Upin Ipin Store Cawangan Ampang Kini Dibuka


Upin Ipin Store Cawangan Ampang Kini Dibuka | Assalamualaikum. Korang ada tak anak yang minat dengan Upin Ipin? Anak Ana si Syafi memang peminat setia cerita Upin Ipin. Sehari tak sah kalau tak tengok Upin Ipin. Semua episod Upin Ipin dah sedia rekod dekat astro tu. Cakap je episod apa semua dia dah hafal. The best thing is, Syafi boleh apply setiap dialog watak dalam Upin Ipin tu dalam percakapan seharian. Contohnya satu hari tu ayah Ana cakap dekat Syafi yang dia tak boleh nak ke kebun sebab hujan. Dan Syafi reply guna dialog Opah dia kata " Hujan tu kan rahmat". Tergelak kitorang bila dengar dia kata macam tu.


Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang 

Upin Ipin Store Cawangan Ampang Kini Dibuka


Bila Ana berpeluang untuk attend event pembukaan Upin Ipin Store di cawangan Ampang Ahad lepas, Syafi lah yang paling excited nak pergi. Untuk pengetahuan semua, Upin Ipin Store Cawangan Ampang merupakan cawangan kedua yang di buka di bawah pengurusan LC Merchandising Sdn Bhd,  sebuah syarikat subsidiari Les' Copaque Production Sdn Bhd. Majlis perasmian tersebut di rasmikan sendiri oleh pengasas Les' Copaque Production Sdn Bhd iaitu Haji Burhanuddin Bin Mohd Radzi dan Hakah Ainon Ariff. Kalau siapa yang setia tengok Upin Ipin macam Ana ni mesti tau yang kedua-dua pengasas tu merupakan watak Opah dan Tok Dalang dalam cerita animasi nombor 1 tersebut.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Bagi yang belum tahu, Upin Ipin Store merupakan kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan eksklusif Upin Ipin seperti baju, buku, CD, anak patung, set peralatan sekolah, botol air dan juga barangan berasaskan makanan. Hampir kesemua watak dalam Upin Ipin boleh didapati di sini. Dan bersempena dengan pembukaan cawangan Ampang ni, Upin Ipin Store mengadakan "Luar Biasa Markdown" yang berupa diskaun sehingga 50% pada barangan terpilih bermula 1 Oktober sehingga 8 Oktober 2017.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Pada majlis perasmian tersebut, 100 pengunjung terawal telah menerima goodies bag dari LC Merchandising dan juga Mamee. Untung sangat tau. Penuh satu beg tu dengan barang-barang. Rugi siapa yang tak datang hari tu. Siap masa mak ayah bershopping, anak-anak diberi aiskrim Upin Ipin secara percuma lagi. Bukan main suka dorang. Sambil makan aiskrim sambil tengok cerita Upin Ipin yang ditayangkan. Tempat untuk menonton pun sangat selesa.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Pelbagai aktiviti menarik turut di anjurkan pada hari tersebut. Antaranya ialah pertandingan mewarna, sesi kuiz dan sesi meet and greet dengan maskot Upin dan Ipin. Syafi sempat lah jawab satu soalan kuiz dan dapat hadiah gasing Upin Ipin.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Dan dalam banyak-banyak aktiviti, aktiviti bergambar dengan maskot Upin Ipin yang paling meriah. Bila maskot tu keluar je semua kanak-kanak berteriak dan meluru ke arah maskot tu. Yang bestnye setiap orang berpeluang untuk bergambar dengan maskot Upin Ipin tanpa perlu berebut.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Selain dari aktiviti di atas, aktiviti lucky draw turut di anjurkan oleh Mamee. Yang best lucky draw tu senang sangat. Hanya putar rolet yang disediakan dan tunggu rolet tu berhenti dekat mana untuk redeem gift. Antara gift yang di beri ialah Biskut Monster Biskidz, Mamee Chef, Perfecto, Corntoz, Mr Potato Chip dan banyak lagi. Kemunculan maskot Mr Potato dan Mamee menambahkan kemeriahan di Upin Ipin Store ni. Bayangkan bila maskot Upin Ipin bergabung dengan maskot Mamee dan Mr Potato, memang havoc suasana di buatnya. Mak budak pun sama excited.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Majlis perasmian pembukaan Upin Ipin Store cawangan Ampang berakhir pada pukul 3 petang. Kesemua tetamu dan pengunjung yang hadir berasa sangat puas hati dengan perkhidmatan dan barangan yang di jual. Ana pun sempat shopping barangan Upin Ipin dekat sini. Memang berbaloi bila shopping masa ada diskaun. Korang yang duduk area KL ni boleh lah bawa anak-anak yang obses dengan Upin Ipin ke sini. Confirm dorang suka. Macam Ana bagitau dekat atas, diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih menanti korang sehingga 8 Oktober ni. Bukan itu saja, setiap pembelian yang melebihi RM100 dalam satu resit berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Hanya snap gambar resit tersebut dan hantar melalui WhatsApp ke nombor 014-9213390. Masih ada masa lagi. Mana tau ada rezeki kita semua kan.
Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Untuk maklumat lanjut tentang Upin Ipin Store cawangan Ampang atau cawangan lain korang boleh layari media sosial mereka seperti di bawah ni:

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :

Emel :

Alamat Cawangan Ampang:
No 31-M (GF),  Jalan Mamanda 7
Taman Dato Ahmad Razali
68000 Ampang
Selangor
(berhadapan MRR2 dan sederet RHB Bank)










Upin Ipin Store Cawangan Ampang Kini Dibuka Reviewed by Ana Suhana on October 03, 2017 Rating: 5

21 comments:

  1. bdk2 mmg rmi la suka cite upin ipin kn..dpt jmpa maskot sure happy sgt tu..akak pn ingt nk pi juga aritu event ni...tp xdpt ada hal..kalo tk, jmpa la ana kt sini

    ReplyDelete
  2. nasib baik x bukak kat penang ni. kalau x mesti anak2 asyik ajak pi sana. depa ni peminat upin ipin. haha

    ReplyDelete
  3. Wah meriahnyaa....bila nak buka kat seremban erk...eh. ke dh ada..amboi syafi..bagus pandai jawab kuiz...

    ReplyDelete
  4. ruginya xdpt g ari tu...kalau tak mesti dapat jumpa ana kan...

    ReplyDelete
  5. Niece Mrs. A yang sorang tu memang peminat Upin&Ipin samalah banyak dialog dia hafal.
    Alahai... siapalah mangsa yang jadi maskot tu kan

    ReplyDelete
  6. budak-budak paling happy kalau dapat jumpa upin dan ipin ni kann...

    ReplyDelete
  7. Menarik aktiviti untuk anak anak kecil

    ReplyDelete
  8. Wahhh..seriusly memang bestla kedainya kak ana. ritu kat fb tgk2 gitu je. banyak giler barang. ni kalau bawak anak2 buah ni mesti suka dorang

    ReplyDelete
  9. agak agaknya tahan lama tak kedai ni

    dalam suasana ekonomi macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upin Ipin ni ada peminatnya yg tersendiri. Selagi ada demand selagi tu lah mereka boleh survive. Walaupun ekonomi tak berapa ok sekarang, tapi Ana tgk masih ramai yg mampu utk membeli "kehendak" mereka. :)

      Delete
  10. Bahaya bawa anak-anak pergi sini, habis rambang mata nanti. Semua benda nak,hahahaha.

    ReplyDelete
  11. wahh, upin ipin ada kedai cenderamata dah, mesti barang2 dia best.

    ReplyDelete
  12. Anak buah PC kalau nampak..mahu tak nak balik...tegar dengan upin ipin..mamanya sampai cakap...bila la nak jemu...satu hari entah berapa puluh kali ulang2 tgok upin ipin...

    ReplyDelete
  13. wah meriahnya. Kalau bawa anak ke sini mesti susah nak ajak balik.

    ReplyDelete
  14. Bestnya..Seronok la budak2 jumpa Upin Ipin Live...

    ReplyDelete
  15. wahhh ni anak2 mesti teruja kalau masuk.. ;p

    ReplyDelete
  16. seronoknyaaa tngok buak2 suka dgn upin ipin ni.. kreatifnya kedai ni.. bestttt!

    ReplyDelete
  17. Seronok nie kalau bawa anak-anak.. memang pueh le deme..

    ReplyDelete
  18. Reen pun sebenarnya peminat setia upin ipin. hehe
    bila ank saudaratengok, reen pun join skli sbb comel sgt upin ipin ni:)

    ReplyDelete
  19. seronok la qaseh klau dapat pergi tapi Liez ada urusan lain that time.. mmg nak bwk anak-anak kesana

    ReplyDelete
  20. Comelnya kedai! Dulu selalu tengok Upin Ipin dekat TV9.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.