Magnet Menarik Rezeki - Ana Suhana

Nov 22, 2017

Magnet Menarik Rezeki


Magnet Menarik Rezeki l Assalamualaikum. Tahu tak yang ada sekecil-kecil perkara yang boleh menyebabkan rezeki kita dimurahkan Allah SWT. Kadang kita tak sedar pun tentang perkara tersebut. Ni Ana share buat perkongsian bersama semoga dapat kita sama-sama amalkan.
Magnet Menarik Rezeki l
Magnet Menarik Rezeki 
Magnet Menarik Rezeki 

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing-kucing yang datang.

2. Asingkan sedikit hasil gaji atau upah untuk di sumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

4. Letakkan di bilik sebuah kotak. Setiap kali kita merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

5. Jika kita hadir dalam sesuatu majlis (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).

6. Jika kita membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kita dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kita temui, berilah salam kepada orang yang duduk bersebelahan dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan kita tidur melainkan setelah kita mengampunkan setiap orang yang telah berbuat jahat kepada kita samada dengan menghina, menyebarkan fitnah dan menzalimi kita.

11. Setkan pada handphone kita penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk baca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

17 comments:

  1. tq for sharing...pernah terbaca juga..smoga kita smua dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. Pernah baca ni dulu kat whatsapp tapi dah ingat-ingat lupa.
    Baca ni dapat refresh semula.
    Thanks.

    ReplyDelete
  3. tq berkongsi ana..perkongsian yang sangat bagus, moga sama2 dapat amalkan

    ReplyDelete
  4. thanks ana atas perkongsian ni.. untuk peringatan kita bersama...

    ReplyDelete
  5. Thanks ana banyak rupanya magnet yang boleh menarik rezeki tanpa kita perasan

    ReplyDelete
  6. bagus perkongsian Jumaat ni, insyaallah moga diri ni lebih terus jadi baik !

    ReplyDelete
  7. Good sharing Ana.. semoga kita semua terus istiqomah perbaiki diri kita kan..

    ReplyDelete
  8. tq for sharing dear,reminder for my self

    ReplyDelete
  9. Allahu...terima kasih kak Ana..peringatan dan perkongsian untuk memperbaiki diri..

    ReplyDelete
  10. perkara simple yang kit selalu terlepas pandang. terima kasih share!

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini ana.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian. Bukan nak memuji diri tapi sekadar berkongsi, Saya selalu praktiskan tips nombor 5.Especially jika ada majlis keramaian dan dijemput menghadirinya. Paling bodoh pun saya akan sediakan sebekas kuih limas, atau apa-apa kuih.
    Insya Allah semoga dipermudahkan untuk mengamalkan tips yang lain pula.

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing this, kak :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤