November 2017 - Ana Suhana

Nov 30, 2017

Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak

10:14 AM 11
Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak

Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak |
Assalamualaikum. Ada siapa suka makan cendawan telinga? Ke ada yang tak pernah dengar pasal cendawan telinga ni? Cendawan telinga ni dikatakan mempunyai banyak khasiat seperti dapat mengurangkan masalah panas badan dan juga masalah sakit pada kulit akibat luka terbakar. Lendir dari cendawan ni apabila dipanaskan memiliki khasiat penawar bagi zat-zat beracun yang wujud dalam makanan. Kandungan bahan yang terdapat dalam lendir cendawan efektif untuk menghalang pertumbuhan sel kanser sehingga 90%. Selain itu cendawan telinga ni juga berfungsi mencegah dan menghalang dari berlakunya penggumpalan darah, mengatasi darah tinggi, memudahkan proses membuang air besar dan sekaligus mengurangkan masalah buasir. (Sumber : SINI)

Baca juga : Resipi Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet
Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak
Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak 

Resipi Cendawan Telinga Masak Lemak 

BAHAN-BAHAN

1. Cendawan telinga - 1 paket
2. Santan - 1 biji kelapa
3. Bawang merah - 3 biji **
4. Cili Api - 10-15 biji **
5. Ikan bilis - sedikit **
6. Kunyit - sedikit **

** di kisar bersama

CARA-CARA

1. Rendam cendawan selama 3 jam. Kemudia lepas cendawan kembanh potong ikut saiz yang korang suka.

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama air dan panaskan di atas dapur.

3. Masukkan cendawan dan masak sehingga cendawan benar-benar lembut

4. Masukkan santan dan kemudian masukkan garam sesedap rasa. Masak sehingga santan mendidih.

5. Siap dihidang.

* Nak masukkan sayur seperti terung pun boleh.

Nov 29, 2017

Printcious - Gudang Hadiah Eksklusif Buat Teristimewa

8:55 AM 15
Printcious - Gudang Hadiah Eksklusif Buat Teristimewa

Printcious - Gudang Hadiah Eksklusif Buat Teristimewa | Assalamualaikum. Musim cuti sekolah ni confirm banyak undangan majlis perkahwinan kan. Al-maklumlah dah jadi trend dekat Malaysia ni asal cuti sekolah je berlumba-lumba orang nak buat kendiri kahwin. Tapi tak boleh nak buat apa. Masa cuti sekolah ni lah masa yang semua saudara mara boleh berkumpul bersama. Dan selalunya ibu bapa yang bekerja akan plan untuk apply cuti masa cuti sekolah ni juga untuk sama-sama menikmati cuti bersama sekeluarga.
printcious
Printcious
Printcious - Gudang Hadiah Eksklusif Buat Teristimewa 

Bila sebut pasal majlis perkahwinan ni tak syok rasanya kalau kita datang dengan tangan kosong kan. Lagi-lagi kalau majlis tu majlis saudara mara dan kenalan rapat. At least nak ada bawa something special and unique untuk mereka kan sebagai tanda ingatan. Bila masuk bab hadiah mula lah kita pening tak tahu nak bagi apa. Tapi sekarang dengan Printcious - Precious Gifts From Your Heart korang dah tak perlu nak serabut kepala. Banyak pilihan hadiah yang sangat menarik untuk di pilih.

Tak terhad untuk hadiah perkahwinan saja, hadiah untuk sambutan hari jadi dan juga sambutan Krismas pada 25 Disember 2017 yang akan datang ni pun korang boleh create dekat Printcious ni. Serius semua hadiah-hadiah yang ada semuanya cantik dan nampak sangat eksklusif. Confirm tak kan sama dengan hadiah orang lain sebab kita design sendiri kan hadiah tersebut. Yang penting hadiah tersebut boleh ikut bajet kita. Dan yang bestnya Printcious selalu mengadakan tawaran hebat yang sangat berbaloi. Dah lah barang berkualiti dapat pula penjimatan berganda. Untung kan!!! Rugi tau kalau tak beli dengan Printcious ni. Ana dah 2 kali beli dengan Printcious tau. Salah satu nya Ana dah cerita di entri INI. Kalau tak berkualiti Ana tak promote tauuuu. Jom tengok apa yang ada dekat Printcious ni.

1. CUSHION (SQUARE)

Bantal boleh menjadikan suasana sesebuah rumah menjadi lebih ceria dan indah. Bantal yang lembut  dan mempunyai sentimental value mampu menjadi peneman setia seseorang. Sarung bantal ini boleh di cetak di kedua-dua bahagian dengan teknik sublimation yang membuatkan bantal terssbut nampak mahal dan kemas.

2. CERAMIC TILES

Jubin seramik di Printcious diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, di jamin tahan lasak dan terdapat di dalam 2 saiz. Pemilihan jubin seramik sebagai pengganti frame gambar sesuai untuk menimbulkan gaya minimalis dan advance.

3. MUGS

Tahu tak yang sweet message yang kita cetak di atas mug untuk dihadiahkan buat seseorang yang istimewa boleh membuat orang tersebut rasa dihargai dan diingati.

4. PUZZLES

Ramai di antara kita yang suka bermain jigsaw puzzles. Jadi tidak ada yang lebih menggembirakan daripada berkumpul dan spend masa dengan keluarga membina jigsaw puzzles sambil menggamit memori indah yang dicipta bersama dahulu.

5. CANVAS

Kenapa perlu print gambar dan bingkaikan mengikut gaya lama.jika sekarang kita boleh print di atas canvas yang lebih mempunyai nilai estetik dan nampak lebih eksklusif untuk mengabadikan kenangan yang indah.

6. MOUSEPADS

Meja kerja kini tidak kelihatan kosong dan membosankan dengan adanya mousepads yang dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik. Ini juga boleh menaikkan semangat untuk bekerja dengan kata-kata motivasi yang dicetak di atas mousepads tersebut.

7. KEYCHAINS


8. MINI TEES

9. APRON

Menarik kan barang-barang yang ada di Printcious ni. Ada yang korang dah berkenan ke? Kalau dah ada meh Ana ajar cara nak customise hadiah-hadiah yang korang nak tu ikut kreativiti masing-masing. Hanya beberapa langkah mudah je.

1. Pilih hadiah yang korang berkenan.



2) Pilih saiz dan tekan customize it untuk proses uploading and editing.


3) Pilih tab image untuk upload gambar.

4) Upload gambar yang korang nak. Korang boleh pilih nak upload gambar samada dari galeri komputer atau pun dari laman sosial korang. Lepas gambar di upload, korang boleh design untuk masukkan text atau gambar lain mengikut kreativiti korang. Dah habis edit semua, pilih gambar tadi dan tekan insert. Kemudian tekan done supaya artwork korang tadi di save ke dalam server.

5) Ni proses terakhir sebelum add to cart. Kalau korang nak beli aksesori sekali, bolehlah tekan pada gambar aksesori tersebut. Dan seterusnya proceed to add to cart.


6) Hadiah korang ready untuk di proses selepas pembayaran di buat. Pembayaran pula boleh dibuat melalui cash deposit, online transfer atau debit / credit card. 



Senang je kan nak create hadiah dekat Printcious ni. Yang pasti semua barang-barang yang dijual di sini berkualiti dan memang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. Yang nak buat delivery suprise pun boleh sebab hadiah-hadiah tersebut dibalut kemas dan kotak Printcious itself dah sedia cantik tau. Ana dah 2 kali beli korang bila pula? Untuk maklumat lanjut korang boleh ke sosial media Printcious di bawah ni:

Nov 28, 2017

LOVERA MAGIC JELLY Pelembap Pelbagai Fungsi DiFormulasi Dari Bahan Semulajadi

9:57 AM 22
 LOVERA MAGIC JELLY Pelembap Pelbagai Fungsi DiFormulasi Dari Bahan Semulajadi

LOVERA MAGIC JELLY Pelembap Pelbagai Fungsi DiFormulasi Dari Bahan Semulajadi l Assalamualaikum. Sebulan dua ni Ana perasan banyak kawan-kawan Ana baik di FB dan IG dok bercerita tentang kebaikan satu produk berasaskan aloe vera ni. Rata-rata semua berpuas hati lepas guna produk ni. Ana yang dok baca jadi macam tertarik lah pula kan. Kebetulan pelembab muka dekat rumah ni pun dah nak habis, jadi Ana amik lah kesempatan ni untuk mencuba produk yang hangat diperkatakan ni iaitu LOVERA MAGIC JELLY Pelembap Pelbagai Fungsi Di Formulasi Dari Bahan Semulajadi.
Lovera Magic Jelly
LOVERA  Magic Jelly
LOVERA MAGIC JELLY Pelembap Pelbagai Fungsi DiFormulasi Dari Bahan Semulajadi

Tapi.......sebelum Ana order LOVERA MAGIC JELLY ni, Ana ada buat research dulu tentang produk ni. Ana kalau bab produk-produk kecantikan ni memang cerewet sikit. Tak semua produk Ana akan pakai kecuali bila Ana dah betul-betul yakin. Lepas selidik, Ana dapati yang LOVERA ni diperbuat dari bahan semulajadi tanpa paraben, tanpa pewarna tiruan dan tanpa bahan kimia. Yang buat Ana lagi yakin nak guna LOVERA ni ialah bila ianya diiktiraf selamat oleh KKM dan mendapat sijil HALAL oleh JAKIM. Selain tu, LOVERA juga telah mendapat kelulusan proses pengilangan bermutu tinggi (GMP).
OKCancel
Lovera Magic Jelly

Macam Ana cerita dekat atas ni yang LOVERA diformulasi dari bahan semulajadi. Bahan utama yang di gunakan dalam LOVERA ni ialah Aloe Vera (lidah buaya) dan timun. Seperti yang kita tahu Aloe Vera telah lama digunakan sejak zaman Cleopatra dan sangat bagus untuk kecantikan dan menyihatkan kulit kerana ianya kaya dengan Vitamin A, C, E dan asid folik. Manakala timun pula terkenal kerana kebaikkannya dalam proses revitalisasi sekaligus membantu meremajakan kulit kita. Dan baru-baru ni formulasi LOVERA telah dipertingkatkan dengan tambahan 2 bahan yang sangat baik untuk kulit iaitu Jicama (Sengkuang) dan Chamomile. Antara khasiat sengkuang dan chamomile ialah:

Khasiat Chamomile :
1. Merawat jerawat degil
2. Pencerah muka semulajadi
3. Mengecilkan pori
4. Mengurangkan lingkaran mata hitam
5. Anti-oksida. Anti-penuaan
6. Mengurangkan kelemumur
7. Mempercepatkan penyembuhan luka

Khasiat Sengkuang :
1. Bahan semulajadi untuk menyerikan kulit kusam
2. Mencerahkan muka dengan selamat 
3. Melembapkan kulit muka
4. Melambatkan proses penuaan kulit 
5. Vitamin C & B di dalam sengkuang menyihatkan kulit dan membuat kulit nampak sehat dan berseri.


Lovera Magic Jelly
Lovera Magic Jelly

Bila dah puas hati dengan bahan-bahan yang digunakan Ana pun proceed beli satu. Kononnya sebagai tester lah kan. Bila sampai je LOVERA ni dekat rumah terus Ana cuba pakai. Nampak kerakusan dekat situ kan. Hehe. Masa apply dekat kulit tangan tu kan, serius rasa best gilerr. Gel LOVERA tu terasa meresap ke dalam kulit membuatkan kulit jadi moist and soothing. Bukan tu saja, bau gel dia pun wangi sangat. Sampai rasa macam nak makan pula. Memang satu pilihan terbaik lah bila Ana decide beli LOVERA ni. Thanks pada kawan-kawan yang mempromokan LOVERA ni.
Lovera Magic Jelly
LOVERA Magic Jelly

Kegunaan LOVERA MAgic Jelly

1) Melembapkan Kulit
LOVERA  Magic Jelly
LOVERA  Magic Jelly
Aloe Vera terkenal kaya dengan Vitamin A,C dan E serta mengandungi mineral dan antioksidan yang diperlukan untuk merawat masalah kulit kering. Di sebabkan khasiat tersebut menjadikan LOVERA berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan kulit muka dan badan serta bertindak sebagai anti-penuaanHanya sapu setiap pagi dan malam untuk memastikan kulit kita sentiasa sihat dan cantik.

LOVERA Magic Jelly juga bertindak menghilangkan jerawat secara efektif, menghapuskan kulit kusam, memudarkan kesan parut lama dan baru, mengecilkan liang pori dan membaiki dan mengembalikan kukit sihat dari dalam.

2) Sebagai Make-up Based dan Make-up Remover
LOVERA Magic Jelly
LOVERA Magic Jelly

Apa yang menarik tentang LOVERA Magic Jelly ni ialah selain dijadikan sebagai pelembap, ia juga boleh dijadikan sebagai make-up based yang sangat baik untuk kulit muka kita. Hasilnya kulit akan sentiasa nampak sihat dan cantik serta make-up pun tahan lama.

Tak terhad sebagai make-up based sahaja, kemagikan LOVERA ni juga boleh digunakan sebagai make-up remover. Hanya gosok Magic Jelly ni ke muka secara menyeluruh dan basuh. Nanti korang akan nampak yang make-up dekat muka tadi semua tertanggal dan mudah untuk di cuci

3) Merawat Masalah Rambut
LOVERA  Magic Jelly
LOVERA  Magic Jelly
Korang tahu tak yang Aloe Vera juga terkenal dalam merawat masalah rambut. Ini kerana aloe vera terkenal tinggi dengan vitamin dan mineral yang membantu menyuburkan dan melebatkan rambut serta memulihkan masalah rambut seperti rambut gugur dan rambut kering.

Sebab khasiat tu Ana juga jadikan LOVERA Magic Jelly ni sebagai serum dan minyak rambut untuk seisi keluarga. Hanya picit gel ke tapak tangan, ramas dan sapu ke atas rambut. Rambut pun jadi wangi dan takde masalah rambut berbau terutama bagi wanita bertudung. Masalah kelumumur dan rambut bercabang pun dapat diatasi. Best sangat kan.

4) Berfungsi sebagai sunblock

LOVERA Magic Jelly juga berfungsi sebagai pelindung matahari yang sangat baik untuk muka kita.  Oleh itu sebelum keluar rumah pastikan yang korang wajib pakai gel ni terlebih dahulu untuk melindungi muka dari sinaran matahari. Taklah muka kena sunburn teruk malah muka boleh nampak berseri dan glowing.

5) Pengganti losyen untuk anak-anak

Kebanyakan losyen yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan baby dan anak-anak. Berbeza dengan LOVERA Magic Jelly yang bebas dari bahan kimia dan bahan toksik serta tidak mempunyai steroid dan tidak berminyak menjadikan ia sesuai digunakan untuk anak-anak termasuk untuk anak-anak yang mengalami masalah eczema. LOVERA Magic Jelly ni boleh membantu menghilangkan masalah cradle cap (keruping kepala), merawat dan melegakan masalah ruam susu serta  membantu merawat ruam lampin.

Satu Beg Satu LOVERA Magic Jelly

Kerana fungsinya yang pelbagai guna serta boleh digunakan seisi keluarga, korang wajib beli dan make sure yang Magic Jelly ni sentiasa ada di dalam handbag korang sorang satu dan bawa ia ke mana-mana korang pergi. juga. Kita tak tau masa bila kita akan memerlukan LOVERA Magic Jelly ni kan. Mana tau masa tengah memasak di dapur atau masa tengah bercuti tetiba kulit kita terluka ke, melecur ke, jadi dengan adanya LOVERA Magic Jelly ni ia boleh bertindak sebagai first-aid kit korang. Kesan sejuk aloe vera membantu menyejukkan dan merawat kedan luka dan melecur dengan pantas serta mengelakkan dari kesan parut dari terjadi.

Lovera Magic Jelly
LOVERA Magic Jelly
Haaa amacam...menarik kan LOVERA Magic Jelly ni? Banyak kebaikan yang boleh diperolehi dari sebotol Magic Jelly ni. So kalau korang berminat nak cuba LOVERA Magic Jelly ni, korang boleh layari laman sesawang di bawah ni. Harga sebotol LOVERA Magic Jelly ni ialah RM70 (60ml).


Laman Sesawang :

Instagram :

Facebook:

Telefon :
011-3234 8255

Alamat :
DW Global Plt (LLP0007973-LGN)
Tingkat 10, Plaza Azalea
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor


Nov 27, 2017

Makan Malam Sambil Layan Busker di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

12:14 PM 23
Makan Malam Sambil Layan Busker di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Makan Malam Sambil Layan Buskers di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam l Assalamualaikum. Sabtu lepas masa balik dari cook show di Glenmarie Ana decide untuk saja bermalam di Shah Alam. Sebabnya esok ada lagi satu cook show di SACC. Kesian pula dekat En Suami kena ulang alik Selayang -Shah Alam walaupun tak jauh mana kan. Jadinya malam minggu tu Ana try makan malam sambil layan buskers di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam.
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Makan Malam Sambil Layan Busker di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Memandangkan sepanjang malam tu hujan Ana just ajak En Suami makan di kawasan berdekatan hotel je. Petang tu sebelum check in kitorang dan survey dulu kedai-kedai makan yang ada dekat situ. Bila nampak Mios Kitchen ni terus ajak En Suami cuba makan dekat sini. Nampak macam meriah je dari luar.

Masa Ana sampai dekat restoran ni dalam pukul 8. Masa tu hujan baru renyai-renyai lagi. Elok je duduk tengok menu hujan bukan main lebat turun. Kalau lambat sikit confirm basah kuyup dibuatnya. Walaupun hujan lebat, pelanggan tetap ramai yang datang ke sini. Rata-rata bawa keluarga yang ramai. So nampak macam femes juga lah Mios Kitchen ni. Mesti sedap kot Ana pikir masa tu.

Mios Kitchen menyediakan pelbagai jenis menu untuk dipilih. Memang pening juga lah nak pilih nak makan apa malam tu. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Ada pilihan kombo lagi kalau yang nak tong tong dengan kawan-kawan. Dan yang best harga dia pun murah wei untuk kawasan macam Shah Alam ni. No wonder lag ramai yang singgah makan dekat sini. Ada hidangan barat, Melayu dan juga sedikit makanan Korea iaitu ramen. Mula-mula teringin juga nak makan ramen tu tapi tengok semua menu ramen ada perkataan spicy so macam tak berani lah Ana nak cuba makan sebab masih sedar diri ada gastrik. Lagipun nak kena kongsi makan dengan Syafi kan. Tak boleh nak maik pedas-pedas kang budak kecik tu ada alasan kukuh tak nak makan. Huh. Agak kempunan di situ. Huhu. Moh ler tengok apa yang Ana order malam tu.

1. Nasi Goreng Chicken Chop - RM13.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Memang pilihan yang terbaik untuk 2 orang makan macam Ana dan Syafi. Tu pun nasi goreng tu tak boleh nak berapa habis jadi minta En Suami tolong perabiskan. Memang agak besar portion dia sebab nasi goreng tu dan berat kan. Bila ada pula chicken chop yang sama berat so faham-faham sendirilah. Nasi goreng tu memang kepingan ham dipotong kecik dan ada juga sayur campur.  Manakala chicken chop tu dilimpahi dnegan mushroom sauce dan dimasak sempurna. Takde langsung bahagian yang tak masak which is Ana sangat particular tentang tu. Tak suka sebab nak kena tunggu masak sekali lagi dan  nanti rasa dan tekstur dia dah tak sama macam mula-mula. Menu ni juga ada salad sekali. Macam best pula makan nasi goreng dengan chicken chop dan salad. Dressing salad tu yang buat sedap. Tapi tak tahu dressing apa dia guna.

2. Beef Double Cheese Burger - RM9.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Pilihan hati En Suami. Memang nampak menarik burger ni. Tetiba rasa macam nak order burger ni juga tapi memikirkan nasi goreng yang banyak tu terpaksa padam kan hasrat. Dah nama pun beef double so ada dua tingkat patty dalam tu. Rasanya ni homemade patty Mios Kitchen. Patty dia memang lembut, tebal dan juicy. Sedap dan memang kena dengan selera kami. Selamat En Suami bermurah hati kongsi dengan Ana. Nak potong burger tu pun senang sebab lembut kan. Burger menu macam biasa didatangkan dengan fries. So confirm akan kenyang at the end. Next time kalau ada rezeki ke sini Ana nak order burger ni pula.

3. Meat Ball and Mash Potato - RM8.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Konon ni sebagai starter lah katanya sementara nak tunggu main menu sampai kan. Sekali amik ko agak mengenyangkan. Tak boleh nak berhenti makan meatball dan mash potato dia. Sedap. Mash potato tu sangat halus tekstur dia, dan rasa dia pun sedap. Bila makan dengan kuah meat ball tu lagi lah sedap rasa dia. Meatball pula lembut. Rasanya sama macam patty atas ni cuma bila dah dibulat kecil-kecik jadi tak berapa memuakkan. Habis Ana dan En Suami pedal menu ni. Syafi tengok je sebab dia tak suka mash potato. Kata dia tu makanan baby sebab lembik. haha.

4. Creamy Mushroom Soup -RM5.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Sebab dah faham sangat yang Syafi tak suka makan mash potato, Ana orderkan dia mushroom soup. Ni salah satu favorite dia. Duk menganga je setiap kali nak suap dia. Takde menolak langsung. Memang sedap pun mushroom soup dia sebab En Suami pun tak berhenti menyuap dalam mulut sendiri. Hehe.

5. Blended Chocolate Orea - RM9.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Ni Ana saja je order sebab tetiba rasa macam nak try ice blended kan. Masa sampai air ni Ana macam...wahhhhh ni agak memuakkan. Dengan cream dan oreo atas tu yang melimpah ruah confirm susah nak habis ni. En Suami dah bantai senyum sumbing. Haha. Tapi jangan tak percaya Ana berjaya habiskan walaupun kekenyangan tahap apa dah masa tu. Slow and steady orang kata. :)

Memandangkan hujan lebat masa tu Ana takdelah makan tergesa-gesa. Just enjoy the food and keep chill. Lagi best masa kita makan tu kita dihidangkan dengan persembahan nyanyian busker. Halwa telinga orang kata. Suara dah lah sedap nyanyi pula lagu-lagu yang best memang layan habis. Sampai rasa nak nyanyi sekali. Tapi korang jangan pula makan sambil menyanyi. Takde adab dah tu. hehe. Sebelum balik tu kita bagi lah tips ikut suka kita dekat bsukers tu. Mereka pun mencari rezeki kan. Sama-sama berkongsi.



Mios Kitchen ni ada beberapa cawangan tau korang di sekitar Puchong, Petaling Jaya dan Klang. Yang dekat Seksyen 15 ni di buka seawal pukul 9 dan korang boleh singgah breakfast dekat sini. Tapi ditutup setiap hari Isnin. Korang kalau nak buat event dekat sini pun boleh. Kalau setakat nak sambut birthday tu muat lagi dekat bawah tu. Cuma kalau event besar korang boleh je sewa hall yang ada di tingkat atas. Harga Ana tak tahu so korang try lah call Mios Kitchen ye.
Mios kitchen seksyen 15 shah alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Pic : FB Mios Kitchen Shah Alam

Overall memang puas hati makan dekat sini. Suasana santai, pekerja ramah, makanan sedap, restoran bersih dan servis pun baik. No service charge lagi. GST tak boleh nak tolak lah kan. Hehe. Nak cuba makan kat sini boleh waze je Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam.

Facebook :

Instagram :

Laman Sesawang:
http://www.mioskitchen.com/

No Tel:
03-5523 6946

Menu :

Alamat :
No. 13-G
Jln Tukul N 15/N
40200 Shah Alam
Malaysia








Nov 26, 2017

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap

10:29 AM 28
Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota  Damansara - Harga Murah Servis Mantap | Assalammualaikum. Malam Sabtu yang lepas, konon plan nak makan shell out dekat satu cafe di Selayang. Sekali masa sampai tengok orang punya ramai dan ada yang tengah berdiri tunggu meja kosong. Nak book memang tak boleh. Jadi bincang punya bincang Ana makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe cawangan Kota Damansara. Restoran ni ada juga di Kota Bahru, Tanah Merah dan Melaka. So korang yang duduk dekat area ni boleh lah ke cawangan yang terdekat.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara - Harga Murah Servis Mantap

Selayang ke Kota Damansara dalam 20 minit je. Mujur tak jammed sebab dah malam kan. Nak cari restoran ni senang sangat sebab boleh guna waze je. Lagipun restoran ni terletak sederet dengan butik-butik terkenal seperti Mumu Scarves, Vendville Ash&Annas. So senang jumpa. 

Malam tu Ana makan malam dengan satu keluarga except ayah Ana. Ayah memang susah nak bawa pergi makan. Nak bawa pergi jalan pun kena tau apa yang dia suka. Hehe. Masa sampai dekat sini dalam pukul 9. Pelanggan masih ramai masa tu tapi masih ada tempat duduk kosong. Dont worry.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Duduk-duduk je pelayan terus bagi menu. Tak susah nak pilih menu dekat sini sebab menu dia tak terlalu banyak. Bagus juga sebab kalau lagi banyak lagi susah dan lama nak pilih kan. Dan selesai bab order sementara menunggu tu moh ler kita bergambar dulu. Acara wajib seorang blogger katanya. Haha.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Tengah-tengah bergambar tup tup air dan makanan pun sampai. Memang cepat gilerrr orang kata. Superb service. Tak dan nak menunggu lama dah. Ni antara makanan yang Ana sekeluarga order malam tu.

1. Sizzling Chicken Chop + Nasi Goreng - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

2. Chicken Chop  - RM10.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

3. Chicken Chop Crispy + Sphagetti Bolognese - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
4. Ayam Penyet - RM9.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

5. Chicken Chop Crispy Cheese Leleh- RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Overall memang sangat puas hati. Harga dah lah murah. Tak lebih RM15 setiap menu yang ada. Makanan semua sedap. Portion pun agak besar. Siap boleh kongsi dengan orang lagi. Pelayan pun friendly and helpful. Tengok lah gambar atas tu siap dia masuk bergambar sekali. Haha. Restoran pun bersih dan terang serta fully aircond. Senang cakap sangat selesa lah makan dekat sini. No complaint masa Ana ke sini. Satu keluarga puas hati. Nak belanja orang makan dekat sini pun boleh sangat. Korang kalau nak ke sini boleh lah waze D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara.

Menu :

Instagram :

Alamat :
No. 36G - 32G
Jalan PJU 5 / 20D
The Strand Damansara
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor

Waktu Operasi :
Sabtu – Khamis
12:30 petang – 11.30 malam
Jumaat
5.15 petang – 11.30 malam

Nov 25, 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

11:03 AM 10
Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Read more: 

Nov 24, 2017

LANAFIRA Butik Muslimah Online Dengan Gaya Terkini

10:19 AM 23
LANAFIRA Butik Muslimah Online Dengan Gaya Terkini

LANAFIRA Butik Muslimah Online Dengan Gaya Terkini | Assalamualaikum. Ana yakin wanita dan kecantikan memang tak dapat di pisahkan.  Ye lah memang dah menjadi lumrah para wanita untuk kelihatan cantik  terutamanya bila perlu untuk menghadiri satu-satu majlis atau acara. Wanita macam Ana yang tak pandai bersolek ni, salah satu cara untuk kelihatan cantik adalah melalui pakaian. Dan pakaian tersebut hendaklah bersesuaian dengan bentuk badan kita dan paling penting masih mengekalkan imej seorang Muslimah. Haa nak cari pakaian Muslimah dengan ciri-ciri tersebut, korang boleh cari di LANAFIRA sahaja.  LANAFIRA butik Muslimah online dengan gaya terkini.

LANAFIRA
LANAFIRA

LANAFIRA Butik Muslimah Online Dengan Gaya Terkini

Bagi yang belum mengenali LANAFIRA, LANAFIRA merupakan butik Muslimah atas talian yang mengkhusus dalam pakaian Muslimah yang berkualiti tinggi dengan rekaan yang terkini. Matlamat LANAFIRA adalah untuk memberi perkhidmatan yang hebat dengan kualiti yang tinggi, gaya terkini dan pada harga yang rendah.

Misi : Menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang tertinggi kepada para pelanggan setiap kali mereka melawat laman web LANAFIRA

Membeli belah atas talian dengan LANAFIRA

Kesuntukan masa untuk membeli belah pakaian tidak menjadi masalah sekarang. Hanya dengan teknologi dihujung jari korang boleh shopping di mana jua korang berada. Tak perlu dah nak berpanas, bersesak-sesak, berebut dengan orang lain semata untuk dapatkan pakaian yang cantik, trendy dan berkualiti tinggi. Semua tu korang boleh dapat bila dah masuk laman web LANAFIRA ni. Meh Ana kongsi dengan korang apa yang ada di LANAFIRA ni.

1. MELLISA - RM140
LANAFIRA
LANAFIRA

Bermotifkan corak pergerakan air terjun, Melissa direka untuk menonjolkan keanggunan, kelas dan gaya si pemakai.

2. AIRA KEBAYA PEPLUM - RM89
LANAFIRA
LANAFIRA

Aira Kebaya Peplum bercirikan klasik menampakkan kesempurnaan si pemakai. Boleh di gayakan dengan kain atau seluar dan sesuai untuk sebarang majlis dan acara.

3. MEENA RUFFLES TOP - RM119

LANAFIRA
LANAFIRA

Kasual dalam kelas tersendiri, Meena Ruffles Top pasti menjadi salah satu rekaan kegemaran untuk digayakan samada ke pejabat atau ke acara luar.

4. ALANA KEBAYA - RM140
LANAFIRA
LANAFIRA

Alana Kebaya bercirikan kebaya moden dan kain duyung dan dihasilkan dengan 2 warna yang berbeza.

5. SOFEA MODERN PEPLUM (FLORAL DESIGN)  - RM140
LANAFIRA
LANAFIRA 

Sofea Modern Peplum menyerlahkan rasa selesa, penuh gaya dengan reka bentuk yang menarik untuk menceriakan hari anda.

Haaa cantik kan baju-baju yang ada di LANAFIRA ni. Mesti ada yang korang berkenan kan. Macam Ana, secara peribadi Ana suka sangat dengan dress MELLISA sebab ianya simple dan potongannya pun cantik. Ciri-ciri ombak di  bahagian bawah tu menampakkan dress ni comel dan menyerlahkan keyakinan bila kita memakainya. Kalau tak yakin lagi boleh baca tips pemakaian yang sesuai dengan bentuk kita di ruangan LANAFIRA - lifetsyle ni.

Kenapa Perlu Membeli di LANAFIRA?

1. Baju rekaan LANAFIRA adalah EKSKLUSIF. Jika satu-satu rekaan tu habis harap maaf tiada restock akan dibuat.

2. Material yang digunakan sangat berkualiti tinggi dan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

3. Tukang jahit yang di upah adalah warga tempatan yang berpengalaman dalam bidang jahitan. Jadi kesemua pakaian yang dijahit terjaga dari segi kualitinya.

4. Kesemua produk LANAFIRA bukan di borong dari Vietnam,  China atau India. Ianya rekaan eksklusif LANAFIRA dan tidak akan ditemui di tempat lain.

5. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti dan rekaan yang dihasilkan. 

6. Hampir kesemua produk LANAFIRA adalah mesra wuduk dan mesra penyusuan. Memudahkan para ibu yang masih menyususkan anak untuk tampil bergaya.

7. LANAFIRA adalah 100% keluaran Bumiputera.

Jadi bagi yang berminat untuk membeli pakaian Muslimah di atas ni korang boleh lah ke laman sosial LANAFIRA seperti di bawah ni:

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :




Nov 23, 2017

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

10:43 AM 15
Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru | Assalamualaikum. Masa bercuti di Johor bulan lepas, memandangkan takde sedara mara di sana jadinya kena lah menginap di hotel. Semasa di sana Ana menginap di Hotel Grand BlueWave Johor Bahru selama 4 hari 3 malam. Hotel ni dipilih sendiri En Suami lepas review beberapa hotel yang lain. Ana ok je lah sebab dia yang bayar kan. Hehe.

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Memandangkan Ana check in weekdays so proses check in sangat cepat. Ana sampai dalam pukul 3 macam tu so memang sedang elok lah untuk check in kan. En Suami yang uruskan proses check in. Ana duduk je lah menunggu dalam kereta. Tak sampai 10 minit dia datang semula dan boleh terus naik bilik dari parking lot tu. 
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Asalnya En Suami book bilik Studio Queen tapi rezeki kami sekeluarga dapat bilik yang di upgrade ke bilik Queen Executive. Memang best sangat. Bilik dia punya lah besar untuk kami berempat. Syafi siap boleh marathon dalam bilik tu.

Masuk-masuk nampak ruang tamu yang luas. Ada sofa untuk melepak sambil menonton, meja kerja di tepi pintu dan juga meja makan bulat.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

View bilik menghadap tambak Johor. Nampak lah juga bot-bot lalu dekat situ. Kalau dulu view dia memang best sebab kita boleh nampak tambak tu dengan jelas. Tapi sekarang agak terhalang sebab ada pembinaan berhadapan hotel Grand BlueWave ni.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Jalan ke dalam sikit nampak ruang pantry. Luas juga kawasan pantry ni. Kelengkapan seperti microwave, stove, mini bar, kettle, cawan pinggan semua ada. Tinggal nak guna je. 
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Lepas dari pantry baru jumpa bilik tidur. Pun luas juga. Rasa macam kaya sekejap dapat bilik besar macam ni. Haha. Dalam bilik pun ada tv tapi jenis yang lama lah. Bilik air hanya ada dalam bilik je. Siap ada bath tub lagi. Syafi lah paling seronok dapat berendam dalam tu.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Bab bilik memang puas hati. Setiap pagi ada surat khabar dihantar depan pintu bilik. Ana kalau duduk di hotel menang tak kan minta housekeeping datang kemas bilik. Hanya kaan request toiletries dan coffee and tea je. 

Cuma bab sarapan je ada fail sikit. Bukan fail apa pun hanya menu sarapan benda yang sama je. Tak berapa nak banyak pilihan. Cuma tukar jenis mee dan nasi je. Yang lain sama saja. Ana hanya turun sarapan 2 kali je sepanjang 4 hari di sana. So far ok jer sebab tak sarapan banyak pun kan.

Baca juga : Sarapan di Restoran Kacang Pool Haji Larkin

Overall Ana sekeluarga memang puas hati lah stay di Grand BlueWave ni. Service semua baik. Korang kalau nak ke JBCS  Mall, pihak hotel ada sediakan shuttle van untuk hantar korang ke sana. Cuma perlu confirm dengan receptionist je.