Resipi Ikan Pari Masak Cekur - Ana Suhana

Oct 29, 2017

Resipi Ikan Pari Masak Cekur


Resipi Ikan Pari Masak Cekur | Assalamualaikum. Selain dari masakan sambal goreng, masakan cekur juga antara masakan yang popular di kalangan orang Jawa. Ada yang pernah makan? Resipi ikan pari masak cekur ni lebih kurang macam masak lemak  putih bersantan cuma untuk masakan ni kita letak cekur di dalamnya.

Cekur merupakan tumbuhan dari keluarga halia. Sebab tu rupa dia macam halia. Kira adik beradik juga lah cekur dan halia ni. Pokok cekur selalunya mempunyai 2 -5 helai daun yang tebal berbentuk bujur  dan bunga berwarna keunguan. Daunbya selalu dijadikan ulam atau kerabu. Manakala Rizom atau isi cekur yang mempunyai aroma yang lembut mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat cekur adalah seperti :

1. Tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.
 2.  Menyembuhkan kembung perut
3.  Melegakan perut memulas 
4.  Mengurangkan bengkak
5.  Melancarkan haid
6.  Melegakan batuk
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut 
9.  Buang angin
10. Sakit sendi. 
11. Muntah


Sumber : Kebun Maya

Resipi Ikan Pari Masak Cekur

Resipi Ikan Pari Masak Cekur
Resipi Ikan Pari Masak Cekur
BAHAN-BAHAN:

1. Ikan Pari - boleh juga guna ikan Keli / Sembilang 
2. Bawang Putih - 2 ulas *
3. Bawang Merah - 3 biji *
4. Cekur - 3 ulas *
5. Cili api - 5 biji *
6. Kelapa - sebiji (perah untuk dapatkan pati sahaja) amik santan

* Kisar / tumbuk sehingga halus

CARA-CARA :

1. Ikan dibersihkan kemudian di gaul dengan kunyit dan garam. Kemudian bakar di atas kuali leper dengan sedikit minyak sahaja. Selepas siap dibakar, carik-carik kasar isi ikan.

2. Semua bahan yang dikisar dimasukkan  di dalam periuk bersama pati santan dan garam.

3. Naikkan periuk atas dapur dan masukkan ikan yang telah dicarik.

4. Apabila kuah dah mula mendidih tutup api dapur serta merta.

5. Sedap dihidang segera.

Rupa Rizom Cekur : Kredit Taman Maya
kebunmaya.blogspot.my/2012/10/khasiat-cekur.html?m=0
Cekur



19 comments:

  1. Dah lama dah cari resepi masakan ini, akhirnya jumpajuga,... mohon share ye?

    ReplyDelete
  2. Mama X penah mkn ni nmpak sedap Dan beekhasiat

    ReplyDelete
  3. sedapnyerrr...klau ada kenduri khawin kat kampung kan biasanya untuk orang rewang ..diaorang masak ikan keli masak cekur...perghhhh....sedap gilossss..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa :D actually tak pernah masak ikan pari. tp maybe boleh try dengan resepi ni. hihi

    ReplyDelete
  5. Kalu PC panggil masak pecal kak Ana...memang sedap...aroma cekur tu...lain macam daya tarikkannya...kalau yang diet....tak mustahil boleh tewas...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah masak dan tak 0erbah makan lagi resepi ni... Boleh cuba..

    ReplyDelete
  7. Waaaauuu, sedapnya nampak! Menyelerakan. Boleh try bila2 ni

    ReplyDelete
  8. kalo ikan pari slalu mkn yg amsak aasam pedas or bakar...nmpk menarik menu ni

    ReplyDelete
  9. Tak pernah buat ikan pari selain asam pedas... nampak menarik resepi ni....

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking sis Ana suhana

    Apa khabar pagi ni

    Jemput singgah ya

    Sedapnya masak ikan pari cekur ni

    Hmmm

    ReplyDelete
  11. orang jawa suka masak cekur ni.. sedap ni Ana..favorite dish family kitorang ni
    #banyaknouNI

    ReplyDelete
  12. selalu gak makan cekur sebab jiran orang Indonesia. mula-mula tak suka sebab bau tapi lama-lama rasa sedaplah pulak..hehe

    ReplyDelete
  13. Cikla pernah mkn masak mcm ni. Tp bkn ikan pari, ikan Keli. Sedap jugak. Bau cekur mmg kuat kan

    ReplyDelete
  14. Masak kalau ada cekur mmg best bau dan rasa dia kan! Mak hakak dulu dulu selalu masak ni Ana. Tp santan dia tak masak kalau tak silap. Ikan dia guna ikan pari jugak tp pari yang kecik ataupun mak panggil ikan tuke.
    Maklumlah masa kecik dulu dulu mana layan lauk mcm ni..hihi

    ReplyDelete
  15. nice resepi akak. busyra tak penah makan lg.. teringin pulak. hehe

    ReplyDelete
  16. selalu tengok daun cekur je.. rupanya ada ubi dia ye..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤