan merah ni...dapat kepala pun seronok juga...terima kasih kak kongsi resipi..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap, simple ja resepi ni..

    ReplyDelete
  7. Sedap.. Husniey suka makan sup ikan merah ni..

    ReplyDelete
  8. Alahai sedapnya.. tambah cili api Dal supnatau makan dgn sambal kicap yum yumm

    ReplyDelete
  9. Selalu ikan merah ira suka goreng garing lepastu makan dengan nasi panas sambal lada sikit dah boleh jalan hehe

    ReplyDelete
  10. sesekali sedap juga kan masak macam ni...asyik ayam jekkk...muak jugak..

    ReplyDelete
  11. perghh, ni mcm dekat teh tarik madu pak mat kuala besar PCB. sup ikan merah. thanks ana. ad jugak idea nk msk hjung minggu ni.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya Ana.. keluarga Kak Sue memang lebih suka makan ikan dari ayam. boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  13. Ain memang suka resepi yang senang2 macam ni. Cepat. Jimat masa.

    ReplyDelete
  14. Wah ikan merah ni memang banyak khasiat

    terutama kepalanya sebab kaya dha

    ReplyDelete
  15. Sup ikan merah ni antara menu nak berpantang nanti. Sedapnya lahai!

    ReplyDelete
  16. Bagus untuk kesihatan ni . Kalau masak makanan berminyak tak elok jugak .

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤