Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad di Pameran Rehlah Nabawiyyah - Ana Suhana

Nov 19, 2017

Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad di Pameran Rehlah Nabawiyyah


Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad s.a.w di Pameran Rehlah Nabawiyyah | Assalamualaikum. Memandangkan cuti sekolah akan  bermula tidak lama lagi, Ana nak war war kan dekat korang semua ada satu aktiviti yang sangat bermanfaat dan bagus untuk dikunjungi seisi keluarga. Jom ramai-ramai kita menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad s.a.w di Rehlah Nabawiyyah.


Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad s.a.w di Pameran Rehlah Nabawiyyah

Pameran Rehlah Nabawiyyah ini telah di buka kepada orang ramai bermula pada 18 November 2017 iaitu semalam bertempat di Galeri Utama, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam.

Pameran di buka bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Khamis) dan 9 pagi hingga 7 petang (Sabtu / Ahad). Tiket berharga RM15 untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah manakala RM25 untuk dewasa.

Objektif Pameran :

1. Keimanan - Mendekatkan ummah dengan Sirah dan pusaka peninggalan Nabi SAW

2. Teknologi - Memanfaatkan teknologi moden dan ICT sebagai medium dakwah yang sangat efektif

3. Dakwah - Mengajak masyarakat supaya mencintai ilmu dan para ulama

Untuk maklumat lebih lanjut korang layari www.rehlahnabawiyyah.com atau telefon 03-55119001 / 019-3893788.

18 comments:

  1. Program macam ni yang bagus untuk di promosikan

    baru dapat pahala

    ReplyDelete
  2. Wah.. Bagus nie.. Boleh bawa anak-anak ke sini..

    ReplyDelete
  3. Selain berselawat...pameran sebegini juga cara mendekatkan kita pada Baginda Rasulullah SAW kan Kak Ana..

    ReplyDelete
  4. program begini kita patut terapkan kepada anak2 sedari mereka kecil kan..semoga kita dan anak2 lebih mengetahui kisah junjungan kita

    ReplyDelete
  5. Wah bagus, boleh bawa anak-anak Kak Sue nanti nie..

    ReplyDelete
  6. Ada nampak jgak kawan sebar poster ni utk semalam. Tapi, tak dapat pegi. Memang seronok kalau boleh pegi, moga2 dapat dekatkan lagi kita dengan baginda Nabi Muhammad saw. :)

    #sollu a'la nnabiy

    ReplyDelete
  7. memang bagus ar kalau ada program macam ni dibuat tapi nak pergi tak dapat..jauh..

    ReplyDelete
  8. Bestnya program ni. Memang patut kerap buat program macam ni supaya anak2 muda lebih celik tentang sejarah Rasulullah. Kalau dekat Ain nak pergi InsyaaAllah.

    ReplyDelete
  9. Macam menarik juga if dapat bawa anak2 ke sini

    ReplyDelete
  10. Elok ni untuk generasi baru mendalami sirah Nabi.. Untuk yang dewasa pun boleh refresh balik pengetahuan.. ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  11. Dah dekat ni. Boleh pergilah kalau Ada kesempatan

    ReplyDelete
  12. Bagus perkenalkan sirah nabawiyah ni pada anak-anak supaya mereka tahu sejarah Nabi kita

    ReplyDelete
  13. Program yang terbaik moga lancar perlaksanaannya ya

    ReplyDelete
  14. Assalam....ingin tahu adakah potongan harga tiket jika kita membawa rombongan ke pameran itu. Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tuan untuk harga pakej tuan boleh hubungi no tertera di atas. Saya hanya war warkan saja

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤