Lazada Online Revolution Blogger Contest - Ana Suhana

Nov 12, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest


Lazada Online Revolution Blogger Contest l Assalamualaikum. Yeahhhh sekali lagi Lazada menganjurkan Blogger Contest bersempena dengan Online Revolution yang bermula pada 11 November 2017 (11.11.2017) sehingga 14 December 2017. Pelbagai tawaran menarik dan istimewa pada harga tidak masuk akal di tawarkan sepanjang Online Revolution ni. Flash sales diadakan setiap 2 jam while stock last. Memang rambang mata di buatnya. 
 Lazada Online Revolution Blogger Contest
Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Seperti contest yang lepas, kita di wajibkan untuk menjawab soalan-soalan yang di berikan. Moh lah kita jawab. Tak susah pun soalan dia.

1. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Ana terjebak dengan Lazada ni sejak baru lagi iaitu awal tahun ni. Lepas dari tu memang selalu juga lah abang posmen singgah dekat rumah untuk hantar pesanan-pesanan yang di buat. Macam tak boleh berhenti dari dok scroll apps  Lazada ni. Ada je benda yang masuk dalam wishlist untuk di beli. Lagi-lagi bila ada sales kaw kaw kan, confirm ada je benda yang di beli. Ingat lagi benda pertama yang Ana beli dengan Lazada ialah 2 buah buku karya Hadi Fayyadh. Masa tu tengah addicted membeli buku. Di sebabkan takde masa nak keluar membeli jadinya Ana cuba beli dengan Lazada. 
Pesan hari ni 2 hari lepas tu abang posmen datang hantar parcel. Memang cepat giler service dia. Buku-buku tu pun di bungkus dalam keadaan yang baik. Memang puas hati. Tak menyesal beli melalui Lazada.

2. Which types of products would you prefer buying online?

Secara peribadi Ana selesa membeli belah atas talian untuk produk-produk yang tidak berkaitan dengan isu SAIZ atau erti kata free size atau sesiapa pun boleh pakai produk tu. Selalunya Ana akan beli aksesori wanita dengan Lazada seperti jam, handbag dan juga aksesori untuk melancong kerana terdapat banyak pilihan dari para penjual.

3. What to you love about online shopping?

Banyak perkara yang Ana suka tentang online shopping.  Antaranya ialah :

a.  Jimat masa dan tenaga yang paling utama. Tak perlu nak keluar rumah, tempuh kesesakan jalan raya dan kesesakan manusia di pusat beli belah.

b.  Pelbagai pilihan untuk satu jenis barang ditawarkan dan di jual pada harga yang berpatutan.

c. Sesetengah barang-barang yang dijual tidak dapat di beli di physical store dan barang-barang tersebut selalunya mempunyai design yang lebih menarik dan unik.

d.  Barang-barang dari luar negara dapat dibeli dengan mudah dan pembelian dijamin oleh pihak penjual. Harga barangan yang dijual serta kos penghantaran sangat murah berbanding jika kita beli sendiri di luar.

e. Perkhidmatan pelanggan yang sentiasa membantu jika terdapat kes-kes tertentu seperti kes pemulangan barang kerana defect atau barang belum tiba seperti yang di jangka. Ini membuatkan kita rasa lebih secure untuk membeli belah atas talian.

4. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Soalan ni paling senang nak jawab sebab....terlalu banyak benda nak di beli. Semuanya murah-murah dan menarik. Antara yang Ana nak sangat beli ialah:

a. RESTING CHAIR with STOOL
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Resting Chair with Stool

Kerusi ni memang dah lama sangat Ana aim untuk letak di ruang tamu. Mesti selesa dapat duduk dekat kerusi rehat tu sambil layan drama Korea. Yang best lagi kerusi rehat ni didatangkan dengan stool untuk letak kaki. Memang bertambah selesa lah nampaknya. Fabrik yang digunakan pun  berkualiti tinggi jadi tak risau kalau kena lanyak dengan Syafi.

b. PENSONIC MULTI FUNCTION BLENDER
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Pensonic Multi Function Blender

Lagi satu benda yang Ana nak sangat beli masa online revolution  ialah blender. Blender kering yang ada dekat rumah ni dah rosak jadi susah lah kalau nak kisar bahan-bahan kering. Terpaksa menumbuk guna lesung buat masa ni. Letih satu hal bising pun satu hal. Marah rumah bawah nanti. Hehe. Alang-alang nak beli blender Ana nak beli yang multi function macak blender dari Pensonic ni. 4 in 1.  Ada blender, grinder, chopper dan juice extractor. Memang berbaloi.

So korang sementara Lazada tengah anjurkan Online Revolution yang bermula pada 11 November 2017 (11.11.2017) sehingga 14 December 2017 moh kita berjemaah shopping di Lazada. Semua barang-barang dijual pada diskaun yang awesome. Tunggu apa lagi.

Dan pada sahabat blogger yang masih belum join Lazada Online Revolution Blogger Contest ni masih ada 3 hari dari hari ni tau. Cepat-cepat karang entri. Tak susah pun. Lagi ramai yang join lagi banyak hadiah ditawarkan. Semoga berjaya korang.

Kurang dari 200 Peserta (RM3,150 untuk 25 pemenang):

Tempat pertama :  1 x RM300
Tempat kedua     :  9 x RM150
Tempat ketiga     : 15 x RM100

Lebih dari 200 Peserta (RM6,150 untuk 50 pemenang):


Tempat pertama :  1 x RM500
Tempat kedua     : 15 x RM150
Tempat ketiga     : 34 x RM100

Lebih dari 350 Peserta (RM10,400 untuk 80 pemenang):


Tempat pertama :  1x RM750
Tempat kedua     : 35 x RM150
Tempat ketiga     : 44 x RM100

Lebih dari 500 Peserta (RM14,500 untuk 111 pemenang)


Tempat pertama :  1 x RM1,000
Tempat kedua     : 50 x RM150
Tempat ketiga     : 60 x RM100


18 comments:

  1. sha tak join lagi. alamak kejap nakpi join haha

    ReplyDelete
  2. Good luck ana....moga ada rezeki untuk kita semua...aminn...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..moga ada rezeki untuk kak Ana :)

    ReplyDelete
  4. All the best! Nanti I nak join gak..hehe..cari idea seround.

    ReplyDelete
  5. Tak sempat lg nak buat entry...
    All the best yer :)

    ReplyDelete
  6. gud luck akakk. hadiahnya mmg lumayan. busyra nak join tp tak join2 lagi. hehe

    ReplyDelete
  7. All the best AS.

    Adeh!!! bila la mood rajin nak datang ni hajat hati memang nak joint pun.

    ReplyDelete
  8. Kak Sue tak join kali nie, good luck Ana..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤