7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN - Ana Suhana

Nov 10, 2017

7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN


7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN | Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.  Marilah kita perrbanyakkan selawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Kalau di lazimi tak sampai 5 minit pun dah boleh selesai 100 kali selawat tu. Selain selawat, hari ni Ana nak kongsu dengan korang semua 7 sunah Nabi Muhammas s.a.w yang layak dihidupkan oleh kita sebagai seorang umat Baginda.



7 SUNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN

Pertama :TAHAJJUD
➖➖➖➖➖➖➖➖
Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua : BACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat!

Ketiga : MASJID
➖➖➖➖➖➖
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkah kan kaki ke masjid dahulu, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Ke-empat : SOLAT DHUHA
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, manfaat solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Ke-lima : SEDEKAH
➖➖➖➖➖➖➖➖
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda.

Ke-enam : WUDHUK
➖➖➖➖➖➖➖➖
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk sentiasa akan merasa seperti selalu bersolat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Ya Allah”

Ke-tujuh : ISTIGHFAR
➖➖➖➖➖➖➖➖
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah Swt. Lazimi istighfar sekurang-kurangnya 100 kali s

17 comments:

  1. Kalau ikutkan mcm tak delah susah mana nak buat sunnah baginda tu kan Ana..
    Tapi dah kata hikmahnya besar, mmg beratlah nak amalkan...mcm Ana katalah berselawat tu kalau dilazimi 5 minit pun capai 100 kali...tp tulah....selalu je kita leka huhu

    ReplyDelete
  2. Kita mulakan...tidak mengapa pada awalnya agak sukar..tapi lama kelamaan menjadi terbiasa...lakukan dan amalkan sunnah tanda ingat dan cintai Baginda Rasulullah SAW.
    Salam Jumaat.terima kasih perkongsian ini kak Ana :)

    ReplyDelete
  3. saya selalu nmpak ade sorang staff ni selalu solat dhuha..surau kami seblah toilet..jadi bila saya nak ke toilet mmg selalu nmpk die..die mmg murah rezeki..motor besar..jelas kebesaran allah kat situ

    ReplyDelete
  4. banyak lagi yang mrs pip kena usahakan nak buat....
    kadang2 lupa nak istighfar, padahal bukan susah mana pun kan ...;((

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua istiqamah melaksanakan sunnah baginda Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  6. nampaknya kena mantapkan lagi esp dari segi solat sunat ni. tq ana mengingatkan mama

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas peringatan. salam Jumaat

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Kena print out dan tampal dekat tempat senang nampak. Kadang-kadang benda simple boleh terlupa. Rugi tak amalkan.

    ReplyDelete
  9. terima kasih sis ana atas peringatan bersama ..

    ReplyDelete
  10. Good sharing Ana, semoga kita semua terus istiqomah perbaiki diri dan amalan kita. Kalau dah biasa buat apa yang Ana kongsikan nie, jadi terbiasa dan sayang nak tinggalkan Ana..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kak atas peringatan. Sentap jiwa rasanya huhu

    ReplyDelete
  12. nak jaga wudhuk tu paling susah sebab suka nau kentut :P

    ReplyDelete
  13. Semoga kita sentiasa dipermudahkan untuk buat semua itu.. Banyak lagi sis kena perbaiki..

    ReplyDelete
  14. banyak jugak perlu diperbaikan. terima kasih atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  15. Good sharing. Sama sama kita perbaiki dan tingkatkan amalan kita

    ReplyDelete
  16. tq kak ana. sma2 kita tingkatkan amalan kita. InshaAllah.

    ReplyDelete
  17. Kita buat dengan niat ikhlas dan juga jaga hak sesama manusia

    Semoga Allah terima ibadat kita

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤